CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4036|Reply: 12

DNA

[Copy link]
Post time 1-7-2011 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Saya baru disini...

Saya nak kita bincangkan apa itu DNA...
apa kepentingannya kepada manusia...
kenapa setiap orang mempunyai DNA yg berbeza...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 01:40 AM | Show all posts
apa itu DNA...
- deoxyribonucleic acid
- gahan genetik yg terkandung dalam setiap sel badan manusia
- tiap2 org ada kombinasi nucleotide2 DNA yg berlainan.. kecuali kalau kembar seiras - mereka mempunyai DNA yg sama sebab berasal dari ovum(telur)+sperma yg sama

apa kepentingannya kepada manusia...
- DNA menentukan bagaimana protein badan kita ditranslasikan.. maksudnya DNA mengarahkan sel2 badan supaya membina protein.. protein yg terbentuk berlainan dari seorang individu dgn individu lain, kerana setiap org ada kombinasi nucleotide2 DNA yg berbeza.. protein tu kemudiannya akan membentuk ciri2 fizikal, rupa paras dan sebagainya.. sebab tu tiap2 org ada rupa paras yg berbeza..

kenapa setiap orang mempunyai DNA yg berbeza...
- DNA adalah satu struktur yg sangat mikroskopik dan rumit.. walaupun sangat kecik, tapi terdiri dari berjutajutajuta nucleotide dalam kombinasi yg berbeza2..
- anak mewarisi DNA dari bapa dan ibunya, maka DNA anak akan mempunyai banyak persamaan dgn ibubapanya

tu yg saya tau la.. kalau kurang tepat sila betulkan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 11:41 PM | Show all posts
benarkah ketepatan dna dlm forensik mncapai 99.99%?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 02:20 PM | Show all posts
Molekul DNA merupakan rantaian panjang maklumat genetik yang boleh dijumpai di dalam nucleus, mitokondria dan juga di dalam kloroplast pada sel eukaryotic.

Molekul DNA terdiri daripada 4 unit asas kimia dikenali sebagai  monomer unit. Keempat-empat unit monomer yang berbeza ini  dikenali sebagai nukleotida ( nucleotides), juga dikenali sebagai bases (adenine, thymine, cytosine dan guanine).

Setiap satu segment daripada DNA molekul mewakili satu gen.  
Molekul DNA membentuk gen, iaitu molekul-molekul yang membawa maklumat genetik yang berfungsi untuk mengawal ciri-ciri perwarisan dalam diri seseorang (control  expression of inheritable trait). Contohnya daripada segi fizikal, tinggi dan rendah seseorang itu, warna kulitnya, warna rambutnya.   

Molekul-molekul gen yang berbeza pula dikenali sebagai alleles. Contohnya, warna rambut, diwakili oleh beberapa alleles bagi warna yang berbeza. Ada orang rambut sangat hitam, tak terlampau hitam ataupun perang.

DNA kebiasaannya dalam bentuk bebenang makromolekul berganda dua (double stranded macromolecule). Terdiri daripada 2 rantaian panjang nucleotide ( 2 polynucleotide chains).Kedua-dua polynucleotide ini diikat dengan ikatan hydrogen yang lemah bagi membentuk molekul DNA. Bentuknya seperti double helix.

DNA penting kerana ianya mengawal penghasilan protein, juga menentukan stuktur sel yang bakal di hasilkan dalam setiap organism hidup. Contohnya penghasilan sel –sel saraf, sel-sel membentuk organ seperti jantung dan seterusnya. DNA menurunkan maklumat perwarisan kepada generasi seterusnya maka melalui DNA juga seseorang dapat menentukan asal usul keturunannya. Contohnya dalam bidang perundangan yang memerlukan bukti perwarisan dalam menuntut hak seseorang, juga dalam bidang perubatan dimana digunakan bagi mengkaji penyakit yang diwarisi secara keturunan ataupun tidak dan cara mencegah dan mengubatinya.

Dalam bidang jenayah, DNA digunakan dalam mengenalpasti penjenayah manakala di bidang pertanian, kajian DNA digunakan bagi menambahbaik hasil pengeluaran produk pertanian; Genetic modification Food (GMF).

Setiap orang mempunyai DNA yang berbeza kerana ketika meiosis:

1.        Berlaku proses yang dipanggil sebagai chiasmata formation ataupun dikenali sebagai pindah silang (crossing over). Ketika ini berlaku pertukaran bahan genetic pada kromosom homologus.

2.        Perpisahan alleles kearah gamet yang berlainan (independent segregation of homologous chromosomes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 02:45 PM | Show all posts
Ya, ketepatan ujian DNA adalah 99.9% kerana profil bagi sesorang itu adalah unik dan tidak sama dengan individu lain.

Setiap DNA individu adalah unik bermaksud ianya berlainan di antara seseorang individu dengan individu yang lain. DNA merupakan identiti seseorang , amat mustahil untuk bertukar profilnya dengan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 10:40 PM | Show all posts
nak tanya kpd yang pakar.......

macam mana nak buat ujian DNA dilakukan?

ok ada terfikir jugak untuk kes adik Nurrahayu yang mati akibat dibunuh, dikerat2 dan dibakar. kes yang berlaku dekat felda ulu tiram, johor.
so soalannya, dalam keadaan yang menyayat hati tu... macam mana ahli forensik boleh mengenal pasti DNA tu milik Nurrahayu?
well, DNA is unique for each living organism....the question is how to know which one is which?




p/s: arap2 uol paham la soalan nih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2011 12:42 PM | Show all posts
Bukan pakar dalam bidang forensic tapi biasa menggunakan PCR dan RFLP Method dalam identification & characterization of microorganisms cause infectious diseases.

Rasanya method menggunakan analisis DNA adalah sama walaupun untuk kegunaan bidang yang berlainan. Di sini salah satu method menggunakan kaedah PCR secara umum.

Bermula dengan pengambilan sampel, contohnya bahagian tubuh tertentu, akan diisolasikan bagi mendapatkan sampel DNA.  Sampel DNA akan dimasukkan ke dalam alat yang dikenali sebagai Polymerase Chain Reaction (PCR) bagi diamplifikasi bagi mendapatkan set DNA. Prosedur dimulakan dengan mencampurkan primer amplifikasi dengan sampel genomik DNA.  Primer tersebut akan menyalin sampel DNA bagi menghasilkan urutan base yang berpadanan. Hasil akhirnya merupakan satu urutan DNA lengkap hasil amplifikasi sampel DNA.

Seterusnya urutan sampel DNA lengkap tadi akan di kenalpasti (characterization) dengan elekroforesis untuk melihat susunan jujukan DNAnya. Disebabkan susunan jujukan DNA seseorang itu berbeza dengan susunan jujukan DNA individu yang lain maka pengenalpastian individu dapat dilakukan dengan melihat DNA fingerprint ini yang sepadan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 10:19 PM | Show all posts
Reply 7# mamarock


    dalam kes yg dimaksudkan...selalunya science forensic yg giat melakukan kerja2 analisis DNA ni kan? untuk mengenal pasti victims n suspects.

apa yg diterangkan oleh mamarock ni sy faham.
bagi konteks mengenalpasti DNA fingerprint...macam mana kalau keadaan victim yg dah dibakar? wujud lg kah chain of DNA kat situ?

pastu, let say an expertise yg in charge mengenal pasti DNA ni....

buat DNA test kepada individual yg tak pernah ada track record : kesalahan jenayah or whatnot...

macam mana nak padankan sampel DNA dengan DNA victim?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 08:33 AM | Show all posts
Cik Loli, Mama ada ‘jalan-jalan’ bahagian forensic medicine dan jumpa article ni.

http://internalsecurity.wspol.eu ... 2009_wlodarczyk.pdf

Daripada kajian yang dilakukan, didapati bahan DNA mangsa masih lagi boleh dikesan walaupun telah di bakar pada suhu yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembakaran tersebut, masih terdapat cooler termal zone yang berpotensi menyelamatkan dan mengekalkan maklumat DNA si mangsa.

Cara mengenalpasti si mangsa pula ialah dengan mengambil sampel si mangsa daripada tempat kejadian , di bawa ke makmal.  Padanan sampel si mangsa akan dilakukan dengan membandingkan dan memadankannya dengan DNA ahli keluarga yang terdekat, juga material DNA si mangsa ketika dia masih hidup seperti rambut daripada sikat, peluh pada baju dll.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:32 PM | Show all posts
Reply 9# mamarock

terima kasih mamarock kerana menjelaskan begitu spesifik sekali tentang DNA dan fungsinya dlm bidang forensik
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:19 AM | Show all posts
Reply 9# mamarock


   oooh right. br teringat dekat barang2 tinggalan arwah ayu tu.thanks mamarock for unfolding the DNA subject.
good job!

kiranya utk mengenalpasti DNA yg dijumpai dekat tempat kejadian dgn DNA victims/suspects kena ada evidents dulu la kan.

apa2pun thanks God jugak sebab masih wujud bukti.

what if, let say, things go mayhem n no evidences were found.....it may take some times to execute final reports etc.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 03:14 PM | Show all posts
Nanobacterium


i like bacteria ni...bacteria nie xde DNA taw,organel pon xde..

mesti spesis  primitif jin jin ni{:1_126:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2011 12:08 AM | Show all posts
Ya ke bacteris tu takde dna...
bukan ke semua benda hidup ada dna ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.078756 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list