CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: polipoplipop

Pengalaman Mistik dan Misteri Sepanjang Hidup Aku (update 14.01.2013)

  [Copy link]
 Author| Post time 6-7-2011 01:02 AM | Show all posts

Kisah 6 : Makhluk aneh tepi bendang

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:34

Cerita ini telah lama berlaku, sekitar tahun 90an, ketika itu cuti musim sekolah. Aku bersama saudaraku pulang ke kampung bersama- sama. Kampung tok wan menjadi destinasi untuk kami bersaudara berhimpun bersama sepupu - sepupuku. Tok wan dikurniakan tiga orang anak, sulung adalah perempuan, kedua adalah lelaki dan yang terakhir adalah ibuku sendiri. Kesemua sepupuku akan pulang ke kampung tok wan, kami semua hampir sebaya sahaja. Memang ketika cuti sekolah sahaja medan untuk kami bertemu kerana masing - masing tinggal agak jauh maka cuti sekolah digunakan sebaik yang mungkin.

   Ketika itu aku bersama adikku dan dua orang sepupu pulang ke kampung. Kami sampai pada waktu yang sama, waktu hampir petang. Tanpa mempedulikan sesiapa terus sahaja kami ke sawah. Macam biasalah jika kanak - kanak berkumpul ramai - ramai ada saja aktiviti yang hendak dilakukan. Sawah bendang menjadi destinasi permainan kami, dengan penyauk ikan di tangan terus sahaja kami berempat ke gigi air sawah tok wan, pada ketika itu baru musim menanam padi, jadi air banyak dan ikan pun banyak.

   Kami berempat menyelusuri batas bendang, kami berlari di batas bendang dengan girang sekali. Begitu asyik sekali kami mencari ikan dengan menggunakan penyauk tanpa kami sedari jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam, bila melihat jam ditangan baru terasa sekeliling hampir gelap sekali, aku pantas mengajak adik dan dua orang sepupuku pulang.

   Dalam perjalanan menelusuri denai bendang, baru aku sedar yang kami telah jauh berjalan dari rumah tok wan, ketika asyik mata melihat batas - batas denai, kerana malam kelihatan batas jalan agak samar maka perjalanan kami turut diperlahankan kerana takut terjatuh ke dalam sawah. Mata meliar mencari jalan, tiba - tiba mataku terpandang suatu bentuk tubuh yang berdiri tidak jauh dari kami pada batas bendang yang sama. Tubuhnya kelihatan bongkok sedikit dan kurus. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi bulu - bulu lebat. Langkah kami terhenti dan mata kami hanya memandang pada lembaga itu.


  
    Lalu makhluk seperti manusia itu menyeringai seperti singa lapar menampakkan giginya yang tajam dan mulutnya yang luas terbuka melolong seperti  anjing terus sahaja melompat ke arah sawah padi ditepinya dan masuk ke dalam rimbunan padi. Kelihatan hanya pokok padi yang bergoyang dan hilang dalam kegelapan malam. Makhluk apakah itu? Binatang? Orangkah? Syaitan? Terus sahaja kami bertempiaran berlari sekuatnya menuju ke rumah tok wan, apa yang aku ingati selepas itu, kami berempat dilibas dengan pelepah nyiur kelapa oleh tok wan. Kesakitan dilibas tidak dapat mengatasi rasa takut sebentar tadi....bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2011 01:09 AM | Show all posts
Gaya tulis mcm cikgu bahasa melayu... Bagus2x... Penggunaan bahasa yang lengkap... TT ni umu brapa?
baa Post at 5/7/2011 08:42 PM



    biarlah rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:13 AM | Show all posts
he3..kne libas ek kcian..baik tol tokwan,x pakai rotan,klu x berbirat ler jwb nyer
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:19 AM | Show all posts
perlis dgn kedah kalo waktu mlm mmg mcm bndr mati..... gelap n sunyi.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:01 AM | Show all posts
ash pun kampung kat perlis gak. masa kecik2 dulu cam TT la, asal cuti skolah jer, berkumpul ramai2 kat kampung terjun sawah la, mandi sungai la, perang mercun la (time bulan puasa )... memang syok. tambah2 umah tok wan ash ni kiri kanan ngan belakang sawah padi jer..

tapi skang dah tak macam dulu. jalan pun bz. kul 2 pagi pun ada motor atau kereta lalu kat jalan depan umah tok wan. tapi suasana petang dan malam di kampung memang tak berubah. angin sepoi2 bahasa memang best la especially kalau pekena kopi ngan kuaci pastu bersembang ngan mak2 dan pak2 penakan ngan segala sepupu sepapat sampai ke pagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:43 PM | Show all posts
Reply 36# pinklollipop


    statement pink + gambau tu lg buat i saspen tau ..ingat ader penampakan kt gambo tu huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2011 12:55 PM | Show all posts
Reply  pinklollipop

    statement pink + gambau tu lg buat i saspen tau  ..ingat ader penamp ...
seroja_pagi Post at 6-7-2011 12:43


sorry jika statement ai mengelirukan dan mengsaspenkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 04:03 PM | Show all posts

Kisah 7 : Misteri Tok Din

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:39

Dulu ada seorang tua tinggal di tengah - tengah sawah, dari jauh hanya rumahnya kelihatan itu pun bumbung rumah sahaja yang dapat dilihat. Apa tidaknya, disekeliling rumahnya ditanam segala macam tanaman tidak ubah seperti sebuah pulau jika musim mengairi padi. Oleh kerana keadaan rumahnya sebegitu, ini menimbulkan suasana yang menakutkan walaupun pada hari siang sekali pun ianya kelihatan seperti malam dan gelap sahaja.


kredit to delimamalaysia

   Mana mungkin cahaya dapat masuk kerana seluruh kawasan rumahnya ditanam pokok yang besar - besar dan terlalu rapat. Jalan masuk ke rumahnya ada sebatang jalan kecil seperti denai, hanya motosikal dan basikal sahaja dapat masuk manakala kereta dan kenderaan besar yang lain terpaksa diletakkan dibahu jalan dan terpaksa berjalan kaki sejauh 300 meter untuk memasuki laman rumah tok din. Aku bahasakan diri orang tua adalah tok din, dia mempunyai tanah berelung dan berekar tapi hidup hanya sebatang kara tidak punya anak menantu.

   Aku tidak pasti ke mana mereka semua, adakah tok din tidak pernah berkahwin? Entahlah, aku pun tidak tahu, selain daripada tanah yang berekar - ekar, dia juga punya kedai minyak. Dia sering menghabiskan masanya di kedai minyaknya, kedai minyaknya  bukanlah seperti stesen minyak bandar- bandar besar. Hanya minyak petrol diisi di dalam botol - botol dan diletakkan di rak untuk dijual. Stesen minyak cara kampung saja. Tok din akan berulang alik dari rumahnya ke kedai minyaknya hanya menggunakan basikal tuanya yang kelihatan berkarat sangat. Tidak dapatku pastikan tahun bila dia membeli basikal itu, tapi semestinya sebelum kewujudan aku lagi.

   Sifat tok din yang kurang bergaul dengan masyarakat menambahkan lagi misteri tentang beliau. Tok din hanya menghabiskan masanya di kedainya sahaja. Sehinggalah suatu peristiwa terjadi....bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 04:44 PM | Show all posts
sambung la cepat.. xsabarnyer
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 05:51 PM | Show all posts
wooo tengah syok2 bersambung lak huhu
TT sila la sambung ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 08:25 PM | Show all posts
sabar ye, malam nanti saya sambung...nak pegi main badminton jap...sabar ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 08:37 PM | Show all posts
he3 gogo xcercise
siapakah PakDin?misteri disebalik kehidupan nya akn kita kupas selepas ini....bersambung selepas laluan iklan perlawanan badminton peringkat tmn2 sbelahmenyebelah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 11:03 PM | Show all posts
pergh!!!gempak laa!!!....tak sabart nak bace lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 11:19 PM | Show all posts
wahhh bleh pulak dia wat saspen yg terlampau
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 10:21 AM | Show all posts
aduh...xsabau nk tau saper Pak Din tu...Maner TT nih..x abes main Badminton lg kew?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 02:01 PM | Show all posts

sambungan kisah 7 : Misteri Tok Din

Post Last Edit by polipoplipop at 23-6-2012 12:42

sambungan....sehinggalah pada suatu hari semasa tok din berada di kedai minyaknya, datang seorang pemuda. Tujuannya adalah untuk mengisi minyak di kedai tok din, selesai sahaja mengisi, pemuda itu terus berlalu setelah membayar duit minyak kepada tok din. tetapi tanpa tok din sedari, pemuda tersebut telah membuang puntung rokok ke dlam kedai tok din, sehingga perkara ini disedari oleh tok din apabila tok din terhidu bau asap, tapi api marak dengan cepat, apalah daya seorang tua yang lanjut usianya untuk memadamkan api yang semakin besar.

   Asap dan api kelihatan besar sehingga penduduk sekitar kampung menyedari dan terus memberikan bantuan kepada tok din. Mereka sempat menarik tok din dan membawanya keluar dari kedai minyak. Tok din meronta ronta minta dilepaskan, mereka sedaya upaya menarik tok din sehingga jauh dari kedainya. Akan tetapi tok din secara tiba-tiba meluru kembali masuk ke dalam kedainya dan orang ramai ketika itu terjerit menyuruh tok din kembali, akan tetapi sudah terlambat. Sebaik sahaja tok din memasuki kedainya itu, berlaku letupan yang dahsyat sehingga kedengaran beberapa kilometer dari situ.  



   Orang ramai bertempiaran lari kerana takut berlaku letupan kali kedua. Mereka terkejut dengan tindakan tok din, tetapi mereka tidak mampu berbuat apa - apa. Meraka pasti tok din terkorban dalam letupan tersebut. Hampir satu jam pihak bomba memadamkan kebakaran sehinggalah semuanya kelihatan reda dengan kawasan tersebut seperti padang jarak padang terkukur. Ada seorang pemuda kampung agak kehairanan dan memberitahu kepada  orang ramai yang dia terdengar seperti ada seseorang memanggil tok din ke kedai minyaknya tadi. Sebab itu tok din meronta untuk dilepaskan.

   Hasil pemeriksaan bomba, didapati kebakaran berlaku akibat puntung rokok dan tiada benda yang dapat diselamatkan cuma yang tinggal kepinggan duit syiling dan satu patung yang berbentuk tubuh perempuan yang diukir dengan kayu. Mereka kehairanan kenapa patung kayu itu tidak dimamah api kerana diperbuat dari kayu. Perkara ini menjadi tanda tanya orang ramai sehingga kehari ini. Kenapa tok din yang telah diselamatkan secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam api? Suara siapakah yang dikatakan pemuda yang cuba menyelamatkan tok din itu?

   Misteri ini tidak berakhir disitu sahaja, setelah pemeriksaan teliti yang dilakukan untuk mencari mayat tok din, alangkah gemparnya apabila tiada mayat mahupun rangka tok din dijumpai oleh pihak bomba dan orang kampung. Mereka tertanya- tanya kemanakah perginya tok din? Mustahil dia masih hidup sehinggalah hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, kisah misteri ini dilupakan sahaja oleh orang kampung. Sehinggalah pada suatu hari, seorang penduduk kampung melihat kelibat tok din berada di bekas tapak kedai minyaknya seperti tergesa-gesa mencari sesuatu ketika tengah malam. Pemuda itu terpandang ke arah tok din dan tok din menyedari kehadiran pemuda itu, dan terus hilang dari pandangan mata.....akhirnya heboh sekampung keesokkan harinya....bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 02:18 PM | Show all posts
hantu raya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 12:30 AM | Show all posts
fuhhh terbaik lah cerita..
sambung lg TT~~
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 09:30 AM | Show all posts
alahaii TT bila nak sambung niii..tak sabar nak dgr citer seterusnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 10:26 AM | Show all posts
suka suasana kg
tapi x suka pabila malam menjelma
seramm
nak2 lau umah kg tu umah kayu
lagi lah penakut nak mampuih lau tibe waktu malam ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.069690 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list