CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

7 juara Grand Slam mulakan perseteruan

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Nadal  ketuai cabaran pusingan keempat Wimbledon\rLONDON: Kejohanan tenis Wimbledon bersedia untuk memulakan saingan lebih hebat apabila memulakan minggu kedua dengan tujuh juara Grand Slam beraksi semalam dalam apa yang disifatkan ‘Isnin yang sibuk’  apabila semua perlawanan pusingan keempat acara lelaki dan wanita dipertandingkan.\r\n\n\n\n\r      Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal mengetuai cabaran saingan memasuki minggu kedua dengan prestasi kentalnya tetapi juara bertahan itu berdepan lawan yang berpotensi mewujudkan helah iaitu juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2009, Juan Martin Del Potro.    \r\r\n\n\n\n\n     Pemain Argentina itu sudah lama memendam hasrat untuk berdepan pemenang 10 kejuaraan Grand Slam itu dan kedudukan ranking semasanya di tangga ke-24 tidak menggambarkan keupayaan sebenar dirinya yang pernah menduduki ranking keempat dunia sebelum kecederaan pergelangan tangan memaksanya terlepas sebahagian besar kejohanan tahun lalu.\r“Ia sentiasa satu cabaran besar untuk bermain menentangnya (Del Potro), dia lawan yang sungguh sukar,” Nadal memberitahu wartawan selepas kemenangannya ke atas Gilles Muller di pusingan ketiga.\r“Dia adalah seorang daripada pemain terbaik di dunia tetapi mengalami kecederaan serius tahun lalu.”\rSeperti Nadal, juara enam kali, Roger Federer, melepasi halangan pada minggu pertama tanpa menggugurkan sebarang set, manakala Novak Djokovic dan Andy Murray memastikan keempat-empat pemain pilihan teratas perseorangan lelaki masih dalam saingan.   \r\n\n\n\n\rFederer menentang pilihan ke-18 dari Russia, Mikhail Youzhny, manakala Djokovic berdepan pemain Perancis yang terkenal dengan pukulan servis dan voli, Michael Llodra.    \rPemain pilihan tuan rumah, Murray akan beraksi di Gelanggang Tengah menentang pemain Perancis, Richard Gasquet, yang ditewaskannya dalam lima set di Kelab All England tiga tahun lalu. - Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037757 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list