CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Puisi gegarkan UTHM

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Warga universiti, penyair dan artis bersatu tenaga hidupkan majlis\rDEWAN Terbuka, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, dikejutkan dengan bakat terpendam di kalangan tenaga akademik dan kaki tangan am pusat pengajian tinggi terbabit ketika berlangsungnya Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) - UTHM.\r\n\n\n\n\rProgram anjuran bersama BH dan UTHM dengan tema Tsunami Kemanusiaan pada 17 Jun lalu menjadi gelanggang mengenengahkan bakat kreatif mereka termasuk Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin dan Wakil Tugas-tugas Hal Ehwal Pelajar UTHM, Prof Ir Dr Amir Hashim Mohd Kassim.\r\r\n\n\n\n\nProf Mohd Noh mengejutkan lebih 1,000 khalayak yang membanjiri Dewan Terbuka UTHM dengan deklamasi puisi Walang Anak Desa yang mengisahkan kehidupannya sebagai anak desa yang pernah lupa akan asal usul dan tanggungjawab memartabatkan kemanusiaan agar tidak terhakis oleh arus kemodenan dan teknologi canggih.\rDesa permai dipagari rumpun kemakmuran\rwalang mata ini telah buta menatap angkara\rwalang telinga ini telah tuli mendengar nista\raku tak rela tanah tercinta ini dihampiri noda\rusah dibiar hanyir darah yang tak berdosa diratah hiba\r\n\n\n\nbiar tercipta sebuah kemakmuran abadi\rayuh kita himpun semangat kemanusiaan\rdalam genggaman sabda\rbiar terbakar hasrat damai\rketika hujan turun di hati renyai\rsetiap hari mata ini kantuk menafsir kisah manusia di dada peristiwa\ryang tidak berdosa juga turut menjamah segala musibah yang melanda.\rKesediaan Prof Mohd Noh untuk berduet penyanyi bersuara jantan yang sedang popular dengan Kalau Berpacaran, Sohaimi Meor Hassan, mendendangkan Epilog Cinta Dari Bromley, menerima tepukan gemuruh daripada khalayak yang merangkumi pelajar, tenaga akademik, kaki tangan UTHM dan penduduk sekitar universiti terbabit.\rSohaimi juga menerima tepukan gemuruh ketika mendendangkan Misteri Cinta dan sempat berduet dengan pasangan duetnya yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25, Ana Raffali, selain kedua-duanya menjadi tumpuan utama pelajar dan kaki tangan yang ingin bergambar kenangan dengan mereka.\rProf Amir dan Pengarah Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan UTHM, Prof Madya Kamarudin Khalid yang enggan beraksi di pentas puisi pada mesyuarat sebelum ini, tetapi akhirnya bersetuju untuk beraksi di pentas nyata selamba ketika berdeklamasi.\rUTHM juga boleh berbangga dengan bakat anak seni mereka, Kumpulan Karya Kumpulan Aktivis Pemuisi dan Dramatis (AKSI) pimpinan Muhammad Shahrin Haron yang membuka tirai majlis dengan dekon, Alamat-alamat Duka sambil mengajak khalayak menilai kebobrokan masyarakat dewasa ini.\rPensyarah Bahasa UTHM, Ku Hasnan Ku Halim, pula mendeklamasikan Sajak Seorang Tua Kepada Isterinya yang memuatkan erti kehidupan dan kasih sayang tidak terhingga seorang suami kepada isteri serta erti kasih sayang perlu diperluaskan kepada keluarga, sahabat atau masyarakat di sekeliling kita.\rHidup tidaklah untuk mengeluh\rhidup bukannya untuk mengaduh\rhidup adalah untuk mengolah hidup\rbekerja membalik tanah\rmemasuki rahsia langit\rmenelusuri luasnya samudera\rserta mencipta dan mengukir dunia.\rKehangatan Malam Puisi Riong BH-UTHM semakin dirasai apabila pelakon dan juga penggiat teater tanah air yang sedang popular dengan filem Hikayat Merong Mahawangsa, Khir Rahman, mendeklamasikan Apa Aku dan Kucing Lembik, pendek tapi padat sehingga khalayak terpegun seketika dengan gaya teaterikalnya.\rDalam segenap hal...\raku ini binatang yang tidak bernama\ryang tidak pula baru\rtidak berkuku\rtidak juga berbulu\rdalam sangkar luar\rberjenama syurga\raku terjengkit-jengkit\rdi tanah yang lembik-lembik\rdisuap gula-gula hanyir\rdiarah ke kiri dan ke kanan\rke kiri dan ke kanan\ryang tidaklah ke kiri\rdan ke kanan pun\rPasangan Khir dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa, Wan Hanafi Su yang tampak paling ‘bercahaya’ pada Malam Puisi Riong BH-UTHM kerana rambutnya yang putih berkilau sehingga disangka sesetengah orang rambut palsu sedangkan kepalanya berambut lebat, beraksi sambil meniupkan seruling.\rWan Hanafi yang mengimbau kenangan di samping penggiat teater di Terengganu yang berbakat luar biasa tetapi tenggelam dalam hiruk-pikuk kehidupan, Wan Ahmad Ismail, memilih puisi rakannya itu, Rinduku Tercalar dan karyanya, Raden Mas.\rRinduku sekian lama tertulis\rdengan alif\rcintaku\rsekian lama tercatat\rdengan detik\rkulukis perempuan\rkulukis rambutnya\rdengan luka\rtiba-tiba segala derita terbuka\rmenjadi pusara\rderita yang kutulis tergantung\rpada hujung kaki yang ternoda\rluka yang kuhiris\rmengalir pada calar yang tercuka.\rPengarang Rencana Eksekutif BH, Zainor Said, setia dengan Saudara di Palestin karya Khadijah Hashim dalam memaknakan Tsunami Kemanusiaan yang menjadi rencah tema Malam Puisi Riong BH-UTHM dalam menjerat rasa khalayak untuk sama bersimpati dengan kesengsaraan, penderitaan dan pahit getir di bumi Gaza.\rKudengar bisikan pohon zaitun bertasbih pagi dan petang\rseorang ibu tua berdoa sepanjang malam\rmohon diberikan kekuatan untuk menang\raku pun tidak ingin melihat\ranak-anak membaling batu ke kereta kebal berwajah hantu\rjentolak bukan merata tanah\rtetapi merempuh rumah\rruntuh bersama maruah keluarga dan bangsa\rbayi yang baru lahir mencungap semput\rmenyedut udara peperangan.\rJohan Deklamasi Puisi, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 2002, 2006, 2008, 2010, Sarjan Yusuf Ramji, tampil segar ketika beraksi dengan Kita Masih Hidup sambil memukul jidur, seolah-olah membangkitkan kesedaran yang mungkin luput berhubung kepentingan menimbang matlamat hidup agar tidak terpesong.\rDalam kotak pemikiran kita sudah ada jawapan\rdengan segala macam persoalan\rsebab kita masih hidup dan punyai kewarasan yang sewajarnya\rmengimbau kembali segala isi sejarah dari mula terciptanya manusia\rsampai semua manusia mati\rdan dihidupkan kembali kita tahu akan segala-galanya\rkerana kita masih hidup dan mengaku bijak.\rPenerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2005, Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Agi tampil menghiburkan khalayak dengan Seloka Buang Bayi dalam usahanya memberi kesedaran kepada generasi muda agar menjauhi maksiat dan pergaulan bebas yang semakin menjadi-jadi.\rPenasihat Media Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Ibrahim Yahaya pula memeriahkan acara yang dikendalikan Pengacara TV9, Aziz Desa dengan puisi, Tiada Yang Lain, selain majlis turut dimeriahkan dengan bacaan oleh Ketua 1, Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Md Ali Hanafiah dan Pegawai Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Azamin Itam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.880276 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list