CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

Norhafiz tidak harap sangat

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NORHAFIZ Zamani Misbah tidak mahu meletakkan sasaran tinggi menjelang pertemuan skuad pilihan kebangsaan menentang kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.\r“Peluang menentang kelab gergasi Eropah ini menjadi landasan terbaik kepada pemain kebangsaan menimba pengalaman membantu meningkatkan prestasi bola sepak negara.\r\n\n\n\n\r  “Saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi. Hakikat memang sukar kerana lawan memiliki  kelebihan berbanding kita. Jika mampu menamatkan perlawanan tanpa dibolos, ia pasti menjadi satu keputusan membanggakan,” katanya yang ditugaskan bertindak selaku ketua pasukan.\r\r\n\n\n\n\n  Tambah Norhafiz, dia tidak menjangka Ong Kim Swee akan memanggilnya untuk menguatkan skuad Olimpik negara pada perlawanan persahabatan itu.\r“Saya tidak dapat mengikuti latihan selama lima bulan selepas mengalami kecederaan ketika kali terakhir mewakili skuad negara di Sukan Asia, tahun lalu. Saya juga jarang bermain untuk 90 minit bersama kelab yang diwakili dalam saingan Liga Super.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033559 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list