CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: polipoplipop

Pengalaman Mistik dan Misteri Sepanjang Hidup Aku (update 14.01.2013)

  [Copy link]
 Author| Post time 27-9-2011 01:36 PM | Show all posts
Aku pernah terlihat dan mengalami situasi cemas di mana seseorang pelajar di universiti aku dirasuk akibat bermain spirit of the coin, cerita berkenaan tanah kubur dayak dan tanah adat yang menakutkan, dua kes kematian mengejut pengawal keselamatan di pondok kawalan secara berturutan, melihat sesuatu dipermukaan tasik universiti ketika hujan yang renyai, lintasan kelibat berlari dihadapanku sehingga membuat aku dihantar kembali ke kampung untuk berubat sehingga kini penyakit itu masih "berada dalam tubuh aku" dan banyak lagi cerita dari tanah borneo.....nantikan cerita mistik dan misteri dari aku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2011 02:00 PM | Show all posts
saya org perlis gak tp bila dgq cite pasal kg TT rasa cam jauh sgt.... kat area mana kg TT???
Zulind Post at 11/7/2011 12:20 PM



    kampung antara sempadan kedah perlis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 02:01 PM | Show all posts
sambungan oh sambungan, cepatla sambng tuan umah, hehehe...
cerita tgh seronok, pandai tt karangkan ...
mast3rshad0w Post at 26/9/2011 07:06 PM



    dah sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 02:01 PM | Show all posts
disambung ya..
ninja9 Post at 26/9/2011 11:58 PM



    dah sambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 02:02 PM | Show all posts
best cerita TT ni.. saya menantikan sambungannya
sharpman Post at 27/9/2011 11:22 AM



    dah sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 02:03 PM | Show all posts
oh... tertanye2 tok din ni hidup lg ke x? calling for TT.. thanks in advance!
anne83 Post at 26/7/2011 10:33 AM



    maaf ambil masa lama...cerita dah sambung kembali...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2011 02:03 PM | Show all posts
lamenyer nak update...
line_adidas Post at 19/7/2011 12:29 PM



    dah update...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 02:04 PM | Show all posts
alahaii TT bila nak sambung niii..tak sabar nak dgr citer seterusnyaaa
manja377 Post at 8/7/2011 09:30 AM



    dah sambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 05:45 PM | Show all posts
cepat tt sambung ya.............
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 05:48 PM | Show all posts
best sangat ceita tt ni, mohon cepat sambung
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:45 PM | Show all posts
bestnya cerita smbungla lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 09:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by yoeKB at 11-11-2011 21:06

tt citer tok din masih trgantung lg

Misteri ini tidak berakhir disitu sahaja, setelah pemeriksaan teliti yang dilakukan untuk mencari mayat tok din, alangkah gemparnya apabila tiada mayat mahupun rangka tok din dijumpai oleh pihak bomba dan orang kampung. Mereka tertanya- tanya kemanakah perginya tok din? Mustahil dia masih hidup sehinggalah hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, kisah misteri ini dilupakan sahaja oleh orang kampung. Sehinggalah pada suatu hari, seorang penduduk kampung melihat kelibat tok din berada di bekas tapak kedai minyaknya seperti tergesa-gesa mencari sesuatu ketika tengah malam. Pemuda itu terpandang ke arah tok din dan tok din menyedari kehadiran pemuda itu, dan terus hilang dari pandangan mata.....akhirnya heboh sekampung keesokkan harinya....bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 03:35 PM | Show all posts
ayyo.. atutnye. ske bace cite2 seram tp mlm kang mule la terbayang2.. adeh
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 05:57 PM | Show all posts
besh citer polipoplipop nih. tak sabar nunggu sambungannya terutama pasai mayat pak din stesyen minyak yang tidak dijumpai sehingga ke sudah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 12:44 AM | Show all posts

Kisah 10 : Tumpang

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:58

Pengalaman abahku ketika pulang dari rumah nenek sebelah abah...abah pernah menceritakan kepada aku pengalamannya yang tidak kurang tahap keseramannya ketika perjalanan pulang dari kampung nenek ke rumah kami. Rumah nenek sebelah abah terletak di kedah iaitu kuala nerang di dalam daerah padang terap, jauhnya perjalanan dalam 95 kilometer,  di situ kawasannya diselubungi oleh hutan tebal dan bila malam menjelma kawasannya bertukar teramat gelap seumpama kawasan yang tiada penghuni sedangkan banyak kampung sekitarnya.



  Abah pada malam tersebut berasa ada sesuatu yang menganggunya ketika beliau mula - mula lagi keluar dari rumah nenek, nenek berpesan untuk pulang keesokan harinya kerana keadaan lebih cerah....(bersambung jap coz tgk bola euro)...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:32 AM | Show all posts

scarynya story TT. aku membaca seolah aku
berada di lautan yang sepi.
tapi avatar TT lagi scary kaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2012 01:00 PM | Show all posts
scarynya story TT. aku membaca seolah aku
berada di lautan yang sepi.
tapi avatar TT lagi scary ...
shanshero Post at 11/6/2012 02:32 AM



    hahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 01:24 PM | Show all posts

sambungan kisah 10 : Tumpang

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 13:03

sambungan.....akan tetapi abah bertegas untuk pulang ke rumah malam itu juga, al maklumlah tinggal aku, mak dan adik - adik aku yang masih kecil lagi. Abah takut kalau apa - apahal jadi pada kami kerana perjalanan jauh antara kuala nerang dan kampungku. Maka pada malam itu digagahkan jua abahku menaiki motosikalnya membelah kepekatan malam.



  Semasa dalam perjalanannya abah seperti merasakan sesuatu yang mengganggu pandangannya, ditolehnya kekiri dan kekanan tetapi tiada apa - apa pun, abah tidak mempedulikan perkara itu dan terus bergerak. Mungkin dalam ingatan abah serangga  - serangga kecil yang berterbangan agaknya. Perjalanan diteruskan tanpa mempedulikan perkara tersebut, malam seperti tiada penghujungnya kerana motosikal yang ditunggangi abah seperti semakin perlahan dan keadaan sekeliling yang dilitupi hutan yang tebal dengan keadaan jalan yang bercerun berkabus serta berbukit bukau menambahkan lagi kesukaran pergerakan motosikal abah. Bunyian unggas rimba seperti bergerak bersama deruan motosikal abah. Dan tiba - tiba, pandangan mata abah tertumpu dihadapannya, abah sedikit terkejut dengan apa yang dilihat dan dirasainya, bunyian unggas terus sepi dan hanya deruan angin sahaja yang kedengaran, motosikal abah diberhentikan secara tiba dengan enjin dimatikan.

  Abah merasakan sesuatu diatas kedua bahunya, dirasakan benda itu panjang dan berwarna hitam pekat seperti mana kepekatan malam itu. Pandangan mata abah melihat kebawah bagi melihat benda yang tiba - tiba jatuh berjuntai dari bahunya hingga ke pinggang abah. Ternyata apa yang dilihat itu adalah rambut hitam yang amat panjang yang sememangnya bukan milik abah,sah sememmangnya rambut hitam panjang perempuan hingga ke paras pinggang abah dan secara tiba - tiba abah terhidu bau yang amat meloyakan, terus - terusan tanpa menoleh kebelakang lagi abah dengan pantas menghidupkan motosikalnya dan memecut laju, hilaian ketawa terkekek kedengaran mengekori yang jelas kedengaran dari belakang abah sampailah ianya ditinggalkan sayup - sayup kedengaran....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 01:59 PM | Show all posts
sambung lagi..byk sudah ader kisah misteri...lagi seram la daripada citer aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 09:25 PM | Show all posts

Kisah 11 : Ghaib

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 13:11

Pengalaman ini aku lalui sendiri ketika aku berumur 24 tahun pada waktu itu aku baru saja bekerja di sebuah kem latihan berdekatan padang besar utara perlis, nama kawasan itu adalah kaki bukit. Di situ di tempatkan kem latihan khidmat negara kem plkn tasoh, aku mengajar di sana, sememangnya aku tinggal disana kerana ada disediakan kemudahan tempat tinggal iaitu diberi bilik untuk setiap pengajarnya, makan juga disediakan secara percuma, jadi setiap bulan aku terima gaji bersih sahaja, bil elektrik dan air pun tak payah bayar. Nikmatnya hidup....tetapi bukan kisah ini yang hendak aku sampaikan, tetapi sedikit pengalaman seram yang aku lalui ketika aku hendak pulang ke kem latihan ini, kejadian ini berlaku jam 2.30 pagi.

   Aku jarang keluar dari kem kerana jadual yang amat ketat di kem ini, maklumlah latihannya pun ala - ala tentera, lagipun tiada apa yang hendak aku lakukan dan di tambah pula keadaannya yang jauh terpencil di dalam hutan membuatkan aku jarang hendak keluar ke mana- mana pun. Tapi pada malam tersebut aku keluar dari kem kerana ada hal hendak aku lakukan, membeli sedikit barang keperluanku di bandar kangar, kawan - kawanku pula mengajak aku keluar keesokannya, tetapi akibat kedegilanku yang mahu keluar juga sedangkan pada waktu itu sudah maghrib, aku tetap dengan keinginan ku jua.

  Setelah selesai membeli barangan di bandar terus shaja aku mahu pulang, tetapi ditengah perjalanan aku dihubungi oleh kawan baikku untuk mengajak keluar minum kerana sudah lama kami tidak berjumpa semenjak aku bekerja di kem. Aku melihat jam ditangan masih awal lagi, baru jam 10.00 malam, jadi apa salahnya aku jumpa sebentar dengan kawanku dulu, nanti dikatakan sombong pula. Aku dan sahabat lamaku terus berjumpa disebuah restoren yang terdekat.

  Lama juga aku berbual sehingga jam ditangan pun menunjukkan pukul 1.30 pagi, timbul pula rasa menyesal, macam mana aku nak balik ni, nak lalu kawasan hutan gelap.....(bersambung)...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.106222 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list