View: 143|Reply: 0
|
Sharbinee tidak rela gawang bolos lagi
[Copy link]
|
|
RASA perit melepaskan satu gol yang menceriakan Taiwan, Rabu lalu masih menghantui minda penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli dan dia tidak mahu mengulangi derita sama.\rPenjaga gol kebangsaan itu sebaliknya bertekad untuk memastikan gawang Harimau Malaya lebih kental agar barisan didik Datuk K Rajagobal akan pulang membawa kemenangan dalam perlawanan kedua, pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di gelanggang lawan, esok.\r\n\n\n\n\r “Pada saya kami sudah melakukan yang termampu dalam perlawanan pertama tetapi ada yang perlu diperkemaskan lagi sebelum bertemu Taiwan Ahad ini (esok).\r\r\n\n\n\n\n “Namun sebagai penjaga gol, secara peribadi saya masih belum berpuas hati kerana melepaskan satu gol dan saya akan perbaiki dan melakukan yang terbaik,” katanya yang juga penjaga gol Terengganu itu.\rSharbinee yang diberi kepercayaan oleh Rajagobal selepas kecederaan yang menimpa penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat, tidak rela pintu gol dikawalnya terbolos lagi dengan jaringan gol lawan seperti mana dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.\rSharbinee juga optimis bekalan tipis satu jaringan dibawa ke Taiwan akan dapat membuahkan kemenangan sekali gus menempah tiket ke pusingan kedua.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|