CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77|Reply: 0

Elak boros, usah juga kedekut

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Islam galak umat Islam hidup sederhana, bersedekah\rALLAH menyuruh kita cermat dan berhati-hati dalam urusan duniawi, berpesan supaya memanfaatkan sekadar perlu  dan meninggalkan keinginan yang terlampau. Paling utama adalah bersederhana dalam berbelanja iaitu tidak boros dan tidak pula kedekut.\r\n\n\n\n\r  Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.” (Surah Al-Furqan, ayat 67) \r\r\n\n\n\n\n  Jika  diberi rezeki melebihi keperluan dan tanggungan, sedangkan pada masa sama ada orang lain terlalu berhajat dengan keperluan hidup yang tidak mampu mereka peroleh, jangan kita menyorok tangan, membutakan mata serta tidak mengambil endah tanggungjawab sesama manusia.\rAda kala kita hanyalah perantara yang dilantik Allah untuk membantu sesama makhluk kerana sifat amanah yang ada, bukan berhabisan untuk kepuasan sendiri. Tetapi tentu kita rasa terkilan untuk membantu orang yang tidak tahu berjimat cermat dalam urusan hidupnya. \rContohnya, tiada wang simpanan untuk pendidikan anak, kehidupan pada usia tua, waktu kecemasan, bersedekah, mengembangkan syiar agama kerana terlalu bermewah menyebabkan wang habis sekelip mata. Sebaliknya tidak malu meminta wang dengan orang lain atas nama hutang untuk menanggung kehidupan.  \rNabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Maka bergembiralah dan berharaplah terhadap apa yang mudah bagimu. Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku khuatirkan atas kamu, tapi aku mengkhuatirkan atas kamu jika dibentangkan dunia untuk kamu seperti pernah dibentangkan bagi orang sebelum kamu, lantas kamu berlumba-lumba merebutnya, lalu membinasakan kamu seperti  dulu sudah membinasakan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) \r\n\n\n\n\rRasulullah SAW sendiri tidak terlalu khuatir jika umat Baginda akan menjadi fakir, tetapi takut jika kita tertipu dengan dunia dihiasi isi yang sementara, hanya penyebab untuk kita ke neraka, dan itulah juga penyebab kita ke syurga, jika bijak membuat pilihan. \rCermat dalam urusan dunia adalah keutamaan umat Islam untuk dijadikan contoh kepada bukan Muslim supaya mereka  menyedari  moral yang sekecil itu boleh memberi untung besar kepada agama.\rTetapi hari ini ramai suami mengabaikan tanggungjawab kepada isteri kerana tipu daya dunia terutama wanita cantik, arak, judi, hiburan melalaikan, kehidupan sosial yang tiada siapa peduli, memungkinkan mereka memilih jalan tidak halal.\rBahkan ada yang kehilangan nikmat Allah kurniakan kepada mereka di dunia iaitu seorang wanita sebagai isteri dan cahaya mata yang tidak Allah kurniakan kepada semua melainkan mereka yang terpilih kerana tertipu dengan kesesatan dunia.\rBegitu juga wanita yang bijak, apa juga peranan mereka mainkan di dunia, mereka perlu bertanggungjawab terhadap amanah.   \rTentulah umat Islam tidak rela terpedaya kerana mereka diberikan petunjuk oleh Allah supaya menjauhi kesesatan. Orang yang terpedaya ialah orang yang tidak cermat dalam urusan dunia.\rMereka tidak berjimat jika punya wang, tidak rasa beruntung jika ada masa, tidak berhati-hati apabila berbicara, lalu mereka bazirkan semuanya tanpa rasa bersalah, akhirnya mereka muflis di dunia mahupun akhirat.\rSalman Al-Farisi pernah datang kepada Abu Bakar As-Siddiq ketika beliau sakit dan menghadapi kematian lalu berkata: “Berpesanlah kepadaku, wahai khalifah Rasulullah. Abu Bakar menjawab: Sesungguhnya Allah membukakan dunia untukmu kerana itu janganlah sekali-kali  seorang antara kamu mengambilnya kecuali sekadar bekal keperluannya saja.”\rRasulullah dan sahabat menunjukkan contoh dan mengajarkan kepada umat Islam mengenai amalan berjimat cermat supaya menjadi ikutan  hingga ke akhir zaman. \rSifat boros  dalam urusan duniawi  patut dijauhi kerana ia adalah amalan syaitan. Alangkah indah jika umat Islam hidup dengan penuh sederhana, harmoni sesama kita dan saling memahami serta membantu dalam urusan dunia. \rAllah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang  membazir itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu sangat kufur kepada Rabb-Nya.” (Surah Al-Israa’, ayat 27) \rPenulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.169806 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list