CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roti_planta

Makin Aku Cinta (U)

  [Copy link]
Post time 2-8-2011 10:49 PM | Show all posts
alahai letak ler banyak sket... seciput jah... tak puehhh...:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 09:04 AM | Show all posts
Morning rp!!!! Hari ni ada n3 tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 09:10 AM | Show all posts
morning......n3?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 81# asyriqa


bukan tak nak letak bebanyak, tapi citer neh still in da process
hehehehehe

sbb dalam masa yg sama ada satu lagi cerita
so kena amik mood gak kekadang

sabar yer sumer
insya-Allah, hari ni ader a few entry lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 12:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 3-8-2011 12:24

I never felt like this before.
Just when I leave, I'm back for more.
Nothing else here seems to matter.
In these ever-changing days,
You're the one thing that remains.
I could stay like this forever.


Emran masih leka dengan lakaran-lakaran dan model-model bangunan yang berada di dalam pejabatnya. Perut yang sudah berkeroncong mengingatkan dia yang belum ada sebutir nasi pun yang dia jamah hari ini. Pensil di letakkan di atas meja dan dia melakukan sedikit senaman regangan untuk mengendurkan urat saraf yang terasa ketat. Gelas di hujung meja diambil dengan niat ingin meneguk baki kopi yang ada tapi yang tinggal hanyalah serdak kopi sahaja. Ternyata perutnya memang memerlukan sesuatu untuk diisi.


Baru sahaja dia bangun untuk berdiri, telefonnya menjerit-jerit minta di angkat. Adik! Desis hatinya.


“Hello baby….”


“Assalamualaikum Along ku tersayang. Dah tak tahu adab jawab telefon ker?” suara Erlina yang kedengran serius mengundang tawa di bibir Emran. Erlina dan serius umpama air dan minyak, takkan bersatu.


“Alaikumsalam wahai adindaku yang comel. Apakah gerangannya adinda menghubungi kekanda lewat petang ini. Adakah adinda membawa perkhabaran gembira untuk kekanda sultan”


“uwekkk….. Along ni dah kenapa? Tersampuk Puteri Gunung Ledang ke sampai nak bersastera sangat?”


“Mana ada Puteri Gunung Ledang, cuma kebelakangan ni asyik mimpi pasal masak lemak cili api jer.” Emran berkias-kias dengan adiknya. Dia masih belum mahu berkongsi rahsia dengan Erlina.


“Tak kisah la Puteri Gunung Ledang ker, masak lemak cili api ker yang penting mummy suruh tanya, along balik makan malam kat rumah tak malam ni?”


“Makan malam? Awalnya mummy suruh tanya. Baru pukul 4 lebih, takkan mummy dah nak masak dinner kot?”


“Along!!!!! Awal apanya? Dah pukul 7.20 lar.Takkan tak tau tengok jam kot, ker jam tangan along yang mahal tuh dah rosak???” suara Erlina yang separuh menjerit menyebabkan Emran menjauhkan sedikit telefon dari telinganya.


“Ala, baru pukul 7.20……. WHAT!!!!! DAH PUKUL7.20!!!!!! kenapa sekarang baru adik telefon. Along dah lambat ni. Bagitahu mummy, along tak makan kat rumah mummy. Bye”


Kali ini Erlina pula yang terpaksa menjauhkan telefon dari telinga bila tiba-tiba Emran menjerit. Dia dapat merasakan semenjak pulang dari bercuti di Port Dickson tempoh hari, perangai abangnya semakin pelik. Apakah???? Tapi takkan pula secepat ini?


Erlinatidak mahu terlalu melayan firasat hati, sebaliknya dia memutuskan untuk menunggu masa yang sesuai untuk terus bertanya kepada alongnya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 12:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 3-8-2011 12:29

Helaian-helaian kertas yang bersepah di atas meja kerjanya di susun dan diletakkan di tempat bersesuaian. Komputer di tutup,laci meja di kunci. Suria telah sedia untuk pulang. Memo kecil tulisan tanganJuliana di tatap.


Suria,


      Sorry aku takdapat tunggu kau hari ni.

Kau jangan baliklambat-lambat. Take care.


Luv,

Juliana.


Gara-gara projek Hotel Impiana, impian Suria untuk pulang awal tertangguh lagi. Dia memandang ke sekeliling kawasan pejabat.Masih terdapat beberapa orang staff lagi yang tinggal malahan ketuanya, Encik Farid juga masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulang walaupun jam sudah menginjak ke pukul 8 malam.


Perut Suria sudah bergendang menyanyikan lagu irama Malaysia. Memikirkan hanya ada megi mee yang tinggal di rumah, dia memutuskan untuk makan malam dahulu sebelum pulang. Sambil memikirkan apakah makanan yang ingin di santap untuk hidangan makan malam, dia melangkah keluar dari pejabat.


Sebaik tiba di kawasan lobi, dia memutuskan mahu membungkus Subway sandwich untuk dibawa pulang ke rumah sahaja. Tiada mood untuk mengambil makanan yang berat-berat kerana dia sangat pasti, tiba sahaja di rumah nanti, dia akan mandi, makan dan terus tidur.


Sementara menunggu makanan yang di pesan siap dibungkus, mata Suria memerhatikan orang ramai yang keluar dan masuk ke dalam pusat membeli belah di sebelah bangunan pejabatnya.


“Suria!” satu suara menegur perlahan membuatkan Suria berpaling.


“Eh, Encik Farid.”


“Dinner?”


“Yup. Bungkus jer.”


“Kenapa tak makan kat sini?”


“Dah lambat. I’m not driving today, so I need to take a cab.”


“Not driving? Where is your car?”


“Workshop. Minor accident semalam.”


“ohhh..”


Perbualan mereka terhenti seketika ketika gadis pelayan di Subway menghulurkan bungkusan pesanan milik Suria. Mata gadis itu tidak berganjak dari memandang ke arah Encik Farid. Kacak, bergaya dan sopan,jangankan gadis, mak-mak gadis pun akan berebut nak pandang buat calon menantu.


“Suria, temankan saya dinner, boleh?”


“Ha? Dinner?”


“Ye lar. I said ‘dinner’. Kenapa?”


“Tapi dah lewat.”


“Saya hantar awak balik nanti”


“tapi….”


“Please Suria…”


“Ok”


Mendengarkan suara Encik Farid yang penuh mengharap membuatkan Suria tidak sampai hati untuk menolak. Setakat temankan bos dinner, apa lah sangat. Bukannya mereka keluar ber’dating’. Sudahnya, sandwich yang siap dibungkus tadi di buka semula dan mereka memilih untuk duduk di kerusi yang berdekatan dengan ruangan menunggu teksi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2011 03:04 PM | Show all posts
confirm emran jeles nanti nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 03:12 PM | Show all posts
x sabo camne reaksi EMRAN jelous...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 03:29 PM | Show all posts
allla...mesti terserempak ngan emran...frust menonggeng lar emran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 04:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 3-8-2011 17:05

Ku tak peduli,
bila ku benar-benar cinta, mati,
ku tak peduli.
Ku memang begini,
bila ku benar-benar cinta, mati.
Ku tak peduli,
apa saja yang, ku inginkan kamu rela

Kau takkan mengerti,
yang s’lama ini aku rasakan, pasti.
Kau tak peduli,
bilang saja yang, ku inginkan kamu rela


Makan malam bersama dengan Encik Farid ternyata tidak membosankan. Lelaki itu amat berbeza selepas waktu pejabat. Senyuman dan gelak tawa tidak lekang di dalam perbualan mereka kerana Encik Farid seorang yang agak sempoi bila berbual. Tidak sia-sia Suria menerima pelawaan untuk menemani lelaki itu makan malam bersama kerana ada sahaja cerita dan lawak yang keluar dari mulut lelaki itu.


Tetapi entah kenapa, sepanjang perbualan mereka,Suria merasakan seolah-olah dirinya diperhatikan. Hatinya berdebar-debar.Debaran yang sama seperti pagi tadi. Debaran yang cuma akan hadir bila lelaki yang bernama Ku Emran Bin Ku Hashim berada berdekatan tetapi Suria pasti yang lelaki itu tiada di sekitarnya.


Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hanya Encik Farid yang banyak bertanyakan soalan manakala Suria masih melayan rasa berdebar-debar di dada. Kadangkala dia seperti ternampak kereta Audi merah milik Ku Emran seakan membontoti kereta milik Encik Farid. Mungkin ini penangan ‘sawan jeritan’ dari lelaki itu. Suria meletakkan tangannya di dada untuk meredakan sedikit debaran yang di rasa.


Suria meminta Encik Farid menurunkan dia dihadapan pondok pengawal dan dia berjalan kaki masuk ke kawasan apartment. Dia berasa kurang selesa untuk membiarkan ketuanya itu menghantar dia sehingga ke apartmentnya.


Pintu dibuka, salam diberi walaupun tiada penghuni di rumah. Suis lampu ruang tamu di petik dan sesaat kemudian cahaya menerangi sekelilingnya. Beg tangan di campak ke sofa, kaki melangkah ke dapur.Tekaknya terasa dahaga lantas air ditadah dari ‘water dispenser’. Setelah berasa lega, dia menuju ke arah balkoni dan menarik pintu gelongsor untuk membiarkan angin malam masuk kedalam rumah.


Badannya terasa penat tapi matanya masih belum mengantuk. Selalunya waktu-waktu seperti ini, dia sudah bergolek-golek di atas katil memujuk mata untuk lelap. Tapi malam ini, dia terpaksa melayan hati yang berdebar tanpa henti dari tadi.


Suria tidak tahu kenapa Ku Emran selalu memberikan pandangan membunuh setiap kali mereka ‘ter’jumpa secara sengaja ataupun tidak. Lelaki itu juga kerap meninggikan suara sekiranya permintaannya atau lebih tepat lagi arahannya tidak di ikuti. Bukan satu ciri lelaki idaman pada Suria. Arwah ayah tidak pernah meninggikan suara bila bercakap dengan mama. Arman juga tidak pernah meninggikan suara sepanjang perhubungan mereka malah sewaktu menuturkan kata putus dahulu pun, Arman masih bercakap dengan nada suara yang lembut.


“Ku Emran!” bibir Suria berbisik perlahan dan serta merta imej lelaki itu hadir di dalam kotak mindanya.


~Aku ni dah kenapa??? Pegi sebut-sebut pulak nama mamat sawan tuh. Dah menjangkit sawan dia agaknya~


Sedang asyik Suria melayan perasaan, dia terasa seperti dihujani batu-batu kecil. Matanya melilau mencari dari mana datangnya hujan batu kecil tersebut dan pencariannya terhenti bila pandangannya dikunci oleh seseorang. Seseorang yang tadi di sebut oleh bibirnya dan kini, bagaikan sakti, sang empunya nama itu memang berada di kawasan parkir kereta atau lebih tepat lagi di petak parkir kereta miliknya.


Ku Emran memberikan isyarat supaya Suria turun.Suria pula membalas dengan gelengan kepala. Sekali lagi Ku Emran memberikan isyarat supaya Suria turun atau dia yang akan naik. Melihatkan wajah serius Ku Emran, Suria tahu yang lelaki itu tidak akan teragak-agak untuk naik jika dia tidak turun. Dengan rasa bengang, Suria menutup pintu gelongsor dan bergegas turun. Dia tidak tahu kenapa Ku Emran sentiasa memaksa dia melakukan sesuatu yang dia tidak mahu dan dia lebih tak faham kenapa dia sendiri tetap melakukan apa yang di suruh oleh lelaki itu walaupun hatinya geram. Pelik. Yang pasti setiap kali bertentang mata dengan Ku Emran, debaran di dadanya akan hilang diganti pula dengan rasa geram dan bengang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 05:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 3-8-2011 17:13

1 minit, 2 minit, 3 minit, 4 minit dan kini sudah 5 minit berlalu. Biarpun mereka berdepan, masih tiada kata-kata yang keluar dari mulut Suria atau Ku Emran.


Suria buntu. Dia tidak tahu mengapa Ku Emran memanggilnya turun tapi sehingga kini tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu.


Ku Emran juga buntu. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan. Ada beratus soalan yang ingin ditanyakan kepada Suria tapi mulutnya seakan terkunci.


“Encik Emran…”


“Suria…”


Serentak mereka berdua bersuara.


“It’s ok.Encik Emran cakap dulu” Suria beralah.


“No. Ladies first” Emran cuba berlagak ‘gentleman’.


“Takper. Encik Emran cakap dulu lagipun, Encik Emran yang panggil saya turun”


“I said ladies first, so you cakap dulu”


“Saya? Actually saya cuma nak cakap yang kalau Encik Emran tak ada apa nak cakap, saya nak naik dulu. Dah lama sangat kat bawah ni. Sejuk.”


Suria menggosok-gosokkan lengannya yang kesejukan. Emran yang berdiri dihadapannya di pandang kaku. Masih tiada kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Merasakan yang lelaki itu tidak akan bersuara, Suria berpaling dan mula melangkah meninggalkan lelaki itu.


“Suria….” Emran memanggil dengan suara yang lembut lantas mematikan langkah Suria. Tapi gadis itu masih tidak memandang kearah Emran.


“Who is that guy?”


Soalan yang terlontar dari bibir Emran benar-benar membuatkan Suria terkasima. ‘Who is that guy?’.


“Which guy? Kenapa pula Encik Emran perlu tahu?”kali ini suara Suria pula yang kedengaran tegas.


Dengan kedudukannya yang masih membelakangkan Emran, maka Emran tidak dapat meneka riak wajah Suria saat ini.


“That guy. Yang makan malam dengan awak tadi.Yang hantar awak pulang tadi. Is that your special friend?” Emran masih mengawal emosinya saat ini. Sudahlah hatinya sakit melihat Suria dengan lelaki lain, kini soalan yang di beri di jawab dengan soalan juga. Sesuatu yang amat dia benci.


“Yang makan malam dengan saya? Yang hantar saya pulang? Macam mana Encik Emran tahu saya makan dengan siapa dan siapa yang hantar saya pulang? Encik Emran mengintip saya ker? Dah lama buat kerja macamni?”


Kali ini Suria tak peduli. Apa nak jadi pun,jadi lah. Dia benar-benar tak paham dengan lelaki yang bernama Ku Emran ini.Dahlah suka memaksa dan menjerit, kini lelaki ini sudah mula mahu masuk campur dalam kehidupan dia pulak. Mandat dari siapa yang lelaki ini dapat sehingga berani mengintip setiap perbuatannya.


Emran pula semakin panas hati. Rambutnya di raup keras. Dia benci bila jawapan yang diharapkan menjadi soalan pula untuk dia jawab. Jika tak kerana sudah tengah malam, mahu sahaja dia menengking gadis dihadapannya ini supaya dia mendapat jawapan yang dia mahu.


“Just answer me, Suria!”


“I won’t give you any answer and I am wondering,WHY I should answer your question. I demand for an explaination from you, Encik Emran.” Suria masih berdegil. Rasa bengang dan sakit hati sudah mula bertamu dalam dadanya.


“Fine. I will explain tapi bukan kat sini”


Serentak dengan itu, Emran terus menarik lengan Suria dan menolak gadis itu masuk ke dalam kereta. Suria yang tidak menyangka akan ditarik terpinga-pinga bila pintu kereta di tutup dan kereta mula bergerak.



~Alamak!Mamat ni nak bawak aku lari ker?~

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 06:17 PM | Show all posts
menarik cite nie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 06:55 PM | Show all posts
hah! sudah...angin meroyan dia dtg plak...mana dia bawak si suria? cer citer rp...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 09:42 PM | Show all posts
bawa lari tu ok juga...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 06:04 AM | Show all posts
bawak pi jumpa tok kadi truss .. ekekekekke
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:25 AM | Show all posts
eeeiii...tak suka tau emran buat suria camtu...tegas n garang sangat..klu love ..kompem love tak terima dia..hehehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 08:28 AM | Show all posts
hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:32 AM | Show all posts
sian emran mesti lapar x sempat dinner td
mesti emran bw lari blk umah mak dia tu nk blk mkn coz peyot da lapar
terpaksa bw suria tlg jd peneman dia kat meja mkn heheh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:36 AM | Show all posts
emran ni dah kenapa???
ish..main kasar plak..suke ati suria la nak kuar dgn sape..die bukan bini emran pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:46 AM | Show all posts
Emran ni pun.....ego sgt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.068031 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list