CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15633|Reply: 127

Klip video karma FT melampau?

  [Copy link]
Post time 18-7-2011 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya... Klip video baru Faizal Tahir melampau?

Oleh Normah Becok

2011/07/18 BEBERAPA hari lalu Cik Normah menerima panggilan telefon daripada peminat muzik berkenaan buah tangan terbaru Faizal Tahir. Pembaca berusia awal 30-an yang mahu dikenali sebagai Jay itu melahirkan kebimbangan sebaik menonton klip video lagu baru penyanyi itu yang berjudul Karma, sebaik saja menontonnya di sebuah saluran TV.

Akui jejaka prihatin itu, kronologi paparan memang menarik dengan isu haruan makan anak dan sanggup menjual darah daging sendiri ke kancah pelacuran semata-mata tamakkan wang. Si bapa akhirnya dipenjarakan selepas ditahan pihak berkuasa, malah ditonjolkan pelakuan anaknya yang seakan tidak sabar menanti kepulangan ayah dengan menandakan kalendar. Apabila harinya tiba, si bapa yang tampak seakan sudah insaf mahu memulakan hidup baru kembali ke rumah dengan disambut senyuman si anak.

Cuma dia yang mempunyai dua adik, selain ramai anak buah yang masih di bangku sekolah berasa agak terkilan apabila pada babak penamat ditonjolkan watak gadis lakonan Iqa Mentor membunuh bapanya.

Bukan sekadar menikam dan mengelar leher apabila ditonjolkan darah keluar membuak-buak dari bahagian itu, malah pada babak pertengahan jelas menampakkan si gadis sibuk mengasah pisau yang melambangkan simbolik hajatnya.

Kata Jay lagi, dia bukan seorang yang jumud, apatah lagi ketika dia menuntut di luar negara, masih ada tapisan terhadap penerbitan seumpama itu.

Lagi pun terangnya lagi kalau ikutkan kesesuaian, apa yang ditonjolkan menerusi perbuatan gadis itu lebih kepada pembalasan dendam bukannya karma yang menjurus kepada pembalasan Tuhan.

Apabila Cik Normah tengok klip berkenaan menerusi YouTube, barulah Cik Normah dapat berkongsi kebimbangan Jay kerana secara terang-terang menunjukkan cara membunuh, sekalipun didasari sebab musabab yang kukuh mengapa dia terdorong melakukan perbuatan itu.

Tidaklah Cik Normah katakan peminat tegar akan mengikuti perbuatan dalam klip video itu tetapi seharusnya mereka yang berkaitan lebih berhati-hati menghasilkan sesuatu penerbitan dan jangan jadikan kreativiti sebagai lesen untuk berkarya.

Karma boleh ditonjolkan dalam pelbagai cara atau kerana perbuatan yang dilakukan manusia bukan karma. Atau jika mahu juga menunjukkan konsep salah itu, paparkan secara simbolik.

Dalam era serba mencabar ini individu berdepan dengan segala macam tekanan. Bermacam perkara boleh terjadi dengan kes jenayah di mana-mana. Bagi Cik Normah, daripada kita secara tanpa sengaja seakan mahu mengajar sesuatu yang tak elok, lebih baik tonjolkan pengajaran.

Harap Faizal Tahir dan pasukannya memahami perkara ini. Kita tahu mereka mahu berkarya namun janganlah melampaui sensitiviti. Sebelum terjadi apa-apa lebih elok kita berwaspada

* ape pendapat korang?
www.youtube.com/watch?v=NCcFnuZvBsg
camno nak tepek ni?? tak reti ah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2011 08:38 AM | Show all posts
actually lagu ni penah dengar tp xpenah tgk vc dia..for me mmg agak ngeri gak la tgk bideo clip dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:48 AM | Show all posts
best ape klip ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by chaintea at 18-7-2011 08:51

i suka that vc..
apa mslh si pengkomplen tuh
duduk kat dunia fantasi ke
kan ke mmg byk haruan mkan anak skrg nih
itu karma kpd bapak haruan..bila anaknya tukar jadi naga

kat luar negara ada tapisan? oh please..x tgk vc lady gaga ke? vc britney spears?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:52 AM | Show all posts
biasa jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:55 AM | Show all posts
teruk2.... faizal tahir mmg teruk..........
huhuhu very the over
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2011 08:55 AM | Show all posts
wow...vc ala2 kebaratan ni baru best.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:59 AM | Show all posts
tgk vc ni semlm....mmg x sesuai utk bdk2 tgk coz part akhir tu cam kejam sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 09:00 AM | Show all posts
aku rasa biasa jerk......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:00 AM | Show all posts
kelainan sket kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:00 AM | Show all posts
sekarang ni rasanya most vcs kat malaysia dibuat berdasarkan pekembangan semasa... yalah... vc Shahir jd psycho, vc Aril lak rupanya dia gila.... vc Azlan n the typewriter utk lagu remake Jeritan Batinku paling menarik perhatian sbb Lan jd hantu dan ganggu org yg pedajal dia.... anyways.... pasal vc Karma ni... rasanya terpulang pd pendapat sorg2... my personal opinion, mmg agak ganas la but she has her reasons........ coz not everything is sweet and rosey.....

just my two cents...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:01 AM | Show all posts
sesuai betul yank kassim jadik bapak yg jahat
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:02 AM | Show all posts
Best giler..suke suke suke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2011 09:05 AM | Show all posts
klau dari segi keunikan n pmbikinan cv tu mmg ok la, mesej dia pun ok, pasal haruan makn anak, tp yg ai tak brape berkenan tu part yg last tu la, kelar2 leher tu ngeri, kalau karma buat la bapak dia accident ke, ribut petir ke, xperlu la nk tunjuk ank smbelih bapak sebab revenge..bukan karma, ni pendapat ai laa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:08 AM | Show all posts
beliau mungkin terlupa bahawa masyarakat terdiri drpd pelbagai golongan... video tersebut boleh diklasifikasikan utk golongan berumur 18thn ke atas... dan bukan utk public.. harap FT lebih sensitif dgn budaya rakyat Malaysia yg menolak kekerasan... sy hanya bg pendapat jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:11 AM | Show all posts
it say it is ok kalo anak tu jadik pembunuh sebab bapak dia tue haruan makan anak.. maknanye si anak tue takde le sifat pemaaf.. dan juga mengiya kan lagi konsep kalo bapak jahat wat kat anak nnt dah besar panjang si anak mungkin akan mewarisi perangai setan si bapak.. karma latue.. bapak jahat anak pun sama jahat la...  just my opinion..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 09:12 AM | Show all posts
semuanya sensitive... aritu bedio gambit pun kena.. camna la org nak expresikan dirinya??

kalau nak kira melampaui sensitivity, tu didie alias tu pun patut kena gak..dah boleh jadi nenek pun masih nak berlady gaga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:14 AM | Show all posts
abeh tuh nak vc cam gambit ke baru tak melampau?

ok laa tuh. takkan nak buat vc cam tahun 90 an, nyanyi2 kat taman. takkan nak buat vc cam nuar jen, kena colek dengan pempuan pun happy laie



kalau nak internasional sket, haaa buat vc cam mizz nina



enchek..... kalau prihatin sangat, pe kata enchek tolong bini basuh pinggan, tolong basuh longkang, ada gak pekdah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:17 AM | Show all posts
aku suke VC ni..baru out of box..bosan sehh..tgk VC yg lemah gemalai
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:24 AM | Show all posts
tak penah tengok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.104553 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list