CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12980|Reply: 69

Sedihnya Hati Ni - Suami Pernah Ada Hubungan Songsang...

[Copy link]
Post time 7-7-2011 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sourplum at 11-7-2011 11:55

nak kongsi masalah dan minta pendapat ...

saya dah 3 tahun berkahwin .. masih belum dikurniakan anak. kahwin atas dasar suka sama suka.

2 tahun pertama berkahwin-saya dapat tahu suami curang@menipu .. menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang LELAKI .. katenya apa yang berlaku bukan atas kehendak dirinya .. dirinya dianiaya & di ugut ...
suami janji untuk berubah & pergi umrah pada march 2010 ...

sekarang-suami dah tinggalkan perkara yang terkutuk.selepas balik dari umrah suami berubah, pergi masjid berjemaah dan tidak tinggal sembahyang ...

masalah -

1) hati ni masih belum terubat dengan luka lama .... ditambah pula dengan perangai dan sikap suami sekarang suka cakap perkara yang menyakitkan hati, menyindir depan adik beradik/keluarga, kurang memberi perhatian kerana sibuk bekerja siang dan malam ....

2) suami dah malas untuk sembahyang. pantang ditegur .. katenya kerana saya seorang yang tidak bertudung (tidak layak utk menegurnya) sedih sangat rasa hati ni ...:cry:

3) suami menuduh saya  tidak taat padanya sedangkan sepanjang perkahwinan kami, saya yang byk berkorban dan bertolak ansur

sekarang masalah saya dan suami semakin hari semakin kritikal .. saya dan dia tak punya masa untuk berbincang dari hati ke hati kerana sikapnya yang endah tak endah dengan perasaan dan hati saya ...

hati saya dah mati untuknya ... hanya terfikir untuk teruskan hidup berasingan. tak mampu lagi nak menahan rasa sering disakitkan ..

apa yang harus saya lakukan ... rasa dah nekad dengan keputusan utk berpisah .. hanya itu jalan terbaik untuk kami berdua. saya cuma mengarapkan yang terbaik untuk dia dan semoga dia berjumpa dengan perempuan yang lebih baik & sempurna dari saya . walaupun saya tidak bertudung, tapi setakat ni saya tidak terlintas untuk meninggalkan solat 5 waktu ....

hanya tuhan yang tahu apa dalam hati ni ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 10:49 AM | Show all posts
hubungan terlarang dengan seorang LELAKI

TT cam ner perwatakan suami TT??
bpe lama TT bercinta gan somi 2 sblm kawen dlu??
xkn x nmpk ape2 sikap yg pelik mase bercinta dlu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 10:53 AM | Show all posts
suami saya seorang yang baik dan pendiam ...

hubungan terlarang bersama lelaki - lelaki itu adalah cikgu praktikal @ jiran @ abang angkat semasa di sekolah .

bercinta dgn suami selama 3 tahun ...

masa bercinta dik .. semuanya indah. tapi bila dah berkahwin, mmg syak ada yang tak kena sebab kami duduk berjauhan kerana kerja. bila masa saya sakit dan memerlukan dia, dia sanggup tak balik sebabkan lelaki tu ..

sedihnya kalau mengenangkan nasib diri .. kadang2 tu rs menyesal kahwin.:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 10:54 AM | Show all posts
suami dah malas untuk sembahyang. pantang ditegur .. katenya kerana saya seorang yang tidak bertudung (tidak layak utk menegurnya) sedih sangat rasa hati ni ...

motip dia cakap uolss x layak???  abih 2 uolss kat umah 2 menghambakan diri&tubuh bdn tuk die ker???segala nasihat&teguran uollss sampah bagi dia?? gitu??
TT tadek org yg perfact kat dunia nie&sume org penah melakukan kesilapan....ko kena pastikn dia x wat dh perkara terkutuk 2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 11:04 AM | Show all posts
saya tak layak menegurnya sebab pada mata dia, saya bukan seorang yang baik dan layak utk cakap tentang baik buruk .

memang takde org yang perfect dalam dunia ni. sama seperti saya dan dia .. tapi kenapa mesti buat isteri merana macam ni ....

sakit kepala memikirkan ... luka yang lama masih berdarah ... belum lagi terubat. kadang-kadang tu fikir, mungkin tuhan tak beri zuriat sebab taknak anak yang tak berdosa jadi mangsa kami berdua .. sedihnya hati ni.

hari ni berpuasa dengan harapan agar suami menyedari segala perbuatannya dan semoga tuhan bukakan pintu hatinya ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 11:21 AM | Show all posts
sbr TT..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2011 11:22 AM | Show all posts
kalau dah 'nekad'..  nak buat camner lagi.
berpisah.. itu hanya jalan terbaik..

all your words.

u cant change ppl. u can change u.

kalau nak try gak... try la bertudung - for your own good n it may influence changes to other ppl too.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 11:23 AM | Show all posts
apa kata yu ubah diri yu dulu... dia kata yu x layak utk tegur dia sebab x pakai tudung.. then yu ubah penampilan, pakai tudung, kalu dia kata yu x solat... yu kena ikhlas, solat... apap pun, yu kena ubah diri yu dulu sebe,um yu nak ubah hubby yu yg skg ni tgh ego......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 11:26 AM | Show all posts
Siannye..td TT ckp suami rajin solat after balik umrah...tp dkt "masalah" tulis suami suke tggl solat. cam bercanggah plak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 12:16 PM | Show all posts
Kesian TT.. kalau saya pun memang x sanggup di perlakukan macam tu... saya redha kalau suami sy ada hubungan dengan perempuan lain tp tidak dengan lelaki lain...Seelok2nya TT buat solat istikarah, minta petunjuk drp Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 12:17 PM | Show all posts
suami solat lepas balik umrah dan cakap nak berubah ..

tapi lately dia dah lupa semua tu.:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 12:20 PM | Show all posts
bukan taknak bertudung, tapi taknak buat sesuatu tanpa keikhlasan dia hati. macam ade sesetengah yang dikenali, pakai tudung tapi perangai macam ape .. pakai tudung tapi lepas tu buke tudung .. pakai tudung ikut suke je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 12:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by wawin at 7-7-2011 12:32
bukan taknak bertudung, tapi taknak buat sesuatu tanpa keikhlasan dia hati. macam ade sesetengah yan ...
hafira Post at 7-7-2011 12:20



    suka ke tak suka ke..ikhlas ke tak ikhlas ke... menutup aurat termasuk bertudung tu wajib. awak tak bertudung, suami awak pun turut berdosa kerana  awak tidak bertudung. dosa awak kerana tidak bertudung, dosa suami awak kerana awak masih tidak bertudung walaupun suami suruh awak bertudung. berapa ramai suami2 yg terpaksa menanggung sama dosa si isteri kerana keengganan isteri bertudung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 12:34 PM | Show all posts
bukan taknak bertudung, tapi taknak buat sesuatu tanpa keikhlasan dia hati. macam ade sesetengah yan ...
hafira Post at 7-7-2011 12:20



kalau awak leh cakap camnie.. apsal plak awak tak leh terima bile laki awak tak berubah..
pasal dia pun boleh cakap.. dia tak nak buat sesuatu tanpa keikhlasan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 12:35 PM | Show all posts
menutup aurat tu wajib dik...ikhlas ke tidak kena tutup jugak...mcm solat juga wajib...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 12:39 PM | Show all posts
isteri mana yang boleh hidup dengan suami yang penuh kepura-puraan? yang buat dosa yang dilaknat tuhan? dosa yang lebih teruk dari bertudung????

kenapa dia perlu menunjukkan 'baiknya' dia sedangkan saya ni yang merana dengan segala perlakuan dia??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 12:54 PM | Show all posts
real ke ni...?... ingatkan citer2 jer ada lelaki bisex ni....kalo betullah... elok ceritakan masalah ni dgn ibu ayah & ibu ayah mertua sekali. tak terjangkau akal masalah cam ni ada berlaku...

kalo g pejabat kadi pun..sure puan hafira leh menang. Kalo ikut hati saya ni baik kuar jer dr hubungan semacam itu. tanggung jawab suami membentuk isteri masing2. Saya fikir tentu lagi sakit hati tau suami ada hubungan sejenis dari ada hubungan ngan perempuan lain kan...

leh muntah darah wooo......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 12:59 PM | Show all posts
dah bincang dengan mak mertua .. mak mertua sendiri terkejut dgn apa yang dah jadi ... saya takde pilihan sebab saya perlukan org bimbing saya utk buat keputusan ....

mak mertua suruh saya pujuk hati dan bersabar ... saya turutkan. tapi anak dia masih menyakitkan saya ....

sampai bila saya boleh bertahan ..... tak mampu lagi dah rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 01:18 PM | Show all posts
laki uolss ade skandel dgn laki laen name T kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 01:29 PM | Show all posts
salam. hmmmm. dalam hal ni, apa yg aku nampak, ko ada 3 pilihan.

1 - berpisah/bercerai (melarikan diri)
2 - cuba mengubah suami
3 - cuba mengubah diri sendiri

nak buat yg #1 tu? nampak macam mudah. tapi sebenarnya tidak. apa sekalipun, kalau ko boleh proceed #1 tanpa ada apa2 rasa yg tertinggal (sayang, tanggungjawab, penyesalan, ragu2), sila proceed. senang cerita, kalau ko boleh kata "lantak ko lah!" kat suami ko & just walkaway, then - just walkaway & never look back. sila teruskan.

nak buat yg #2? ni yg macam susah sket .. out of 10, maybe kesusahannya berada pada tahap 9 kot. sbb bila kita nak ubah orang lain, selain daripada kita perlukan kekuatan, kita sendiri perlu jadi contoh yg baik. bukan sempurna (sbb takde manusia yg sempurna), tapi contoh yg baik. lebih2 lagi kalau berhadapan dengan seorang lelaki. ego seorang lelaki. & kalau la ko berhadapan dgn orang yg macam ni, satu kekurangan yg ko pinpoint pasal dia, dia akan pinpoint 10 kelemahan diri ko. so camne caranya ntok buat #2 ni?

buat yg #3. ko kena ubah diri ko sendiri. niat untuk diri sendiri, kerana Allah. bukan kerana suami atau untuk suami. aku cakap pasal bertudung/menutup aurat la kan. sbb itu yg nampaknya jadi isu sekarang ni. tahap kesusahan yg ni adalah 10/10. nak ubah diri sendiri memang susah. lebih2 lagi kalau ke arah kebaikan. kepatuhan. ke arah agama. memang susah. kita akan berdolak dalih. kita akan memberi alasan. semua untuk menyedapkan hati, sedangkan itu perkara yg wajib.

kalau kita boleh memberikan alasan kenapa kita tak mahu berubah, kenapa kita macam tak boleh terima bila orang lain pun buat yg sama? bila orang lain pun kata dia 'tak sedia' untuk berubah? apa sekalipun yg kita buat, selain dari niat, tekad & perlaksanaan, yg penting sekali adalah ikhlas. lebih2 lagi kalau ianya berkaitan agama, ikhlas adalah basic yg paling basic. dan faktor lain ialah sabar. sabar itu sangat penting.

dan ko kena selami jugak makna & nilai perkahwinan. yeah, cerai itu boleh. halal. cerai bukannya haram. tapi perkara tu tak disukai oleh Allah. kan? kita boleh cerai. kita boleh larikan diri. kadang2 cerai tu satu2nya jawapan. kalau berdepan dgn suami yg mendera atau menganiaya zahir & batin.

pilihan ada ditangan ko. ko sendiri tahu tentang perasaan ko terhadap suami. ko sendiri tau ko masih sanggup atau tidak untuk teruskan. ko sendiri tau berbaloi atau tidak untuk cuba mengubah suami & diri sendiri. tanyakan pada diri, akal & hati ko. mintak petunjuk dariNya. bila ko dah dapat jawapan, proceed. hanya ko yg tau apa yg terbaik ntok diri ko; wlpun mungkin 'yg terbaik' itu bukanlah yg terbaik ntuk orang lain & melukakan hati mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.080137 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list