CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jeluwi

KENAPA ORANG SELALU BERPANDANGAN NEGATIF TTG MLM?

  [Copy link]
Post time 19-8-2011 01:06 AM | Show all posts
Reply 364# Brutal

Honda Stream RSZ baru. dia je yg beli mpv. orang lain beli BMW kebanyakannya. paling tak pun Caldina atau Evo 9. tapi recon jelah eheh.

betul tu bro. baik kita pakai kereta murah2 yg dibeli dgn duit yg halal. apalah gunanya kumpul harta hasil drp titik peluh yg haram. mungkin ada sesetengah drp diorang belum sedar lagi tang mana haramnya MLM yg diorang join tu. harapnya Allah beri diorang pentunjuk dan dibukan pintu hatinya. itu doa aku setiap hari buat diorang termasuklah kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2011 01:13 AM | Show all posts
Reply 377# I.d
kekadang diorang manipulasi sijil2 yg diorang ada....
amat sedikit skim2 yg ada ni mempunyai penasihat syariah...kebanyakkannya, sekadar tgk ustaz ada masuk tak? ustaz masuk, kira halal la tu...kita kena ingat, ustaz2 ni pun manusia jugak...mudah tergoda dengan duit...tgk la hujah dia dan ulasan dia pasal skim tu...adakah menepati ciri2 skim yg halal..

ada sesetengah tu, skim asal menepati syariah...tapi para pengamal plak yg main sistem pembelian pukal...
ada sesetengah, plan ok...tapi produk plak menipu...overprice dan overclaimed...

dan lagi best, ada yg guna sijil/pengiktirafan PPIM iaitu sjil Muslim Friendly Organisation...sebenarnya sijil tu tak iktiraf plan perniagaan, cuma mengiktiraf organisasi yg dimiliki oleh non-muslim yg tidak mendiskriminasi pekerja2/ahli2 muslim....takde larang tutup aurat, larang sembahyang semua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 01:17 AM | Show all posts
semalam selak Berita Harian terselit sekeping kertas 'peluang bisnes' katanya. bla bla bla, dia cakap "jadilah yang terawal". maknanya? sendiri taulah
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 01:21 AM | Show all posts
Honda Stream RSZ baru. dia je yg beli mpv. orang lain beli BMW kebanyakannya. paling tak pun Caldina atau Evo 9. tapi recon jelah eheh.amirezu Post at 19-8-2011 01:06

hmmm...setakat kete2 camtu, aku rasa gaji diorang pun dah mampu sangat beli....Stream, Evo 9 recon dan Caldina tu la...

takde la...bukan nak pandang rendah diorang, cuma biasanya kalau geng2 profesional yg join ni, diorang akan beli kete yg gempak2 punya...tapi maybe upline2 dalam group ko ni perangai lain sikit...baguslah...tak menyusahkan diri sendiri...

BMW pun, tgk model gak bro...kalau second hand bukan semua mahal....sebab tu kekadang aku gelak je kalau ada mat2 MLM nak riak ngan aku, tapi baru pakai 3 series...cubala tgk 3 series second harga berapa sekarang...mmg aku tak pakai BMW, tapi bukan aku tak tahu harga...
kalau yg datang bawak 7 series baru pun aku tak heran...sebab aku tahu camne diorang wat duit tu...dan aku tahu halal-haram perjalanan duit tu...

tapi group ko ni aku tak tahu la halal-haramnya...sebab aku tak tahu skim apa dan aku tak kaji...aku citer ni yg pernah berdepan ngan aku la....

betul tu bro. baik kita pakai kereta murah2 yg dibeli dgn duit yg halal. apalah gunanya kumpul harta hasil drp titik peluh yg haram. mungkin ada sesetengah drp diorang belum sedar lagi tang mana haramnya MLM yg diorang join tu. harapnya Allah beri diorang pentunjuk dan dibukan pintu hatinya. itu doa aku setiap hari buat diorang termasuklah kitaamirezu Post at 19-8-2011 01:06

tu la konsep aku...nak pakai kereta mahal, usaha la lebih sikit...janji halal...
sebenarnya, masalah kita bukan gaji kecik...tapi kemahuan tu melebihi kemampuan...sepatutnya kemahuan dijadikan penambah semangat untuk kerja lebih kuat...tak kira la kerja makan gaji atau kerja sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 04:53 PM | Show all posts
aku geram..xpuas hati, rasa nk war2kn je hal ni, biar kantoi semua..jgnla cari duit dgn cara mcm ni, dh mcm menjual org bukan produk. sibuk cari org, cari downline, rakan kongsi la konon.....piiiraahhhhh. Aku rasa klu ada yg smpai jd kes masuk surat khabar baru semua org nk buka mata kot. setakat tulis kt blog ni, aku rasa xcukup utk jd pendinding kita.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 11:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 19-8-2011 23:09

Reply 385# I.d
selalu dah masuk surat khabar...
pasal skim2 piramid ni...
malangnya, orang kita tak ambik iktibar...
diorang nak nama skim tu masuk dalam surat khabar, baru diorang tak nak masuk skim tu...
diorang tak nak tgk ciri2 skim yg kantoi masuk surat khabar tu...sama tak ngan skim yg diorang nak join...

contoh: bila Skim 'A' kena....orang skim 'B' pun cakap...alaaa...itu skim 'A'...mmg piramid...kita buat ni lain...skim 'B'....
padahal ciri2 sama je...tapi sebab nama lain, geng2 skim 'B', 'C' dan lain2 tu tak ambik iktibar...

tokey2 skim piramid pun pandai...diorang iklankan produk diorang dalam surat khabar...orang kita, bila nampak benda tu masuk surat khabar, terus kira ok la...padahal bukan surat khabar check pun kebenaran dakwaan2 produk diorang tuh...surat khabar dibayar utk iklankan produk tersebut...bukan untuk mengkaji...

pastu sesetengah top2 leader skim2 piramid ni akan ceritakan kejayaan mereka dalam surat2 khabar dan majalah2...mmg la tak nampak salah sebab diorang tak ceritakan detail apa diorang buat...diorang cuma cakap diorang berjaya selepas join MLM (dia tak cakap skim piramid) atau selepas buat perniagaan online...wartawan majalah/surat khabar tu takkan siasat betul2 plan perniagaan diorang...orang kita plak, bila tgk leader2 ni masuk majalah...terus pikir benda tu ok....

tu yg ramai kena tipu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2011 08:07 PM | Show all posts
saya pun x suka mlm ni duluuuuu tapi saya baru join satu mlm ni. setakat ni upline saya semuanya dari golongan profesional, doctor, doc pakar, guru dan ade gak husbandnya sorang hakim syariah. diaorang memang bermotivate. my opinion, mlm ni kene kerja keras ibarat kita bekerja sebagai salesman, ada barang jual, ada untung - bukan macam sesetengah skim yang memang tipu iaitu skim cepat kaya - yang boleh labur duit pastu duduk rumah goyang kaki, duit pun masyuk - MLM bukan skim cepat kaya, tapi skim usaha untuk kaya, xde usaha jangan harap nak kaya kalau duduk diam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 08:20 PM | Show all posts
Reply 387# wiwish


    cukup-cukup la tu....

Usaha mencari org lebih dari usaha jual barang...kesian la bace ramai yg dah terkena tu....bawak la insaf...


tak faham la kenape ade or terpengaruh dgn MLM ni...golongan pro tu gaji diorg tak cukup ke smpi nk join MLM bagai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 09:09 PM | Show all posts
entah aku pun tadak paham... semua nak jd kaya, kaya, kaya dgn MLM.
apa ingat MLM ni leh kayakan org ke?

berlambak2 member yg join MLM tp x penah kaya. meniaga jual kueh kecil2an pun lebih kaya dr org MLM ni.

sapa kat sini yg kaya sbb MLM sila angkat tangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:06 PM | Show all posts
join gak mlm tp guna sendiri aje... x kacau orang pun. Upline suruh cari orang... pielah ... nak kan rega ahli aje...so far so good.. sampai sekarang bertahan... ada gak member2 tumpang beli barang... suka2 aje.. bkn nak kaya jadi hartawan pun... yg penting ati ni puas...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply 376# Brutal


    brutal, ape pendapat ko tentang program score A ZRB?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 06:02 PM | Show all posts
Reply 353# mrs_teratai


    saya pun, join mlm ni sebab untuk education anak. takde nak canang gi umah orang, paksa paksa orang masuk, itu pun upline saya yang nasihat, mungkin sbb upline saya dari golongan yg prof. takpe kalau orang x nak masuk kita tak boleh paksa. belum ade rezeki untuk kita ada downline dan doa dengan allah untuk ketemukan dengan orang orang yang positive. Bagi saya, biol aura tu mmg ramai yang dah terkena, termasuk one of my friends, sampai sekarang menanggung hutang. oleh sebab kerana biol aura ni lah mlm lain sume dah di cop menipu. habis tu yang berjaya dengan mlm DCL, De Navichee, HPA tu pun dikira menipu gak ke? kalau di pikirkan silapnya, adalah diri sendiri jugak, join berpuluh puluh ribu pasai ape, sebab sumenya tamak nak cepat kaya. muhasabahlah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 14-9-2011 00:22

Reply 391# wiwish
Score A antara MLM yg mempunyai panel penasihat syariah...tapi ada beberapa perkara yg lemah di situ...

antaranya, oleh kerana "kehendak" untuk kaya, ahli mempunyai ruang untuk menskim piramidkan perkara ini...
asalnya ia ok, kerana produknya juga kira ok la...
tapi oleh kerana pelan perniagaannya ialah menduplicate (bahasa rojak ni) plan asal dan ini akan menyebabkan bilangan ahli akan berkembang secara meluas...dan tidak boleh tidak, ia akan mencapai tahap tepu...
apabila tahap tebu berlaku, dan ramai ahli yg masuk bukan berniat untuk education anak sangat, tapi sebab nak kaya, maka itu akan timbul kezaliman terhadap peserta akhir...
malah ia sendiri menyalahi panduan yg digariskan di http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/garis_panduan/2011/09/garis_panduan_mlm_20111.pdf

di bawah perkara (9)b
Produk umumnya perlu merupakan produk yang berkualiti dan
selamat digunakan dan mestilah dijangka secara wajar,
munasabah dan adil bahawa produk yang ditawarkan masih
diminati untuk dibeli oleh pengguna sasaran tanpa mengambil kira
pelan pemasaran MLM yang disediakan


dan juga perkara (10)a & b...

aku tahu anda masuk score A...tapi sorry to say...bagi saya pelannya masih berasaskan sistem piramid...


MLM2 yg anda sebutkan seperti HPA contohnya....aku akui, ia diasaskan oleh lebai2...tapi produknya juga ada yg kelentong...seperti dew water...tahap auta dia kurang sikit je dari bio-aura...hukum jual produk auta, tak perlulah diterangkan di sini....   

aku nak hurai panjang2 pun malas...cukup sekadar aku bagi link ni sebab aku sependapat ngan penulis blog ni...
http://aididmuaddib.blogspot.com/search/label/HPA
http://aididmuaddib.blogspot.com/search/label/Score%20A
habis tu yang berjaya dengan mlm DCL, De Navichee, HPA tu pun dikira menipu gak ke?

maksud anda, berjaya kaya ke?
bukti materialistik bukanlah bukti kebenaran...dalam Hai-O pun, malah dalam skim pak man telo pun akan ada yg berjaya meraih untung besar....itu mmg konsep skim piramid....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:14 PM | Show all posts
salam..

khatam baca 16 page kisah  anti MLM ni... saya sendiri ada byk pengalaman dgn MLM ni.. pernah kena ayat dgn fanatik MLM hingga jadi menyampah gile dgn org MLM, kemudian termasuk dalam bisnes MLM sebab suka dgn produk.. dgn produk network berkembang dan akhirnya menjadi leader utk syarikat MLM..  

nanti free sket saya cerita ek..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 09:32 AM | Show all posts
lama betul cuti beraya eheh. teringat nak masuk sini lepas ke rumah tok sedara semalam.

tengah duk borak2 tu wife aku tanyalah tok sedara sihat ke. sihat katanya, lagi2 sejak buat terapi. aku tersentaplah kejap...terapi apa?? dia kata terapi Alpha One kat simpang jalan. free utk setengah jam. ramai betul org g buat terapi tu katanya. dia pun ceritalah apa fungsinya, kelebihannya, harga produk n macam2. excited nampaknya.

harga mesin tu RM16k, kurang RM2.5k daripada harga asal. baru 3 bulan kat sini. sebelum ni 3 tahun kat satu daerah hulu. katanya setakat ni dah terjual 21 unit. adik-beradik dgn Dr. Jism tu.

bila dia sebut Dr. Jism barulah aku teringat entri dalam blog AididMuaddib. ada gak sebut pasal Alpha One ni kalau tak silap. memang aku yakin mesin2 ni sekadar menipu orang. ianya cuma mainan psikologi kita je.

ingat masa kecik2 dulu kalau korang pernah buat magic macam ni....

ambik 2 batang pensel lepas tu lekatkan secara menyilang (macam bentuk X). sorang tukang magic akan buat gaya seolah2 mengikat tali tu dengan benang padahal takde benang pun cuma gerakan jari. dah siap ikat, korang try pisahkan pensel tu...selalunya akan terasa macam berat nak pisahkan. secara logik kita akan cuba pisahkan secara perlahan2. kalau buat cepat2 tak terasa berat. kat situ permainan minda kita. sama konsep dgn mesin terapi elektrik ni.

diorang duk cakap boleh lancarkan darah bagai. bila kita try ala2 kerusi urut ogawa, lepas tu mesti rasa badan jadi ringan. minda kita duk set..."hebat betul mesin ni". dengan tak sengaja kita mengiyakan teori penipuan mesin tu.

tapi tak sampai hati nak bagitau tok sedara aku tu semalam lepas tengok dia excited semacam je cerita. tapi dia tak beli. cuma g buat terapi free je setiap kali dia nak g kedai beli ikan pagi2..singah tempat tu kejap. aku ingat nak bagi link entri aidid tu kat anak dia nanti suruh dia baca. kadang2 org yg kenal kita ni tak nak dengar cakap kita...lagi2 sedara sendiri. ada org lebih suka dgr cakap org lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 02:00 PM | Show all posts
semuanya psikologi...
teringat cerita bugs bunny ngan michael jordan tuh..lupa tajuk dia...
lawan alien..first half kalah..semua moral player bugs bunny merudum..taknak main lagi..berbuih mulut si mikel nak naikkan semangat...dok cam tuh gak..hopeless...

tapi si bugs bunny ni...amik botol kosong..buh air paip...pastu tulis kat luar botol tuh...
"AIR AJAIB MICHAEL JORDAN"...
dia terus tunjuk kat team mate dia..berebut semua nak minum dan semangat terus nak fighback..akhirnya team looney toons menang...hehe...

secara ringkasnya..manusia perlukan "sesuatu"...dan inilah yang dimainkan MARKETING..."bagaimana nak jual peti ais kat kutub selatan"...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 09:25 AM | Show all posts
sekadar berkongsi....pandangan orang terhadap MLM akan makin negatif selepas kosmo keluar berita ni...__________________________________________
MLM tidak patuh syariat Islam
Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar daripada kesemua 1,411 buah syarikat sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang berdaftar di negara ini tidak menepati syariat Islam.

Kebanyakannya didapati melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan kepada ahli-ahlinya berdasarkan hasil penemuan Jawatankuasa Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Antara penyelewengan yang dikenal pasti ialah mengamalkan skim piramid, mengandungi unsur penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran.

Selain itu, pelan pemberian insentif yang mengelirukan, mengandungi unsur-unsur paksaan, pembaziran, menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha, mengandungi unsur syubahah atau perkara yang tidak jelas dalam sistem yang diamalkan.

Seorang daripada ahli panel jawatankuasa tersebut yang juga merupakan Pensyarah Kuliyyah Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, kebanyakan daripada operasi syarikat MLM yang terdapat di negara ini berada dalam keadaan yang meragukan.

“Kita mendapati daripada banyak sudut seperti kontrak, pelan, pemberian bonus, komisen, cara pemasaran dan melanggar adab-adab serta etika perniagaan.

“Walaupun masalah ini tidak dilakukan oleh semua syarikat MLM tetapi syarikat terbabit seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan mereka melakukan perniagaan dengan beretika,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru, katanya, pada Jun baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 telah bersetuju untuk memperakukan garis panduan baharu tersebut.

____________________________________________________________________

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

sumber:

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:30 PM | Show all posts
ala, dah abis ke thread ni? tertinggal bas daa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 10:53 PM | Show all posts
Reply 398# clasko


   bukan habes..tuan umah..x datang "kolet sewa" hahahah..tu jdik sendu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 10:56 PM | Show all posts
aku tak akan masuk MLM...nehi nehi kabi nehi...
biarlah peluh yg menitis..ayak liuq yg mengalir ni dengan daya tenaga usha aku..tak perlu kondem sapa2..meniaga mcm kat avatar aku ni sudehhhh...<======
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.160993 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list