CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: polipoplipop

Pengalaman Mistik dan Misteri Sepanjang Hidup Aku (update 14.01.2013)

  [Copy link]
Post time 20-6-2012 03:40 PM | Show all posts
mencikkkk ar kena tunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2012 03:57 PM | Show all posts
nak citer jugak.. ni last year nih..

aku balik kampung dgn family aku. Naik Avanza. abg ipar aku yg bawak kereta..so sebelah dia kakak aku, dia pangku anak saudara aku, seat tengah, mak aku dengan makde aku..seat paling belakang aku duduk sorang2..

Lepas melawat rumah nenek aku, kitorg nak balik la.. Time tu lepas maghrib, dekat kul 8..

Nak keluar lorong dari rumah nenek aku, ada simpang 3. ada rumah lama dekat simpang 3 tu. So kalau naik kereta, lampu akan suluh tepat ke arah rumah lama tu, sebelum boleh belok ke kiri atau kanan... kawasan rumah tu memang gelap, sebab pokok2 byk.. (rumah kampung kan)

So masa abg ipar aku bawak tu, lampu memang tepat ke arah rumah tu. Kitorg semua boleh nampak, ada pakcik tua, baju putih pagoda, tengah duk kipas2 badan dengan kain kaler putih dekat bawah rumah..

Yang aku ni duduk belakang skali, straight nampak ke pakcik tu terus kata 'eh pakcik tu......." aku teringat rumah tu rumah tinggal, aku terus diam tak sambung ayat tu...

yang kakak aku ni pulak yang sambung "pakcik tu panas la tu,sampai duduk bawah rumah kipas ke badan"..

Masa tu makde aku terus kata "heh gi tegur buat apa"
Kakak aku terus "ya allah!" start tu anak dia terus nangis..

Bila kereta belok, aku sempat berpaling arah rumah tu, memang gelap takde orang.. so memang sah la kitorang ternampak benda tu...

Hajatnya nak balik terus masa tu, terus cancel, gi rumah pakngah aku(dlm kawasan kampung yg sama)..
Pakngah aku kasik air tawar ke anak sedare aku tu.. Alhamdulillah ok..

Bulan lepas aku balik kampung, rumah tu dah dirobohkan pun.. tanah dah rata...
Mak aku kata memang rumah tu keras dr dulu lagi.. Rumah tu kosong dah berpuluh2 tahun... dr aku kecik rumah tu memang takde org duduk...

Tu la pengalaman aku.. <--- ayat ala2 skema
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 03:17 AM | Show all posts
Pakcik tu x pakai baju bogel ke apa?  Ayat x abis ler.....:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 03:22 PM | Show all posts
Reply 126# polipoplipop


   tok dinnn?? huaaa seram!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 09:03 PM | Show all posts
perghh seram ok.jgn lupe sambung!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2012 11:51 PM | Show all posts

Kisah 14 : Anak kecil

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 13:43

Cerita sepupu mak pada aku ( MakTeh Yah )...

  Makteh pernah menceritakan pengalamannya yang pada fikiranku agak misteri juga, ketika itu makteh baru berpindah dari kampung lama dari jalan kuala kedah ke kampung kami. Jarak antara rumah baru makteh ke rumah kami tidaklah terlalu jauh, hanya 5 kilometer sahaja dan perjalanannya hanya melalui denai sawah padi sahaja, muat untuk sebuah kereta melaluinya, selalunya aku ke rumah makteh hanya dengan menaiki motosikal sahaja, keluargaku dengan keluarga mak teh agak rapat juga walaupun hubungan kami hanya bau - bau bacang sahaja tapi ikatan kekeluargaan tidak terputus walau jarak pertalian jauh.

  Makteh ketika baru berpindah ke kampungku, perasaannya terlalu gembira kerana sudah lama makteh ingin berpindah dari kampung lamanya kerana mahu lebih dekat dengan sanak saudaranya, ekoran kerana suaminya iaitu pakteh yang bekerja sebagai seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di jalan kuala kedah menyebabkan mak teh dan  keluarga menyewa rumah di sana. Pada tahun - tahun terakhir pakteh bekerja sebagai guru, makteh telah memujuk pakteh untuk pulang ke kampung jika pakteh telah pencen, maka pakteh menyatakan persetujuannya kepada makteh, terus makteh membeli sebidang tanah berdekatan dengan rumah kami, mujurlah ada orang yang mahu menjual tanah di kampung kami.

  Bukannya makteh tiada tanah di kampung kami, akan tetapi tanah tersebut telah diduduki oleh  adik beradiknya seramai tiga orang, tinggal dalam satu kawasan tanah milik tinggalan arwah ibunya. Jadi dalam satu tanah tersebut sudah ada tiga keluarga. Makteh tidak mahu mengganggu keluarga adik - adiknya yang lain jadi makteh lebih senang punyai tanah sendiri. Tanah yang ditinggalkan oleh arwah ibunya juga tidaklah seluas mana, seluas sekangkang kera, jadi bagi tiga keluarga punya tiga buah rumah dalam satu kawasan sudah boleh dikatakan terlalu padat, jadi keputusan makteh untuk tidak tinggal bersama adalah untuk kebaikan semua pihak dan adik - adiknya juga memahami dengan situasi tersebut.

   Makteh punyai anak seramai 4 orang, sulung sehingga anak ketiga adalah lelaki dan yang bongsu adalah perempuan, semasa makteh berpindah anak  bongsu baru berumur 6 tahun, yang sulung adalah sebaya dengan aku, pada suatu hari setelah beberapa hari berpindah di rumah barunya, kejadian aneh pun bermula dengan anaknya bongsunya, ketika itu jam menunjukkan 2.45 pagi, keluarga makteh sememang jam 11 atau 12 sudah masuk tidur, akan tetapi kenapa makteh tidak dapat melelapkan mata walaupu jam sudah menunjukkan 2.45 pagi, makteh, pakteh dan anak bongsunya tidur dalam satu bilik, manakala lain lain anaknya tidur dalam bilik ynag lain.

  Entah macam mana makteh terniat untuk bangun lalu makteh terus menuju ke muka pintu biliknya untuk ke dapur, sebelum keluar makteh melihat anak bongsunya dan suaminya nyenyak  sekali tidur, terus makteh keluar dari biliknya tanpa membuka lampu, selepas melangkah keluar dari biliknya, makteh berasakan ada sesuatu diruang tamunya, hatinya seperti terpanggil untuk meninjau diruang tamunya, makteh melangkah perlahan - lahan ke arah ruang tamunya yang gelap gelita itu, dicuba amatinya, makteh seperti terdengar suara anak kecil yang ketawa kecil, makteh terdiam dan terhenti langkahnya, berderau darah makteh, lamanya juga makteh terhenti langkah disitu, kelihatan bayangan dari ruang tamunya seperti seorang kanak - kanak, terus meremang bulu roma makteh namun digagahkan jua langkah makteh ke arah ruang tamunya, perlahan sekali langkah diatur makteh, berkali - kali air liurnya ditelan, peluh menitik membasahi dahinya, terussssssssssssssssss...pap!!!!.....suis lampu ruang tamu dipetik.....terkejut besar makteh...

  Adikkkkkkkkkkkkkkk.....apa adik buat ni?....panggilan adik itu rupanya untuk anak bongsunya yang kelihatan masih ketawa kecil sambil duduk bermain anak patung kecil ditangannya. Lalu anaknya menjawab, "shirah dok main dengan kawan adik, kawan adik ajak main, dia baik mak" lalu jari anaknya menunjuk sesuatu dihadapan sambil ketawa terkekek - kekek.....berderau darah makteh, kali ini dengupanya lebih kencang, tiada sesiapa pun yang sedang bermain dengan anak bongsunya, hanya makteh dan anaknya sahaja yang ada ketika itu, tiba - tida entah macam mana, pandangan makteh tertumpu pada skrin tvnya, diamatinya betul - betul.....dan terus makteh mengucap panjang.......kelihatan diskrin tvnya yang gelap itu terbias bayangan anaknya dan dihadapan anaknya satu lembaga kecil sebesarnya juga berambut panjang hingga ke lantai yang duduk mencangkung memandang kearah tv itu juga dengan mukanya yang kedut seribu sperti seorang tua yang berumur beratus tahun dengan mata terbeliak besar, anaknya ketawa terkekek - kekek juga......ingatan makteh seperti seorang yang baru tersedar dari lamunan, terfikir kembali makteh semasa makteh nak keluar tadi yang dia tengok anak bongsunya itu sememangnya sedang nyenyak tidur dengan pakteh........budak dihadapannya iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??????????? apa makhluk niiiiiiiiiiii????????????......"abanggggggggggggggggggg!!!!!!!" jerit makteh kedengaran memecah kesunyian pada malam itu dengan diringi ketawa kecil makhluk dihadapannya....


gambar hiasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2012 12:32 AM | Show all posts
Reply 157# iniaku


    dah update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2012 12:32 AM | Show all posts
Reply 165# kikiharris


    dah update
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2012 12:32 AM | Show all posts
Reply 161# nad014


    sudah diupdate ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 08:15 AM | Show all posts
nak telan liuq pun tak lepaih...
seram...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 09:13 AM | Show all posts
gulpp

lepas tuu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 10:16 AM | Show all posts
Reply 166# polipoplipop

perghhhh... serammmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 10:17 AM | Show all posts
adehhh...tiada yg tidak seram..melainkan seram seram belaka..

poli - tlg pm kalo ada update
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 10:24 AM | Show all posts
adehhh...tiada yg tidak seram..melainkan seram seram belaka..

poli - tlg pm kalo ada upda ...
bottombikini Post at 22-6-2012 10:17



    bookmark je sng
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 10:47 AM | Show all posts
Tak sabar tunggu sambungan citer TT pasai Pak Su.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 11:35 AM | Show all posts
Cerita sepupu mak pada aku ( MakTeh Yah )...

  Makteh pernah menceritakan pengalamannya yang pada ...
polipoplipop Post at 21-6-2012 23:51


"pastu pandangan makteh menjadi gelap,makteh pengsan dot dot dot"...he3 TT crita x abis nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2012 11:54 AM | Show all posts

Pengalaman Mistik dan Misteri Sepanjang Hidup Aku (update 22/06/2012)

adoiii. hantu rupeny


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 12:05 PM | Show all posts
"pastu pandangan makteh menjadi gelap,makteh pengsan dot dot dot"...he3 TT crita x abis nih:swea ...
mrjinggozzz Post at 22-6-2012 11:35



tup tup mak teh bgn hari dah pagi telentang atas katil.. mak teh trus fobia dgn anak nya xnak tengok langsung anak bongsunya itu dot dot dot
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 01:58 PM | Show all posts
oh.. ape jd kt mak teh ek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 02:48 PM | Show all posts
lagi..? apa jadik.. tgh syok layan nie, sambil nyonyot choc blog
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.117982 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list