|
Pembelian bersih minggu lalu lepasi paras RM1 bilion\rPASARAN saham Malaysia terus mendapat perhatian pelabur asing apabila kumpulan dana kumpulan berkenaan terus menguasai urus niaga minggu lalu di sebalik berlaku aliran keluar dana asing dikesan di beberapa pasaran utama serantau.\r\n\n\n\n\r Di pasaran tempatan, pelabur asing kekal menjadi pembeli bersih minggu lalu, sekali gus menjadi pembeli bersih pasaran ekuiti tempatan buat kali ke-11 dalam tempoh 14 minggu lalu.\r\r\n\n\n\n\n MIDF Research, dalam nota penyelidikannya berkata, pelabur asing bertukar menjadi lebih agresif dalam pasaran tempatan minggu lalu.\rKatanya, pembelian saham bersih di kalangan pelabur asing minggu lalu adalah antara yang tertinggi tahun ini, melebihi paras RM1 bilion untuk mencecah RM1.05 bilion, hampir dua kali ganda daripada minggu sebelumnya.\r“Pada tempoh puncak, pembelian bersih saham di kalangan pelabur asing mencecah RM1.2 bilion,” katanya.\rMIDF Research berkata, pembelian kasar saham di kalangan pelabur asing minggu lalu bernilai RM2.8 bilion, apabila berlaku lonjakan penyertaan pada Jumaat dengan dagangan kasar yang melebihi RM1 bilion.\r\n\n\n\n\rFirma penyelidikan itu menambah, pelabur runcit dan institusi pula terus menjadi penjual bersih minggu lalu dengan pelabur institusi menjual saham bernilai RM3.7 bilion tahun lalu, berbanding antara RM4 bilion hingga RM5 bilion pada Mac dan April lalu.\rMenuju ke minggu terakhir Jun, MIDF Research berkata, akan berlaku kegiatan ‘menghias akaun’ dalam pasaran saham tempatan minggu ini.\r“Bagaimanapun, kami mengekalkan pandangan skeptikal untuk menyaksikan buruan berterusan ke atas paras 1,577 mata minggu ini. Indeks FBM KLCI dijangka kekal mendatar minggu ini,” katanya.\rIndeks FBM KLCI meraih peningkatan 0.4 peratus pada Jumaat lalu dan meneruskan arah aliran peningkatannya.\rPada 1,565 mata, indeks itu semakin menghampiri paras tertinggi 1,577 mata dan ia perlu menokok 12 mata atau 0.8 peratus lagi untuk mencabar paras tertinggi sebelumnya.\rWalau begitu, katanya, berdasarkan kadar kenaikan semasa indeks dalam tempoh enam minggu lalu, ia dilihat sesuatu yang agak sukar untuk dicapai.\rMIDF Research berkata, petunjuk utama untuk minggu ini adalah tekanan penurunan berterusan ke atas harga minyak mentah.\r“Kami menjangkakan ia adalah fenomena jangka pendek, namun ia memberi kesan untuk mengheret turun pasaran saham.\r“Harga minyak mentah WTI jatuh di bawah purata harian 100 hari minggu lalu. Ia bukan satu petunjuk yang baik,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|