Post Last Edit by roti_planta at 20-7-2011 17:48
Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja Kereta Audi A4 milik Emran meluncur laju meninggalkan pantai Port Dickson. Suria yang duduk di sebelah pemandu hanya memandang ke luar tingkap. Erlina yang duduk di belakang menyanyi riang tanpa menyedari yang hati Suria sedang membengkak bengang. Entah kenapa Erlina seperti sengaja membiarkan dia duduk di hadapan sedangkan gadis itu tahu yang dia memang ‘kurang’ bercakap dengan Emran.
Emran pula hanya mendiamkan diri sebaik sahaja kereta bergerak. Waktu bersalam dengan mama tadi elok pula lelaki itu berbual mesra melayan pesanan-pesanan mama yang berlori seolah-olah Suria akan berangkat pergi ke Zimbabwe padahal jarak antara Port Dickson ke Shah Alam cuma satu jam tiga puluh minit sahaja.
Hujan lebat yang turun dan udara penghawa dingin kereta yang dipasang agak kuat membuatkan Suria menggigil kesejukan. Erlina sudah lena dibuai mimpi saat mereka melepasi pekan Lukut. Suria menggosok-gosokkan kedua belah tangannya dan meletakkan tapak tangan di pipinya yang sudah semakin sejuk dan beku. Bibirnya mengelatuk perlahan dan jari-jemarinya sudah semakin kebas. Ingin sahaja rasanya dia meminta Emran menguatkan suhu penghawa dingin supaya tidak terasa sejuk sangat tapi hasratnya dimatikan bila terpandang sahaja wajah Emran yang serius.
Emran pula tahu yang Suria kesejukan tapi dia sengaja buat bodoh. Bukan dia tidak simpati melihat gadis itu menggigil kesejukan, tapi dia mahu lihat sejauh mana gadis itu mampu bertahan untuk tidak bersuara. Ekor matanya masih tidak lepas dari menjeling wajah Suria. Air muka yang sememangnya serius semakin di seriuskan seolah-olah dia tidak terkesan dengan suhu didalam keretanya itu padahal jejari kakinya juga sudah kebas kesejukan.
“Encik Emran, boleh tak adjust sikit suhu aircond ni? Saya rasa macam dah duduk kat dalam igloo pulak. Sejuk sangat ni.”Akhirnya Suria bersuara juga walaupun kedengaran gigilan dari bibirnya.
Emran mematikan penghawa dingin dengan menekan salah satu butang yang terdapat di ruang konsol keretanya. Dia hanya memerhatikan sahaja perlakuan Suria yang masih belum berhenti menggosok tangannya dari tadi.
“How old are you, Suria?” dengan suara yang sedikit serak, Emran melontarkan pertanyaan kepada Suria.
“Saya ke?” Suria pelik. Dia tak faham kenapa tiba-tiba Emran bertanya tentang umurnya. Dah tak ada soalan lain ker nak tanya.
“Ada Suria lain ker kat dalam kereta saya ni?Kat luar pun takder bayang sang suria sebab hari hujan.” Ton suara Emran kedengaran sedikit bengang. Dia memang tak gemar jika soalannya dijawab dengan soalan juga.
“Ohh. Encik Emran tanya saya. Umur saya 28tahun.”
“Awak tinggal kat mana?” Emran bertanya lagi.Masih menggunakan ton bengangnya.
“Saya tinggal kat reban ayam” Suria menjawab dengan selambanya.
“What! Reban ayam? Aper tu?” kali ni suara Emran sudah naik beroktaf-oktaf.
“Its chicken coop la, Along. Takkan tu pon tak tau. Tak payah la nak dramatic sangat.” Tiba-tiba suara Erlina mencelah.
Dia sebenarnya hanya tidur-tidur ayam sahaja dan memasang telinga mendengar perbualan antara abangnya dan Suria.
“bukan tak tau lar, tapi tak ingat.” Emran cuba mengawal rasa segan yang bertandang. Dia tidak menyangka yang Erlina mendengar perbualannya.
“Lain kali jangan tanya pasal umur pada orang perempuan, it’s a sensitive question. Do not start an odd conversation with a lady. Failed lar Along ni.” Erlina membebel dengan mata yang sengaja ditutup.
“Mind your own business girl. It’s just a plain question. Nothing behind it.”
“Yalla..yalla….yalla… Whatever la Along.”
Suria semakin ‘hilang’ di dalam perbualan dua beradik ini. Sekejap dia memandang kearah Erlina, dan sekejap lagi dia akan memandang ke arah Emran pula. Dia memang tak faham apa yang sedang mereka bualkan. Takkan mereka masih bercakap pasal reban ayam tadi kot?
“Kak Suria, jangan pedulikan Along Lin ni. Dia memang failed bila bercakap dengan perempuan.”
Erlina mencelah di tengah-tengah antara tempat pemandu dan penumpang. Hakikatnya dia memang tak pedulikan Emran cuma Emran yang memulakan perbualan.
Hati Suria mula rasa tak senang. Perjalanan terasa semakin lambat. Dia sudah tidak sabar untuk tiba di rumah dan berehat tanpa gangguan dari pandangan mata Emran dan suara manja Erlina. |