CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: polipoplipop

Pengalaman Mistik dan Misteri Sepanjang Hidup Aku (update 14.01.2013)

  [Copy link]
Post time 9-7-2011 03:14 AM | Show all posts
Seram baca cerita TT, jalan penceritaan yang sangat bagus..thread Bookmarked!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 05:29 PM | Show all posts
yesss .....citer terbaik dari peghelih
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 12:20 PM | Show all posts
saya org perlis gak tp bila dgq cite pasal kg TT rasa cam jauh sgt.... kat area mana kg TT???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 04:06 PM | Show all posts
biler nak sambung ni?? cepat laa.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 12:06 PM | Show all posts
oh noooooooooo... pls smbg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 12:19 PM | Show all posts
woooo menarik citer ni.....tak sabor nak bace sambungannye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2011 01:44 AM | Show all posts
bagus la citer hang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 11:29 AM | Show all posts
bersabo utk baca sambungan. wat keje dulu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2011 01:16 PM | Show all posts
mana tt ni..xnak sambung ker..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 08:41 AM | Show all posts
mana tt ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 12:29 PM | Show all posts
lamenyer nak update...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 03:07 PM | Show all posts
Reply 72# razmanDrifter


    Ko tak raser bangang ker buang masa ko buat spam cenggini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 10:33 AM | Show all posts
oh... tertanye2 tok din ni hidup lg ke x? calling for TT.. thanks in advance!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2011 03:32 PM | Show all posts

Kisah 8 : Bayangan di pondok usang

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:49

Cerita dari Maksu aku.....

  Maksu pernah bercerita tentang satu kisah di kampungku yang agak mengerunkan juga, ia terjadi apabila maksu bersama anaknya pulang agak lewat pada petang itu dari pekan kecil berdekatan dengan kampungku, suasana ketika itu agak gelap dan hanya bunyian cengkerik yang kedengaran. Jauhnya dari pekan kecil ke rumah maksu adalah lebih kurang 20 kilometer akan tetapi keadaan semakin menghampiri senja dan suasana ditambah pula dengan hujan renyai - renyai serta tiupan angin yang agak kencang juga, maksu berfikiran hujan lebat akan melanda dan sudah tentu dia dan anaknya kebasahan.

  Maksu menunggang motosikal agak laju suppaya cepat sampai ke destinasi yang ditujui, dalam fikiranya sesudah sampai di rumahnya nanti pasti paksu meleteri mereka kerana lewat pulang seperti yang dijanjikan sebelumnya. Maksu menyalahkan dirinya kerana agak lama keluar untuk membeli barang di pekan tadi. Suasana secara tiba - tiba menjadi kelam kabut apabila hujan turun dengan lebat selebatnya sehinggakan jalan dihadapanya sukar kelihatan dan air hujan masuk ke dalam mata maksu sehingga sukar untuk maksu menunggang.

  Dalam keadaan tersebut, mata maksu melilau lilau mencari tempat untuk berteduh kerana perjalanan masih jauh lagi, motosikal yang ditungganginya dibawa secara perlahan sahaja dan hanya motosikal maksu sahaja berada dijalan ketika itu. Hari sudah gelap dan hujan semakin lebat, maksu dan anaknya basah kuyup, dalam keadaan tersebut mata maksu terpandang satu pondok kecil ditepi jalan dan kelihatan ada seperti seseorang juga tumpang berteduh di situ. Maksu terus ke pondok tersebut, dia dan anaknya menggigil kesejukkan, setelah itu maksu cuba menghubungi paksu akan tetapi sudah puas maksu mendail tetapi tidak berjawab juga panggilannya.




  Dilihat orang yang berteduh itu juga diam membisu seribu bahasa sahaja, maksu pun hanya bercakap - cakap dengan anaknya sahaja. Tiba - tiba orang itu menegur maksu " jauh lagi ke rumah?" maksu memandang orang tersebut dengan berkata" jauh jugak la, dalam 10 kilometer lagi, hujan lebat la pulak, terpaksa la duduk kat sini jap". Orang tersebut hanya tersenyum dan menganggukan sahaja.

  Suasana menjadi senyap kembali untuk seketika...."adik ni nak pegi mana?"tanya maksu..."oh, saya nak ke pekan sekejap, nak beli barang, tapi tu lah, hujan lebat la pulak". Orang tersebut berkata lagi " sejukkan akak hujan lebat macam ni?...saya pun dah lama sangat kat sini". Maksu pun memandang semula ke arah orang tersebut, dan hanya tersenyum sahaja, terasa seram pula pertanyaan orang itu.

  Yang bermain dalam fikiran maksu adalah mana perginya kenderaan orang ni? mana mungkin orang ini hanya berjalan kaki untuk ke pekan sedangkan dari pondok ini untuk ke pekan adalah sejauh 10 kilometer lagi, tambahan pula dengan hujan lebat dan keadaan malam sebegini mana mungkin dapat berjalan kaki?.....

  Dalam lamunan itu, maksu terasa tangannya ditampar berkali - kali, dilihat anaknya yang menampar tangannya dan anak kecilnya itu terus bertanya kepada maksu..."dengan sapa mak bercakap tu?"..."pasal apa mak berhenti motosikal kat tengah- tengah hujan lebat ni?, adik sejuklah"...maksu memandang kiri dan kanan rupa - rupanya maksu berada di tengah - tengah jalan dan di tengah - tengah hujan yang lebat mencurah - curah...pondok tempat dia berteduh tadi sememangnya tidak wujud bersama orang misteri itu, rupa - rupa maksu hanya bercakap secara sendirian dalam hujan yang lebat....terus sahaja dihidupkan motosikalnya diam seribu bahasa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2011 04:32 PM | Show all posts
Nantikan peristiwa mistik aku di tanah dayak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2011 04:45 PM | Show all posts

Kisah 9 : Penampakan

Post Last Edit by polipoplipop at 21-6-2012 22:39

Pada tahu 2004 aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran disalah sebuah universiti awam di Sarawak, selepas mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam STPM aku terus ditawarkan dalam bidang yang ku minati iaitu Industrial Design. Pada permulaannya agak berat juga untuk aku menerima tawaran tersebut, maklumlah tempat untuk belajar terlalu jauh dari keluarga dan kos sara hidup dan kos untuk pergi balik juga agak besar bagi aku yang berada dalam keluarga yang susah, sedangkan pekerjaan ayahku juga tidak menentu ketika itu. Mak juga berat untuk melepaskan aku kerana tidak pernah berjauhan dari keluarga, tetapi dengan kecekalan yang ada aku tabah untuk meneruskan juga kerana rezeki tidak datang bergolek dan sekali sahaja tawaran ini datang dan aku perlu gunakan sebaik yang mungkin. Semasa aku berada di negeri Borneo itu banyak perkara yang aneh terjadi terhadap ku, antaranya ialah ketika....bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2011 07:06 PM | Show all posts
sambungan oh sambungan, cepatla sambng tuan umah, hehehe...
cerita tgh seronok, pandai tt karangkan, menarik, terbaek...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:58 PM | Show all posts
disambung ya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 11:22 AM | Show all posts
best cerita TT ni.. saya menantikan sambungannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 11:34 AM | Show all posts

sambungan kisah 9 : Penampakan

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:57

Semasa aku berada di negeri Borneo itu banyak perkara yang aneh terjadi terhadap ku, antaranya ialah ketika aku pertama kali di tempatkan disebuah hostel untuk pelajar baru, cukuplah aku namakanya sebagai blok m. Blok m ini telah dibina di atas tapak tempat tinggal masyarakat dayak, disitu konon - kononnya terdapat juga tapak perkuburan lama tetapi untuk kepastian selama saya berada disana tidak pernah saya jumpa lagi dengan sebarang tinggalan kubur tersebut.

  Di kawasan tersebut terdapat beberapa blok yang lain antaranya ialah 3 blok diperbuat daripada batu dan mempunyai dua tingkat dan 4 blok lagi diperbuat daripada kayu juga mempunyai dua tingkat. Blok kayu adalah untuk pelajar - pelajar senior dan blok batu adalah bagi pelajar junior. Blok - blok ini telah dibina sekitar awal tahun 90an, dibelakang blok tersebut merupakan hutan yang sangat tebal, kadang kala kelihatan monyet - monyet bermain - main dibelakang kawasan blok aku.

  Aku tinggal di blok m tingkat dua bilik bernombor 14 dan bersama aku adalah merupakan pelajar dari fakulti multimedia dan i.t, berbangsa cina dan merupakan warga tempatan yang menetap di Kuching bernama Teo. Teman bilik aku ini seorang yang baik dan rajin, hubungan aku dengan Teo sangat baik, dia menghormati agamaku dan cara hidupku, aku juga menghormati adat dan agama Teo.

  Teo selalu sahaja pulang ke rumah beliau di Kuching jika tiba cuti hujung minggu dan jika tiada kuliah atau kelas tambahan yang lain pada hari sabtu dan ahad. Jadi tinggal aku keseorangan di waktu cuti dan aku sememangnya suka berada secara berseorangan kerana maklumlah kuliah yang amat padat sehingga tiada langsung rehat yang cukup untuk aku. Jadi cuti pada hujung minggu aku gunakan sebaik yang mungkin untuk berehat dalam erti kata sebenar adalah untuk tidur.

  Bukannya tiada kawan yang mengajakku untuk keluar berhibur di malam minggu tetapi matlamat aku ke sini adalah untuk belajar dan aku tidak mahu perkara - perkara yang lain menjadi keutamaanku. Yang penting impian aku untuk bergelar seorang sarjana muda tercapai dan hasrat ibubapaku untuk melihat aku berjaya termakbul. Aku amat senang jika hanya berada di bilik sahaja dan sekali sekala keluar berjumpa kawan - kawan dari bilik yang lain untuk bersembang- sembang. Tetapi masaku banyak dihabiskan di bilik dan pada waktu petang atau malam aku bermain badminton sahaja.

  Sehinggalah pada suatu hari iaitu dihari minggu semasa ketiadaan teman bilikku yang pulang lebih awal lagi pada pagi jumaat kerana katanya mempunyai urusan keluarga di Sibu, jadi awal awal lagi dia sudah berpesan kepadaku jika ada teman seperkuliahannya yang mencari beliau, bilang saja beliau ke Sibu dan aku hanya mengangguk sahaja tanda faham. Aku ucapkan selamat jalan kepadanya semoga selamat sampai dan selamat pulang. Jadi tinggallah aku seorang bermula pada pagi jumaat sehingga rabu nanti kerana Teo pergi ke sana selama 6 hari atas urusan keluarga dan aku langsung tidak menyoal banyak kepada Teo kerana kelihatan beliau agak kelam kabut pada pagi itu.

  Pada malam itu, entah kenapa aku berasa seperti sunyi sekali sedangkan pada hari cuti - cuti hujung minggu yang lain aku selalu sahaja keseorangan, tetapi untuk malam itu aku terasa lain benar rasanya. Seolah - olah aku berada seorang diri bukan hanya dibilik sahaja tetapi seperti seorang diri di universiti tersebut. Sunyi benar rasanya malam itu, tiada langsung kedengaran unggas rimba maklumlah blok aku berdekatan dengan hutan, pelik juga. Tapi untuk malam itu sunyi sepi yang hening dan malamnya yang amat pekat sekali.

  Akan tetapi aku tidak mempedulikan semua itu, bagiku ini masa terbaik untuk aku berehat dan sebelum itu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Sedang tekun aku menyiapkan tugasanku, pintu bilik aku diketuk dengan kuat dengan sapaan suara yang agak garau yang memanggil namaku, terus sahaja aku berhenti dan membuka pintu.

  Aku lihat dimuka pintu adalah sahabat kuliah ku Ajib yang menjadi teman study groupku, ajib mengajakku untuk keluar ke jalan utama canseleri katanya ada kemalangan besar yang berlaku disana melibatkan bas universiti dengan motosikal pelajar. Aku dengan keadaan terpinga - pinga terus sahaja mengikuti ajib dari belakang, beliau berjalan dengan pantas sekali, berpeluh aku mengejarnya. Ajib langsung tidak menoleh ke belakang untuk melihatku yang agak ketinggalan. "Ajib tunggu la, paahal la hang ni laju sangat" kataku kepada ajib, tetapi tidak berbalas dan ajib tetap meneruskan langkahnya dengan lebih laju lagi.

  Dari jauh aku melihat ramai orang yang mengerumuni tempat tersebut bagaikan suatu pesta, tetapi aku tidak nampak langsumg bas dan motosikal itu? Barangkali telah ditunda pergi, sampai sahaja di tempat kejadian suara ramai yang riuh rendah terus menjadi sepi, semua mata memandang kearahku begitu juga ajib. Aku juga turut senyap dan berasa agak canggung kenapa suara yang riuh rendah tadi tiba - tiba menjadi sepi dan hening. Suasana kelihatan samar - samar,  semua mata memandang kearahku dengan serta merta mereka ketawa kecil secara tiba - tiba, semakin lama semakin garau dan nyaring dan orang ramai yang kelihatan tadi hilang dari pandanganku satu persatu dan begitu juga ajib....mataku berpinar dan berbintang terus sahaja aku membuka langkah seribu tanpa menoleh belakang lagi, hilai ketawa itu seperti mengejarku....aku telah terlupa apa yang telah terjadi kepadaku selepas itu dan yang pasti keesokkan harinya aku tidur satu hari suntuk lamanya akibat kejadian itu....bersambung....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.088738 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list