CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ceritapening

mengandung

   Close [Copy link]
Post time 12-7-2011 03:51 PM | Show all posts
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/anak-tak-sah-taraf-1

Anak Tak Sah Taraf
Munakahat
Tarikh Keputusan: 14 Oct, 2005
Keputusan:
Anak Tak Sah Taraf ialah:-
(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;

(ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan

(iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Keterangan/Hujah:
• Pensabitan nasab kanak-kanak hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syara` sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam:
اَلْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ .
Maksudnya:
“Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).”
(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)

• Menurut Imam Nawawi, maksud hadith di atas ialah jika seseorang lelaki itu mempunyai isteri atau hamba, maka dia seolah-olah menjadi hamparan tempat tidurnya ( فراش ). Apabila perempuan tersebut melahirkan anak bagi suatu tempoh yang memungkinkan anak itu wujud, maka anak itu disabitkan menjadi anaknya dan hak bagi lelaki berkenaan. Dengan itu, berjalanlah antara mereka hukum pewarisan dan hukum-hakam yang lain.

• Terdapat tiga syarat penting yang perlu dipenuhi dalam menasabkan anak yang lahir hasil daripada pernikahan yang sah iaitu:

1. Ada kemungkinan anak tersebut adalah daripada suami berkenaan, maknanya suami adalah orang yang mempunyai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kehamilan isterinya seperti tidak lemah syahwat yang menyebabkan dia tidak mampu menyetubuhi isteri atau dia mandul atau sebab-sebab lain yang boleh menafikan anak itu daripada suami berkenaan.

2. Suami tidak menafikan nasab anak itu daripadanya melalui proses li`an.

3. Isteri melahirkan anak berkenaan dalam tempoh mengandung yang minimum.

• Para ulama’ telah bersepakat menetapkan bahawa tempoh minimum seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak ialah enam bulan. Penentuan tempoh enam bulan tersebut adalah berdasarkan maksud dua ayat Al-Qur'an yang menerangkan tentang masa hamil (tempoh mengandung) dan penyusuan.

1. Firman Allah subhanahu wata`ala:

{ وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا }
Maksudnya:
“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Surah Al-Ahqaf 46:15)

2. Firman Allah subhanahu wata`ala yang lain:

{ وَفِصَلُهُ فِى عَامَيْنِ }
Maksudnya:
“Dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.”
(Surah Luqman 31:14)

Daripada maksud kedua-dua ayat di atas, jika ditolak tempoh masa penyusuan anak iaitu 2 tahun atau 24 bulan daripada tempoh 30 bulan (masa keseluruhan hamil dan menyusukan anak), bererti masa yang bakinya, iaitu tempoh hamil ialah 6 bulan.

• Ash-Shaykh Muhammad `Ali As-Sabuni dalam kitabnya “Rawa’i` Al-Bayan” menyebutkan bahawa telah diriwayatkan, bahawa seorang perempuan berkahwin, kemudian melahirkan anak setelah enam bulan daripada perkahwinannya. Dia dihadapkan kepada khalifah `Uthman radhiyallahu `anh. Beliau mahu merejam perempuan berkenaan, tetapi Ibnu `Abbas berkata kepada `Uthman: “Perempuan ini, jika dia menentang kamu dengan kitab Allah, kamu akan kalah.”

Allah berfirman:

{ وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا }

Maksudnya:
“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Surah Al-Ahqaf 46:15)

Firman Allah selanjutnya:

{ وَالْوَلِدَتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ }
Maksudnya:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”
(Surah Al-Baqarah 2: 233)

sila masuk link tersebut utk bacaan seterusnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 03:55 PM | Show all posts
Maka, tempoh hamil ialah 6 bulan dan penyusuan pula 24 bulan. Berdasarkan dalil itu, Sayyidina `Uthman radhiyallahu `anh pun membebaskan wanita berkenaan daripada hukuman.

• Ahmad Mustafa Al-Maraghiy di dalam kitab “Tafsir Al-Maraghiy” turut menyebutkan bahawa tempoh kehamilan dan menghentikan anak daripada menyusu memakan masa selama 30 bulan. Ayat 233 Surah Al-Baqarah itu menunjukkan bahawa tempoh hamil yang paling singkat ialah selama 6 bulan dan tempoh menyusu yang paling lama ialah genap 2 tahun. Masa yang tinggal untuk mengandung hanya 6 bulan. Dengan demikian dapat diketahui masa mengandung yang paling pendek dan masa menyusu yang paling lama.

Orang pertama yang membuat kesimpulan ini berdasarkan ayat tersebut ialah `Ali karamallahu wajhah yang kemudiannya dipersetujui oleh `Uthman radhiyallahu `anh bersama para sahabat Nabi sallallahu `alayhi wasallam. Muhammad Ishaq iaitu pengarang kitab “As-Sirah” meriwayatkan daripada Ma`mar ibn `Abdullah Al-Juhaniy yang berkata:

“Ada seorang lelaki dari kalangan kami yang mengahwini seorang wanita daripada Bani Juhaynah. Wanita itu melahirkan anak setelah perkahwinannya genap selama enam bulan. Maka suaminya menemui `Uthman radhiyallahu `anh untuk menceritakan perkara tersebut. Selepas itu, `Uthman pun menyuruh wanita itu menemuinya, dan ketika wanita itu mahu memakai pakaiannya, saudara perempuannya pun menangis. Lalu wanita itu berkata kepadanya, “Mengapa kamu menangis? Demi Allah, tidak ada seorang pun antara makhluk Allah subhanahu wata`ala yang telah mencampuri aku sama sekali selain dia. Kemudian Allah subhanahu wata`ala pun memberi keputusan kepadaku menurut kehendakNya.” Ketika wanita itu ditempatkan di hadapan `Uthman, maka `Uthman pun menyuruh wanita itu direjam. Apabila perkara itu didengar oleh `Ali, beliau pun menemui `Uthman lalu berkata: “Apakah yang kamu lakukan?” `Uthman pun menjawab: “Wanita itu bersalin setelah usia perkahwinannya genap enam bulan dan mustahil perkara ini berlaku.” `Ali pun berkata kepadanya: “Tidakkah engkau membaca Al-Qur’an?” “Tentu”, jawab `Uthman. `Ali pun berkata lagi: “Tidakkah engkau mendengar Allah subhanahu wata`ala berfirman: “Mengandungnya sehingga memutuskan susu itu selama 30 bulan.” FirmanNya pula: “... selama enam bulan penuh.” Kamu dapati bakinya hanya enam bulan. Kemudian `Uthman pun berkata: “Demi Allah, aku tidak berfikiran sejauh itu. Bawalah ke mari wanita itu.” Ternyata wanita itu benar-benar telah dipersiapkan untuk menerima hukuman.” Ma`mar pun berkata: “Demi Allah, tidak ada gagak yang serupa gagak, dan tidak ada telur yang serupa telur sehingga melebihi persamaan anak itu dengan bapanya.” Ketika ayahnya tahu, beliau pun berkata: “Anakku, demi Allah, aku tidak ragu mengenainya.”

Diriwayatkan juga bahawa Ibn `Abbas berpendapat apabila ada wanita yang bersalin setelah mengandung sembilan bulan, maka cukuplah baginya untuk menyusui anaknya selama 21 bulan. Seterusnya apabila wanita itu bersalin setelah mengandungkan anaknya selama tujuh bulan, hendaklah dia cukupkan baginya untuk menyusui anaknya selama 23 bulan. Begitu juga apabila dia bersalin setelah mengandung selama enam bulan, hendaklah dia menyusui anaknya selama dua tahun secara genap.

• Oleh yang demikian, para ulama’ telah menetapkan hukum bahawa mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan atau lebih yang dikira daripada masa suami isteri boleh bersatu melalui nikah yang sah, maka nasab anak tersebut disabitkan kepada suami wanita berkenaan pada zahir sahaja dan berjalanlah segala hukum-hakam nasab ke atasnya. Sebaliknya, jika anak tersebut lahir kurang daripada enam bulan, maka nasabnya tidak bersambung dengan suami kepada ibu atau wanita yang melahirkan anak berkenaan. Anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada ibu yang melahirkannya sahaja dan jika hendak dibin atau dibintikan, boleh dinasabkan kepada ibunya atau kepada nama `Abdullah atau salah satu daripada Asma’ullah Al-Husna.

• Tersebut di dalam kitab “Hasyiyah Al-Bayjuri `Ala Fath Al-Qarib” dan kitab “At-Tuhfah” karangan Al-Imam Ibn Hajr bahawa enam bulan itu dikira tiap-tiap bulan daripadanya 30 hari. Ini bererti enam bulan itu ialah 180 hari dan dua lahzah pula ialah tempoh persetubuhan (lahzah ad-dukhul) dan tempoh mengeluarkan anak (lahzah al-wiladah). Pendapat ulama’ Syafi`i bahawa tempoh hamil yang paling minimum adalah dalam tempoh 180 hari itulah juga yang menjadi pendapat jumhur ulama’, melainkan Imam Malik yang menyatakannya 175 hari. Bahkan terdapat sebahagian negara seperti Syria telah menetapkan dalam undang-undangnya bahawa tempoh minimum hamil atau mengandung itu ialah 180 hari. Pengiraan 180 hari itu bermula dari waktu suami isteri itu boleh bersatu yang memungkinkan anak itu lahir daripada benih suami berkenaan setelah `aqad nikah yang sah.

• Oleh yang demikian, mana-mana anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dan dua lahzah atau kurang 180 hari daripada tarikh mereka boleh bersatu setelah `aqad nikah yang sah, maka anak itu tidak boleh dibin atau dibintikan kepada suami perempuan yang melahirkannya. Dalam erti kata yang lain, anak tersebut tidak bersambung nasabnya dengan lelaki yang menjadi suami kepada perempuan yang melahirkannya.

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 27 Oct, 2005
Nombor Rujukan: PMM/0020 Jld.6
Akta/Enakmen: M.P.U. 42
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 03:58 PM | Show all posts
itu fatwa lengkap yg dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan oleh JAKIM
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:13 PM | Show all posts
saya mencadangkn agar TT p nikah kt pejabat agama je nxt week...bwa wali n saksi also laki u skali la kn...u confess jela kt mereka tu ape yg da tjadi...asa nya org pjbt agama @ tok imam/kadi pn xkn nk larang kn?pastu purak2 konon2 x kawin lg smpai nxt 3 month...msa tu wat mjlis sanding or makan2 je...then pindah la jauh2 pastu....ni cdangan je, xtau membantu ke x..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:14 PM | Show all posts
ya ampun..dok berzina bagai..

cepat2 la nikah..masih smpat
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:14 PM | Show all posts
erk...
kalo dah confirm, better bgtau family..
nikah trus mlm nih...jgn tunda2 dah..

bersanding ...
baby_pingu Post at 12-7-2011 14:07

Yep..Betol..Nikah a.s.a.p
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2011 04:15 PM | Show all posts
http://halaqah.net/v10/index.php ... 8.msg78930#msg78930

nk lg jelas... boleh bukak link tu...

konsepnya mudah shj... mana2 anak yg lahir bukan dlm perkahwinan... tu dinamakan anak tidak sah taraf. eben pun lahir 6 bulan lps kawin ke tidak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:17 PM | Show all posts
hakikat... apa yang indahnya kalau sakit..sakit..sakit..betul tak?
Hana Post at 12-7-2011 14:59


bersakit2 dahulu,bersenang2 kemudian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 04:18 PM | Show all posts
err tt ... last menstrual period (LMP) awk biler ... penting nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:23 PM | Show all posts
gegeh betul uolsss menolong menutup perut tt
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:23 PM | Show all posts
nape takleh bin kan nama bapak? walopon mmg darah daging? penting sangat ke nama bapak ni? walopon tak bin nama bapak kandung tu anak tu tetap lar anak dia  kan?  tak pelik ke hukum Islam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:23 PM | Show all posts
tahniah la tt..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:28 PM | Show all posts
tahniah la tt..
MeeSai Post at 12-7-2011 16:23



rasa cam nak like 100x
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:33 PM | Show all posts
nape takleh bin kan nama bapak? walopon mmg darah daging? penting sangat ke nama bapak ni? walopon t ...
darkcloud Post at 12-7-2011 16:23


u ni Islam ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by darkcloud at 12-7-2011 16:37

aku cadangkan simpan aje baby tu dalam perut ko diam2.. rahsiakan aje perkara ni dari sesiapa pun termasuk mak ayah kau.. lgpun lagi 3 bulan nak naik pelamin kan.. perut pon belum boroi lagi masa tu.. buat masa dlm tempoh 3 bulan sebelum nak kawin ni jangan berzina lagi dan jauhkan diri dari zina.. solat banyak2 dan doa banyak2.. jangan hampakan ibu bapa lagi.. anggaplah dosa kau antara diri sendiri dgn Allah taala.. doakan anak dlm perut tu banyak2, zikir banyak2, doakan anak jadi anak yg soleh.. walaupun mengandung luar nikah, ada hikmahnya mengandung tu sebab yg menciptakan kandungan ialah Allah swt.. Dia yg Mencipta, Dia yg Maha Memberi, dan Dia yg Maha Menghukum..  jangan terlalu panik.. disebabkan panik tu lah ramai org lain yg buang baby merata-rata..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2011 04:38 PM | Show all posts
Reply 89# msrosse


   last early march....tp i mmg period xteratur..kejap2 2bln..kejap2 9bulan pun ade...period mmg xttp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 04:39 PM | Show all posts
u ni Islam ke x?
ixaraalya Post at 12-7-2011 16:33



    Ya rabbi....sah2 la dia tu islam.... sila baca previous posting... jgn perbodohkan diri dgn bertanya soklan cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:42 PM | Show all posts
aku cadangkan simpan aje baby tu dalam perut ko diam2.. rahsiakan aje perkara ni dari sesiapa pun te ...
darkcloud Post at 12-7-2011 16:36


pastu bila da boyot nk jawab pe ngn mak pak?
selama mana nk tup mulut?
akai ada ka?


tt..
dgr sini..paling bagus ko g kawen skang..
xyah nk tunggu 3 bulan..nk naik pelamin ke, nk main renjis2 dipilis ke..no..no..
benda ni ko x jangka nk jadi kan..so everything xle ikut planning asal da la..
bincang elok2 ngn tunang ko..
aku x rasa ko sanggup nk putus tunang bagai..
jgn simply nk gugur2..
aku harap ko x tempah lagi kad kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:44 PM | Show all posts
u ni Islam ke x?
ixaraalya Post at 12-7-2011 16:33



   ko tak penah terpikir ke kenapa tak bole bin tu? cuba pikir ikut logik akal manusia sikit.. Tuhan kasi akal suruh pikir..

akad tu cuma sebutan aje.. mcm perjanjian.. kenapa perlu di asingkan anak sebelum akad dan anak selepas akad? apa hikmahnya Tuhan suruh asingkan taraf anak haram ni? anak tu jadi budak jahat kot besok.. mungkinkah anak tu mewarisi perangai setan mak bapak nya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:45 PM | Show all posts
Ya rabbi....sah2 la dia tu islam.... sila baca previous posting... jgn perbodohkan diri dg ...
krieysa Post at 12-7-2011 16:39


abis tu yang bijak pandai mempersoalkan hukum Islam tu kenapa?
sbb tu aku tanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.703009 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list