|
Raih 6 emas, 6 perak, 11 gangsa Sukan Istimewa Olimpik Dunia di Athens \rKONTINJEN Sukan Paralimpik Malaysia mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila berjaya membawa pulang enam pingat emas, enam perak dan 11 gangsa di kejohanan Sukan Istimewa Olimpik Dunia 2011 sempena musim panas di Athens, Greece yang berlangsung pada 24 Jun sehingga Isnin lalu.\r\n\n\n\n\r Enam pingat emas negara itu disumbangkan Mohammad Shafiq Aziz, menerusi acara kayak; Betharia Layun Sia dan Rafiqah Rosdin (bowling individu dan berpasangan wanita); Mohd Nornikman Amir Sharifuddin dan Suhaila Abdul Samat (masing-masing dalam acara lompat jauh) serta masing-masing satu pingat emas disumbangkan Yeoh Shu Zhen dan Amy Melissa Hu Su Lin menerusi acara boccia (sukan seperti lawn bowl).\r\r\n\n\n\n\n Ketua pasukan negara, Mohd Shukry Hussain, berkata beliau berpuas hati dan bangga dengan kejayaan atlit Malaysia membawa pulang tuaian pingat banyak dalam kejohanan turut disertai peserta dari 188 negara termasuk mewakili benua Eropah, Afrika, Amerika Syarikat dan Asia.\r“Kejohanan ini amat istimewa kerana setiap atlit hanya dibenar menyertai kejohanan ini sekali seumur hidup bagi memberi peluang kepada orang lain,” katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Athens bersama sebahagian besar atlit dan pegawai Kontinjen Sukan Paralimpik Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.\rSementara itu, Mohamad Shafiq yang juga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, berkata dia gembira dan bersyukur dapat menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen negara, walaupun kali pertama menyertai kejohanan antarabangsa.\r“Kejayaan ini menjadi azimat berguna kepada saya untuk terus mencipta kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa pada masa depan,” katanya.\r\n\n\n\n\rPelajar Tingkatan Tiga, SMK Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, Zaim Abu Hirzan Zaidan, pula berkata saingan sengit diterimanya tidak mematahkan semangat untuk berjaya hingga memperoleh satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara boling individu lelaki dan berpasukan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|