CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Godam: ‘Hai, apa khabar DBP dan BBK?’

[Copy link]
Post time 23-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Godam: ‘Hai, apa khabar DBP dan BBK?’2011/06/23\n\n\n\n\n\n\n\nBULAN Bahasa Kebangsaan (BBK) yang dihidupkan pada 2009 bagi menggantikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) akan menyambut ulang tahun ke-3 tahun ini dan khabarnya RM3 juta sekali lagi diperuntukkan Kementerian Pelajaran untuk program terbabit.\rPenulis tidak nampak banyak perkara yang berubah selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan BBSN kepada BBK dan agar ia diraikan sektor awam sepanjang tahun bermula 2009 dan tidak hanya pada Oktober.\r\n\n\n\n\r`Pejuang\' bahasa yang mahu melihat perkembangan dan perubahan lebih bermakna kepada pemartabatan mahupun penghayatan bahasa Melayu di kalangan seluruh rakyat Malaysia, pasti ‘luka’ dengan senario bahasa Melayu yang menimpa negara.\r\r\n\n\n\n\nGejala bahasa rojak di media cetak dan elektronik masih berleluasa selain di kalangan pemimpin sendiri, baik di kalangan parti pembangkang mahupun kerajaan lebih Inggeris daripada orang Inggeris sendiri, sekalipun khalayak sasarnya adalah rakyat Malaysia!\rTanpa menafikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku sekretariat saban tahun mengatur segala macam program bagi menghidupkan BBK dengan berpindah dari sebuah bandar ke bandar mengikut negeri di seluruh Malaysia, tetapi sehingga kini belum ada satu pun yang menjadi sebutan ramai.\rDari segi pendokumentasian bahasa dan sastera Melayu, meskipun nampak ada usaha dirancang rapi, tetapi dari segi kesan ‘radiasi’ kepada masyarakat pengguna bahasa dan sastera Melayu, masih boleh dipersoalkan.\rBanyak program yang diatur DBP masih berlegar di kalangan orang bahasa dan sastera, seolah-olah enggan keluar daripada kepompong sedia ada, meskipun mereka yang mengatur program tahu dari segi sambutan dan penghayatan di sebalik program disediakan.\r\n\n\n\n\rPenulis sempat ‘mengusik’ seorang pegawai DBP dengan sengaja mengatakan program badan berkanun terbabit berlegar dalam lingkaran lapuk dan kerana itu orang tidak mempedulikan bahasa Melayu sehingga DBP tidak lagi dilihat relevan walau sesiapa juga.\r“Bukan kami tiada idea baru Puan Salbiah, tetapi kami terikat dengan slogan ‘saya yang menurut perintah’. Kami di pejabat cawangan mengatur program lebih awal, tetapi ditolak ibu pejabat pada saat akhir. Jadi apa yang boleh kami buat?” pegawai itu menjawab dengan selamba usikan penulis.\rDBP perlu sedar bahawa mereka tidak boleh lagi berlegar pada program yang hanya membabitkan orang bahasa dan sastera saja, tanpa ada usaha menarik khalayak di luar ruang lingkup terbabit kerana bahasa mahupun sastera Melayu kini berdepan dengan risiko direntap nyawanya!\rJika diteliti banyak program DBP bersifat acaraan, tetapi tidak disertai dengan strategi penghebahan yang mantap sehingga kurang diketahui khalayak ekoran pengiklanan mengenainya hanya tersorok dalam majalah terbitan DBP semata-mata.\rBerapa ramailah yang membaca Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Budaya dan Tunas Cipta kerana semua sedia maklum bahawa DBP berdepan dengan masalah pengedaran  selepas penswastaan Bahagian Pemasaran dan Percetakan DBP pada 1 September 2002?\rJika DBP mahu berhemah dalam perbelanjaan sekalipun, amat tidak wajar maklumat untuk acara peringkat kebangsaan tidak sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia kerana hakikatnya pendekatan itu merugikan badan berkanun terbabit!\rTidak rugi membuat sejumlah pelaburan untuk pengiklanan di luar kepompong kebiasaan DBP jika ia ‘dibalas’ dengan capaian hebahan kepada majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau status dan tidak hanya berlegar dalam kelompok penganjur, penaja bersama serta peserta acara.\rMalah DBP juga boleh memanfaatkan kehadiran facebook, twitter dan blog yang tentunya turut dilayari pegawai DBP ketika menjalankan tugas masing-masing sebagai kaedah untuk menghebahkan program badan berkanun terbabit.\rDBP boleh memberi seribu satu macam alasan bahawa badan berkanun terbabit bukan badan penguatkuasa yang boleh menghukum pesalah bahasa, selain tanggungjawab memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan tidak wajar dipikul badan berkanun terbabit saja.\rTanpa kekuatan membuktikan bahawa badan berkanun terbabit tetap relevan pada alaf ketiga, selagi itu DBP akan dilihat ‘mati pucuk’, lalu akan berleluasa serangan terhadap bahasa Melayu seperti dilakukan Kumpulan Bertindak Ibu bapa untuk Pendidikan (PAGE).\rSejarah hitam novel Interlok karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain, diserang habis-habisan, sewajarnya dijadikan iktibar betapa pentingnya DBP berfikir dan bergerak di luar ruang lingkup kebiasaannya, hatta untuk program  BBK sekalipun!\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.059506 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list