CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jeluwi

KENAPA ORANG SELALU BERPANDANGAN NEGATIF TTG MLM?

  [Copy link]
Post time 25-7-2011 11:58 PM | Show all posts
Reply 117# bang_brahim

macam tau je MLM mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 12:24 AM | Show all posts
lps tu dia rujuk kat internet pasal perkara2 yg mengharamkan MLM. 9 kalau tak silap dia ckp.amirezu Post at 25-7-2011 23:56

9 perkara yg mengharamkan MLM? rasanya dia rujuk web ustaz zaharuddin kot? tapi bukan 9 perkara yg mengharamkan MLM, tapi 9 asas shariah yg perlu dipatuhi...kalau tak patuh 9 ni, kira tak patuh shariah la...tapi kalau patuh 9 perkara asas ni, belum tentu patuh shariah lagi...tgk gak perkara2 lain...cuma ni kira asas la...

mende ni pun akak tu nak putar belit...sepak je dia lain kali...hehe
aku post 9 perkara tu...

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


***kredit to web Ustaz Zaharuddin***


aku tak post artikel penuh sebab panjang sangat...tapi kalau nak baca artikel penuh, boleh klik kat sini http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 12:36 AM | Show all posts
Reply 122# Brutal

a'a. dia tak cakap web uzar tp masa tu aku tau dah mesti web uzar punya. dah lama aku baca 9 perkara tu dulu tapi tak ingat sbb dlm masa aku baca tu agak lama takde org approach aku pasal MLM. pompuan tu umo sebaya aku. dia outstation dr kg ke kl naik keretapi. umah dia kat kg tak jauh dgn umah aku sebenarnya. memang sedihlah bila dia sendiri pun gelap dlm hal macam ni walaupun dah rujuk web uzar
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 12:57 AM | Show all posts
Reply 123# amirezu
diorang akan cari jalan jugak untuk putar belit dan halalkan skim diorang...

masa aku dok perang ngan geng Tawoon dulu (kutu wang pos)...geng2 diorang mati2 cakap diorang ada produk...
bila aku tanya apa produk tu, jawapan diorang ialah wang pos....selamba badak cakap wang pos tu produk...
wang pos mmg produk bagi pos malaysia, atau lebih tepat lagi, servis...tapi bagi skim diorang, wang pos tu bukanlah produk/servis...cuma gantian bagi wang...aku pun tak paham setakat mana IQ diorang...tgk duit je, terus gelap mata...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:11 AM | Show all posts
Reply 124# Brutal

haha..wang pos pun boleh diorang kata produk. betullah bro, org yg duk kejar duit ni mata n hati akan jadi gelap.

harap sgt TT dapat bersuara balik kat rumah dia ni. apa dia buat skang agaknya ye?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:15 AM | Show all posts
Reply 125# amirezu

TT dok sibuk ngempen prospek kat kedai mamak kot??
apa barang keje 8 jam sehari kan TT? keje la 18 jam sehari....
dapat balik modal yg dah bagi kat upline pun cukup la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2011 01:32 AM | Show all posts
Reply 126# Brutal

hahaha. duk berjam2 tapi air segelas je, itu pun tak belanja bakal downline dia
buat keje MLM ni bebas masa katanya sampaikan waktu awal pagi macam sekarang ni pun duk kedai mamak lagi rasanya eheh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:36 AM | Show all posts
Reply 127# amirezu
kata orang kaya...mana boleh minum banyak2 & belanja prospek...nanti kurangla duit...camne nak jadi kaya kalau gitu?

kalau keje biasa, kul 5:30pm kena balik...tak bebas masa la...
ni pukul 2-3 pagi pun boleh keje lagi...KEBEBASAN MASA!!!!! hahahaha      

kalau ada kesempatan, ko layan la geng2 cari prospek ni kat kedai mamak...tapi pastikan ko berlakon yg ko ni sengkek gila...keje biasa2 je...datang pun naik kapcai buruk je...baru best tgk diorang berlagak ngan ko...tapi ko kena sabar dan tahan gelak arr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 01:53 AM | Show all posts
Reply 128# Brutal

hahaha. biasalah MLM..Meniaga Larut Malam. diorang sendiri yg cakap camtu

owh aku tak sanggup nak menahan telinga dengar lagak diorang. baik aku angkat kaki awal2. tapi ada gak yg jenis tak berlagak tapi main cara halus. diorang create situasi yg merunsingkan contohnya harga petrol dijangka naik lagi secara mendadak. kawan aku tu pernah bagitau petrol dijangka naik ke RM4 seliter awal tahun depan. orang KPDNKK cakap
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:59 AM | Show all posts
apa kata yg MLM kehulu MLM kehilir nih cuba2 laa pegi tipu india dan cina yg lain sana tuh...

mel ...
slippergombak Post at 8-7-2011 01:07



    betul tu,cina dah dpt balik modal depa tarik  diri,melayu gk yg susah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:59 AM | Show all posts
Reply 129# amirezu
lawak bro...dengar diorang berlagak...
kita tanya, "abang pakai kereta apa?"
dia jawap, "abang pakai wira...tapi dah tempah dah BMW"...

nak jugak berlagak tu...

belom yg jenis tunjuk2 kad kredit...(mentaliti kuno, ada kad kredit adalah orang kaya)...
citer income ribu2 sehari...tapi apekajahnya berlagak dengan kad kredit classic?? anak buah aku pun pakai gold...hehe

petrol naik RM4/liter....takpe...ko jawap je, "masih murah berbanding negara2 jiran..."
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 10:42 AM | Show all posts
say no to MLM..

diorg penah cakap nak ubah nasib takk?? nak ubah masa depan?? tapi tak bagitau apa...
kena ikut pegi office die dlu tgh2 malam...pastu baru tau rupenye MLM....

suka memaksa org...dah org tanak..tanak laa...
paksa suruh pinjam duit family laa..suruh guna duit PTPTN laa...
nasib la aku berkeras hati taknak...
pastu buat muka marah gile pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 12:38 AM | Show all posts
ayat "nak ubah nasib" tu memang ayat wajib geng2 MLM ni.
mmg betul ubah nasib, dari hidup teratur kpd hidup tak teratur.
malam2 meeting atau sembang kedai mamak sampai 2, 3 pagi.
balik umah tido sampai ke tengah hari. subuh melepas hari2.
siang takde buat keje apa. kalau rajin, pegi prospecting.
malam terkinja2 kat event sambil mengagung-agungkan leaders.

itulah nasib diorang
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 10:18 AM | Show all posts
MLM : Makan Luit Member ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 11:57 AM | Show all posts
aku pernah terjebak kat bende2 nih dulu..
time tu lum bijak pk lg..
semangat bekobar2 time tu...
dpt duit pun, xnampak kemane duit tu sbb asyik belanje prospek..

mujo la aku xbyk approach kt kengkawan..
sorang 2 je..

balik modal xlepas, kengkawan larik..
aduyai..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 07:09 PM | Show all posts
ejensemit
takpe,pengalaman mematangkan kita...

bila baca blog about MLM tu, ada juga betulnya....mostly kepala c***, yg bawah2 ni melayu la cari sale gila2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 08:52 PM | Show all posts
Reply 136# bungazaleha
ada jugak sesetengah tu bangsa melayu jadi kepala...contoh: yg jual gelang tu...
tapi tak kisahla apa bangsa kat atas pun...sama jek...menipu orang ramai je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:04 AM | Show all posts
MLM ?? aku dulu pun tak percaya mende2 ni. kalau ade je yg promote mak aku, memang aku bantai abis2 la..

tapi setelah aku dewasa cikit ni.. hehe.. and dah berpengetahuan tentang selok belok bisnes, MLM ni adalah satu peluang perniagaan. which mean  perniagaan tapi marketing plan die berbeza dari konvensional bisness yg ade.  Alhamdulillah, walau pun korang semua kondem MLM ni, tapi bagi aku, MLM ni tak salah..  janji bisnes tu kene lah register dengan  KPDNKK. and korang kene dgr sendiri marketing plan nye mcm mane. memang byk yg tipu which means ade system piramid.

Alhamdulillah, setakat hari ni, ramai kawan2 aku dah berjaya dgn bisnes masing2 ( lain-lain MLM).  ade yg umur 24 dah pkai merc, bmw, dah ade mini cooper, account ASB anak- anak pun dah penuh 200K sorang, dan macam- macam lagi lah. memang kerja ni smpai larut malam, memang tade mase. tapi biasalah kalau nak income bayak kene la kerja banyak, jangan mengharapkan kerja cikit then nk income 5 angka setiap bulan.

well, aku tak nak la cari gaduh or ape, tapi ni pendapat aku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:29 AM | Show all posts
MLM ?? aku dulu pun tak percaya mende2 ni. kalau ade je yg promote mak aku, memang aku bantai abis2 la..

tapi setelah aku dewasa cikit ni.. hehe.. and dah berpengetahuan tentang selok belok bisnes, MLM ni adalah satu peluang perniagaan. which mean  perniagaan tapi marketing plan die berbeza dari konvensional bisness yg ade.  Alhamdulillah, walau pun korang semua kondem MLM ni, tapi bagi aku, MLM ni tak salah..  janji bisnes tu kene lah register dengan  KPDNKK.mhisfas88 Post at 28-7-2011 00:04

register dengan KPDNNKK tak semestinya halal...sah dari segi undang2 malaysia, tak semestinya sah dari segi syariah...cuba check dengan 9 perkara asas yg UZAR gariskan tuh...kalau ok...kemungkinan besar takde hal...

and korang kene dgr sendiri marketing plan nye mcm mane. memang byk yg tipu which means ade system piramid.mhisfas88 Post at 28-7-2011 00:04

and urs is not pyramid? MLM mana tu? boleh kongsi kat sini....maybe ada...cuma tak terjumpa...

Alhamdulillah, setakat hari ni, ramai kawan2 aku dah berjaya dgn bisnes masing2 ( lain-lain MLM).  ade yg umur 24 dah pkai merc, bmw, dah ade mini cooper, account ASB anak- anak pun dah penuh 200K sorang, dan macam- macam lagi lah. memang kerja ni smpai larut malam, memang tade mase. tapi biasalah kalau nak income bayak kene la kerja banyak, jangan mengharapkan kerja cikit then nk income 5 angka setiap bulan.mhisfas88 Post at 28-7-2011 00:04

setakat nak 5 angka, takyah masuk MLM pun takpe...cuma nak ingatkan, kita bercerita tentang kebenaran...bukti materialistik tidak membuktikan kebenaran...Qarun dan Firaun kaya...amat kaya...kalah tokey MLM...tapi adakah mereka benar?

yg dibincangkan di sini pasal halal-haram...

member2 ko kaya wat MLM...mmg la ada yg kaya wat skim piramid ni...berlambak...cuma mereka berjaya di atas penderitaan dan pengianayaan pada orang lain...dan % yg kaya ni jauh meninggalkan % yg dizalimi tuh...


well, aku tak nak la cari gaduh or ape, tapi ni pendapat aku.mhisfas88 Post at 28-7-2011 00:04

takde sape bergaduh kat sini...ni perbincangan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:09 PM | Show all posts
di sebabkan mlm, laki aku berhutang sampai skang tak abis bayar....BENCI BENCI BENCI...:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.168711 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list