|
Kini kumpul 133 mata, ketinggalan 19 mata di belakang Stoner\rMUGELLO: Juara bertahan dari Sepanyol, Jorge Lorenzo yang menunggang Yamaha mengatasi cabaran sengit Honda untuk memenangi perlumbaan Moto GP Itali semalam.\r\n\n\n\n\r Masih segar daripada memperbaharui rekod di litar Mugello pada kelayakan kelmarin, penunggang Australia, Casey Stoner yang bermula dari petak pertama mendahului sehingga 17 pusingan awal perlumbaan 23 pusingan semalam.\r\r\n\n\n\n\n Namun, berbaki enam pusingan, Lorenzo mengambil alih pendahuluan apabila memotong Stoner selepas menyelinap dari laluan sempit sebelah dalam ketika mengharungi selekoh tajam menuruni bukit.\r“Saya sangat gembira,” Lorenzo memberitahu BBC. “Casey terlalu pantas tetapi sedikit demi sedikit dan pusingan demi pusingan saya berjaya mengejarnya. Saya dapat lihat peluang (untuk memotong Stoner) ketika laluan litar menuruni bukit.”\rKemenangan itu menambah pungutan mata Lorenzo kepada 133 mata dan hanya 19 ketinggalan kepada pendahulu, Stoner (152) dalam senarai kejuaraan. Stoner kemudian diasak oleh rakan sepasukannya dalam pasukan Honda, Andrea Dovizioso pada pusingan terakhir dan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga di atas podium.\r“Saya melakukan segala termampu,” kata Stoner, yang menyalahkan cuaca panas mengakibatkan tayar motosikalnya kehilangan cengkaman yang menyaksikannya menunggang agak perlahan pada penghujung saingan.\r\n\n\n\n\r“Tekanan angin tayar meningkat terlalu tinggi dan saya kehilangan semua cengkaman di tayar belakang serta tidak dapat melakukan apa-apa mengenainya.” - AFP\rKeputusan\r1 Jorge Lorenzo (SPA) Yamaha 41 minit 50.089 saat\r2 Andrea Dovizioso (ITA) Honda 41:51.086\r3 Casey Stoner (AUS) Honda 41:51.232\r4 Ben Spies (AS) Yamaha 41:59.069\r5 Marco Simoncelli (ITA) Honda 41:59.165\rKedudukan keseluruhan\r1 Casey Stoner (AUS) Honda 152 mata\r2 Jorge Lorenzo (SPA) Yamaha 133\r3 Andrea Dovizioso (ITA) Honda 119\r4 Valentino Rossi (ITA) Ducati 91\r5 Nicky Hayden (AS) Ducati 77\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|