CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

Ejaan DBP tidak seragam?

[Copy link]
Post time 6-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ejaan DBP tidak seragam?Oleh Norhidayah Che Dinbhsastera@nstp.com.my2011/07/06\n\n\n\n\n\n\n\nKETIDAKSERAGAMAN ejaan di antara Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Dalam Talian yang menjadi pedoman pengguna bahasa Melayu untuk merujuk ejaan paling tepat bagi sesuatu perkataan didakwa menjadi punca berlakunya kekeliruan.\rPengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Datuk Adilah Shek Omar menegur perkara terbabit selepas mendapati ejaan sesetengah perkataan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Dalam Talian berbeza.\r\n\n\n\n\r“Singkatan Yang Berbahagia dalam Kamus Dewan Edisi Keempat misalnya YBhg., manakala dalam laman sawang, YBhg dieja tanpa titik. Hal ini mengelirukan pengguna yang sememangnya sudah keliru. Perlu ada satu pendirian dalam menentukan sistem ejaan,” katanya pada Wacana Bahasa Kebangsaan: Isu-Isu Bahasa Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia.\r\r\n\n\n\n\nPengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Rusli Abd Ghani ketika diminta mengulas perkara terbabit berkata, ketidakseragaman dalam ejaan disebabkan oleh gaya penerbitan dan tidak memudaratkan penggunaan bahasa.\r“Dalam hal ini, sebenarnya tidak ada pedoman dalam penggunaan titik. Apa yang penting ia selaras dalam satu wacana dan bergantung kepada penulis sama ada mahu menggunakannya atau tidak. Misalnya singkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) tidak ada titik adalah disebabkan oleh permintaan pihak istana,” jelasnya.\rBerita Harian juga mendapati Koleksi Lembar Bahasa 2 terbitan DBP juga mempamerkan ketidakseragaman ejaan di mana perkataan organisme dieja sebagai organisma dalam Koleksi Lembar Bahasa 2.\rPada wacana itu, Adilah turut menegur ketidakseragaman ejaan dalam media massa memberi kesan besar kepada golongan muda yang mudah terpengaruh dan ia diburukkan lagi oleh sikap sesetengah pihak yang memandang remeh pada kesilapan ejaan dan tatabahasa, selagi maksud difahami.\r\n\n\n\n\r“Dalam akhbar harian arus perdana, kita akan temui perkataan komersial dieja komersil, dekad menjadi dekat dan atlet dieja atlit. Ejaan hak cipta dieja hak cipta dan kru (krew). Begitu juga kesalahan penggunaan kata sendi nama. Lebih mendukcitakan nama negara juga salah.\r“Walaupun perkara ini dilihat kecil, namun secara tidak langsung ia mencacat dan membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu. Kemurnian bahasa Melayu baik ejaan, sebutan dan tatabahasa perlu diberi perhatian jika rakyat Malaysia benar-benar mahu memartabatkannya?” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.200706 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list