CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jazaa1

Kaya Tapi Kedekut......

  [Copy link]
Post time 25-7-2011 07:18 PM | Show all posts
bos aku...dia beli barang nak harga sama mcm orang tu beli kat pembekal~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2011 11:16 PM | Show all posts
Reply 60# leylapple

Lah....mcm tu ke apple?.....
Tapi betul gak apa yang orang tu kata, kalau mcik tu mati, laki dia mesti joget-joget enjoy duit berjuta tu.....
Dia simpan duit untuk apa ek?....
Ala kadar sudah lah kan?....
Sampai tanya nak gi haji buat apa?.....
Kena bagitau kat dia apple, kalau dia pergi haji, boleh kutip duit yang berlambak-lambak kat keliling kaabah tu...kalau dia dgor tu, mungkin tergerak hati dia nak pergi haji.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 07:46 AM | Show all posts
aduhai, ini topic ajak orang mengumpat kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:23 AM | Show all posts
ermm.. pada aku takde salahnya kalau calculative..
tapi tak baiknyer kalau hak orang dia punya, tap ...
mnaa Post at 24-7-2011 15:33


Saya agak biasa mendengar orang kedekut aka berjimat aka berhemah gunapakai alasan hak
untuk membenarkan kelakuan sendiri.
Kiranya, jika dia kedekut tidak mengapa asalkan dia tak ambil hak orang lain. Ini tahap pemikiran anak-anak
yang masih kecil. Memang ini antara input yang kita instill dalam pemikiran mereka supaya dia tidak
senang-senang buat harta benda kawan kindy seperti barang dia. Tetapi as we grow , this mentality
should gradually improve.
Saya percaya, rezeki kita di sini bukan sebab kita ada hak, kita cuma dipilih sebagai perantara rezeki pada orang lain
and i always believe, as medium ...kita akan disoal kelak di sana, jika pada muslim.
Sangat susah untuk beri kesedaran pada mereka yang kedekut tetapi terbukti harta-benda dia melimpah ruah diberi Allah
tapi cuba halusi pemberian tuhan pada hambanya, adakah hubungan kita sesama manusia lain harmoni, tiada sengketa
adakah anak-anak dan pasangan kita tidak bermasalah, adakah mak/ayah kita redha dengan kita.
nikmat tuhan bukan hanya pada harta benda dan duit melimpah, tetapi kemampuan untuk kita rasa tenang
boleh tidur dgn mudah, boleh makan dgn nikmat...
saya ada kenalan sorang hamba Allah, sangat bangga dengan kemampuan dia mengumpul harta.
tapi dia tidak bermasyarakat, tidak ada kawan-kawan, anak-anak bermasalah, pasangan yang tertekan
mak/ayah yang terkilan, adik-beradik yang makin menyisih. ya benar dia banyak duit tapi berbaloi ke?
my 2 sen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:48 AM | Show all posts
Reply  leylapple

Lah....mcm tu ke apple?.....
Tapi betul gak apa yang orang tu kata, kala ...
jazaa1 Post at 25-7-2011 23:16



    simpan duit sebab org dulu2 kata jimat cermat amalan mulia kut???entah lah zaaa~tapi melampau la berjimat cara mcm nie~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 11:14 AM | Show all posts
Reply 64# nordy

....kesimpulannya....
sedang-sedang saja kan nordy....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2011 11:15 AM | Show all posts
bos aku...dia beli barang nak harga sama mcm orang tu beli kat pembekal~
mohdcrow Post at 25-7-2011 19:18


Nasib baik dia tak mintak harga kilang.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 11:17 AM | Show all posts
aduhai, ini topic ajak orang mengumpat kah?
sepulnuar Post at 26-7-2011 07:46


Mengumpat ke mcm ni?....
Kita tak mention nama, address & ic semua tak di kira mengumpat....
Cuma cerita untuk di jadikan pengajaran.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 11:19 AM | Show all posts
Nasib baik dia tak mintak harga kilang.....
jazaa1 Post at 26-7-2011 11:15
..huhu...aku penah follow dia beli printer untuk opis...lama gak la scene tawar menawar tu...sampai aku yg sengkek ni pun naik segan ngan tokey tu...~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 11:28 AM | Show all posts
..huhu...aku penah follow dia beli printer untuk opis...lama gak la scene tawar menawar tu...sampai  ...
mohdcrow Post at 26-7-2011 11:19


Ha...ha....
Sebijik mcm pak sedara ai yang ai ceritakan kat atas tu....
my mom pergi pasar dengan dia,
Dia tawar harga ikan, sampai my mom kat sebelah tu naik malu & tunggu jauh dari dia....
lepas tawar seposen, nak seposen lagi, dah turunkan harga seposen , nak tambah ikan lagi.....
Bila teringat insiden tu, rasa nak tergelak le pulak.....
sebab lepas tu....sorang pun tanak ikut dia gi mana-mana kalau dia nak beli barang, kecuali mak & bini dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 02:15 PM | Show all posts
apakah mungkin seseorang itu kaya sebab dia kedekut?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 02:32 PM | Show all posts
Percaya atau tidak, sebenarnya...'KEDEKUT' ialah tips paling utama kalau nak kaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 03:05 PM | Show all posts
Percaya atau tidak, sebenarnya...'KEDEKUT' ialah tips paling utama kalau nak kaya...
zulka Post at 26-7-2011 14:32


Percaya zul.....
Skrg nak gunapakai istilah "kedekut" sbb sampai skrg tak kaya-kaya lagi....
Tapi soal makan tu, tanak lah kedekut.....
Kebanyakan yang jadi, kita byk membazir....sbb tu tak kaya.....
So, kalau nak kaya, mesti ada sifat kedekut tu kan zulka.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 03:30 PM | Show all posts
Percaya zul.....
Skrg nak gunapakai istilah "kedekut" sbb sampai skrg tak kaya-kaya lagi....
T ...
jazaa1 Post at 26-7-2011 15:05



ye sayang...itula pesan bos sy...
kalau nak kaya kena guna istilah 'kedekut'...
tapi related dlm banyak benda.... maksudnya kedekut dlm hal2 yg menguntungkan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 03:58 PM | Show all posts
ada gak nampak ketara, sebagai contoh terdekat
pangkat tinggi, gaji pon lebey rm6k, tapi biskut kat opis pon mau cilok ka?
aku yg berpendapatan sederhana pon borong biskut kat jusco
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 04:23 PM | Show all posts
tu bkan kedekut oiii ..bos ko tu jimat !! tu psal dia kaya ..hahahahahhaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 09:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnaa at 26-7-2011 21:54
Kiranya, jika dia kedekut tidak mengapa asalkan dia tak ambil hak orang lain. Ini tahap pemikiran anak-anak
yang masih kecil. Memang ini antara input yang kita instill dalam pemikiran mereka supaya dia tidak
senang-senang buat harta benda kawan kindy seperti barang dia. Tetapi as we grow , this mentality
should gradually improve.
nordy Post at 26-7-2011 08:23


dalam dunia ni ada 1001 jenis manusia.. ada manusia kaya, ada manusia miskin, ada manusia kaya dari hasil titik peluh dia, ada manusia yang kaya hasil dari harta ibu bapa.. begitu juga ada manusia yang sewenang2nya berbelanja, ada yang amat berkira setiap kali dia mengeluarkan mata pencariannya.. bukan sebab tahap pemikiran dia budak2, tapi kerana itula dirinya.. itulah salah satu sifat manusia. Mungkin masa kecil, kita nak kongsi makanan dengan kawan sbb apa yang kita dapat kita tak pernah tahu susah payah mendapat harta, tetapi bila kita membesar, dengan hasil susah payah kita mencari mata pencarian, kita tahu menilai sesuatu benda. Kita tahu susahnya memenuhi keperluan diri tanpa bantuan orang lain. Bila kita takde duit dan bukan jenis meminta pada orang lain, kita tahu susah payah hidup.

Pada aku satu je, kalau kita memberi, biarlah dari keihlasan, sifat manusia pon ada macam2, Walaupon satu sen kita bagi, kalau terdetik dalam hati kita, "kalaulah aku tak jumpa dia sure aku tak yah belanja dia" atau pon bila kawan ambik lebih makanan, terdetik dalam hati "apela dia ni ambik makanan banyak sgt".. itu tak ikhlas namanya.. hanya kerana nak jaga hati orang, takut orang mengata.. kita terpaksa bagi.. dan itu semua sifat2 manusia tak kisah muda atau tua... yang penting, kita tahu berjimat bila memerlukan bila berjimat.. berbelanja bila kita rasa perlu.. bersedekah bila kita betul2 ikhlas dan buat hanya semata2 untuk balasan dari Allah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 10:30 PM | Show all posts
Reply 68# jazaa1
mmm, ye x ye gak. malangnya, aku xde criter kaya tapi kedekut. yang pasti aku sendiri seorang yang kedekut, terutama pada diri sendiri. cth; stokin da koyak depan nampak jari, kasut plak dah pakai 2 tahun sampai tapak pon dah b'lobang. tapi kedekut betul nak beli baru. kedekut taik idung masin?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 12:34 AM | Show all posts
ada sorg apek nie dok sebelah taman aku.. tua dah... aset hartanah dia berjuta... tapi kedekut nak mampus... kerajaan nak buat longkang saliran tak bagi banjir kat taman aku.. seinci tanah dia pon dia tak bagi masuk.. walhal punca banjir tuh dari tanah dia yg berpaya tuh.. bila dah siap longkang dia tambak tanah dia, dia buat sendiri, angkut tanah merah sendiri, bawak traktor sendiri, konon2nya nak buat tanah lot rumah, tapi sebenarnya dia nak buat sarang burung walit.. mana buleh sebab sebelah perumahan dan hospital.. sekatang dia biar semak naik kat tanah dia... bahaya binatang berbisa plak masuk taman aku..

dia nie memang kaya, tapi naik kereta datsun 120y buruk jer... motor kapchai lampu pon tarak... baju buruk, seluar pon buruk, pi minum di kedai mintak  kopi O setengah cawan ja.30sen..kuih sebijik  30sen.. rumah korg jgn tanyalah lah.. stail setinggan dulu2... bini dia pon penah sembang bagi tau mak aku cakap laki dia tarak otak punya olang, pikir mau simpan duit saja.. cakap org tak mau dengar langsung...
anak dia tak ikut jejak dia, anak dia tokey nombor ekor haram, sewa kedai kat tanah bapak dia jugak.. berselindung di sebalik operasi kedai cermin tingkap.. baru2 nie beli kereta alphard...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 09:10 AM | Show all posts
Reply 77# mnaa

Memang benar, orang ada 1001 jenis macam tetapi sifat memberi ini harus dipupuk regardless of the background
Saya faham, banyak sebab orang boleh berikan untuk tidak berkongsi dan memberi tapi itu bukan sifat terpuji ajaran
mana-mana agama sekalipun, apatah lagi orang-orang islam, jadi sifat ini adalah value sejagat.
Pada pendapat saya, apa pun nilai baik dalam diri harus dipupuk daripada sekecil-kecilnya. Benar, jika kita tidak
pernah memberi dan tidak belajar untuk berkongsi, nilai itu hampir tidak ada dalam diri, bagaimana keikhlasan itu nak sampai?
Katalah, kita tidak pernah bersolat, tidak tahu waktu solat dan tidak pernah rasa kemanisan bersolat, bagaimana keikhlasan itu nak datang? Keikhlasan ini peringkat tertinggi dalam mana-mana hubungan manusia dgn tuhan dan sesama manusia.
Tapi sebelum kita mempertikaikan tingkat tertinggi itu, peringat paling bawah iaitu niat utk memberi kena ada, niat berkongsi itu harus timbul dari dalam diri.
Contoh lain, budak-budak yang baru belajar puasa. Dalam umur 7-8 tahun sebagaimana kita dulunya, adakah kita ikhlas?
Maaf cakap, saya sendiri tidak faham maksud ikhlas. Dah la lapar, dahaga, menyusahkan diri saja tapi kita buat sebab emak suruh.
Bila puasa jadi rutin, kita tahu kemanisannya, gradually tahap keimanan dan keikhlasan kita akan naik bertingkat-tingkat.
Paling penting, kita kena belajar dari bawah seperti juga dalam hal berkongsi dan memberi. Jika seumur hidup, kita tidak pernah berkongsi dan memberi, kita tidak tahu rasa kemanisan itu apatah lagi nak rasa ikhlas. Jadi pada saya, pada sesiapa saja yang rasa agak berat untuk memberi dan berkongsi, mulakan dengan jumlah yang sedikit atau hanya membantu, ringan tulang. InsyaAllah, the more you do, the more you feel satisfaction. It's beyond words.
End-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.075258 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list