CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jeluwi

KENAPA ORANG SELALU BERPANDANGAN NEGATIF TTG MLM?

  [Copy link]
Post time 28-7-2011 12:42 PM | Show all posts
Alhamdulillah, setakat hari ni, ramai kawan2 aku dah berjaya dgn bisnes masing2 ( lain-lain MLM).  ade yg umur 24 dah pkai merc, bmw, dah ade mini cooper, account ASB anak- anak pun dah penuh 200K sorang, dan macam- macam lagi lah. memang kerja ni smpai larut malam, memang tade mase. tapi biasalah kalau nak income bayak kene la kerja banyak, jangan mengharapkan kerja cikit then nk income 5 angka setiap bulan.
mhisfas88 Post at 28-7-2011 00:04



Kalau benarlah seperti yang diwar-warkan, ada merc, bmw, account ASB rm200k, maknanya dowline kena melabur banyak ni.. Kebiasaannya akan buat pinjaman puluhan ribu.

Agaknya apa nasib downline yang kecundang setelah dijanjikan kata-kata manis? Siapa nanti yang akan dipertanggungjawabkan? Sebabnya, suatu hari nanti market akan tepu (saturated). Kat mana nak buang produk-produk yang harga ribu-ribu, yang tesco / carefour / mydin / Giant / Econsave / Panasonic / boleh jual ratus-ratus jer? Sapa nak bayar hutang bank puluh-puluh ribu tu?

Sekadar bertanya sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 12:49 PM | Show all posts
setakat nak citer ada manusia dalam MLM ada pakai merc, BMW, dll tu...tu perkara biasa...mmg ada segelintir manusia dalam piramid ni boleh pakai camtu...tapi bersusun la downlines yg diperah beribu/berpuluh ribu untuk sampai ke tahap tu...
tak nak cerita ke nasib para downlines tu??

dalam Skim Cepat Kaya Klasik cam Skim Pak Man Telo pun ada yg buat untung...tapi lagi ramai yg rugi teruk la...sama je ngan kebanyakkan MLM yg ada sekarang...cuma nama je tukar dan MLM2 ni ada produk overprice/useless sebagai topeng....

ko sebut je MLM mana, mmg ada la manusia yg buat duit cam ko cakap...inilah yg digunakan sebagai umpan untuk mengajak orang lain join...menggunakan sifat tamak dan malas usaha/nak senang kaya orang lain untuk mengajak mereka masuk skim mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 03:30 PM | Show all posts
Reply 141# bro_kr


  ianya bukan seperti yg korang fikir. betul.. ni atas usaha kita sendiri. before nak join ape-ape bisnes pun kite kene fikir untung ruginya. semua bisness ade risiko, jadi kita kene pndai pilih yang mana baik yg mana tak baik.  aku dulu memang tak percaya pun mende- mende ni. tapi lepas aku tengok and dengar sendiri ape marketing plan die, ape objektif die. and ape financial planning die ajrkan..  duit mula- mula pun tak berpuluh ribu macam yg ko cakapkan tu, aku tak tahu lah kan, yg aku dgr ni MLM ni menarik sebab die tak jenis melayu makan melayu.
market saturated?? rakyat malaysia ade bape puluh juta ?? tapi yelah kan, bukan semua nak join, mungkin ade rezeki masing-masing di mana- mana. anggaplah MLM ni sebagai part time job di mana kita kerja untuk cari duit sampingan yang membawa pulangan lumayan.. same lah jugak kalau korang keje office hour siang hari then pada mlm bukak gerai burger ? tak ke smpai 2-3 pagi jugak kan ?

alhamdulillah, aku tengok sape-sape yang join bisness MLM ni, bukan satu jenis MLM saje ni, ade lah macam2 jenis. bukan jenis sistem piramid.. sebab sistem piramid memang tak boleh guna!!! hanya buat orang atas kaya, kita kerja macam kuli. sebab tu lah aku cakap kene dengar dulu, then buat pilihan.. pilihan atas kita bukan atas upline kita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 03:47 PM | Show all posts
Reply 142# Brutal


   ape kate korang ni buang dulu negatif thinking tu.. sebab tu lah aku cakap aku pun dulu macam korang, memang aku tak suka mende-mende ni.. and aku sangat- sangt la marah kalau orang promote aku masuk mende-mende ni. setakat ni yang aku tengok yang pkai kereta mewah-mewah tu semua bangsa kita , MELAYU.. aku bercakap ni bukan dari perspektif seorg ahli MLM sebab aku tak join pun MLM ni.. tapi ape yang aku nk cerita kat cini, bisness tu tak salah sebab mengikut guideline dari KPDNKK. siap dah register syarikat. jangan hanya disebabkan sesetengah bisness  MLM yang  menindas dan menipu korang terus streotype dengan semua MLM..
korang kene tengok dulu and selidik tu latar belakang MLM tersebut. then upline tu korang kene pandai cari yang nak membantu, yang boleh guide korang supaya naik keatas. MLM ni memang basically same,  tapi macam mana dieorg conduct bisness tu yg membuatkan di jadi unik antara satu sama lain. aku pun tak reti nak hurai banyak, sebab aku pun tak de ilmu tentang MLM ni.

Tapi, alhamdulillah, semua orang yang aku kenal join MLM nii ( MLM yang bukan sistem piramid) dah berjaya. bukan untuk org lain pun, demi cita- cita sendiri. dieorang mampu nak tanggung family dari ayah, mak hingga ke adik bongsu. mampu nk hantar mak bapak g haji. mampu nak pkai kereta besar untuk mencapai cita-cita sendiri, bukan niat untuk menunjuk-nujuk, tapi untuk kepuasan peribadi, kalau korang pun kerja siang malam, mesti korang nk sesuatu untuk diri korang kan ?

ramai jugak yang aku dah tengok bile simpanan dah banyak,  harta dah banyak, duit untuk pelajaran anak- anak dah memang tersedia berhenti kerja biasa dan buat kerja MLM as full time. duit yang kita dapat hasil bisness MLM tu bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk kesenangan di kemudian hari.  masa mula- mula join memang la penat, kene banyak kursus, then sharing and keluar malam-malam, tapi fikir la kalau kemudian hari korang boleh mmeluangkan lebih masa untuk family. kalau cakap pasal bisness lingkup, semua bisness boleh lingkup.  kalau kerja kerajaan memang tak buang orang, tapi tengok la bile kerajaan tak de duit, korang tak dapat bonus. so same  aje lah kan ?  bisness ape-ape pun kalau nk start perlukan komitmen lebih dari owner pada mula nye,, dah lame3 baru lah boleh berehat sbb bisness dah berkembang, pekerja dah ramai boleh tolong. tapi MLM ni lain sebab kita yang kerja bersama downline bukan downline bekerja untuk kita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply 139# Brutal


   hehe.. brutal gak ko ni kan ? heee... memandangkan aku ni beginner, aku tak reti la nk quote kan ayat ko tu.. hehe.. sorry eh... okelah aku jawab macam ni. aku bukan ahli MLM mane-mane pun, i masih bersih dari MLM ni.. huhu.. tapi ini cuma pendapat aku hasil daripada sharing MLM yang aku dengar. aku jawab satu-satu ye..
1. untuk yg sah dari segi undang-undang syariah
seperti yang aku cakap tadi, aku ni tak join mane-mane MLM lagi. so ape yang aku buat kat benang ni untuk tambah ilmu ape yang sepatutnye. alahmdulillah banyak jugak ilmu yang aku dapat contohnye sah dari segi syariah. and setelah aku bace, MLM yang ini sah sari segi syariah, masih lagi menepati guidelines yang di cakap kan oleh ustaz itu. tak ade satu pun yang terbabas lagi. lagi- lagi sistem yang sape masuk dulu dia akan untung selamanya. which means, kat cini, sape nk duit die kene kerja even die dah masuk awal2 lagi, die tak dtg sharing or buat kerja, die tak de income. yg lain2 tu mls nk hurai, panjang plak nanti. the point is, MASIH LAGI MENGIKUT UNDANG-UNDANG SYARIAH.

2.MLM tu tak boleh la ckp kat cini, sebab aku bukan lah orang yang sepatutnya nak cakap sebab aku bukan ahli MLM tu. tapi untuk pengetahuan, kalau MLM tu ade mengunakan sistem piramid, MLM tersebut tidak boleh didaftarkan dengan KPDNKK. so, kalau bisness MLM tu kite nak tau die  sistem piramid ke hape ke, check la status syarikat dengan KPDNKK. google aje.. kat KPDNKK website.

3.memang la nak kaya ade macam-macam cara. merompak pun boleh kaya. jual dadah bun boleh kaya. aku tak cakap hanya MLM yang boleh buat kita kaya. macam aku cakap mule-mule tadi, ini adalah salah satu peluang perniagaan yang lain dari konvensional bisnes. sebab ape ? sebab kita tak perlu bukak kedai nak jual barang,, itu aje. marketing plan die berbeza.. aku nak ckap pun aku tak reti sangat sebab aku bukan org sewajarnye nk berikan buah pandangan. aku cakap ni bukan nak back up member- member aku, sebab itu lah aku cakap, korang kene tengok marketing plan sesuatu MLM itu.. aku sendiri pun mst tak nak suami, keluarga, anak-anak aku mkn duit yang haram, yang tidak berkat hasil dari penipuan orang lain.  sebab itulah aku cakap TENGOK MARKETING PLAN  BETUL-BETUL. kalau bukak kedai makan pun boleh kaya. duit dapat tu halal, tpi berkat ke ?sebab tiap- tiap tahun tak byar cukai, tipu income bagai ? so, pokok pangkal nye, bagi aku, jangan kondem dulu,  tengok, dengar, baru fikir..

4. thanks bro, aku minta maaf kalau ade terkasar bahasa. ini pendapat, takot la kene lahar.. huhuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:45 PM | Show all posts
Reply 121# amirezu


    MLM mane???
aku pon x tau...tp aku prnh g tmpat dorang bincang tu...huhu...
mase tu aku g kl ada kusus...then kwn aku ni ajak g tmpt tu...
nsb baik aku x join...dan x pernah rase pon nk join mane2 MLM...
rase nk bg penampor je sape2 yg ajak...
3/4 bulan pastu dgr nurse tu ckp dah rugi 41k...cian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2011 07:07 PM | Show all posts
Reply 145# mhisfas88

oo macam tu. boleh bagitau kompeni MLM mana yg dimaksudkan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:09 PM | Show all posts
aku rase aku bukan orang yang berkelayakan nak cakap pasal kompeni ni.  tapi setakat ni aku check, takde lagi terlist dalam blog  kawan brader brutal tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 08:40 PM | Show all posts
Reply 143# mhisfas88
ada bezanya negative thinking dan mengkaji perkara yg berlaku...
dah benda tu negative...nak pikir positive apanya?
kalau dah haram, tak positivenya bro...

takkan nak pikir positif lagi atas benda2 yg terang2 haram...
kalau ko rasa ada MLM yg halal, sila listkan kat sini la....

aku caya mungkin ada...cuma %nya amat sedikit berbanding yg haram...dan skim2 ni tiada plan pyramid yg nak masuk kena labur beribu2...

btw, setakat pengalaman aku berdepan dengan geng2 mlm, aku dapat rasakan yg ko adalah ahli MLM...maaf jika salah, ini hanya andaian aku...berdasarkan pengalaman lepas...rujuk post aku #111.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by ronin at 28-7-2011 21:03

Aku terpanggil nak sumbang sesuatu kat sini sebab sebagai orang yg telah dan sedang membuat MLM, aku rasa aku perlu jelaskan beberapa perkara ttg perniagaan MLM, supaya dapat dilihat dgn perpekstif yg lebih seimbang, bukan menghentam secara melulu.

Sebenarnya segala komen2 korang, baik ditulis secara berhemah maupun melalui luahan rasa tak puas hati atau marah TIDAK ADA KATA PUTUS SEMAADA BETUL ATAU SALAH PENDAPAT MASING2 itu kerana ini banyak bergantung kepada jenis produk, plan pemasaran dan falsafah perniagaan yg dilaksanakan oleh syarikat2 MLM tersebut.

Lain syarikat lain produk dan struktur pemasaran nya, jadi tidak adil lah untuk terus melabel semua syarikat MLM sebagai negatif semuanya. Ini samlah perbuatan macam "carpet bombing", nak bunuh askar2 musuh tapi disebabkan gugurkan bom yg banyak meliputi kawasan yg luas, ramai orang2 awam yg tidak berdosa turut terbunuh. Atau jika disamakan dgn peribahasa melayu, "Kerana nila setitik,  rosak susu sebelanga." Kerana ada beberapa syarikat MLM yg ada unsur2 penipuan, skim yg menjerat atau distributor2 yg tak jujur terus cop semua MLM mcm itu.

Ada syarikat ok, tapi distributor dah manipulasi plan pemasaran menjadi skim yg menjerut orang. Ada distributor tipu, bawak lari duit downline, tapi kalau difikir dlm biz konvesional pun ada juga orang yg menipu, bukan? Banyak contoh2 yg berlaku dlm biz konvesional pun wujud penipuan, contoh menipu pelanggan, rakan kongsi atau kawan. Semaada korang pernah mengalami sendiri atau ternampak depan mata, pengalaman aku sendiri byk terjumpa kes2 penipuan dlm perniagaan konvesional yg bukan nya MLM.

Ok, aku ada browse thread ini serba sedikit, dan aku ada came across ayat2 yg dikira menghina juga kpd biz MLM ini, seolah-olah semua distributor dlm MLM ini dah cari rezeki dgn cara tidak betul. Biarlah aku menjawap serba sedikit melalui pengalaman yg tak seberapa ini dan aku akan jelaskan secara sejujur-jujurnya.  

1. MLM sebagai skim cepat kaya
Yg ini korang perlu hati2. Kadang2 produk2nya buat syarat jer....tapi yg lebih ialah plan pemasaran yg menjurus kpd sapa yg masuk dulu dia yg jadi kaya. Biasanya sistem yg dipakai adalah sistem binary yg mana jumlah org yg masuk perlu seimbang kiri dan kanan supaya upline akan dpt bonus.
Pengalaman aku, pernah masuk dlm sistem binary ini, produk dibeli dgn mahal dgn matawang US iaitu USD500 tapi over time berbaloi sebab produk2 adalah dlm syilling emas dan nilai emas pun dah naik. Cuma sekarang aku rasa sistem ini tidak mematuhi syariah sebab ada unsur gharar sebab kita hanya beli sekali, tapi pendapatan tetap ada melalui pembelian downline. Aku stop sebab conscience aku masa itu rasa tak sedap hati....sementelah lagi downline2 aku sendiri ramai yg menipu dgn cara scan cek2 bonus yg bernilai USD500 sekeping dan bubuh nama sendiri untuk impress prospek. Bila ada downline2 sendiri menipu aku rasa tak sedap hati ditambah dgn plan pemasaran yg ada unsur2 gharar, aku terpaksa lupakan biz MLM ini.

......sambung
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:55 PM | Show all posts
Reply 149# Brutal


   halal dan haram.. susah nak cari bisnes yg sangat2 lah suci murni. kawan2 aku bukak bisnes ramai, lagi2 konvensional bisnes. mula2 nk dpt tender, cmne ? semua sama.. sebab ko dah stereotype dgn bisnes MLM ni. terpulang lah kat ko sama ada nak terus banned bisnes ni ke ape, cuma bagi aku tak salah nak berusaha untuk memajukan diri sendiri.
MLM ni aku tak berani nak cakap halal ke haram ke, tapi kalau ko pun dah bg 9 guidelines tu, so aku tgk bisnes MLM yg kawan2 aku join ni memenuhi semua yang ko cakap tu, lagi tak ekot syariah ke ??

btw, aku bukan ahli MLM. aku cuma menyatakan pendapat aku. aku baru umo 23tahun, tak kerja pun lagi. so takde modal nak buat MLM. hahaha.. kalau tak percaya sudah . aku berani bersumpah aku bukan ahli mane2 MLM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:56 PM | Show all posts
untuk yg sah dari segi undang-undang syariah
seperti yang aku cakap tadi, aku ni tak join mane-mane MLM lagi. so ape yang aku buat kat benang ni untuk tambah ilmu ape yang sepatutnye. alahmdulillah banyak jugak ilmu yang aku dapat contohnye sah dari segi syariah. and setelah aku bace, MLM yang ini sah sari segi syariah, masih lagi menepati guidelines yang di cakap kan oleh ustaz itu. tak ade satu pun yang terbabas lagi. lagi- lagi sistem yang sape masuk dulu dia akan untung selamanya. which means, kat cini, sape nk duit die kene kerja even die dah masuk awal2 lagi, die tak dtg sharing or buat kerja, die tak de income. yg lain2 tu mls nk hurai, panjang plak nanti. the point is, MASIH LAGI MENGIKUT UNDANG-UNDANG SYARIAH.
mhisfas88 Post at 28-7-2011 16:09


setakat jawap gitu, skim wang pos pun akan kata gitu bro...
sebab terlalu general dan ko langsung tak menjawap ciri2 yg digariskan...
camne ko nak orang terima pendapat ko jika ko tak bagi hujah? takkan nak orang terima bulat2 je pendapat ko tanpa ko citer betul2 camne ko cakap dia patuh pada 9 perkara asas tu...

baru 9 perkara asas...belum kita pergi pada produknya lagi....yg biasanya produk MLM banyak yg menipu...

Charles Ponzi, sekiranya beliau masih hidup, dan berporem ngan kita sekarang, pun dia akan jawap sama cam ko jawap...


MLM tu tak boleh la ckp kat cini, sebab aku bukan lah orang yang sepatutnya nak cakap sebab aku bukan ahli MLM tu. tapi untuk pengetahuan, kalau MLM tu ade mengunakan sistem piramid, MLM tersebut tidak boleh didaftarkan dengan KPDNKK. so, kalau bisness MLM tu kite nak tau die  sistem piramid ke hape ke, check la status syarikat dengan KPDNKK. google aje.. kat KPDNKK website.
mhisfas88 Post at 28-7-2011 16:09

rumah pelacuran boleh dapat lesen tak? tak dapat kan? dia mintak lesen karaoke atau rumah urut...tapi wat bisnes pelacuran...
pusat judi haram dapat lesen tak? tak sapat kan? dia mintak ar lesen cyber cafe...
itulah perumpamaannya...

mereka tak dedahkan plan sebenar masa mintak lesen...malah, mereka ada produk...yg sebenarnya sebagai topeng skim piramid mereka je...kpdnkk takkan siasat produk tu...dan bila mereka tgk plan yg diberi, mmg lulus arrr...tapi hakikatnya, skim piramid...

ko ambik je satu company yg sah cam Hai-O contohnya...plan asal yg diberi, tiada skim piramid...tapi kalau ko ikut plan asal tu, mampus pun tak kaya...jadi ada "option" untuk pendaftaran dengan pembelian pukal yg sebenarnya menjurus kepada sistem piramid walaupun ada produk...

undang2 ada kelemahan dia...kalau ko dah masuk "line" tu...ko akan tahu camne nak main...

memang la nak kaya ade macam-macam cara. merompak pun boleh kaya. jual dadah bun boleh kaya. aku tak cakap hanya MLM yang boleh buat kita kaya. macam aku cakap mule-mule tadi, ini adalah salah satu peluang perniagaan yang lain dari konvensional bisnes. sebab ape ? sebab kita tak perlu bukak kedai nak jual barang,, itu aje. marketing plan die berbeza.. aku nak ckap pun aku tak reti sangat sebab aku bukan org sewajarnye nk berikan buah pandangan. aku cakap ni bukan nak back up member- member aku, sebab itu lah aku cakap, korang kene tengok marketing plan sesuatu MLM itu.. mhisfas88 Post at 28-7-2011 16:09
  
bagitau la marketing plan MLM mana...sebab setakat yg aku tgk, hampir semua mengamalkan skim piramid...
direct selling asalnya mmg ideanya gitu...tapi ia dicampur ngan skim ponzi yg menyebabkan ia jadi skim cepat kaya...

aku sendiri pun mst tak nak suami, keluarga, anak-anak aku mkn duit yang haram, yang tidak berkat hasil dari penipuan orang lain.  sebab itulah aku cakap TENGOK MARKETING PLAN  BETUL-BETUL. kalau bukak kedai makan pun boleh kaya. duit dapat tu halal, tpi berkat ke ?sebab tiap- tiap tahun tak byar cukai, tipu income bagai ? so, pokok pangkal nye, bagi aku, jangan kondem dulu,  tengok, dengar, baru fikir..
mhisfas88 Post at 28-7-2011 16:09
  
hahaha...ni pun ayat biasa yg aku dengar dari ahli2 MLM...iaitu menceritakan perkara haram yg lain... (aku baru perasan ko ni pompuan)
kalau ko bukak kedai makan, tapi tipu income, mmg la tak berkat....sebab tak bayar zakat...sebab tu aklau bukak kedai makan, sila bayar zakat...tapi benda ni (tokey kedai makan bayar tak bayar zakat), takkan halalkan skim piramid yg haram tu...
walau seribu perkara haram kita cerita, ia tetap tak menghalalkan satu perkara haram yg kita buat...paham?

ko boleh citer, orang tu minum arak...orang tu berzina...orang tu curi tulang masa keje...semua benda haram tu...tapi ia tetap tak menghalalkan skim MLM yg piramid ponzi laknatullah ni...paham? tak paham? tanya upline anda...

*ayat2 sedari ni, mmg sebijik cam ayat2 ahli2 MLM yg pernah aku jumpa sebelum ni...semua hujah mereka serupa dengan sedari...rujuk post aku #116...
sebab tu aku rasa sedari ni sebenarnya ahli MLM...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:59 PM | Show all posts
Reply 151# mhisfas88
susah nak cari halal?
sedari...MENCARI YG HALAL ITU WAJIB!!!!!

mati ke kalau tak main MLM ni? jadi, kalau ia haram, kenapa kita nak masuk??? takut miskin? baik miskin daripada kaya wang haram....lagipun banyak lagi cara nak kaya....

btw, jika ko bukan ahli MLM, maknanya ko mmg banyak kawan dari MLM sebab hujah2 ko sebijik kaki2 MLM yg pernah aku jumpa...
dah macam baca skrip dah...

dan untuk ikut saranan ko untuk tgk marketing plan, tu yg aku mintak ko bagi contoh MLM halal kawan ko tu...kalau tak tahu, camne nak tgk marketing plan...??
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:03 PM | Show all posts
"Kerana nila setitik,  rosak susu sebelanga."
ronin Post at 28-7-2011 20:53

aku tak sempat nak baca semua lagi...
cuma aku quote kan ni dulu...

dalam kes MLM ni, lebih banyak MLM yg haram (piramid) daripada yg halal...jadi peribahasa "Kerana nila setitik,  rosak susu sebelanga." tak sesuai...
sebab dalam kes ni, susu cuma setitik, nila yg sebelanga...
jadi kalau nila setitik dah boleh rosakkan susu sebelanga, bayangkan apa yg sebelanga nila boleh buat kat susu setitik?

ok bro...have a nice day...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:04 PM | Show all posts
Reply 147# amirezu
bro...rujuk post aku #116....
betul tak aku kata? hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:11 PM | Show all posts
dalam kes MLM ni, lebih banyak MLM yg haram (piramid) daripada yg halal...jadi peribahasa "Kerana nila setitik,  rosak susu sebelanga." tak sesuai...
sebab dalam kes ni, susu cuma setitik, nila yg sebelanga...
jadi kalau nila setitik dah boleh rosakkan susu sebelanga, bayangkan apa yg sebelanga nila boleh buat kat susu setitik?

ok bro...have a nice day...
Brutal Post at 28-7-2011 21:03


TQ.....


Peribahasa tetap peribahasa, menunjukkan bahawa sesuatu yg buruk itu akan memalitkan keburukkan itu kpd sesuatu yg berhampiran....tapi tuduhan itu perlu kepada angka.........angka statistik yg menunjukkan beberapa % MLM yg haram dan beberapa % yg haram......kalau tidak ianya hanya menjadi retorik yg meng"carpet bombing"kan semua MLM.....padahal ada banyak MLM!


Peace.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 09:12 PM | Show all posts
Reply 152# Brutal


   kenape nak di terangkan lagi yg selebihnya sebab kat penerangan ustaz tu pun dah cukup terang dan faham. maknenye bisness yang aku ckp tu ekot sebijik-sebijik 9 guidelines tersebut. memang la kot ayat-ayat yang aku guna macam ayat-ayat MLMers tapi aku tak pernah pun terlibat dengan dieorg, mungkin sebab aku tak keje lagi so dieorg pun tak berminat nk ajak aku join. haha.. tapi aku ade la tnye-tnye pasal bisnes dieorg tu. sape pun takkan nak kate bisnes die tak elok kan ? sebab tu aku masuk board ni. so aku boleh bertukar pendapat. dan ape yang aku dapat, 9 guidelines tersebut.
oklah, kenape ko kate MLM ni haram  walau pun ekot guidelines yang ko sendiri link kan ituu?? sebab aku tgk kawan2 aku buat kerja, so dieorg dpat duit hasil dari kerja dieorg penat lelah bersengkang mata malam2.


sebab mencari yang halal itu memang diwajibkan, sebab tu lah aku nk tau sangat. sebab aku bukan into MLM, aku into konvensional bisnes sebenarnye. walau pun orang kate and aku tengok sendiri MLM nk bagus (bukan semua) tapi aku tak rase nak join, mungkin aku lebih suka buat bisnes berdasarkan minat aku kot ??
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:16 PM | Show all posts
Tahukan anda, bisnis konvesional bukan MLM yg asalnya halal dan suci itu jatuh menjadi sumber pendapatan haram dgn perbuatan rasuah? Terutama yg melibatkan tender2 syarikat atau kerajaan?

Jadi kat sini yg penting ialah niat orang yg ingin mencari rezeki semaada biz konvesional atau MLM.......kena pilih biz yg betul2 mengikut syariah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:17 PM | Show all posts
Reply 150# ronin


   setuju ngan ko !!! tak patot nak hentam orang. ape yang aku nak smpai kan ko dah smpai kan.. tq.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:19 PM | Show all posts
Reply  ronin


   setuju ngan ko !!! tak patot nak hentam orang. ape yang aku nak smpai kan ko d ...
mhisfas88 Post at 28-7-2011 21:17


pengalaman aku dlm MLM on and off jer....so sikit2 boleh ler aku kongsi......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.071694 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list