CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sepitsiput

kuarga artis - part II >> the haslams

  [Copy link]
Post time 27-7-2011 02:06 AM | Show all posts
sorg lg clan haslams...

Dr. Anwar Fazal...
buat duo ngan shamsul yusuf "burn&soul"
dok ny ...
anash Post at 26-7-2011 23:52



    sora burn ini agak sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 08:49 AM | Show all posts
mak ehh anak femfuan dia very the urban gituh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 09:15 AM | Show all posts
Reply 160# newyork


   AYAH HENSEM SBB MUKA SWEET, ANAK MUKE SOMBONG JAHSSS
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 09:28 AM | Show all posts
Reply  cik_kiah

credit to blog jom layan


jgn berangan noks dah ada pacarnya
mixed Post at 22-7-2011 15:40



nasib nokss TT bukak thread neh..kalo x, haramsss ai xtau jejansss neh ank die noksss... lari sgt muke nyer... xbape nk kachak gituh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 09:42 AM | Show all posts
Reply  kru_mania


    ada.. blog jual handbag ke?...

p/s: sorry uollsss.. lari topik sat... ...
ieyla1979 Post at 23-7-2011 17:08



   u jual nbag gred ape dear????
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 09:45 AM | Show all posts
Reply 40# buzzin_urban


   uolss kenal ker??? nape xgtau awal2 kalo x, i mintak keje kt xctuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2011 10:18 AM | Show all posts
anyway ank2 die x boleh lawan kehenseman bapk die zamn mude dulu2 {:2_76:}
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 05:01 PM | Show all posts
Reply 22# mea


    haah memng yg neh anak pompuan usop selam...da banyak kuo kat tenet da pown
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 03:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by RED 666 at 29-7-2011 03:19

‘Poyo’makanan Syamsul

  Date: Sunday, June 5th, 2011, Category Gossip Stars     No Comment » (No Ratings Yet)

Loading ...DALAM hela nafas seorang anak muda yang pada pandangan pertama terlihat penuh ego, ada kegusaran bersarang di hatinya. Mohd Syamsul Datuk Yusuf Haslam, 27, tidak berbohong dengan perasaannya itu.

Dia sedar bahawa khalayak sedang melihat hasil kerjanya. Malah, rentetan kejayaan filem-filem terdahulu seakan-akan mencabar dirinya untuk bertahan lebih lama dalam liganya.

Syamsul dinobat sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 melalui filem Evolusi KL Drift 2. Insiden air mata Syamsul tidak mungkin dilupakan penonton.

Dia menangis sewaktu diumumkan pemenang anugerah berprestij itu walaupun kemenangannya kemudian dipertikaikan.

Dia juga mencapai angka kutipan RM8 juta untuk filem Khurafat arahannya. Portfolio yang dibina itu perlu dibatasi diri sendiri dan bukan orang lain, fikir Syamsul.

“Jujurnya saya berasa takut untuk tayangan KL Gangster pada 9 Jun ini. Filem itu menjual lelaki sahaja. Tidak ada heroin.

“Terdetik juga, adakah peminat filem wanita akan pergi menonton kerana semua pelakonnya lelaki dan didasari cerita tentang gengster?” jujur dia bersuara di hadapan salah seorang aktor filem itu, Adiputra.

Takut gengster

Sebuah filem tanpa heroin dan tanpa suntikan cerita cinta, itu taruhan terbaru Syamsul.

Dalam benaknya kini semua terpulang kepada selera penonton yang kadangkala tidak boleh dijangka. Apa yang dilakukannya ialah membariskan aktor-aktor mantap untuk tujuan itu.

Adiputra, Soffi Jikan, Zizan Raja Lawak dan Aaron Aziz bakal ‘dijual’ untuk naskhah KL Gangster. Untuk dirinya sendiri, Syamsul mengakui kematangan dan kebolehannya mengarah sedang digilap.

“KL Gangster mempunyai suntikan identiti dan budaya masyarakat kita sendiri. Jadi, ia lebih dekat dengan jiwa penonton.

“Saya merujuk kepada filem Young and Dangerous dan The Godfather, tetapi saya mahu filem aksi negara kita sendiri,” ujarnya yang mahu mencipta karakter Chan Ho Nam dan Chicken versi Malaysia.

Peminat pengarah tersohor Michael Bay dan M. Night Shayamalan ini berkata dia mengikut selera pasaran dalam membikin sesebuah filem.

Dalam masa yang sama, dia turut akur dengan kebolehan dirinya yang tidak cenderung membuat sesuatu atas nama seni sebaliknya mengikut perkiraan komersial.

Malah, ujarnya, faktor angka atau kutipan adalah sesuatu yang menjadi rujukannya.

“Dalam pemerhatian saya, filem komersial lebih menjadi pilihan penonton berbanding filem seni,” ujarnya yang tidak pandai menyebut nama-nama sutradara berpaksikan seni seperti yang dijadikan rujukan oleh Pierre Andre.

Maka itu, Syamsul lahir dengan filem yang berada dalam skala komersial seperti Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi Kl Drift, Evolusi KL Drift 2 dan Khurafat: Perjanjian Syaitan.

Poyo

Entah kenapa, Syamsul merasakan sesi interbiu dengan Sensasi Bintang kali ini lebih bersifat kaunseling.

Saya bertanyakan lelaki ini tentang dirinya yang digelar poyo oleh sesetengah orang – slanga anak muda untuk seseorang yang suka tunjuk bagus. Maklumlah, dia sutradara yang masih muda tetapi sudah merangkul anugerah.

“Gelaran poyo itu sudah jadi makanan saya sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi itulah karakter saya walaupun saya sedar ada yang tidak suka.

“Namun, tanggapan orang memang bermacam-macam,” jawabnya.

“Saya rasa ia sudah sedia ada dalam genetik saya. Ayah dan adik perempuan saya juga mempunyai karakter dan wajah yang serius.

“Sama seperti saya, mereka juga kadangkala dianggap poyo.

“Malah, ada kenalan yang telah lama mengenali saya menyatakan tanggapan pertama mereka tentang saya adalah saya seorang yang poyo.

“Bagaimanapun, setelah lama berkawan, saya sebenarnya tidak seperti yang mereka sangkakan,” katanya ketawa.

Syamsul turut merasakan adalah tidak adil dia dihakimi sebelum dirapati.

Membuka lagi selapis selaput dirinya, Syamsul bercerita perihal wanita pula. Topik itu semestinya ada dalam nafas setiap lelaki.

Anak lelaki Yusuf Haslam ini mendakwa dia sukar untuk rapat dengan wanita bahkan tidak memiliki ramai kawan daripada kaum hawa itu.

“Pengalaman banyak mengajar saya tentang cinta dan wanita,” ujarnya.

Syamsul berkata dia juga seringkali disalah anggap antara bersahabat dan bercinta apabila rapat dengan seseorang gadis.

Ujarnya, jika dia mula merapati seseorang, akan ada yang menyangka dia sudah jatuh cinta dengan si gadis itu.

“Saya pernah rapat dengan Liyana Jasmay sewaktu filem Khurafat. Tapi itu cerita lama. Tidak benar kalau kami bercinta.

“Saya cuba mengenalinya dengan lebih dekat tapi nampaknya tidak sesuai. Jadi eloklah kami kekal sebagai teman,” ujarnya.

Buat masa ini, Syamsul sekadar mengatakan dia sedang mengenali seseorang yang bukan berada dalam industri yang sama.

Pecah panggung



Gadis itu wanita biasa yang ingin diselami hatinya oleh Syamsul.

Selain bergelora dengan persoalan cinta, jelas Syamsul, dia sedang cuba memewahkan dirinya dengan impian.

Selepas bertungkus-lumus mengangkat semua hasil kerjanya, impiannya kini cuma satu tetapi besar ertinya.

Dia mahu menghasilkan 10 buah filem pecah panggung yang sekarang sudah jelas berikutan kejayaan empat buah filem arahannya terdahulu.

“Saya inginkan kejayaan luar biasa daripada seorang insan biasa,” kata Syamsul bersulam doa.

Selepas KL Gangster, Syamsul akan keluar dengan Aku Bukan Tomboi dan Bohsia 2: Jalan Kembali untuk tatapan penonton.

Akhir sekali, penulis menembak reaksi Syamsul untuk melihat kebal atau tidak dinding amarahnya.

Dia mungkin dipuji sebagai pengarah muda yang bagus tetapi bukan sebagai pelakon yang berwibawa.

Ramai yang masih menyatakan dia kaku membawakan karakter apa pun. Syamsul terdiam.

“Saya tahu orang kata saya kayu. Saya berfikiran terbuka dan mampu membezakan komen yang jujur atau berniat menjatuhkan saya.

“Saya akui saya perlu belajar. Tetapi setiap pelakon ada kelemahan dan kelebihan. Saya juga ada peminat sendiri.

“Kalau teruk sangat lakonan saya, Khurafat tidak akan dapat kutipan yang memberangsangkan sebegitu,” tuturnya kepada kritikan yang datang.

Malah, Syamsul menolak khabar yang mengatakan dia hanya mampu berlakon di bawah produksi yang sama kerana tidak pernah mendapat tawaran daripada produksi lain.

Sama ada kayu atau tidak, poyo atau bukan, Syamsul menegaskan dia kini berdiri dengan penuh kematangan. Mungkin masa sahaja yang dapat menentukan kebenaran pelbagai tanggapan itu.

kredit kepada:

www.kosmo.com.my


syamsul kata muka dia nampak poyo sebab ikut muka dan gen bapak dia, anda pula bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:47 PM | Show all posts
huhuhu...ok per syamsul ni...kadang2 nmpk handsome jgk dia ni...means ada manis nyer la mamat nih...anyway congrats utk KL Gangstar...dh tgk ulang2...heheheh...best sbb tkder part yg meleweh2 sgt & cintan cintun yg memboringkan..... (Jai...auwwww...mantoppp)

Note: Tgk KL Gangstar kali kedua br perasan yg si Jai tu rokoknyer tk nyala pun dr awal citer sampai abes...digigit2 je...wat style....hehehehhe...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 02:42 PM | Show all posts
Soseh Soseh: Yusof tak pilih kasih

      KITA selalu baca mengenai produser terkenal David Teo yang berani menghasil�kan pelapis dalam bidang pengarahan menerusi Skim 10 Pengarah muda. SS dapat lihat kejayaan David apabila berjaya memperkenalkan beberapa nama seperti Farid Kamil, Pierre Andre dan Yana Shamsudin.

Itu dari kalangan mereka yang bermula sebagai pelakon. Individu lain yang asalnya bermula sebagai kru produksi pun turut ditampilkan dalam skim ini seperti Azhari Zain, Ismail Bob Hashim, Hashim Rejab dan terbaru Ahmad Rusli Mohd Khadri atau Ollynn yang tampil sebagai pengarah ketujuh skim ini yang mengarahkan filem X.


SS lihat Bob paling bertuah kerana filem pertamanya, Ngangkung berjaya mencipta fenomena apabila mencatat kutipan lebih RM8 juta. Namun SS bukan menafikan kehebatan Azhari dan Hashim kerana mungkin rezeki mereka belum ada untuk mencatat kutipan pecah panggung.

Apapun, SS puji aspek sinematografi Hashim menerusi filem Sekali Lagi yang cantik manakala kemampuan Ollynn belum terbukti.

SS percaya persaingan sihat sesama mereka ini akan menghasilkan kesan positif terhadap industri filem tempatan.

Tidaklah nanti apabila menonton filem, rasa bosan kerana pengarahnya tidak kreatif dan semacam malas nak berkarya. SS bukan bercakap kosong kerana kes ini memang pernah berlaku menerusi filem yang dicanangkan bakal meletup dulu.

Terlanjur bercakap perkara ini, ramai yang tidak tahu pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam juga sebenarnya ada perancangan sama untuk kru yang bekerja dengan syarikatnya.

Tapi hasrat itu tidak dihebahkan kepada media. Cerita ini hanya terbongkar dalam perbualannya dengan seorang rakan SS baru-baru ini.

Kata rakan itu, Yusof bercerita dia sedang memantau hasil kerja anak tirinya Faizal yang banyak terbabit dengan produksi Skop Productions terutamanya mengarah Gerak Khas.


Dia sudah nampak bakat Faizal dan sedikit masa lagi Faizal bakal bergelar pengarah filem seiring dengan adiknya Syamsul dan Syafiq. Cuma, Faizal perlu mempertingkatkan kemampuannya terlebih dulu sebelum tibanya detik itu.


Rakan ini menambah lagi, Yusof turut menafikan bersikap pilih kasih mementingkan anaknya sendiri kerana Syamsul dan Syafiq juga asalnya bermula dengan drama sebelum beralih ke filem. Bukan itu saja, peluang yang sama akan turut diberikan kepada Kumar, Majid Salleh dan Musa yang selalu mengarah drama terbitan Skop Productions.

SS tak dapat bayangkan bagaimana gembiranya mereka mendengar kenyataan Yusof ini. Sekurang-kurangnya ia menjadi satu pembakar semangat untuk mereka membuktikan kemampuan sebelum bergelar pengarah filem.

SS percaya ini antara usaha terbaik dari Yusof bagi memeriahkan dunia seni tanah air serta meletakkan Skop Productions antara pengeluar filem yang berkualiti.

Mungkin sudah tiba masanya pengarah prolifik, Prof Madya A Razak Mohaideen memberi peluang kepada anak muda yang dibimbingnya menjadi pengarah.

Bob diberi peluang jadi pengarah selepas menimba pengalaman menjadi penolong pengarah dalam banyak filem Ahmad Idham begitu juga Azhari Zain juga banyak menjadi penolong pengarah filem-filem Razak.

**kalo betul bagus cian aku tgk cam terpinggir jer anak tiri ni bagus gak mengarah dram gerak khas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 02:57 PM | Show all posts
biar btl ni ank pompn dia... adoi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 03:52 PM | Show all posts
anak pempuan bang usop selam katanya..
mea Post at 22-7-2011 07:50



   cuurrlaaastttt!!! berdasarkan penglihatan mata mek..pempuan 2 ira2 gegurl yg minik yusopselam pegang 2....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 05:41 PM | Show all posts
fuhhhh... baik punya info...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 05:51 PM | Show all posts
anak pempuan bang usop selam katanya..
mea Post at 22-7-2011 07:50



    mantapppppppppppppppppppppppppp...... {:1_126:} {:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 09:12 PM | Show all posts
aliff ali ensom nyaaaaaaaaaaaaa......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 10:49 PM | Show all posts
sememangnya semua ahli keluarga DYH ade kelebihan ..semua ada darah seni..termasuk menantu DYH..istri kpd faizal..tu pun pelakon gak tp x berapa top..tu dia..skg duk mewah dkat teratak Haslam..ape lg yg single..trus tangkap SY plak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.082911 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list