CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Orang sastera perlu berpolitik

[Copy link]
Post time 23-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Hanya kelompok terbabit mampu angkat martabat bidang merekaMAHU atau tidak, seniman dan sasterawan perlu mengetahui serta mengambil bahagian dalam politik kerana aliran siasah itu akan menjejaskan dunia seni mahupun sastera tanpa dijemput datang apatah lagi dihalang. \rLalu tiada orang lain yang akan memperjuangkan isu seni dan sastera, melainkan seniman serta sasterawan sendiri jika mereka benar-benar ingin melihat kedua-dua bidang terbabit berkembang seiring dengan keperluan masa. \r\n\n\n\n\rDialog Orang Muda (DOM): Seni dan Sastera dalam Ruang Politik Massa di Rumah PENA minggu lalu, semakin matang diskusinya sejajar dengan usia pengelolaan yang sudah lebih setahun. Walau masih lagi berlegar pada isu sastera, kali ini kedudukan dunia seni dan sastera dalam ruang politik massa dibincangkan. \r\r\n\n\n\n\nJusteru, mukadimah diatas adalah rumusan perbincangan pada DOM kali ini yang menampilkan penulis, Norziati Mohd Rosman yang condong berpegang kepada pendirian khalayak sastera kelihatan memilih untuk senyap, mengasingkan diri dan tidak berpihak, selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.\r“Seni selepas pilihan raya lalu tampil sebagai satu pelarian. Seni bukan lagi jalan untuk berjuang seperti zaman sebelum merdeka. Sebaliknya, seni digunakan oleh orang politik untuk memberi kelebihan kepada mereka sedangkan isu sastera dan seni sebenar dipinggirkan begitu saja,” katanya.\rNorziati berharap orang seni lebih rasional apabila memilih untuk memihak dalam politik dan apa yang diperjuangkan sepatutnya isu rakyat, bukannya parti, lalu orang seni tidak perlu berpihak kepada mana juga parti, sebaliknya berjuang atas isu.\rBeliau melihat zaman selepas merdeka dan era awal pembentukan Malaysia memaparkan golongan seniman dan sasterawan digunakan oleh kerajaan sebagai ejen propaganda untuk menggalak keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat.\r\n\n\n\n\r“Hari ini wajah politik semakin berubah dan sastera semakin terpinggir. Malah selepas dekad itu juga, karya sastera tidak banyak yang mantap dan kurang serius. Hal yang sama terjadi untuk filem. Tahun 1980-an hingga 1990-an, filem yang meletup di pawagam adalah filem lawak jenaka dan begitu juga hasil sastera,” katanya.\rMohd Lutfi Ishak yang mempengerusikan majlis melihat kenyataan Norziati sebagai isyarat bahawa rakyat Malaysia sebenarnya belum cukup matang dalam berpolitik, lalu pandangan politiknya masih sempit dan gagal mengasingkan antara isu dengan parti.\r“Landskap politik kita hari ini juga menjelaskan betapa sempitnya pandangan masyarakat pada politik. Apabila kita mengatakan yang benar dan bersifat sedikit condong kepada satu pihak, kita dilihat sebagai ‘tak hebat’,” katanya.\rMungkin kerana itu, apabila golongan seniman dan sasterawan menyertai politik dan memilih untuk berpihak mereka seakan-akan lupa perjuangan yang lebih relevan ialah kedudukan seni serta sastera itu sendiri.\rPenggiat seni bebas, Zulhabri Yusuf juga senada dengan Norziati apabila menyatakan orang Malaysia masih memikirkan untuk berpihak kepada parti A atau parti B. \r“Justeru, apabila orang seni mahu bercakap atas sesuatu isu, dia akan cepat dilabelkan sebagai orang parti A atau orang parti B. Keadaan ini menyebabkan, sangat sukar untuk orang seni untuk bersikap tidak memihak. Di Malaysia susah untuk mencari perbezaan antara isu dan parti politik. Selain itu, orang seni dan sastera selalu digunakan oleh parti politik menyebabkan mereka terperangkap dalam jerat politik.” tegasnya.\rPenganalisis politik, Haris Zalkapli pula menyifatkan politik di Malaysia belum cukup matang untuk membolehkan orang seni berjuang atas isu seni dan sastera.\r“Sedih melihat politik di Malaysia masih berlegar isu nak sokong siapa bukan memperjuangkan isu. Sejak reformasi 1997 suasana politik di Malaysia masih dalam kelompok mahu sokong siapa atau siapa betul?.\r“Walaupun ada kelompok liberal dalam seni yang menyokong sesebuah parti atas isu, apabila parti itu menang dan melakukan tindakan yang bertentang dengan kelompok liberal tadi, mereka tidak pula bangkit menentang,” katanya.\rHaris menterjemah keadaan itu sebagai memperlihatkan orang seni di Malaysia tidak langsung diberi peluang untuk berdiri atas isu, sebaliknya politik tidak matang memaksa orang seni berpihak.\r“Orang seni dan sastera perlu menggunakan politik untuk memperjuangkan seni dan sastera. Sastera adalah kelas intelektual yang wajar menjadi pengimbang kepada politik. Orang sastera perlu menyertai politik untuk memperjuangkan hak sastera kerana mahu atau tidak aliran politik akan menjejaskan hak sastera,” tegasnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.124993 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list