CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: admin6

Apa pendapat anda berkenaan isu Lynas?

[Copy link]
Post time 30-6-2011 01:16 PM | Show all posts
Reply 20# Anak_Nogori
sebenarnya, apa pun jawapan mereka, kita sudah sedia maklum dengan risiko yg pasti...
sebab walaupun kita bukan pakar nuklear, kita juga bukan tak tahu apa2 tentang nuklear...

macam kat kuantan ni...mmg ada pihak politik yg membantah Lynas ni...
cuma yg tak diceritakan oleh akhbar, golongan profesional teknikal (terutamanya engineers) banyak yg membantah Lynas ni...
kat Gebeng kan banyak kilang, jadi ramai golongan engineers yg faham tentang perkara ni...walaupun mereka bukan pakar nuklear, seperti yg aku katakan perkara ni tak perlukan pakar nuklear untuk kita fahami...jika anda ada background teknikal yg agak kuat, anda tentu fahami masalah dan bencana yg bakal di bawa bersama...

bukan kita tak percaya kat orang2 kat nuklear malaysia dan IAEA...cuma kita tahu, kenyataan mereka pasti sedikit sebanyak akan berpihak kepada kerajaan (ini bukan statement politik k?)...mereka tidak akan menipu...tapi mereka tidak akan mendedahkan semua...sebahagian maklumat takkan diceritakan...lihat sahaja kes bukit merah...dan juga mana2 kes seumpamanya di negara lain...sedikit maklumat kritikal akan disimpan...

tapi aku juga bersetuju, jika anda nak tunggu report IAEA...jika anda kurang faham dengan radiasi/nuklear, maybe itu cara terbaik...tapi ada lagi cara lain sambil2 tunggu tu...anda boleh tanya pada mereka yg tahu dan faham tentang radiasi ni..mereka akan cerita la sikit2...maybe bro boleh tambah kefahaman dan knowledge...kat cari ni pun ada board Matematik, Kejuruteraan & sains teknologi...bebudak dalam tu pun boleh citer sedikit sebanyak pasal radiasi ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 01:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 30-6-2011 13:51
Reply  Anak_Nogori
sebenarnya, apa pun jawapan mereka, kita sudah sedia maklum dengan risiko yg pa ...
Brutal Post at 30-6-2011 13:16


Didalam isu yg diperdebatkan ini..saya tidak melihat dari sudut politik..tapi melihat dari sudut ekonomi dan keselamatan..orang politik, apa saja akan dipolitikkan..waima yg baik pun akan dibantah..itu dunia politik diMalaysia ini..maka akan adalah suara2 yg berkata..bukan suma didedah dsb....malah...kalau keputusan dari IAEA tidak memihak pada kerajaan sekalipun akan ada suara2 yg mengatakan sebaliknya...itu hakikat yg kita semua harus sedar sekiranya kita benar2 faham dunia politik tanah air ini.

Cadangan saudara utk saya menambah ilmu itu, saya hargainya...saya pun tak akan sama sekali bersetuju apa saja pembinaan sekiranya ianya menjejaskan keselamatan awam...apa pun bagi saya..lebih adil sekiranya kita dengar penjelasan dari pihak2 yg terlibat..mungkin ada penjelasan yg konkrit akan diberikan selepas ini..then baru membuat keputusan...menyokong atau menolaknya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 01:44 PM | Show all posts
Reply 22# Anak_Nogori
aku bersetuju...
sebab tu aku tak ambik port sangat pandangan politik...
sebaliknya aku lebih mengambil kira pandangan para jurutera dan mereka yg mahir teknikal...

malah sumber aku merangkumi dari pelbagai pihak...termasuk dari jurutera Lynas, nuklear malaysia dan jururtera2 sekitar gebeng...
aku mmg ramai kawan dalam bidang teknikal ni sebab aku pun dari bidang yg sama...kami mmg ada jaringan komunikasi kami untuk isu2 seperti ini...tapi jaringan komunikasi yg tidak formal la...sekadar sembang2 dan berkongsi knowledge...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply 1# admin6


    saya dah undi smbil pegang pundi agagagga..

apa kata kerajaan review balik, apa sebabnya rakyat ostolia menolak pembinaan kilang yg serupa di negara mereka.. baca soal selidik yg diedarkan kat sana, tgk balik permasalahan sebenar yg menyebabkan rakyat disana takmau kilang ini beroperasi.. jgn kerana nak wujudkan peluang pekerjaan yg tak seberapa hingga menjadi tak sensitif pada kesan2 negatif (kalau ada) dgn pembinaan kilang seumpamanya di GEbeng ini..

kumpul segala pendapat pro+kontra diterima hasil penyelidikan org sana + cerdik pandai kita di uni2 tempatan utk melihat sejauhmana kilang berkaitan ngan renewable energy mcm ni tak mendatangkan risiko buruk pada orang ramai.. dedahkan segala hasil kajian, modus operandi dan kesan2 hasil dari aktiviti kilang ini.. selidik cemana tenaga dihasilkan, apa bahan yg digunakan, cemana transportation of material/harmful substance masuk dan keluar dikilang itu.. tahap radiasinya.. pastikan telus dan transparent dgn menjadikan RAKYAT sebagai agenda utama dalam menentukan perlu/tidak keujudan kilang ini di Malaysia..

kalo rakyat dapat diyakinkan ttg kebaikan dan manfaat yg lebih brbanding mudarat dan risiko.. warwarkan pada umum supaya rakyat rasa SELAMAT dan YAKIN kerajaan membuat keputusan utk manfaat RAKYAT..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:31 PM | Show all posts
Ok...ni saya pastekan pendapat pembaca.

Projek Lynas bermanfaat kepada negara

SAIFUL BAKRI
Balik Pulau, Pulau Pinang

SAYA ingin memberi pandangan berkaitan isu projek nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang. Saya mendapati kebanyakan pihak yang membantah projek tersebut bersikap emosional semata-mata dan tidak bertindak secara rasional.

Saya berpendapat projek Lynas di Gebeng, Kuantan merupakan satu projek yang akan memberi manfaat besar kepada negara kita. Jumlah pelaburan besar yang diterima daripada projek tersebut akan mencerminkan imej negara Malaysia yang bukan sahaja mesra pelabur, tetapi akan menampakkan kelebihan negara dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelabur antarabangsa.

Ini juga akan menaikkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur asing. Ini amat penting untuk negara kita pada ketika menghadapi cabaran ekonomi masa kini.

Selain menerima faedah ekonomi, rakyat Malaysia juga akan berpeluang menimba dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi tinggi, terutama dalam teknologi hijau. Ini akan menyumbang kepada pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju, seiring dengan Wawasan 2020 dan ETP.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu keselamatan tidak dapat dielakkan. Sebarang perkara yang melibatkan bahan radioaktif perlu diberi perhatian serius. Akan tetapi, laporan yang disediakan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sepatutnya memadai dalam memastikan bahawa projek tersebut adalah selamat.

IAEA merupakan agensi terkemuka di dunia dan merupakan salah satu organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kesahihan dan integriti laporan yang disediakan atas permintaan kerajaan Malaysia tidak sepatutnya dipandang ringan dan diragui.

Pihak tertentu yang bertindak melulu dalam meragui laporan yang disediakan IAEA, dan bakal disiarkan kepada umum, tanpa mengetahui isi kandungannya hanya menunjukkan betapa jahil rakyat Malaysia dalam industri teknologi terkini.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja akan memburukkan imej Malaysia, tetapi akan menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia enggan menerima pembaharuan ekonomi dan teknologi.

Sehubungan itu, saya ingin menggesa semua pihak untuk bersikap lebih matang dalam menilai perkara ini sebelum memberi pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:32 PM | Show all posts
Ok..ni plak keputusan awal kelulusan diberikan...tapi detailnya belum ada.


Lynas dapat kelulusan bersyarat bina kilang

Regina Lee
Jun 30, 11
1:56pm



Kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan - Lynas Corporation telah mendapat kelulusan bersyarat untuk meneruskan projek mereka.

Kelulusan itu diberikan oleh sebuah panel semakan kelolaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia setelah mendapat pelbagai bantahan daripada rakyat yang mahu projek itu tidak diteruskan.

Menurut laporan panel itu, projek RM700 juta milik firma Australia berkenaan, adalah selamat tetapi Lynas perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan di dalam pelbagai bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

"Pasukan semakan IAEA tidak menemui sebarang ketidakpatuhan dengan standard keselamatan radiasi antarabangsa,” kata ringkasan laporan panel itu.

Panel semakan sembilan anggota itu ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsadan Industri dua bulan lalu bagi membuat kajian menyeluruh mengenai kilang Lynas di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Kuantan.

Ia diketuai oleh Tero Varjoranta,seorang pengarah IAEA.

Bagaimana pun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum fasa pengeluaran lesen projek Lynas itu seterusnya.

Laporan itu juga menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 04:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by lkick2113 at 30-6-2011 16:12
bacaan radiasi masih belum dapat ditentukan secara pasti kerana kilang tersebut masih belum beropera ...
Brutal Post at 30-6-2011 00:10



    mungkin betul apa yang ko katakan ni, tetapi jikalau kita tengok dari segi keuntungan yang boleh menjana ekonomi, aku bersetuju kilang ini didirikan, dan kepakaran hasil pemindahan teknologi dapat memberikan manfaat kepada negara seterusnya (dalam jangkamasa panjang) Malaysia akan jadi berkemungkinan menjadi hub untuk pemasaran rare earth kat dalam dunia ni...seperti yang kita tahu rare earth ni penting dalam industry petrolium, pertahanan (nak buat night vision google, laser range finder, guidence system untuk peluru berpandu, alat2 komunikasi macam Erbium Amplifier dalam fibre optic data transsmission, samarium "white niose" dalam stealth teknologi dll), dalam industri automotive (nak buat hybrid car punya bateri), nak buat bateri HP or laptop dan industri pembuatan magnet.

kalau kita tengok risiko dia adalah bagaimana nak uruskan sisa buangan yang beradioaktif tu kan??? tidak dinafikan bahawa sisa2 ni perlu diuruskan dengan teratur dan penuh sistematik mengikut panduan pengurusan sisa radioaktif yang betul. part ini yang gov kita patut war2 kan kat rakyat (how, why, when) untuk nak uruskan sisa ni, patutnya gov perlulah keluarkan pelan pengurusan sisa buangan radioaktif yang teratur kepada public supaya public tahu yang sisa2 radioaktif ni tidak akan mendatangkan mudarat SEKIRANYA pihak kilang mengikut prosedur2 yang betul (dan diawasi serta dikawal selia oleh IAEA).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 04:46 PM | Show all posts
Bagi aku penerimaan atau bantahan pembinaan kilang ini perlu berasaskan fakta seperti laporan dan pemantauan agensi yang sah dan berkaitan dengan projek ni(IAEA).

Janganlah berasaskan sentimen politik ataupun sebab engineer (dengar2nya) mahupun sebab rakyat ostia tolak (xtau sebab pe tolak).

kelakor tol aku tgk org mesia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 05:11 PM | Show all posts
Ni link lapuran IAEA...tu pun kalau masing2 rajin utk mengetahuinya lah.

http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:08 PM | Show all posts
mungkin betul apa yang ko katakan ni, tetapi jikalau kita tengok dari segi keuntungan yang boleh menjana ekonomi, aku bersetuju kilang ini didirikan, dan kepakaran hasil pemindahan teknologi dapat memberikan manfaat kepada negara seterusnya (dalam jangkamasa panjang) Malaysia akan jadi berkemungkinan menjadi hub untuk pemasaran rare earth kat dalam dunia ni...seperti yang kita tahu rare earth ni penting dalam industry petrolium, pertahanan (nak buat night vision google, laser range finder, guidence system untuk peluru berpandu, alat2 komunikasi macam Erbium Amplifier dalam fibre optic data transsmission, samarium "white niose" dalam stealth teknologi dll), dalam industri automotive (nak buat hybrid car punya bateri), nak buat bateri HP or laptop dan industri pembuatan magnet.
lkick2113 Post at 30-6-2011 16:10

aku separa setuju...tidak dinafikan keuntungan dari segi ekonomi...tapi tidak dengan memperjudikan keselamatan...

kalau kita tengok risiko dia adalah bagaimana nak uruskan sisa buangan yang beradioaktif tu kan??? tidak dinafikan bahawa sisa2 ni perlu diuruskan dengan teratur dan penuh sistematik mengikut panduan pengurusan sisa radioaktif yang betul. part ini yang gov kita patut war2 kan kat rakyat (how, why, when) untuk nak uruskan sisa ni, patutnya gov perlulah keluarkan pelan pengurusan sisa buangan radioaktif yang teratur kepada public supaya public tahu yang sisa2 radioaktif ni tidak akan mendatangkan mudarat SEKIRANYA pihak kilang mengikut prosedur2 yang betul (dan diawasi serta dikawal selia oleh IAEA).
lkick2113 Post at 30-6-2011 16:10
   
yang ni aku setuju...yg dipersoalkan oleh penduduk kuantan ialah bagaimana diorang nak uruskan sisa tu...tak ini tak pernah dijawap oleh pihak Lynas...malah kalau ko tgk recommendation IAEA tu pun ada mintak Lynas share plan diorang...maknanya?? Kita boleh pikir sendiri...
bab prosedur...mmg betul...tapi cam aku cerita sebelum ini, waste water treatment akan ada sesekali "terkena"...dan ini perkara biasa dalam industri di mana2 negara pun...cuma tahap damage tu setakat mana la....sebab tu aku kata ini adalah risiko yg pasti...

Bagi aku penerimaan atau bantahan pembinaan kilang ini perlu berasaskan fakta seperti laporan dan pemantauan agensi yang sah dan berkaitan dengan projek ni(IAEA).

Janganlah berasaskan sentimen politik ataupun sebab engineer (dengar2nya) mahupun sebab rakyat ostia tolak (xtau sebab pe tolak).

kelakor tol aku tgk org mesia ni
BlueHand Post at 30-6-2011 16:46

bab politik...aku setuju...kita jangan ikut membabi buta...
tapi bab engineers tu, kena ambik kira...sebab mereka golongan yg mempunyai pengetahuan dalam bidang ini...walaupun mungkin tak sehebat pakar2 kat IAEA, tapi sekurang2nya pengetahuan mereka adalah above average...bukan terikut2 membabi buta dengan pemimpin parti mereka tanpa ada pengetahuan (aku maksudkan kedua2 pihak, parti pemerintah dan pembangkang)...

malah, golongan inilah yg menimbulkan persoalan2 yg antaranya dijadikan asas oleh IAEA untuk kajian mereka...antara bendanya ialah plan jangkamasa panjang untuk menguruskan sisa tersebut...dan Lynas mmg tak pernah ada benda ni...sebab tu jika ko baca repot tu, ini adalah syarat pertama untuk Lynas adakan sebelum dapat beroperasi...
kalau takde golongan engineers ni? nak harapkan sokong membabi buta je, tentu Lynas dah dapat beroperasi tanpa syarat2 tersebut...
itulah tujuan mereka membantah...mereka bukan membantah dengan dada kosong...

*aku pun kelakar tgk rakyat Malaysia yg masih jahil dengan sains dan teknologi dan ikut membabi buta pemimpin mereka tanpa ada sedikit rasa untuk "mencari"...

Reply 29# Anak_Nogori
baru baca sekali lalu...
seperti yg aku jangka, ia akan diluluskan...tapi aku agak gembira kerana ia bersyarat...dan perkara2 itulah yg dipersoalkan selama ini dan tidak dijawap/diwar2kan jawapan dari pihak Lynas...

perkara yg menarik perhatian aku ialah recomendation pertama tersebut...iaitu pengurusan sisa untuk jangka masa panjang...jelas, selama ni Lynas belum ada pelan tersebut...tapi dah sibuk nak beroperasi...bayangkan jika rakyat kuantan ni "ngikut" je...tak ke bala tu?

perkara kedua yg menarik...
ia mengatakan operasi Lynas adalah selamat...setuju...teknologi operasi mmg selamat...tapi yg dipersoalkan adalah perkara di atas...waste treatment (berulang2 aku sebut benda ni kan? hehe)...dan ia juga sebenarnya masih belum selamat tanpa comply dengan syarat2 yg disebutkan...jadi, sebenarnya ia bukanlah selamat dengan ertikata selamat sebenar...tapi ia adalah "selamat dengan syarat2"....

perkara ketiga yg aku nampak...
"mereka" dah lama kata benda ni selamat...tapi report menunjukkan selamat bersyarat...jadi adakah kita perlu ikut je "mereka" ni secara membabi buta lain kali? tgk kes...dalam kes2 besar camni, check & balance adalah perlu...

jadi, aku ucapkan terima kasih pada mereka yg membantah selama ini...sebab tanpa bantahan mereka, tentu sahaja Lynas dah lulus tanpa syarat...(again, ini bukan statement politik)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:21 AM | Show all posts
ini pnedapat peribadi aku...

bg aku keupayaan msia untuk 'mengedalikan' pelaburan besar ni masih ditahap rendah. mmg bagus kalo kita terima pelaburan asing yg akan menguntungkan rakyat n kerajaan.

1) mentaliti tenaga kerja - aku rasa tak ramai rakyat mesia yg profession nya bertaraf profesional dlm bidang ni. even yg kurang pro pun tapi kalau mentaliti rakyat mesia seperti rakyat jepun... aku rasa no hal pelaburan tu diteruskan. sbb bg aku even peraturan yg simple pn rakyat / industri di mesia susah nak patuh.

2) kecekapan pihak kementerian - semer tau kat mesia ada bermacam2 kementerian - kewangan, pertahanan, pendidikan, sains & teknologi etc... bg aku kementerian yg bertanggungjwb dlm isu ni gagal dlm menjalankan tugas mereka. sepatutnya bila b4 msia meluluskan pelaburan nadir bumi ni, sepatutnya kerajaan patut mengarahkan pihak kementerian yg bertanggungjwb untuk menjalankan kajian terperinci / menghantar pekerja berkursus ke luar negara untuk fahami pro & cons pelaburan tersebut.

3) politik - bg aku parti politik di msia masih belum boleh bersatu untuk bersetuju dlm perkara2 yg boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:22 AM | Show all posts
aku separa setuju...tidak dinafikan keuntungan dari segi ekonomi...tapi tidak dengan memperjudikan ...
Brutal Post at 30-6-2011 20:08
well said...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:42 AM | Show all posts
Ok...ni saya pastekan pendapat pembaca.

Projek Lynas bermanfaat kepada negara

SAIFUL BAKRI
Balik Pulau, Pulau Pinang
Anak_Nogori Post at 30-6-2011 14:31



owhh.....orang penang..... nun jauh nak sampai kalau ada disaster pun....like..."I don't care...tak sampai penang pun..."

awat tak interview orang kuantan dan siarkan dalam paper?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:06 PM | Show all posts
Sepertimana para forumners lain beri pendapat...ada yg sokong dan tak sokong tapi mmg sumer pendapatan tu ada pointnya. Ada pros n cons. Yang cons nya lak lebih kepada kalau berlaku disaster.

Beng lebih concern on waste handling nya. tidak dapat tidak pencemaran alam tentu akan berlaku. Banyak atau sket mana pun....selagi mana kilang lynas tu bertapak n beroperasi disitu...pencemaran akan accumulate juga. BUkan nak kata kilang2 lain tak mencemarkan alam juga. Tapi area gebeng dah too crowded dengan segala macam plant oil n gas dan. Satu plant kaboom.....then disaster for kuantan. It's maybe only a 1/10000000 chances of happening. But why not buat kilang tu kat Nilai ke...melaka ke...kat johor ke....yang agak jauh sket dari area yg padat dengan oil n gas plant. Dan sebagai pro nya pulak ini satu peluang kerja yg bergaji mahal juga....tentu orang2 di N9, melaka, johor juga mahukan pembangunan yg begini di tempat mereka. Maybe takleh pindah2 dah kan lynas @ gebeng ni...but aku cadangkan buat je lagi plant yg sama di negeri2 lain...agar kekayaan tu dapat dibahagi samarata belaka....dah alang2 nak buat pun kan....dah kata safekann...carry on jelah.

Satu lagi, kenapa lynas ni dapat exemption tax? Sampai lima tahun kan? Nampak gayanya bukan lynas tu yg beria sangat nak bukak bisnes kat sini....seolah gomen mesia yang beria invite untuk melabur disini. No wonder dapat backing dari gomen baek punya...(sampai yg tak berkenaan pendekar katak berahim pun turut menyampuk sama demi menunjukkan taat setianya...agar dapat dicalonkan sebagai ahli umno next PRU? dgn target jadi menteri?). Exemption tax ni bley mendatangkan rugi kepada malaysia...di saat gomen kata tadak duet...masih juga bermurah hati dgn company luar yg berisiko tinggi ni? Datang mesia bawak taek....tak kena bayar tax pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:24 PM | Show all posts
Ini penjelasan dari pihak MOSTI

Radioaktif dan keselamatan manusia

RENCANA ini disediakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

APABILA mendengar perkataan "radioaktif", apa yang terlintas di fikiran bahawa ia adalah bahan yang sangat berbahaya, tidak boleh didekati atau disentuh. Ada mengatakan, barangkali radioaktif itu boleh meletup, menyebabkan kematian atau mengakibatkan seseorang terkena penyakit kanser.

Itu adalah persepsi umum masyarakat! Bukan itu sahaja, radioaktif turut dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa hitam yang pernah berlaku di dunia antaranya letupan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945, kemalangan loji kuasa nuklear di Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986 dan terkini peristiwa kebocoran radiasi di loji kuasa nuklear Fukushima, Jepun akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Peristiwa inilah yang menyebabkan masyarakat semakin gusar kerana beranggapan radioaktif adalah punca kehilangan nyawa, kerosakan harta-benda, pencemaran alam sekitar dan mendapat kanser.

Sedangkan, pada hakikatnya dan tanpa disedari, radioaktif wujud secara semula jadi dan kita terdedah kepada sinarannya dalam kehidupan seharian. Umpamanya pendedahan sinaran dari tanah-tanih dan batu- batan yang diduduki, dari angkasa seperti kosmik, bahkan kita turut mengambilnya melalui makanan dan minuman seperti di dalam buah- buahan serta sayur-sayuran.

Tubuh badan kita juga mempunyai bahan radioaktif semulajadi seperti potassium-40 (K-40). Data yang diperolehi daripada UNSCEAR 2000 (United Nation Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation to the General Assembly) menyatakan purata dedahan dos setahun sinaran semula jadi di sekeliling kita adalah sebanyak 2.4 milliSievert (mSv).

Malah di dalam tanah-tanih di dunia mengandungi bahan radioaktif semulajadi (Naturally Occurring Radioactive Materials - NORM) terutamanya kandungan uranium- 238 iaitu dalam julat 16 - 110 Becquerrel/ kg[Bq/kg] (bersamaan 0.016 - 0.1 Bq/gm) dan kandungan thorium-232 dalam julat 11 - 64 Bq/kg (bersamaan 0.011 - 0.064 Bq/ kg).

Di Malaysia, kandungan uranium dan thorium semulajadi ini adalah dalam julat 49 - 86 Bq/kg (bersamaan 0.049 - 0.086 Bq/gm) untuk uranium dan dalam julat 63 - 110 Bq/kg (bersamaan 0.063 - 0.1 Bq/g).

ISU LYNAS

ISU terkini yang melibatkan bahan radioaktif di Malaysia dan heboh diperdebatkan adalah mengenai projek Lynas. Secara ringkasnya, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. ialah syarikat subsidiari milik penuh Lynas Corporation Ltd, Australia. Perniagaannya berkaitan dengan pengeluaran serta penjualan nadir bumi.

Hasil pemprosesan nadir bumi sebenarnya digunakan oleh ratusan aplikasi industri contohnya bateri bagi komputer riba, telefon mudah alih serta kereta hibrid, tiub "cathode-rays" bagi monitor TV dan komputer, wayar "fibre-optic", aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin.

Syarikat Lynas di Kuantan dijangka dapat menghasilkan hampir 30 peratus daripada bekalan dunia (di luar China) apabila mula beroperasi.

Pertikaian masyarakat mengenai "residue" yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (NORM) yang dihasilkan

Punca utama kebimbangan orang awam khususnya masyarakat Pahang adalah Lynas bercadang membawa masuk bijih Lathanid dari lombong Mount Weld di Australia Barat dan bijih itu akan diproses dan diekstrak di kawasan perindustrian Gebeng.

Sisa sampingan yang bakal dihasilkan daripada proses pengesktrakan nadir bumi itu menyebabkan wujudnya pertikaian ketelusan kerajaan dan agensi-agensi lain dalam menjamin keselamatan rakyat.

Malah, isu ini digembar-gemburkan oleh pihak yang sebenarnya bermotifkan politik. Orang awam diberi maklumat mengelirukan sehingga mereka berfikir bahawa pemprosesan nadir bumi oleh Lynas adalah sama dengan pemprosesan syarikat Asian Rare Earth (ARE) dan peristiwa yang berlaku di itu pada awal 1980-an akan berulang.

TINDAKAN KERAJAAN SERTA AGENSI TERLIBAT

KERAJAAN Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian ARE berulang. Agensi kerajaan, antaranya Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin serta mutu alam sekitar dalam keadaan baik dan terpelihara.

Orang awam mempersoalkan kredibiliti agensi-agensi bertanggungjawab yang terlibat antaranya tindakan AELB dalam mengeluarkan lesen serta sejauh mana ketelusan panel pakar bebas yang dijemput dalam memberi keputusan berhubung projek Lynas ini.

Sebenarnya dalam projek melibatkan pengilangan bahan radioaktif, kelulusan pembinaan akan diberi tetapi pemberian lesen operasi hanya diberi selepas Lynas mematuhi langkah serta syarat keselamatan yang dinyatakan dalam syarat lesen dan dokumen Program Perlindungan Sinaran yang dibangunkan oleh syarikat berdasarkan keperluan dalam Akta 304 dan peraturan-peraturan subsidiarinya.

Malah, kerajaan menjemput panel pakar bebas antarabangsa yang tidak mempunyai kepentingan dengan projek Lynas ini bagi menjalankan kajian dari segi aspek kesihatan dan keselamatan. Ini membuktikan kerajaan Malaysia telus dalam proses membuat keputusannya.

SEJAUH MANAKAH TAHAP SELAMAT YANG DIUAR-UARKAN ITU ADALAH SELAMAT?

BERDASARKAN fakta serta analisis sampel-sampel yang dibuat oleh agensi-agensi bertanggungjawab, residue yang akan dihasilkan oleh projek Lynas adalah rendah iaitu 0.165 peratus torium [bersamaan dengan 1650 bahagian per juta [parts per million, (ppm)] iaitu bersamaan dengan 6.7 Becquerrel pergram[Bq/g] (atau 6500 Bq/kg).

Ia 60 kali lebih rendah berbanding projek ARE yang mengandungi 10 peratus torium iaitu 100,000 ppm (bersamaan dengan 406 Bq/g (atau 406,000 Bq/kg).

Torium dalam residue Lynas, iaitu Water Leach Purification (WLP), menghasilkan dedahan sinaran 0.002 mSv/tahun yang jauh lebih rendah dengan dedahan yang sepatutnya terdedah kepada orang awam sebanyak 1 mSv/tahun.

Sehubungan itu, penduduk setempat khususnya berhampiran kilang itu tidak perlu risau kerana projek itu tidak meninggalkan kesan kesihatan kepada mereka.

Tahap dedahan dos sinaran untuk orang awam adalah 1 mSv/tahun atau 0.50 microSievert/jam (uSv/j). Berdasarkan pemantauan dan kajian, orang awam yang tinggal di sekitar kawasan projek Lynas antaranya seperti di Balok, Beserah, Sungai Ular dan Sungai Karang tidak perlu khuatir kerana anggaran dos dedahan yang bakal diterima adalah 0.002 mSv/tahun.

Malah, kajian yang dilaksanakan oleh badan bebas berkelayakan menunjukkan kadar dos dedahan maksimum yang dapat diukur di sekitar Kuantan ialah lebih 0.00012 milliSievert/jam sahaja (1000 microSievert > 1 milliSievert).

Kadar dos dedahan ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan dos dedahan sewaktu menjalani pemeriksaan CT Scan dan juga X-Ray di mana dos dedahan yang diterima sewaktu membuat CT Scan adalah 6.9 mSv/dedahan iaitu bersamaan 41.4 mSv/jam (data dari Japan Atomic Industry Forum, JAIF) manakala sinar-X untuk dada (chest X-ray) pula ialah 0.5 mSv/dedahan iaitu bersamaan dengan 18,000 mSv/jam (UNSCEAR, 2000).

Bukan itu sahaja, lantai marmar, cawan atau pinggan porselin yang kita guna, tanah yang anak-anak kita bermain, batu untuk membuat rumah dan pejabat mengandungi bahan-bahan yang mempunyai unsur radioaktif seperti torium, uranium dan lain-lain.

Tetapi, unsur-unsur itu hanya menyumbang dos yang sangat rendah dan tidak mengancam kesihatan manusia.

KEGUNAAN SINARAN

SINARAN sebenarnya banyak digunakan dalam industri perubatan di mana sinar Gamma dari kobalt-60 untuk membunuh sel barah dalam rawatan radioterapi dan digunakan juga untuk membunuh kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum dan picagari, alat pembedahan dan sebagainya.

Sinaran radioaktif daripada radioisotop turut digunakan membunuh serangga perosak. Sinaran juga digunakan dalam sistem pengawalan ketebalan secara automatik dalam pembuatan kertas, kepingan plastik dan logam.

Dalam industri pembungkusan makanan dan minuman, teknologi sinaran dimanfaatkan bagi mengukur kandungan tepat dan pengesanan bendasing yang boleh memudaratkan kita.

Imbasan sinar-x turut mampu mengesan sebarang ketidakseragaman pada susunan lilitan keluli radial di tayar kenderaan.

Di Malaysia, Lynas bukan satu-satunya yang menjalankan aktiviti pemprosesan mineral, antara syarikat lain menjalankannya ialah Petronas Cari Gali (M) Sdn. Bhd., TOR Mineral (M) Sdn. Bhd., Tioxide Hunstman (M) Sdn. Bhd. dan Samsung Corning (M) Sdn. Bhd.

Selain Malaysia, aktiviti pemprosesan nadir bumi dijalankan di Afrika, India, Kanada, Vietnam, China dan Brazil.

Justeru, adalah tidak adil sinaran dikatakan mendatangkan bahaya sahaja. Hakikatnya ia membawa banyak faedah kepterutamanya dalam rawatan dan diagnostik ke atas penyakit kanser.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 02:38 AM | Show all posts
bak kata ankle AN.. kita tunggu laa bila kilang nih dah beroperasi, kalu bocor, baru percaya radiasi nya bahaya...sedangkan malaysia baut stadium pun stadium runtuh.. buat jambatan pun bleh retak.. buat kilang radiasi nih... hmmm... tunggu rakyat pahang, trengganu semua cacat dan mati terkena radiasi yg bocor, baru nak percaya yg kilang nih bahaya...

sedangkan tragedi bukit merah yg sama macam kilang lynas dulu tak nak amik iktibar...demi share dalam projek tersebut... rakyat mati pun takper la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 02:39 AM | Show all posts
sumber dikorek di tengah padang pasir australia... bawak ke malaysia untuk proses... sebab australia tak bagi bina kilang... singapore tutup laluan laut mereka membawa bahan radiasi nih.... malaysia terima dengan terbuka dan mengupah mereka2 bercaakp asap rokok lagi bahaya dari dari radiasi ni/.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 02:41 AM | Show all posts
belajar dari permulaan... hindar dahulu, bukan dah terima padah, rakyat jadi mangsa, baru nak bercerita.. owwhh bahayanya radiasi nih...

tak silap aku, di negara2 maju, kilang radiasi nih kalu nak buat musti 50km jauh dari kawasan penduduk.. tapi malaysia hanya 5 kilometer dari rumah penduduk kawasan gebeng... wahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 03:18 AM | Show all posts
Lynas suffers production setback
Philip Wen
July 2, 2011



There are environmental and safety conditions that the Lynas
Corporation's refinery has to meet before it can operate.
Photo: Reuters

SHARES in rare-earths miner Lynas Corporation suffered their biggest one-day fall in two years yesterday despite the company's efforts to allay investor concerns over delays in production, after the Malaysian government imposed environmental and safety conditions on the company's key refinery in the country.

Lynas shares slumped 23¢, or more than 11 per cent, to $1.75 after they emerged from a trading halt.

The Malaysian government made 11 recommendations, the toughest of which relates to the appropriate disposal of radioactive waste generated by the plant. The rare-earths plant, to be the world's largest when completed, will not be allowed to operate if the conditions are not met.

The $230 million plant, in Kuantan, the capital of the state of Pahang, has stirred fierce political and community backlash over fears the plant could leak radioactive material into the state's water supply.

Lynas was also forced to respond to a report in The New York Times that local engineers had blown the whistle on what they considered to be serious design and construction flaws, including structural cracks and air pockets in many of the concrete shells for 70 tanks that would hold radioactive material.

The report cites leaked memos between Lynas, head contractor UGL, and Malaysian subcontractor Cradotex, which purportedly detailed instructions from the Australian companies to circumvent basic construction safety standards to save costs.

Lynas chief executive Nick Curtis had previously said that the project adhered to all safety standards and he did not ''fully understand'' the report's origins.

Lynas yesterday said it was ''normal course of business in any construction project for questions to be raised between vendors, contractors and construction management teams'' and it would ''never compromise the health and safety of the environment, community or our employees through cost-cutting efforts or accelerated delivery''.

Lynas's woes represent a setback in its race to break China's global stranglehold on the lucrative rare-earths market.

''It's obviously significant because there had been an expectation in the market that the project was running to its timetable,'' said Gavin Wendt, a senior analyst at Mine Life. ''The rare-earths market is already on a tightrope, and prices have doubled over the past couple of months. This has to put further upward pressure on prices.''

Shares in Perth-based rival Arafura Resources, which has also been beset by extensive delays, rose as much as 7.5 per cent yesterday after it announced an agreement to buy land from OneSteel for a $1 billion processing plant in Whyalla.

China controls an estimated 97 per cent of production of rare earths worldwide and has cut back export quotas in recent months. Prices of heavy rare earths, coveted for their use in smartphones and flatscreen televisions, have soared by up to five times since the start of the year.

Chinese state-owned enterprise ECE Nolans holds 17 per cent of Arafura. The Foreign Investment Review Board blocked a 2009 takeover of Lynas by China Non-Ferrous Metals Group.

With BLOOMBERG

http://www.smh.com.au/business/lynas-suffers-production-setback-20110701-1gv76.html




projek nie mmg menguntungkan, kenapa org australia menolak keuntungan mewujudkan 350 pekerjaan? biar yg 350 org ini untung, yg lain boleh gi mati pung tak pe......
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 03:29 AM | Show all posts
The Fear of a Toxic Rerun
Rahman Roslan for The New York Times



The project in Malaysia would be the first rare earth processing plant in nearly three
decades to be finished outside China.
By KEITH BRADSHER
Published: June 29, 2011

KUANTAN, Malaysia — A $230 million refinery being built here in an effort to break China’s global chokehold on rare earth metals is plagued by environmentally hazardous construction and design problems, according to internal memos and current and former engineers on the project.

The plant, which would be the world’s biggest refinery for rare earths — metals crucial to the manufacture of a wide range of technologies including smartphones, smart bombs and hybrid cars — has also become the target of protesters who fear that the plant will leak radioactive and toxic materials into the water table.

Weekly demonstrations have drawn crowds since March, and someone recently threw gasoline fire bombs at the gated home of a senior project manager.

Some risks had been expected from the plant, which would refine rare earth ores into manufacturing-grade materials. Although rare earths are not radioactive, in nature they are usually found mixed with thorium — which is.

That is why the Lynas Corporation, an Australian company, promised three years ago to take special precautions when it secured the Malaysian government’s permission to build the sprawling complex here on 250 acres of reclaimed tropical swampland. It would be the first rare earth processing plant in nearly three decades to be finished outside China, where barely regulated factories have left vast toxic and radioactive waste sites.

Lynas has an incentive to finish the refinery quickly. Export restrictions by China in the last year have caused global shortages of rare earths and soaring prices. But other companies are scrambling to open new refineries in the United States, Mongolia, Vietnam and India by the end of 2013, which could cause rare earth prices to tumble.

Lynas officials contend that the refinery being built here is safe and up to industry standards, and say that they are working with its contractors to resolve their concerns.

“All parties are in agreement that it is normal course of business in any construction project for technical construction queries to be raised and then resolved to relevant international standards during the course of project construction,” wrote Matthew James, an executive vice president of Lynas, in an e-mail on Wednesday night.

The International Atomic Energy Agency issued a report Thursday that said the Lynas project’s overall design and planned operations procedures met international standards. The report did not examine construction details or engineering decisions involved in turning the design into a building; a program for the report’s authors showed that they were shown around the big site in an hour.

Nicholas Curtis, the executive chairman of Lynas, strongly denied at a press conference in Kuala Lumpur on Thursday that the refinery had any construction problems. He said that there were no more than routine discussions among engineers about technical questions.  

But the construction and design may have serious flaws, according to the engineers, who also provided memos, e-mail messages and photos from Lynas and its contractors. The engineers said they felt a professional duty to voice their safety concerns, but insisted on anonymity to avoid the risk of becoming industry outcasts.


The problems they detail include structural cracks, air pockets and leaks in many of the concrete shells for 70 containment tanks, some of which are larger than double-decker buses. Ore mined deep in the Australian desert and shipped to Malaysia would be mixed with powerful acids to make a slightly radioactive slurry that would be pumped through the tanks, with operating temperatures of about 200 degrees Fahrenheit.


The engineers also say that almost all of the steel piping ordered for the plant is made from standard steel, which they describe as not suited for the corrosive, abrasive slurry. Rare earth refineries in other countries make heavy use of costlier stainless steel or steel piping with ceramic or rubber liners.



The engineers also say that the concrete tanks were built using conventional concrete, not the much costlier polymer concrete mixed with plastic that is widely used in refineries in the West to reduce the chance of cracks.


Documents show that Lynas and its construction management contractor, UGL Ltd. of Australia, have argued with their contractors that the cracks and moisture in the concrete containment walls are not a critical problem.


Memos also show that Lynas and UGL have pressed a Malaysian contractor, Cradotex, to proceed with the installation of watertight fiberglass liners designed for the containment tanks without fixing the moisture problem and with limited fixes to the walls. But Cradotex has resisted.


“These issues have the potential to cause the plants critical failure in operation,” Peter Wan, the general manager of Cradotex, said in a June 20 memo. “More critically the toxic, corrosive and radioactive nature of the materials being leached in these tanks, should they leak, will most definitely create a contamination issue.”


Mr. Wan said in a telephone interview Tuesday that he believed Lynas and UGL would be able to fix the moisture problem but that he did not know what method the companies might choose to accomplish this.


The fiberglass liners are made by AkzoNobel of Amsterdam, one of the world’s largest chemical companies. AkzoNobel says it, too, worries about the rising moisture.


“We will not certify or even consider the use of our coatings if this problem can’t be fixed,” Tim van der Zanden, AkzoNobel’s top spokesman in Amsterdam, wrote on Monday night in an e-mail reply to questions.


Memos show that the refinery’s concrete foundations were built without a thin layer of plastic that might prevent the concrete pilings from drawing moisture from the reclaimed swampland underneath. The site is located just inland from a coastal mangrove forest, and several miles up a river that flows out to the sea past an impoverished fishing village.


An engineer involved in the project said that the blueprints called for the plastic waterproofing but that he was ordered to omit it, to save money. The plastic costs $1.60 a square foot, he said.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.443905 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list