CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

Terengganu sasar hidup peluang buru juara

[Copy link]
Post time 28-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
JUARA baru Piala FA, Terengganu kembali turun menjalani latihan dalam usaha meningkatkan keupayaan sebenar dan anak buah Irfan Bakti Abu Salim sesungguhnya ada misi getir apabila menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super 6 Julai ini.\rHanya kemenangan sahaja mampu menghidupkan peluang pasukan,  itu pun jika pasukan tetangga, Kelantan tewas mengejut kepada Sabah pada hari yang sama di gelanggang lawan.\r\n\n\n\n\r  Jurulatih, Irfan berkata, memandang peluang masih terbuka untuk pasukan berbuat demikian, tidak ada pilihan  melainkan mempertajamkan barisan serangan supaya dapat menjaringkan gol kemenangan apabila berdepan cabaran Kuala Lumpur.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya bersyukur kerana jentera serangan diketuai Abdul Hadi Yahya berganding bersama Manaf Mamat dan Ashaari Samsuddin mampu mengalas tugas dengan baik jika peluang terhidang depan mata,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, semalam.\rIrfan Bakti berkata, sebagai pemain barisan serangan, ketiga-tiga mereka itu sudah membuktikan kehebatan masing-masing dengan melakukan jaringan gol dalam perlawanan sebelum ini.\r“Saya yakin Abdul Hadi yang menyertai skuad kebangsaan sudah menunjukkan kehebatannya dalam perlawanan persahabatan dengan Myamar di Kota Bharu dengan memecah kubu pertahanan lawan,” katanya.\rIrfan lega kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang masalah kecederaan dan boleh menurunkan kesebelasan utama nanti.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041438 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list