CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

Wanita dakwa Strauss-Kahn dituduh pelacur

[Copy link]
Post time 3-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peguam, abang pertahan plaintif, anggap pendedahan taktik kotor\rNEW YORK: Kes bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn semakin sensasi selepas wanita yang mendakwanya melakukan serangan seksual kini dituduh pernah bekerja sebagai pelacur, lapor media di sini semalam.\r\n\n\n\n\rSekalipun semakin banyak maklumat didedahkan yang menjejaskan kewibawaan plaintif, peguam wanita dari Guinea itu, Ken Thompson, terus menegaskan kes berkenaan masih kukuh dan memberitahu wartawan bahawa dakwaan tertuduh bahawa mereka melakukan hubungan seks secara rela adalah pembohongan.\r\r\n\n\n\n\n“Sejak awal lagi beliau memberitahu mengenai serangan seks ganas Strauss-Kahn terhadapnya. Keterangan itu diberi berulang kali kepada pendakwa, saya dan ia tidak berubah sedikit pun.\r“Mangsa mungkin melakukan beberapa kesilapan tetapi itu tidak bermakna dia bukan mangsa rogol,” kata Thompson yang turut menyifatkan laporan anak guamnya terbabit dengan pengedar dadah sebagai satu lagi penipuan.\r“Pendakwa raya mungkin semakin hampir meninggalkan mangsa tetapi kami tidak akan berbuat begitu. Kami terus menyokongnya,” kata Thompson lagi.\rPlaintif menuduh Strauss-Kahn mengejarnya di bilik hotel pada Mei lalu, melondehkan stokin kakinya dan memaksanya melakukan seks ‘oral.’\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, dalam pendedahan terbaru akhbar New York Post, plaintif dituduh pernah bekerja sebagai pelacur.\rSumber dipetik akhbar itu mendakwa, pekerja hotel Sofitel itu melakukan hubungan seks dengan tetamu lelaki untuk mendapat wang.\r“Sudah ada maklumat mengatakan beliau mendapat upah yang luar biasa,” kata sumber itu. Ada juga lelaki yang tiada hubungan keluarga dengannya membayar khidmat salun kecantikan.\rJumaat lalu, Strauss-Kahn dibebaskan tanpa ikat jamin selepas pendakwa berkata mereka mengkaji semula kes selepas memeriksa latar belakang plaintif.\rStrauss-Kahn juga akan menerima semula wang jaminan AS$6 juta (RM18 juta) yang dibayar pada awal kes. Tetapi, pasportnya tidak dikembalikan dan beliau tidak dibenarkan keluar negara.\rTetapi, kata peguamnya, Benjamin Brafman, Strauss-Kahn dibenarkan pergi ke mana saja selagi berada di Amerika.\rLangkah itu menandakan pendakwa tidak percaya sepenuhnya tuduhan plaintif meskipun dakwaan cubaan merogol terhadap tertuduh, kekal.\rPejabat Pendakwa Raya Manhattan mendedahkan, wanita berusia 32 tahun itu melakukan beberapa kesalahan kecil untuk mendapat kehidupan lebih baik di Amerika sejak tiba tujuh tahun lalu di negara berkenaan.\rIa termasuk menipu butir-butir tertentu dalam dokumen imigresen, tidak membayar cukai dan tidak mencatat kadar gaji sebenar supaya dapat menginap di sebuah pangsapuri yang sepatutnya untuk golongan miskin.\rDalam suratnya kepada peguam Strauss-Kahn, pendakwa berkata, wanita itu tidak bercakap benar mengenai apa yang dilakukan sebaik diserang tertuduh.\rPlaintif tidak lari dari bilik Strauss-Kahn dan melaporkannya kepada penyelia tetapi pergi ke bilik lain untuk mengemas, kembali semula ke suite Strauss-Kahn sebelum melaporkan kejadian.\rDi CONAKRY, abang kepada plaintif menyifatkan pelbagai tuduhan ke atas adik perempuannya itu semakin taktik kotor bertujuan menghilang kepercayaan  terhadapnya.\r“Semua itu pembohongan yang direka untuk menyebabkan orang tidak percaya kepada adik saya,” kata Mamoudou ketika dihubungi dengan telefon di kediamannya di Labe, 300 kilometer ke utara ibu negara Guinea. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.173654 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list