CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56168|Reply: 244

Pengalaman Mistik dan Misteri Sepanjang Hidup Aku (update 14.01.2013)

  [Copy link]
Post time 4-7-2011 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by polipoplipop at 25-6-2012 17:02

Mukadimah
  Aku tidak pandai sangat bercerita tapi memandangkan banyak perkara yang telah aku tempuhi sepanjang hidup ini, jadi ingin aku kongsikan semua pengalaman hidupku disini, yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan...aku tinggal di negeri paling utara semenanjung dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana sahaja, merupakan anak sulung dari tujuh orang adik beradik, kampung tempat tinggalku merupakan kawasan yang tenang dan aman damai dengan sawah terbentang luas menghijau sayup - sayup mata memandang. Di kampungku rata - rata masyarakatnya masih lagi mengamalkan pekerjaaan seperti bertani, menternak dan pertanian masih merupakan nadi pekerjaan di tempatku serta masyarakatnya masih berpegang kepada adat resam melayu yang kuat. Keperluan asas ditempat aku seperti bekalan elektrik dan air sudah wujud tetapi perkara- perkara lainnya adalah masih kurang contoh seperti kedai runcit, stesen minyak, bank dan semua ini hanya dapat diperolehi di pekan yang terdekat sejauh 15 kilometer dari kampung aku. Jadi bagi yang tidak punyai kenderaan, maka mereka hanya ke pekan seminggu sekali sahaja untuk mencari bekalan dan keperluan asas. Di kampungku juga, masih kurang lampu jalan dan boleh dikira dengan jari, jika ada pun hanyalah dipasang di tempat- tempat tumpuan seperti pondok telefon, di sekolah rendah, di masjid dan itu pun hanya sebatang lampu sahaja pada setiap tempat yang telah aku sebutkan tadi.

  Tempat aku tinggal ini lain dari tempat - tempat yang telah aku kunjungi, pada sebelah malamnya kampungku ini akan "mati" kerana selepas solat isyak sahaja maka penghuninya akan tidur dan masing- masing akan menutup kesemua lampu rumah kerana tujuannya adalah untuk menjimatkan elektrik. Selalu juga orang luar bertanya kepada aku kenapa setiap penghuni di kampung aku sebelum tengah malam semua rumah akan bergelap, maka jawapan yang aku berikan adalah kerana tiada hiburan di kampungku sepertimana di bandar- bandar besar yang penuh dengan kelab malam dan shopping kompleks. Tapi perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepadaku. Malam di kampungku adalah malam yang pekat dan sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi unggas sahaja dan sekali sekala tiupan angin membadai pokok - pokok di sekeliling yang kadang- kadang menimbulkan keseraman kepada orang luar tetapi itu adalah bunyian biasa bagi aku, pernah terjadi akibat angin terlalu kuat akan kedengaran seperti seseorang menjerit dan melolong sepanjang malam dan kenapa perkara itu berlaku? Entahlah aku pun tidak punya jawapan. Kenderaan yang lalu lalang pun boleh dikira dengan jari di jalan raya apabila tibanya waktu malam....bersambung....

Last edited by polipoplipop on 14-1-2013 08:54 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 01:06 AM | Show all posts
orang Peghelih ka? Awat buat bunyi cam hulu sangat. Pokcik duk Peghelih gak tapi ghasa cam duk Kay Ell je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:58 AM | Show all posts
teruskan TT.

kampung yg terpencil dan blum tercemar dgn arus kemodenan. tentu suasana pagi amat nyaman dgn kicauan burung.. best gak tu. udara pun sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 02:02 AM | Show all posts
laa bru intro ka??
haha..

nk lg TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 10:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 11:46

....sambungan mukadimah  
  Tanah yang aku duduki ini adalah hasil peninggalan tanah pusaka dari moyangku kepada arwah tok wan aku dan dari tok wan aku kepada ibuku. Dahulunya di atas tanah ini ada sebuah rumah kayu melayu lama yang dibina oleh moyangku ketika mula- mula meneroka kawasan ini. Pernah tok wan bercerita kepada aku semasa dia mula- mula meneroka kawasan ini yang dahulunya dipenuhi dengan pokok gelam dan hutan belantara. Pelbagai jenis binatang dijumpai terutamanya babi hutan. Untuk mengelakkan serangan babi hutan, tok wan aku ada membuat lembing yang matanya ditempa sendiri oleh tok wan aku tetapi besinya diambil dari siam. Lembing itu tersimpan dalam satu bilik berdekatan bilik tidur beliau, semasa aku kecil sering kali aku ditegah untuk bermain di situ, aku juga tertanya - tanya apa yang ada dalam bilik itu.



    Selepas kematian tok wan aku, bilik tersebut tiada lagi kerana rumah kayu tersebut telah dirobohkan oleh anak - anak beliau untuk dibina sebuah rumah yang baru dan lembing tersebut hilang entah ke mana. Tok wan aku merupakan seorang yang pandai mengubat, dahulunya dia pernah menuntut ilmu di siam, nenek aku pernah bercerita tentang ilmu yang pernah dituntut oleh tok wan aku, kononnya dia pernah menyeluk ke dalam mulut buaya untuk memperolehi ilmu pengubat tersebut. Jika ada orang kampung yang sakit bibir, sawan di mulut, mereka akan datang berjumpa dengan tok wan aku untuk menyembuhkan sawan di bibir mereka dengan cara tok wan aku akan menyapu tangannya ke tempat yang luka sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Aku pun tidak tahu apa yang disebutnya kerana ketika itu aku masih kecil lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 11:23 AM | Show all posts

Kisah 1 : Ular Besar

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 11:54

Pengalaman mistik yang pertama aku lalui adalah ketika aku masih kecil dan ketika itu aku tinggal bersama dengan tok dan tok wan. Pada masa tersebut adalah merupakan musim menuai padi, maka keadaan sawah pada ketika itu adalah kering kontang dan padi masak menguning. Aku bermain - main di sebatang tali air yang dasarnya kering kontang, kelihatan tok wan bersembang dengan seseorang sambil matanya sekali sekala melihat ke arah aku. Tok wan berpesan kepadaku agar tidak bermain terlalu jauh dari tempat beliau. Biasalah bagi kanak- kanak, apa yang dilarang itu yang dibuatnya. Aku terlalu leka bermain sehingga tiba- tiba aku sedar yang aku telah jauh berjalan dari tok wan, aku rasa tok wan pun terlalu khusyuk berbual sehingga lupa akan aku.
  
   Sedang aku berjalan untuk berpatah balik kepada tok wan, tiba- tiba pandangan mataku terlihat sesuatu, benda itu kelihat seperti batang pokok yang sangat besar, kedudukannya melintang dalam tali air. Tetapi pelik kenapa kulitnya kelihatan bersinar- sinar? Aku cuba mendekati benda tersebut yang ku sangkakan batang pokok yang tumbang. Apabila aku semakin menghampiri batang pokok tersebut, wajah aku terus pucat, yang aku sangkakan batang pokok adalah merupakan seekor ular yang tersangat besar, sebesar sepemeluk orang dewasa yang sedang melintasi tali air tersebut. Hanya badannya sahaja kelihatan manakala kepala dan ekor berada disebelah kiri dan kanan aku. Aku terus mengigil ketakutan dan menangis. Semasa aku menangis terdengar suara mendengus seperti marahkan sesuatu.


kredit to empunya photo

   Aku rasa dengusan itu datangnya dari ular tersebut. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan sehinggalah aku sedar yang aku berada disamping tok wan. Tok wan cakap aku pengsan di tali air petang tadi, tok wan jumpa aku di tali air. Tok wan marah kerana tidak menuruti katanya, dia cakap jangan suka sangat waktu senja, iblis banyak kata tok wan lagi. Aku hanya mendengar sahaja.....bersambung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 11:37 AM | Show all posts
sila sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 12:33 PM | Show all posts

Kisah 2 : Rumah lama pinggir kampung

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:01

Dihujung kampung aku ada sebuah rumah tinggal, semasa kecil aku sering melalui kawasan tersebut yang dipenuhi semak samun tetapi keadaan rumah tersebut masih utuh walaupun diperbuat daripada kayu. Tok wan sering membawaku melalui kawasan tersebut dengan basikal tuanya untuk ke pekan perlu melalui kawasan tersebut terlebih dahulu. Di kawasan rumah itu juga terdapat sebuah telaga lama, perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada aku ke mana penghuninya? Sehingga pada suatu hari aku bertanya kepada tok wan tentang rumah dan penghuninya? Kenapa terbiar begitu sahaja? Tok wan kelihatan agak tidak selesa dengan soalan yang aku ajukan, seperti cuba mengelak untuk memberikan jawapan. Tok wan cakap nanti dia cerita, puas sudah aku menunggu jawapan dari tok wan sehinggalah aku bertanya sendiri kepada tok.


sekadar gambar hiasan

   Tok menceritakan segalanya kepada aku tentang kawasan rumah terbiar itu. Dahulunya rumah tersebut berpenghuni dan didiami oleh sepasang suami isteri, mereka merupakan sahabat kepada tok dan tok wan, soalku lagi ke mana mereka pergi? Tok memandang aku dan menyambung ceritanya, mereka sudah mati, mereka mati dibunuh di rumah tersebut. Aku tergamam dengan cerita tok. Mati kena bunuh? Oleh sapa? Kenapa mereka dibunuh? Kampung sunyi aman macam ini pun ada pembunuhan? Cerita ini adalah 15 tahun yang lalu, sepasang suami isteri itu dibunuh kerana ada seseorang yang merompak rumah mereka, yang merupakan orang yang mereka kenali, pembunuhan yang sangat tragis dan ngeri sehingga mengemparkan kampung suatu ketika dahulu. Kepala mereka dipenggal dan dicampak ke dalam telaga tua yang berdekatkan dengan rumah mereka, kemaluan lelaki dipotong beserta kantung telurnya sekali dan dibuang ke dalam telaga tua itu, kemaluan isterinya ditusuk dengan buluh. Tubuh mereka tanpa kepala disandarkan pada dinding ruang tamu, sehinggalah dijumpai oleh orang kampung yang terhidu bau busuk semasa melalui kawasan tersebut. Selain merompak, orang kampung percaya mereka dibunuh akibat bermotifkan dendam, jika tidak masakan mereka dibunuh dengan sedemikian rupa. Selama beberapa tahun kawasan rumah tersebut tidak dilalui oleh orang kampung kerana percaya roh mereka masih berada disitu dan tidak aman, apa tidaknya kepala mereka berdua sahaja yang dijumpai dalam telaga tersebut, kemaluan suami yang dipotong tidak dijumpai.

  Akibat perkara tersebut rumah dan kawasannya menjadi semak samun dan ditumbuhi pohon yang besar dan merendang serta berjuntaian. Keadaan ini menambahkan lagi keseraman di kawasan tersebut, namun sejak kebelakangan ini sahaja baru kawasan itu digunakan semula, laluan tersebut yang melintasi kawasan rumah tinggal, itu pun digunakan sewaktu hari siang sahaja. Penduduk lebih rela menggunakan jalan jauh untuk ke pekan daripada melalui kawasan tersebut. Tercenggang aku mendengar cerita dari tok, terdetik dalam hati aku untuk bertanya siapakah pembunuhnya? Tok cakap tadi orang yang rapat dengan mereka, sudah ditangkapkah pembunuh itu? Sebaik sahaja aku ingin bertanya, niat aku terhenti disitu sahaja kerana kelihatan tok wan sudah pulang dan tok memberi isyarat kepada aku berdiam sahaja dan tutup mulut, jika tok wan tahu pasti tok aku dimarahinya. Aku akur dan diam sahaja....bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 12:43 PM | Show all posts
Reply 8# polipoplipop


    Kejam btul saper yg buat tu....mesti roh diorg x amankan? smbg lg TT!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:57 PM | Show all posts
huh? kat mana ni TT...area Padang Besar ke??
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:22 PM | Show all posts
nape la ade manusia yang kejam samapi macam tu sekali..ishh dunia memang dah nak akhir zaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 01:38 PM | Show all posts

Kisah 3 : Hantu di jalan raya

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:10

Pengalaman ini kulalui sendiri ketika itu aku masih bersekolah darjah tiga, pulang ke kampung bersama abah aku, ketika itu aku sudah tidak tinggal lagi dengan tok wan dan tok, kerana aku perlu bersekolah, manakala rumah kedua orang tua aku agak jauh dari kampung kira - kira 30 kilometer dari kampung tok dan tok wan. Pada waktu ini adalah musim cuti sekolah, jadi seperti biasa aku meminta abah agar menghantar aku pulang ke kampung untuk aku menghabiskan cuti sekolah bersama tok dan tok wan. Ibuku sering membebel kerana pantang sahaja cuti sekolah, pasti tidak melekat aku di rumah. Aku pun sudah biasa dengan keadaan di kampung, berada di bandar membuatkan aku seperti terkurung. Jika berada di kampung aku boleh bermain di sawah, menangkap ikan di parit dan tali air, mandi sungai, melastik burung bersama kawan - kawan kampung. Ini yang membuatkan ibu sungguh marah dengan aku, tapi apa sahaja permintaan aku, abah turutkan sahaja. Dalam perjalanan pulang ke kampung, abah menghantar aku dengan hanya menggunakan motosikal sahaja kerana mudah dan menjimatkan serta hanya aku seorang sahaja yang mahu dihantarnya sedangkan ibu tidak ikut serta.

   Pada ketika itu jam menunjukkan pukul 11 malam masih awal tetapi keadaan seperti sudah melewati jam 1.00 pagi, jalan untuk ke kampung teramat sunyi dan ditambah keadaan pokok- pokok yang besar yang ditanam di sepanjang jalan menambahkan keseraman dan juga ketiadaan lampu jalan. Kami hanya ditemani bunyi deruan motosikal abah dan lampu motosikal semata- mata. Aku duduk dihadapan sambil kakiku diletakkan dalam bakul motosikal, aku fikir lebih selamat begitu berbanding berada dibelakang abah, nanti takut kalau - kalau aku dipeluk makhluk yang tidak diundang dari belakang atau aku jatuh dari motosikal tanpa disedari oleh abah dan ditinggalkan keseorangan dalam keadaan malam yang pekat fikirku seperti berasakan tindakan yang bijak telah aku ambil. Perjalanan kami terasa seperti amat jauh sekali, maklumlah tiada lampu jalan, bertembung dengan pengguna jalan yang lain boleh dibilang dengan jari.


sekadar gambar hiasan

   Sedang asyik aku memandang kehadapan, aku terpandang seperti seseorang yang sedang berbasikal dihadapan kami. Aku rasa abah juga perasan orang itu, sambil abah memperlahankan motosikalnya untuk melihat orang tersebut yang begitu berani berbasikal malam - malam sebegini. Aku terasa seperti lambat benar untuk sampai kepada orang itu, sedangkan kami menunggang motosikal tidak seperti orang itu hanya berbasikal tetapi mana mungkin basikal lebih laju dari motosikal fikirku. Semakin dekat kami menghampiri orang itu, semakin laju pula orang itu mengayuh basikalnya seperti mahu berlumba dengan kami, kelihatan susuk tubuhnya kurus sahaja berambut panjang memakai kemeja berkolar lengan panjang yang berwarna putih berbelang tetapi lusuh dan kotor, tidak berbutang di lengan dengan berseluar coklat panjang pun kelihatan lusuh. Aku lihat cara berpakaiannya tidak ubah seperti fesyen era disko. Basikal yang digunakannya juga seperti basikal mini lama.

   Abah terus membunyikan hon motosikalnya kearah orang tersebut, dan dengan serta merta orang itu berpaling ke arah kami tetapi kedudukanya masih mengayuh basikal dan hanya kepalanya sahaja dipusingkan 90 darjah kebelakang, matanya betul - betul terbeliak memandang tepat kearah kami dan mukanya ditutupi dengan rambutnya yang panjang dan mulutnya ternganga lidah terjulur keluar. Kedudukan badan, tangan dan kakinya masih mengayuh basikal.  Apalagi aku terus memejam mata dan ku rasakan abah memecut selajunya motosikal sehingga aku sedar aku sudah berada di rumah tok dan tok wan. Abah dimarahi oleh tok wan kerana datang pada lewat malam, abah hanya terdiam sahaja, aku pula menangis disamping tok, tok pula mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu dan dihembusnya ke ubun- ubun aku....bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 03:35 PM | Show all posts
pengalaman yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 03:38 PM | Show all posts
TT tolong le buat perenggan....
Tercungap-cungap kami baca....
btw....cerita yang menarik....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 03:42 PM | Show all posts
Terima kasih TT, cerita menarik tp tolong buat perenggan ya.

pedih mata membacanya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 04:11 PM | Show all posts
sgt menarik nih... ijau pon dok dgn tok dgn tok wan. diorg xdak ape2 ilmu. tp ada la jugak simpan keris. keris tu kami xjaga. cuma simpan. lama2 dia ganggu jugak la. skang dh bg kt atok sedara..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 05:52 PM | Show all posts
syok cita TT nie..tapi kene buat perenggan baru tak pening kami...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 06:37 PM | Show all posts
maaf le semua...saya dah buat penambahbaikan...sila tunggu cerita selepas ini...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 07:01 PM | Show all posts
best la cite tt ni..suka ayat2 yg tt guna.senang paham.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 07:28 PM | Show all posts

Kisah 4 : Lintasan

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:19

Kisah ini terjadi semasa aku bersama dengan ibu menunggang motosikal selepas pulang menziarahi saudara ibu yang sakit di kampung tok wan, ketika itu abah tidak turut serta, ibu menunggang motosikal dan aku berada dihadapan. Ibu yang beria- ia menyuruh aku berada di hadapan supaya senang melihat aku takut kalau - kalau aku tertidur, perjalanan pulang ke rumah tok wan mengambil masa hampir satu jam. Aku berasa penat, letih dan mengantuk kerana seharian berada di rumah saudara ibuku. Ibu berada seharian di sana kerana sudah lama kami tidak menjenguk mereka di tambah pula keadaan aku yang bersekolah, ibu tidak ada masa untuk pergi kerana menguruskan persekolahan aku jadi peluang cuti aku diguna sebaik mungkin oleh ibu untuk menjenguk saudaranya.

    Waktu perjalanan kami sudah senja dan hampir sahaja masuk waktu maghrib, sebenarnya keluarga sebelah ibuku tidak membenarkan kami pulang kerana sudah lewat petang, akan tetapi kedegilan ibu untuk pulang ke rumah tok wan kerana aku tahu ibu tidak selesa tidur di rumah orang. Alasan yang ibu berikan adalah keesokkannya aku ada kelas tambahan. Jika dari rumah saudara ibu untuk ke sekolah aku agak jauh, tetapi jika dari rumah tok wan mungkin hanya mengambil masa 30 minit sahaja kerana sekolah aku berada diantara rumah aku dan rumah tok wan. Jadi mahu atau tidak, mereka terpaksa membenarkan ibu pulang. Dalam perjalanan pulang aku berasa tidak tenteram dan ditambah pula keadaan pokok - pokok di sepanjang jalan dan hanya kami berdua sahaja di atas jalan ketika itu, ibu awal - awal lagi sudah berpesan kepadaku agar apa yang aku nampak di jalan tidak ditegur oleh aku. Tapi biasalah bagi kanak - kanak apa yang difahaminya ketika itu hanyalah mengangguk saja. Perjalanan kami terasa terlalu lama, tiada langsung kenderaan dijalan raya, dengan deruan angin yang menghembus keadaan sekeliling dapat ku lihat pokok - pokok disekeliling seperti bergoncang seperti mahu mengejar kami. Aku hanya diam seribu bahasa dan aku pasti ibu juga berasa sesuatu, kerana laju benar motosikal yang ditunggangi kami itu, aku dapat rasakan ibu mahu cepat- cepat sampai ke destinasi.

    Tiba- tiba aku terlihat silau mata berkilau terbias dari lampu motosikal kami. Aku menjerit kearah ibuku mengatakan sesuatu melintasi dihadapan, ibu tersentak dengan jeritan aku dan terus memberhentikan motosikal kami. Ibu bertanya kepadaku kenapa aku menjerit, lalu aku cakap ada sesuatu melintas sebentar tadi, ibu cakap dia langsung tidak nampak apa pun. Ibu memarahi aku kerana cuba bermain - main, aku lihat keadaan tempat kami berhenti adalah di kawasan hutan dan agak terpencil dan sunyi. Hanyalah kedengaran bunyi motosikal dan unggas rimba. Ibu segera meneruskan perjalanan dan menyuruh aku duduk diam - diam sahaja. Dicubitnya pipi aku kerana bermulut bising, tapi dalam hati aku memang sah tadi ada sesuatu yang melintas dihadapan kami. Apakah ibu tidak nampak sedangkan dia juga memandang kehadapan sama seperti aku. Aku pun terus melupakan perkara itu.

     Aku rasa perjalanan kami terlalu lama, tidak seperti kami datang pagi tadi, perjalanan pulang terasa seperti lama pula. Ibu berkata kepada aku yang dia berasa pelik, pelik? pelik kenapa ibu? ujar aku kepada ibuku. Ibu berkata sudah dua kali dia melihat sepanduk jalan yang sama, kami sudah melalui jalan itu sebanyak dua kali, aku lihat pokok jemerlang yang besar dan menakutkan dan dibawahnya terdapat sepanduk jalan yang hampir berlumut menutupi tulisannya. Baru aku sedar rupanya sudah dua kali kami berpusing ditempat yang sama, aku mula teresak - esak. Ibu menyuruh aku diam, aku melihat mulut ibu terkumat kamit membaca sesuatu seperti membaca ayat tertentu.      
      


    Selepas itu ibu meneruskan perjalanan. Sehingga jam 9 malam baru aku dan ibuku sampai ke rumah tok wan, tok wan seperti tahu akan kepulangan kami berada di muka pintu menunggu kepulangan kami. Setibanya kami, tok wan menggelengkan kepala sahaja kepada ibu, aku pula terus terjun dari motosikal dan naik ke atas rumah. Tok wan turun kepada ibu, dan membisikkan sesuatu kepada ibu, ku lihat wajah ibu tercenggang, ibu terus membasuh kaki dan memarahi aku supaya turut berbuat demikian membasuh kaki di tangga dan terus naik ke atas rumah. Tok wan pula ku lihat bersembang dengan seseorang di motosikal ibu seperti ada seseorang yang bersama kami tadi. Lama juga tok wan berada dekat motosikal ibu, seperti melayani seseorang, entah lah mata aku pun dah mengantuk, aku terus tertidur.....bersambung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.365246 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list