CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

Godam: 'Collins tegur, bahasa Melayu lara'

[Copy link]
Post time 7-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SAYU hati penulis bila membaca kritikan Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara, Northern Illinios University (NIU), Amerika Syarikat (AS), Prof Dr James T Collins, terhadap kelemahan Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).\rIni kerana kritikan datang daripada orang putih yang bahasanya begitu disanjung tinggi di seluruh dunia apalagi di Malaysia, tak kira bangsa mahupun status sosial sehingga bahasa Melayu yang haknya sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan terpinggir dalam sedar.\r\n\n\n\n\rAgaknya apa perasaan pemimpin politik negara ini khususnya Melayu termasuk tokoh di kalangan parti pemerintah yang ‘mabuk’ bahasa selama ini sehingga sanggup menjunjung bahasa penjajah ke hulu ke hilir di negara sendiri, meskipun sedar mereka berlaku ‘khianat’ terhadap bahasa Melayu?\r\r\n\n\n\n\nBahasa Melayu hanya meniti semula di bibir pemimpin politik tanah air sejak akhir-akhir ini dalam gembar-gembur pilihan raya umum yang semakin hampir dan tentunya semua boleh membaca niat di sebalik keselesaan berbahasa Melayu!\rHakikatnya penulis tidak terkejut dengan teguran Prof Collins kerana pakar linguistik, leksikografi, dialektologi Melayu dan perubahan sosial dalam bahasa minoriti di Asia Tenggara itu, lama mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas melepaskan jawatannya di Universiti Hawaii.\rPertemuan kali pertama dengan Prof Collins lebih sedekad lalu, juga menyebabkan penulis malu sendiri kerana keupayaan berbahasa beliau begitu mengagumkan sehingga tidak berlaku sama sekali bahasa rojak sekalipun dalam bahasa perbualannya.\rBegitu juga pertemuan penulis dengan pakar dialektologi, Prof Dr Bernd Nothofer, pada pertengahan 1997 yang ketika itu berkhidmat sebagai Pengarah di Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman; bahasa Melayunya hebat mengalahkan orang Melayu sendiri.\r\n\n\n\n\rBertambah terkedu penulis apabila minatnya terhadap bahasa Melayu turut dipanjangkan dalam kajian dialek Kebumen di kalangan generasi muda masyarakat Jawa di Ulu Langat, Selangor, selepas lebih 70 tahun keluarga mereka berhijrah ke sini.\rProf Collins mendakwa Kamus Dewan tidak mencerminkan ketelitian penyusunannya kerana gagal memberi definisi untuk setiap perkataan sehingga perbezaan sosial mengikut kelas dan fungsi sosial tidak ‘diserapkan’, lalu ‘menyusahkan’ pengguna bukan Melayu.\rTidak ketinggalan sarjana itu juga kesal kerana DBP tidak memberi tumpuan kepada definisi bersifat teknikal sehingga Kamus Dewan yang sepatutnya menjadi rujukan rasmi di negara ini, tetapi ‘tersangkut\' pada dekad 1960-an dan 1970-an serta terikat kepada kesusasteraan.\rPasti ada yang mempersoalkan kekaguman penulis memandangkan kedua-dua tokoh terbabit adalah sarjana dan sememangnya menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan penelitian terhadap bahasa sasaran yang menjadi bidang pengkhususan masing-masing.\rBagaimanapun teguran itu membuktikan betapa orang putih tahu menghargai bahasa Melayu, meskipun ia bukan bahasa nenek moyang mereka sehingga membangunkan Online Multimedia Learner\'s Dictionary of Malay yang juga projek khas Kementerian Pendidikan AS sejak Ogos 2009.\rRasa kasih ‘orang luar’ terhadap bahasa Melayu jauh berbeza dengan sebahagian besar rakyat Malaysia yang majoritinya taksub terhadap bahasanya sendiri dan sentiasa memandang serong kepada keupayaan bahasa Melayu sehingga sanggup melabelnya tak cukup perbendaharaan kata.\rSikap tidak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket sebahagian besar bangsa Melayu  sehingga termakan dengan ‘pembohongan’ bahasa Melayu tak cukup istilah @ tidak cukup perkataan, maka terjadilah terjemahan langsung ‘out side the box’ sebagai di luar kotak, sedangkan ia bermaksud di luar lingkungan, di luar ruang lingkup, di luar kepompong atau di luar kerangka!\rLalu online yang sepatutnya diterjemahkan sebagai dalam talian menjadi di atas talian, seolah-olah semut sedang berjalan dalam kumpulan mereka, sedangkan istilah tepat mengenainya sudah dikeluarkan DBP, tetapi entah mengapa pengguna bahasa Melayu enggan menggunakannya!\rSuatu hakikat bahawa bangsa Melayu sememangnya suka menggunakan perkataan dan istilah secara semberono, lalu apa yang hendak dikatakan apabila judul seperti ‘‘Busker’ patut dihargai’ (Penyanyi jalanan patut dihargai’ dan ‘Penjenamaan semula zakat lebih ‘catchy’ pikat pembaca’ (Penjenamaan semula zakat lebih pikat pembaca), diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu!\rBegitu juga dengan penggunaan ‘e-book’ sedangkan ‘e-buku’ atau lebih tepat ‘buku-e’  yang sepatutnya digunakan dan perkataan pesta tenggelam oleh penggunaan ‘fiesta’ mahupun ‘karnival’ berleluasa dek sikap bangsa Melayu yang murtad bahasa dalam rempuhan globalisasi.\rBangsa Melayu juga suka menunjukkan sikap canggih tak kena tempat dalam bahasa Melayu yang dapat dilihat melalui penggunaan ejaan secara membabi-buta seperti ‘xplorasi’, sehingga lupa hakikat bahawa bahasa Melayu ada sistem ejaan baku yang perlu dipatuhi!\rBegitu juga dengan ‘fraction’ dengan selamba digunakan seorang pemimpin sebagai fraksi sedangkan istilahnya dalam bahasa Melayu iaitu pecahan, serpihan, bahagian sudah hadir dalam bahasa Melayu sejak berzaman.\rDBP selaku badan berwibawa dalam hal bahasa Melayu perlu menerima teguran orang luar, meskipun pahit untuk ditelan kerana kelemahan itu membuktikan ‘pemasaran’ bahasa Melayu lemah, meskipun ratusan ribu wang sudah dibelanjakan bagi tujuan memartabatkan bahasa itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.237229 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list