CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: polipoplipop

Pengalaman Mistik dan Misteri Sepanjang Hidup Aku (update 14.01.2013)

  [Copy link]
Post time 14-6-2012 02:44 PM | Show all posts
mcm baca cerpen..
terang dan mudah faham..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2012 03:07 PM | Show all posts
Reply 119# polipoplipop

aiyaaaa...poliiii...baru nak excited baca..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 01:10 PM | Show all posts
Reply  pinklollipop


    dah sambung.....
polipoplipop Post at 14-6-2012 01:16



   okeh! mekasih bos
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 01:32 PM | Show all posts
seram betul cerita TT...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:40 PM | Show all posts
sambung2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2012 11:19 AM | Show all posts

sambungan kisah 12 : Tok Din???

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 13:32

Pada suatu petang setelah selesai tugasan yang diberikan aku terus saja ingin pulang ke rumah, sebaik sahaja aku keluar dari pejabat, tiba - tiba shaja majikan aku menahan aku dan bertanya ke mana aku mahu pergi, aku pun cakap yang aku hendak pulang ke rumahlah. Terus sahaja majikan aku menghulurkan satu tugasan kerja yang baru kepada aku, dia cakap yang kerja ini pagi esok client nak datang ambil, jadi aku terpaksalah siapkan kerja ini dulu,

  Aduh...bengangnya..majikan aku hanya tersenyum dan dia terus memujuk aku dengan mengatakan kalau benda ini siap malam ni esok pagi aku tidak perlu masuk kerja, datang kerja pada petang sahaja, jadi mahu atau tidak aku masuk buat kerja yang diberikan itu. Aku perhatikan jam sudah menunjukkan masuknya waktu maghrib dan kerja aku baru hendak aku lakukan, aku capai kopiah dan terus ke bilik wuduk....

  Setelah 6 jam aku terperap dalam pejabat kerana menyiapkan tugasan yang diberikan itu, akhirnya kerja yang diberikan petang tadi pun selesai, mata aku pun dah terasa berat dan mengantuk sangat, aku pun terus bersiap untuk segera pulang ke rumah, suasana sangat dingin pada malam itu, aku terpandang dilangit seperti mahu hujan, langit gelap sangat dan tiada bulan serta bintang, aku harus segera pulang jika tidak aku akan terperangkap dalam hujan.

  Aku segera memecut motosikal aku dengan laju dan keadaan pun dah mula berangin, hujan turun renyai di sepanjang perjalanan pulangku. Aku melalui beberapa buah kampung sebelum sampai ke rumah aku kerana kalau ikut jalan besar perjalanan kaan memakan masa yang panjang sedikit, jalan yang aku lalui ini adalah kiranya jalan pintas untuk aku sampai ke rumah, lebih kurang sejam perjalanan, akan tetapi risiko yang perlu diambil adalah terpaksa melaui jalan - jalan yang gelap kerana ketiadaan lampu jalan, dan beberapa kali tayar motorsikal aku termasuk ke dalam lubang - lubang kecil kerana jalan digenangi air hujan, rasa menyesal pula timbul kerana ikut jalan ini.



  Sampai sahaja di suatu jalan yang menuju ke kampung, aku terpandang suatu cahaja kecil yang berada dihadapanku, seperti cahaya dari sebuah basikal, getus hati kecilku ini, sapa pula yang bawa basikal dalam keadaan hujan ribut ni...???... ahhh aku peduli apa, janji aku sampai rumah sudah, aku pun berselisih dengan penunggang basikal itu, tetapi aku tidak menoleh ke arah penunggang tersebut, aku tidak pasti siapa orang itu, keadaan pun gelap dan hujan jadi aku tidak nampak sangat, aku meneruskan perjalanan aku

  Akan tetapi baru beberapa meter meninggalkan basikal tersebut, aku dipanggil dari jauh, tungguuuuuuuuuuuuuu....terdengar suara penunggang basikal itu memanggil, dan aku pun terus memberhenti motosikalku tapi enjin tidak dimatikan, aku toleh ke belakang, kelihatan basikal itu berpatah balik dan menuju ke arahku, ku lihat tangannya memberi isyarat tunggu. Perlahan sekali orang itu mengayuh basikal, agakan ku mungkin orang tua, orang itu berbaju hujan hitam manakala kepalanya juga bertutup dengan baju hujan, kemana orang ini mahu pergi, mungkin dia ini ingin bertanya arah kot kalau - kalau tersesat jalan, dalam keadaan hujan yang semakin lebat, basikal itu menghampiri aku, terus aku bertanya " ada apa pakcik?"....dan jawab orang itu "kenal tak aku?" terus membuka penutup kepalanya..........aku tidak tunggu lagi, enjin motosikal yang belum dimatikan dipecut dengan laju, terasa tayar motosikal aku langsung tidak mencecah tanah, sampai sahaja di rumah, pintu ku ketuk dengan kuat, sampaikan belum sempat mak membuka pintu, aku memekik " makkkkkkkkkkkkk buka pintuuuuuuuu, abang nampak tok dinnnnnnnnnnnn, muka dia terbakarrrrrr!!!!!!!!!!!!...cepat makkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!"..........selepas itu aku tidak ingat apa yang berlaku....tamat kisah tok din....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2012 11:23 AM | Show all posts
adoi... sambung lagi..


(posted by mobile)
intan_smsb Post at 14/6/2012 02:27 PM



    dah sambung ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2012 11:23 AM | Show all posts
Reply 122# bottombikini


    dah sambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2012 11:24 AM | Show all posts
Reply 121# rosa_canina


    dah sambung ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2012 11:25 AM | Show all posts
Reply 125# muaz04


    dah disambungkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2012 11:26 AM | Show all posts
Reply 124# pinklollipop


    dah sambung ye...terima kasih ye...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 01:28 PM | Show all posts
Reply 126# polipoplipop


   tok dinnnn??? whattt?!!! biar betik. dia hidup lagi eh? atau.....???

apa yg terjadi pd tok din? sambung plsss......
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 06:30 PM | Show all posts
adoii seram cite2 tt nie....mcm baca novel pon ada...best jugak..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 07:30 PM | Show all posts

Kisah 13 : Peneman

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 13:34

Cerita Tok Su Pok ( Musthapa Harun )

Tok su pernah bercerita pada aku semasa aku masih kecil lagi ketika itu, umurku baru menginjak belasan tahun, seingat aku ketika aku baru bersekolah menengah dalam tahun 90an, mengenai tabiatnya yang suka keluar malam untuk pergi memancing ketika tok su masih muda, selepas peristiwa itu tok su telah berhenti dari memancing dan hobi itu telah dilupakan terus dari diari hidup tok su ekoran dari suatu tragedi yang hampir meragut nyawanya. Aku tertanya - tanya apakah tragedi itu kepada tok su, peristiwa apakah itu? ngeri kah? tok terdiam sejenak dan ku lihat tangan tok su membuka beg rokok daunnya, perlahan - lahan tangan tok su membalut rokok daunnya dengan tembakau, suasana menjadi terdiam sebentar, sementara aku sudah tidak sabar lagi untuk mendengar kisah ngerinya itu. Cepatlah tok su cerita, mamat tak sabar niiiiii....tok su menoleh kearah aku, dan tersenyum dengan barisan gigi depannya yang hampir ronggak, lalu menghidupkan api pada puntung rokok daunnya lalu dihembus asap itu dengan perlahan - lahan, seperti terasa ada kenikmatan disitu pada wajah tok su.....

  Begini....kisah ini bermula semasa tok su masih muda lagi, dalam tahun 60an, masa itu umur tok su baru mencecah 20an, biasa la sebagai orang muda, apa sahaja terlintas difikiran semuanya hendak dilakukan tanpa memikirkan buruk baik kesannya kepada diri, orang muda katakan, darah masih panas mengalir kudrat pun masih kuat, tok su tersenyum, tapi disebalik senyuman itu aku tahu ada peristiwa yang menyeramkan yang aku rasakan tok su tidak dapat lupakan sampai ke hari ini. Dulu tok su suka memancing, suka sangat, bagitau tok su lubuk mana yang tok su tak pernah sampai? semua tok su redah, malam siang? tok su tak kira waktu, bila sampai "sheikh" tangan tok su mengigil cari kail dan joran, macam - macam perkara tok su pernah jumpa semasa waktu memancing tapi peristiwa yang lain tidak pernah mematahkan semangat tok su untuk terus dengan hobi tok su.....tetapi peristiwa yang satu ini membuatkan tok su terus nekad berhenti memancing.........(bersambung)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 07:36 PM | Show all posts
Reply 132# pinklollipop


    dah update.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 07:36 PM | Show all posts
Reply 133# none88


    dah update ye kawan...t.q
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2012 07:51 PM | Show all posts
nak lg nak lagiiiiii.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 10:33 PM | Show all posts
Reply  pinklollipop


    dah update.....
polipoplipop Post at 17-6-2012 19:36



    kisah toksu? sape tu toksu?

ada kaitan dgn tok din ke?

eeeekkk! makin seram cite poli ni. :gigil:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 03:02 AM | Show all posts
Reply 138# pinklollipop


    lupa lak nak cerita, tok su ni tok sedara poli, dia keja sebagai atendan kesihatan dulu, dah lama pencen, tp xa kaitan dengan tok din....tok din ni org kpg poli dulu, tok su tinggal jauh dari kpg poli....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 03:28 AM | Show all posts

sambungan kisah 13 : Peneman

Post Last Edit by polipoplipop at 25-6-2012 17:15

Suatu malam yang hening tok su keluar bersendirian, tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk ke sungai besar, memancing sahaja yang difikirkan oleh tok su, beberapa batang joran dibawanya ke sungai besar, moga - moga malam yang tenang dan hening ini ada tuah baginya, dua tiga batang joran dibawanya bersama, satu plastik umpan yang dibeli dari kedai ikan di tepi simpang kuala pada petang tadi, hanya berbekalkan lampu suluh yang telah menemani tok su sekian lama, malam ini sekali lagi menjadi peneman dan penyuluh kepada kegelapan jalan. Langkah demi langkah diatur, tok su berharap semoga dengan langkah yang luas itu cepat sampai ke tebing sungai besar.

  Di sungai besar itu lah tempat orang kampung menjala ikan, memukat, kerana disitu terdapat beberapa lubuk yang dalam, orang kampung panggil lubuk menangis, sebabnya deruan air dikawsan tersebut mengalir mengeluarkan bunyi seperti suara orang menangis tapi tok su sudah biasa dengan semua ini, gelarlah apa pun tok su tetap akan memancing disitu, kerana tempat itu adalah salah satu kesukaannya lubuk rezeki buatnya, tempat itu juga agak berbahaya kerana dipenuhi semak samun, banyak ular kapak, orang kampung hanya pergi pada waktu siang saja kerana terpaksa menempuhi semak samun yang meninggi orang, tapi ikan pun banyak disitu, pokok nipah tumbuh memenuhi tebing sungai dan agak sukar kepada sesiapa untuk menembusi kawasan tersebut untuk sampai ke tepian sungai, akan tetapi bagi pemancing tegar seperti tok su ini, alah bisa tegar biasa, sudah bertahun - tahun tok su memancing di kawasan ini bahkan sesudah subuh pernah tok su pulang ke rumah, hanya bermalam di kawasan ini sahaja.

  Selain dari ikan yang banyak di kawasan ini, lubuk ini juga ada udang...orang cakap kalau ada udang, pasti ada juga penunggunya...sang bedal lah, tapi tok su tidak pernah terserempak dengan binatang ini seumur hidupnya, hanya cakap - cakap mulut orang kampung sahaja yang suka membawa cerita dan menokok tambah. Setelah 20 minit meredah hutan dan semak samun sampai lah tok su di tepian sungai, bukan tak pernah dibuat jalan untuk ke situ, akan tetapi rumput tumbuh dengan cepat, maklumlah bukan sahaja tempat itu saja yang menjadi kesukaan tok su, merata kawasan sekitar kampung yang menjadi tempat memancingnya, jika tiada ikan tok su akan berpindah ke tempat lain, maka kawasan tersebut akan di tinggalkan kadang - kadang sampai sebulan mungkin pada fikiran tok su su supaya ikan kembali membiak ke tempat tersebut.

  Sebuah pelantar telah dibina oleh tok su dengan menggunakan kayu hutan yang ada di sekitar, agak besar juga pelantar yang dibuat oleh tok su, cukup untuk tiga atau empat orang duduk sekali, sampai sahaja, tok su terus meletakkan barang - barangnya di pelantar yang dibinanya itu, lalu terus - terusan tok su memulakan pekerjaannya itu dengan memasang umpan, tok su hanya berseorang sahaja dan hanya diteman cahaya lampu suluh dan bunyian unggas rimba, cengkerik hutan dan deruan air sungai yang mengalir lesu terus ke muara.

  Sedang asyik tok su memasang umpan tiba -tiba....belakangnya seperti...(bersambung)...


  sekadar gambar hiasan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.346032 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list