CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serulingsenja

Jimmy dah ceraikan isteri![TERKINI! : gagal dpt hak jaga ANAK pg.87]

     Close [Copy link]
Post time 1-7-2011 08:50 AM | Show all posts
banyak sgt dah citer pasal jimi nih...cukop2 la tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 08:52 AM | Show all posts
doa semoga berbahagia selamanya.. i know what you feel
mozaiakis Post at 1-7-2011 08:07


fell yg mana tu...  bz bodi jup..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 08:53 AM | Show all posts
Zahrah ceriakan hidup Jimmy
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/07/01

Yakin dapat perbaiki hubungan dengan isteri, Suhaila Elaini

KETIBAAN kami di rumah banglo dua tingkat milik keluarga mentua Jimmy Shanley pada Rabu lalu, disambut deretan kereta mewah. Beberapa wakil media menjangkakan tentu ramai tetamu yang bertandang untuk menziarah si comel, Zahrah Shanley.
Bagaimanapun, sebaik kaki melangkah ke kediaman yang dihiasi perabot mewah milik usahawan kosmetik Datin Muniroh Kassim, banglo mewah itu ternyata sunyi. Datang bertandang ketika itu hanyalah kakak ipar Jimmy.
Kami dipelawa Jimmy ke bilik tetamu, tempat dia dan buah hatinya menghabiskan masa bersama. Sudah dua hari kata Jimmy, dia menginap di bilik itu bersama Zahrah.

Malah bilik yang dihiasi perabot dari tema warna keemasan itu dipenuhi pelbagai barangan si kecil. Sebuah almari putih yang diletakkan di tepi pintu bilik itu pula menempatkan pelbagai barangan Zahrah, terutama baju pelbagai gaya yang dibeli oleh neneknya.

Kata Jimmy yang kelihatan ceria sejak bergelar bapa, dia tidak mahu melimpahkan Zahrah dengan kemewahan. Dia sendiri membeli barang-barang untuk puteri comelnya yang lahir pada 24 Jun lalu mengikut kemampuan.

“Tumpuan saya hanyalah keada Zahrah. Segala masalah yang berlaku antara saya dengan isteri buat masa ini tolak ke tepi dulu. Saya seronok dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Sejak Isnin lalu, saya tidur di rumah mentua kerana ingin berada dekat dengan anak.
“Sudah dua malam saya tidur dengan dia. Zahrah tidak menyusahkan. Dia tidak banyak ragam, kemungkinan dia faham masalah antara ibu dengan bapanya. Saya dan isteri bergilir-gilir menjaga Zahrah, ibu mentua juga banyak membantu. Kadang kala dia akan menemani saya menjaga Zahrah, ibu mentua juga menjadi orang tengah antara saya dengan isteri.

“Kalau ada perkara yang ingin saya sampaikan kepada isteri, dia akan sampaikan. Mungkin selepas ini, Zahrah pula akan menjadi orang tengah. Saya berharap kehadiran Zahrah dapat mengeratkan hubungan kami suami isteri,” katanya.

Kebetulan dia kini hanya terbabit untuk program Gala TV Plus di saluran Awani pada setiap petang pada hujung minggu. Justeru, dapatlah dia meluangkan banyak masa menjaga si kecil itu. Mungkin selepas isterinya habis tempoh berpantang, Jimmy berhasrat membawa pulang anaknya ke kediaman sendiri.

Bagaimanapun, dia akan membawa pulang Zahrah secara baik kerana faham keluarga isterinya juga berhak ke atas bayi itu. Malah, Jimmy juga sanggup berkorban berulang alik dari rumahnya ke rumah mentuanya semata-mata untuk anaknya itu.

“Kami akan sama-sama menjaga Zahrah. Tidak adil kalau saya mengambil Zahrah daripada ibunya walaupun jika diikutkan isteri perlu mendengar cakap suami. Walaupun ada masalah dengan isteri, kalau boleh saya tidak mahu mengheret Zahrah dalam masalah kami. Saya mahu dia membesar dengan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayahnya.

“Saya tidak mahu Zahrah hidup dalam keluarga yang porak peranda. Saya akan sentiasa mendoakan dia supaya menjadi seorang anak solehah,” kata Jimmy yang menyerahkan nasibnya di tangan takdir.

Biarpun diuji dengan ujian maha hebat ini, belum pernah lagi terlintas di hati bekas pengacara Trek Selebriti untuk mencari suri hidup yang lain, sekalipun ibu mentuanya tidak mempunyai halangan jika dia mahu berbuat demikian.

Walau apa sekalipun yang terjadi, dia tidak akan berpisah dengan isterinya Suhaila Elaini kerana katanya perpisahan bukanlah jalan kepada penyelesaian masalah. “Saya perlu berfikir secara dewasa, hanya kematian yang akan memisahkan kami,” kata Jimmy.

Sementara itu, Muniroh yang setia menemani menantu dan cucunya ketika sesi fotografi ini ternyata seorang yang cukup ‘sporting’. Sesekali dia mencelah ketika sesi temu bual, lagak mereka bagaikan seorang sahabat karib yang bebas untuk berkata apa saja.

Katanya, sehingga kini, dia tidak berhenti daripada mencari penawar bagi memulihkan masalah rumah tangga anaknya.

“Saya tidak nampak perkara ini datang dari hati dia. Pada waktu sama, kita juga kena percaya benda misteri. Saya akan terus berusaha untuk mengubati masalah anak saya. Saya percaya setiap penyakit pasti ada ubatnya, jadi saya yakin satu hari nanti masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

-berita harian-


kat BH pun ada citer pasal Jimi..pemes sungguh ko skrg Jimi...sudah2laa tuh...simpan jela kisah rumahtangga ko tuh...byk sgt dah terdedah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:18 AM | Show all posts
sume press nk tulis citer dia.... selebriti katanya...
tp sian kat dia ni bini bersalin x dpt iqamah kan doternya....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:20 AM | Show all posts
adakah kegentleman jimmy akan mengatasi kegentleman seth tan?...erkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:22 AM | Show all posts
tak kisah la apa pun cerita2 buruk yg org dok story sblm2 ni pasal jimmy, tapi pada aku dia seorg lelaki yg baik. seorg bapa yg sgt menyayangi anak dia. mana nak cari lelaki yg sanggup bertahan mcm dia. ada isteri tp tak dpt layanan yg sepatutnya..
kalau lelaki lain for sure dah ceraikan aje isteri mcm suhaila tu. zahir batin terseksa beb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2011 09:24 AM | Show all posts
comey sgt la zahrah...
geram sungguh tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:29 AM | Show all posts
kasihan pun ada kat jimmy ni......tp pasti ada sebab kenapa isteri dia nak bercerai dgn dia ni...... sebelum dorg tunang, peminat no. 1 katanya.......

satu lagi, tak payah nak menjaja kesah rumahtangga ko jimmy woiii...... ia umpama membuka pekung di dada sendrik......

last2 ko & family juga yg dpt malu.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 09:34 AM | Show all posts
setiap org ada ms silam....tmasuk jimi...maybe dia nk move on to a stage that will makes him a better person...who knows kan....

tp tu la dia..kehidupan nie bukan sentiasa aman...akan ada dugaan...lebih2 lg pd insan yg menjalani stage perubahan ni...ujian akan terus akan ada...

so..pd jimmy..anggapla apa yg berlaku nie adalah dugaan utk dia...x perlu nak pukul canang..selesaikan dgn cara terbaik...mak mertua pun boleh bekerjasama..so, insya Allah, akan ada jalannya..

semoga kelahiran Zahrah akan terus menyatukan kedua ibubapanya...Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:51 AM | Show all posts
Sudah sudah la tu.. tak habis2 menjaja cerita rumahtangga dia. You can always say no, jimmy oiii. Ini tak, mintak interview jer, on! Pastu satu Malaya boleh baca cerita dia.

Tolak tepi ego katanya tapi ada hasrat nak bawak anak dia pergi lepas pantang, nak jaga full-time konon. Mampu breastfeeding rupanya si jimmy ni.. ok, good luck! Humph!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 10:04 AM | Show all posts
“Kalau ada perkara yang ingin saya sampaikan kepada isteri, dia akan sampaikan. Mungkin selepas ini, Zahrah pula akan menjadi orang tengah. Saya berharap kehadiran Zahrah dapat mengeratkan hubungan kami suami isteri,” katanya.

“Kami akan sama-sama menjaga Zahrah. Tidak adil kalau saya mengambil Zahrah daripada ibunya walaupun jika diikutkan isteri perlu mendengar cakap suami. Walaupun ada masalah dengan isteri, kalau boleh saya tidak mahu mengheret Zahrah dalam masalah kami. Saya mahu dia membesar dengan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayahnya.


dia ni gebang je lebih..kata tak nak libatkan zahrah dlm masalah dia dgn suhaila tapi awal2 lagi dah plan nak suruh anak tu jadik org tengah communicate dengan bininya..ntah apa2
mungkinkah si jimi ni mulut puaka menyebabkan isteri makan hati setiap hari?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 10:05 AM | Show all posts
gmbr wife dia xde ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 10:17 AM | Show all posts
motip pic zahra,jimmy&MIL dianape tadek pic jimmy,zahra&wife dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 10:40 AM | Show all posts
untung si shuhaila tu dpat laki mcm jimmy....sabar giler..walaupun tak dapat layanan yg sepatutnya sebagai suami....semoga kelahiran zahrah ni menjadi pengubat kepada masalah rumahtangga dokrang......anyway...comeyyynyer zahrah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 10:41 AM | Show all posts
skrg jimmy dah ceritakan masalah dia kt press... katanye utk elakkan org speku macam2 pasal perkahwinan dia. so ckupla tu.. tak perlula disebut2 lagi pasal ko tak bahagia as a husband. kotla... wife tu baru nk lembut ati tgk ko datang, tp keluar lagi statement macam2.. terus tak jadi nk berbaik2....

so nasihat aku.. enuff la jimmy.. stop bg apa2 statement pasal rumahtangga ko. cerita pasal anak pon tak perlu nk sebut2 pasal sikap isteri. at least wife tu masih terima dia datang rumah, terima dia letak nama anak... n sepatah kata pon dia tak pernah buruk2 kan ko kt paper. terpikir kah ko camne wife ko nk hadapi masyarakat pasni, andai dia nk berubah? mesti smua org dah cop dia bini nusyuz.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 10:46 AM | Show all posts
awal bebeno citer pasal perancngan..
citer kat wartawan lak tu
segala perancgn apa tu, diam2 udeh ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 11:03 AM | Show all posts
kenapa tak de statement drpd wife jimmy all this while...? aku speku wife dia ni mcm ada penyakit or ditimpa penyakit ala2 berada didalam dunianya yg tersendiri saja. i don't think kalau jimmy yg buat taik kat wife dia tu, family in law nak terima & berbaik2 dng dia sebagaimana yg berlaku sekarang. and jimmy, being a good person, tak sampai hati nak ceraikan bini dlm keadaan dia tau bininya tak dapat berfikir dng waras. so, bersabar sajalah dng harapan banyak hikmah yg menanti in future. and yes, he has every right on his daughter...dah kalau maknya sendiri tak betul2 'berupaya' nak jaga anak dia...apa guna pulak ada ayah kan...and aku rasa, jimmy buat tindakan yg betul dlm hal ni & salute him for being such a man. mudah2an dipermudahkan semuanya utk jimmy & family.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:12 AM | Show all posts
untuk semua soklan yg tanya kenapa gambar bini dia takder..
jawapannya adalah sebab, bini dia wat moka bodow jer sepanjang ada org dtg melawat
sbb jimmy ada kat umah tuh
masa lam tv ari tuh pun dah nampak
yang wife dia takmo tunjuk moka langsung
so memang lambat la klu korang nak tgk gambar jimmy ni satu family (dia, wife dan zahrah)
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:20 AM | Show all posts
Ok plak wife die Jimmy yg bagi nama..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:27 AM | Show all posts
comel anaknya.... tp malas ler nak baca lagi kisah rumahtangga dia tue.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073447 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list