View: 139|Reply: 0
|
UEM tinjau ke Pasaran Utama
[Copy link]
|
|
Langkah firma raih dana perkukuh perniagaan dalam, luar negara\rKONGLOMERAT yang berasaskan kejuruteraan, UEM Group Bhd sedang meninjau menyenaraikan sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia dalam usaha meraih dana untuk pengembangan dan pengukuhan perniagaannya di dalam dan luar negara.\r\n\n\n\n\r Sumber berkata, kumpulan itu juga dikatakan akan terus melupuskan aset yang bukan perniagaan terasnya.\r\r\n\n\n\n\n “UEM kini mahu menumpukan perniagaan dalam empat bidang utama, iaitu lebuh raya, hartanah, kejuruteraan dan pembinaan serta pengurusan aset dan kemudahan,” katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.\rSelain penyenaraian sahamnya, UEM Group juga bercadang menyenaraikan saham syarikat miliknya yang berpotensi.\rSumber itu berkata, UEM Group juga masih berunding dengan beberapa pihak yang berminat untuk membeli 45 peratus kepentingannya dalam Time Engineering Bhd.\rBagaimanapun, beliau berkata setakat ini rundingan itu belum mencapai sebarang keputusan konkrit.\r\n\n\n\n\rUEM Group ketika ini mempunyai kira-kira 40 entiti di bawahnya yang beroperasi di Malaysia dan juga di luar negara.\rAntara syarikat di bawahnya yang kini disenaraikan ialah Faber Group Bhd, UEM Land Holdings Bhd dan Time Engineering. Ia juga memiliki UEM Builders Bhd, Opus Group Bhd dan Cement Industries of Malaysia Bhd yang telah diswastakan beberapa tahun lalu.\rMengulas perkara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Izzaddin Idris berkata, buat masa ini kumpulan itu tidak bercadang untuk berbuat demikian.\rTegasnya, ini kerana tumpuan kumpulan itu ketika ini adalah untuk mengukuhkan perniagaan terasnya.\rIzzaddin bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan langkah pelupusan aset bukan terasnya.\rPada Julai tahun lalu, UEM Group Bhd mengumumkan pelan strategik lima tahunnya hingga 2015 dengan matlamat muncul konglomerat berasaskan kejuruteraan terulung di rantau ini dengan sasaran pendapatan tahunan sebanyak RM30 bilion menjelang 2015.\rMengikut pelan itu, ia akan menumpukan kepada empat perniagaan teras iaitu pengendalian lebuh raya, pembangunan perbandaran dan hartanah, pengurusan aset dan kemudahan serta pembinaan dan kejuruteraan.\rOktober tahun lalu, kumpulan itu bersama Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan mengambil alih keseluruhan aset dan tanggungan Plus Expressways Bhd (PLUS) bernilai RM23 bilion.\rIa juga turut menjual syarikat miliknya iaitu Pharmaniaga Bhd kepada Boustead Holdings Bhd pada RM534 juta tahun lalu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|