CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jeluwi

KENAPA ORANG SELALU BERPANDANGAN NEGATIF TTG MLM?

  [Copy link]
Post time 23-7-2011 10:14 PM | Show all posts
Reply 99# mata_bulat
bagusla kalau macam tu...jangan berdiri di atas penderitaan orang lain...

tapi anda harus berhati2 dalam 2 perkara:
1. marketing plannya...walaupun anda mementingkan produk, anda tetap kena berhati2 dengan marketing plannya...jika ada sebarang perkara yg tidak patuh syariaat di situ, anda juga terpalit sama...

2. Produknya sendiri...kebanyakkan produk MLM adalah overpriced dan overclaimed tentang khasiatnya...jadi, ada eloknya jika anda kaji produk tersebut dan pastikan ianya tidak mempunyai dakwaan yg melampau terhadap khasiat/kebaikkannya...ini banyak terjadi pada produk2 kesihatan dan penapis air MLM...yg mana harga adalah terlalu tinggi...dan untuk "cover" yg tinggi tersebut, kelebihan2 yg mengarut telah direka untuk membenarkan harga tersebut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2011 10:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 23-7-2011 22:18

sebagai contoh...lihat video ni...


kalau takleh tgk...klik sini http://www.youtube.com/watch?v=tGazij26ceM

kemudian, baca semua komen klik View All Comments...perhatikan komen enganas dan majsmtkt2001 (tuan punya video)...fahamkan bagaimana trick tuan punya video kantoi....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:47 AM | Show all posts
Reply 102# Brutal

Biasalah orang yang kurang ilmu akan ditipu dengan ilmu jugak. Itu yg banyak terjadi kpd ahli2 MLM
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:52 AM | Show all posts
Reply  Brutal

Biasalah orang yang kurang ilmu akan ditipu dengan ilmu jugak. Itu yg banyak terja ...
amirezu Post at 24-7-2011 00:47

masalahnya...bila orang cakap tak nak dengar...nak jugak dengar cakap upline dia yg bercerita tentang fakta2 saintifik...sedangkan upline dia sains SPM pun kantoi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 01:34 AM | Show all posts
Reply 104# Brutal

haha...itulah masalahnya. kita pulak jarang lak nak perjuangkan pasal anti-MLM ni betul2. orang tanya baru nak bukak mulut. yg naya diorang gaklah. nasib baik gaklah ada aidibmuaddib tu. tapi sayang post2 dia kat blog kurang mesra SEO. orang search pun jarang yg jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 01:45 AM | Show all posts
Reply  Brutal

haha...itulah masalahnya. kita pulak jarang lak nak perjuangkan pasal anti-MLM ni  ...
amirezu Post at 24-7-2011 01:34

dulu aku aktif gak la menentang MLM ni...di dunia nyata dan dunia maya...
malah, aku register cari.com ni pun sebab kawan2 seperjuangan aku kat dunia maya ni mintak bantuan...masa tu ada satu topik pasal penapis air kat sini...
kat dunia maya ni, kitorang biasa berperang kat carigold dan FB...
Aidid tu pun salah seorang dari kami...dan suddenly, aidid mengganas dengan seganas2nya...
lepas keluar blog beliau tu, kami yg lain start slow down sikit kat dunia maya...sebab dia sorang dah boleh belasah semua...tabik spring aku kat aidid ni...

sekarang, kami berperang slow2 je...macam aku ni la...ada lagi sebahagian yg masih aktif...kat FB tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2011 02:08 AM | Show all posts
Reply 106# Brutal

macam tu kisahnya. baguslah. kalau makin ramai yg berjuang pasal ni tak mustahil MLM2 yg menipu ni boleh bungkus dalam masa singkat. satu lagi, pihak KPDNKK patut kena disekolahkan betul2 pasal ni supaya diorang ambik tindakan yg betul. ni tak, asalkan ada produk senang2 je bagi lesen padahal produk MLM ni sekadar mengelabui pihak berkuasa je sebenarnya. walaupun tak semua MLM macam tu tapi kebanyakannya ya, lagi2 yg melibatkan modal beribu2
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 02:14 AM | Show all posts
Reply 107# amirezu

KPDNKK?? I lost trust in them...kadang2 boleh pakai, kadang2 takleh pakai...

salah seorang dari kami pernah pergi ke pejabat KPDNKK dan mengadu pasal satu MLM ni yg menjalankan skim yg sememangnya skim cepat kaya a.k.a piramid...

pegawai tu teliti semua maklumat dan bukti yg sahabat aku ni bagi...dan dia akui itu mmg skim cepat kaya...
cuma...dia cakap terus terang...takleh ambik tindakan sebab salah seorang pengasas kompeni tu adalah orang kuat MCA...:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 02:15 AM | Show all posts
oh ya...kalau kat FB, ko carik group "Say No to MLM"...
ramai bala tentera anti-MLM kat situ...Aidid pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 02:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by kawankau at 24-7-2011 14:23
(Nak bagitahu siang-siang, aku guna  perkataan “korang” bukan “anda” sebab nak hilangkan formali ...
jeluwi Post at 25-6-2011 20:22


(Nak bagitahu siang-siang, aku guna  perkataan “korang” bukan “anda” sebab nak hilangkan formaliti yang  kebiasaannya bila baca agak nak tidur…jadi kita buang formaliti dan  fokus pada topik perbincangan.)...

jeluwi, korang tak reply dah ke... takkan tak nak defend dah kot...tak rock la korang ni. kat forum ni susah seket..org dah tau citer dah.... cuba try kat forum kevik2 ke..FB  ke...korang cakap nak fokus pd perbincangan...takder reply pun..korang ni la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 08:48 PM | Show all posts
Reply 110# kawankau

ini bukan perkara yg memeranjatkan...
hilang dan ghaib dari thread perbincangan adalah antara sifat2 MLMers dalam forum...
sorang masuk, kena bambu...hilang...
pastu otai dia (upline kot) masuk, kena bambu...hilang...
lagi otai masuk (upline kepada upline)...kena bambu...hilang...

pastu masuk orang bukan MLMer yg neutral kononnya...pastu bagi hujah2 "neutral" yg pro kepada MLMers ni...pastu kantoi yg sebenarnya beliau ada MLMer jugak (dan biasanya yg dah kena bambu tapi masuk pakai nick lain)...pas kantoi, kena bambu...hilang jugak...

jadi, mmg diorang ni mmg terer bab hilang2...most of them la...ada gak sorang dua yg berjuang bersungguh2...tapi dua tiga orang je la...

paling2 pun, diorang cakap ko dengki....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 09:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by kawankau at 24-7-2011 21:58

(sorry ..double post)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 09:57 PM | Show all posts
Reply 111# Brutal

hahaha...takder la terperanjat sangat. Siket je. Pasal TT ni pernah jugak post 2,3 topik tak berkaitan dgn MLM.
Kalau spammers lain....haha 2,3 board dia paste iklan dia je... nak harap cakap pasal masalah,gossip ke,politik ke, sembang je ke.....harrreemmmm....!!
Dah burn satu nickname TT oii...dah nak register lain pulokk....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 10:24 PM | Show all posts
hehehe....
mungkin lepas ni TT akan masuk guna nickname lain...dan berlakon sebagai seorang yg neutral...dan kemudian akan bagi komen2 yg membela MLM...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 11:23 PM | Show all posts
Reply 108# Brutal

memang betul tu. diorang macam terpaksa butakan mata pekakkan telinga bila ada yg melibatkan politik dlm sesuatu kes. jadi bila syarikat MLM tu tak dikenakan tindakan oleh KPDNKK, dgn megahnya diorang yakinkan orang yg KPDNKK pun approve skim diorang siap tunjuk lesen yg dah direnew KPDNKK. hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 11:35 PM | Show all posts
Reply 115# amirezu
diorang suka putar belit...sebab tu kita kena bijak patahkan hujah diorang...
diorang akan cakap yg perniagaan diorang sah di sisi undang2...ko balas la guna hujah dari sudut agama...dan bagitau diorang yg sah dari segi undang2 malaysia tak bererti sah dari sudut syariat...jual arak ada lesen pun sah...tapi sah ke dari sudut agama?

lagi satu, ada group yg suka "buktikan" kebenaran diorang dengan canang yg ustaz pun ada masuk skim diorang...tak kisahla walau ustaz sekolah rendah ke apa, janji title ustaz...lagi sekali ko kena berpegang pada hujah dari sudut agama yg konpem diorang tak de hujah nak patahkan pun...hujah diorang cuma, "ustaz ada masuk"...ko cakap je yg ada kes (dalam metro biasanya) yg ustaz cabul murid...adakah perbuatan cabul itu sah sebab ustaz yg lakukan??

kekadang, diorang guna hujah tentang haramnya perkara2 lain untuk menghalalkan keharaman diorang...
contoh: kalau ko kerja makan gaji, pastu curi tulang, ingat halal ke gaji ko?
ko jawap je: kalau curi tulang, tak berkat la gaji...sebab tu jangan curi tulang masa keje...mmg ramai yg curi tulang masa keje, tapi ia masih tidak menghalalkan skim haram ko...walau seribu perkara haram yg ko cerita, ia masih tidak menghalalkan 1 perkara haram yg ko buat...

aku jawap gitu je la biasanya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2011 04:44 PM | Show all posts
ada kawan gua sorang nurse....
hangus 41k pnjm ngan bank...
kecian kat dia...gaji 2500, sebulan sia-sia je bank potong RM444....
kena kencing x hengat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 05:48 PM | Show all posts
biasanya geng2 MLM ni mmg suka target yg keje kerajaan...
sebab senang nak wat loan....tu yg bagi skim puluh2 ribu punya...

yg skim ribu2 plak, diorang akan cuba mintak kita swipe credit card...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:56 PM | Show all posts
Reply 116# Brutal

ya, sama macam yg aku cakap kat diorang. diorang tau aku orang yg macam mana pastu nak sedapkan hati aku diorang cakap ramai dah ustaz ustazah yg join. kalau ada budak tahfiz yg join lagilah diorang upkan budak tu kononnya MLM diorang halal sampaikan orang yg kuat agama pun yakin halal MLM diorang. even orang tabligh pun diorang penah ckp ada yg join haha.

tak kira ustaz, lebai atau haji sekalipun kalau mata asyik nampak duit je gelap jugak hatinya.

aku teringat 1 hadis yg maksudnya lebih kurang gini, "akan ada golongan di akhir zaman yg menggunakan agama untuk keuntungan". aku lupa ayat yg sebetulnya tapi maksudnya lebih kurang macam tu. golongan yg dimaksudkan mungkin geng2 MLM. bukan mungkin, dah memang ya!! sekarang ni kalau kita perasan geng2 MLM guna pendekatan yg lebih halus. tapi depends kpd org yg bercakap tu jugak.

pernah aku tanya kwn aku tu halal ke MLM dia tu. dia tak jawab tapi dia bawak sorang pompuan datang jumpa aku yg dah kira dia punya upline punya upline dalam network dia explain kat aku pasal halal haram biz tu. dia tanya aku balik "tau tak apa yg jadikan biz tu haram?". soalan macam tu pun boleh tanya. tapi aku cakap "tak tau sgt" sbb nak tgk apa jawapan dia. dia tak explain pun, tapi dia ckp sblm dia join dulu dia pun tanya soalan yg sama. lps tu dia rujuk kat internet pasal perkara2 yg mengharamkan MLM. 9 kalau tak silap dia ckp. pastu dia refer dgn MLM tu, semua lulus. tapi dia tak cakap pun apa 9 perkara tu. sekadar nak meyakinkan org dgn fakta tipu...itulah style diorang biasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:58 PM | Show all posts
Reply 118# Brutal

orang KPDNKK sendiri pun ada yg join tapi aku tgk dia mcm lurus sgt orangnya. skang tak tau apa cerita dia, macam senyap je. maybe dia dah mula sedar something
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.275248 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list