CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

GHAZAL UNTUKMU

[Copy link]
Post time 25-7-2011 09:40 AM | Show all posts
sambung la lagiii detoxxxx.... sikit sangat tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2011 10:52 AM | Show all posts
bestnye... xsabar nak tggu versi cetak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:25 AM | Show all posts
ni lagi buat tak sabar nk tunggu buku detox
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:32 AM | Show all posts
yeayyy..detox dah kuar cita baru .. versi cetak akan keluar masa terdekat ni ek?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 12:14 PM | Show all posts

.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 01:34 PM | Show all posts
sambung sebab dua lagi lah )
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2011 01:36 PM | Show all posts
Bab 3       

MEGAT NASIR menepuk meja sampai air teh o yang di dalam cawan terpercik, kulitnya yang agak cerah menjadi merah disebabkan amarah. Matanya merenung Harith dengan api kemarahan yang menjulang-julang tingginya. Kamariah hanya memandang kedua-duanya. Dia takut melihat suaminya yang sudah separuh naik hantu, geram melihat anaknya yang buat keputusan terburu-buru.

Inilah akibatnya kalau di paksa. Budak zaman sekarang mana boleh di paksa-paksa. Tiga tahun Harith menderita, tiga tahun juga Lili terseksa. Sayangnya Megat Nasir tidak dapat menghalusi perasaan mereka. Perasaan anaknya sendiri. Dia dan Kamariah juga berkahwin atas pilihan orang tua, mereka bahagia, dia sangat menyintai isterinya dan dia kira Kamariah juga amat mengasihi dirinya. Rumahtangga mereka aman sejahtera selama berpuluh-puluh tahun, dan sudah terhasil 4 orang anak, Megat Adi, Megat Naim, Puteri Nazwa dan yang bungsu Megat Harith. Semua anak-anak yang lain hidup bahagia, Megat Nasir juga sudah ada berbelas cucu. Tapi di mana silapnya, Harith anak paling bungsu, anak paling di sayangi dan anak yang paling dipercayai untuk merapatkan silaturrahim dengan sahabat paling akrabnya, Alias, telah berlaku curang padanya.

Alias bukan orang lain, mereka sudah bersahabat sejak dari kecil, ke sekolah sama, merantau ke negara asing juga bersama. Keluarga Megat Nasir dan keluarga Alias, dua keluarga yang bagaikan saudara. Harith sendiri mengenali Lili sejak kecil. Mereka berkongsi tahun kelahiran yang sama cuma Harith tua dua bulan dari Lili. Mereka ke sekolah rendah yang sama. Cuma terpisah di sekolah menengah apabila Lili di masukkan ke STF dan Harith ke MCKK. Namun, hubungan Lili dan Harith tetap akrab, setiap ada peluang mereka akan bercuti bersama, saling berkunjungan. Jadi mana silapnya ? Megat Nasir mengurut dahi dan menarik nafas paling berat.

“Harith, kenapa kamu tak boleh pikir sebelum buat keputusan. Kenapa kamu selalu memikirkan diri kamu sendiri ?” tanya Megat Nasir, dia yang tadi berdiri kembali duduk.

Kamariah di sebelah mengelus belakang suaminya perlahan-lahan, seolah menyabarkan hati yang sedang panas itu.

Harith diam sahaja, dia sedang mencari kata. Dia tahu apa sahaja jawapannya akan tetap di selar orang tuanya.

“Umur dah banyak tapi tak boleh guna otak !” marah Megat Nasir tidak bertepi.

Harith menggigil menahan marah. Dia malas hendak bertekak, tak ada gunanya api di lawan dengan api, dia bangun dan terus meninggalkan ayah yang masih bersyarah tidak henti-henti.

“Harith, I am not finished yet !” jerit Megat Nasir garang.
“I will come back once you are more sensible to talk…” matanya menentang Megat Nasir di birai pintu, matanya juga lembut menerjah wajah pilu Kamariah.

Halkum Harith bergerak-gerak dia tidak sampai hati meninggalkan ibu di saat pipi itu basah dengan air mata. Harith bergerak juga akhirnya, berjalan laju ke kereta. Kenapa semua orang tidak boleh faham ? Kenapa juga dia harus faham dengan semua orang. Argh ! Dia cuba untuk jadi anak yang taat, tapi dia juga tidak boleh mendera Lili. Itu tidak adil. Tidak adil untuk dia, tidak adil untuk Lili.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 01:39 PM | Show all posts
RUANG makan masih lagi di kelilingi hawa panas. Megat Nasir memuncung merenung cawan teh. Kamariah monyok di hujung meja. Pening kepala dia. Selama ini tidak nampak langsung ada pergeseran dalam rumahtangga anaknya. Lili nampak bahagia saja, Harith juga tidak pernah mengadu apa-apa dengan dia. Mereka berdua akan datang sekiranya ada acara keluarga. Hubungan mereka tidak pernah nampak dingin. Apakah aku yang terkabur dengan drama mereka selama ini. Kasihannya pada Lili. Senyuman dan tawa darinya rupa-rupanya hanya sandiwara menutup kesedihan hatinya. Kamariah mengeluh lagi. Banyak mana pun dia mengeluh tetap rasa kesal itu tidak pernah mahu surut.

“Mulai hari ini Harith bukan anak aku lagi.” Megat Nasir bangun dan terus meninggalkan Kamariah yang terkulat-kulat.

Dia menepuk dahi. Apa hendak jadi dengan keluarga ni. Kenapalah baran Megat Nasir tak pernah surut-surut. Semua katanya sahaja yang betul. Semua katanya sahaja yang hendak di dengar. Inilah jadinya kalau budak-budak dipaksa-paksa.

“Abang, dia tetap anak saya. Abang tu yang patut ubah cara.”

Terhenti langkahnya ditengah-tengah ruang makan dan ruang tamu.

“Aku ? Aku perlu berubah ?” matanya bulat memandang Kamariah.

Kamariah mengangguk, cuba tunjuk berani.

“Selama ni budak-budak tu semua kena ikut kehendak abang sahaja. Tak pernah abang nak biar mereka buat ikut rasa hati mereka. Mereka ada hati, ada  perasaan juga. Abang tak ubah macam diktator.” Suara Kamariah keluar tenang. Selama ini semua rasa itu hanya terhimpun dalam dada, tidak berani dia hendak meluahkan, faham benar dengan perangai panas baran Megat Nasir.

“Aku diktator ?” Megat Nasir berpatah balik, dia berdiri betul di tepi Kamariah. Dia tidak silap dengar. Isteri yang selama ini menurut saja tiba-tiba menuduh dirinya diktator. Sakit hati dengan Harith tidak hilang lagi, bertambah geram dikata begitu.

Kamariah angguk. Dia beranikan diri menatap wajah Megat Nasir. Sangkanya tentulah Megat Nasir akan mengamuk tapi dahinya yang luas itu berkerut dan matanya memandang tanpa berkedip pada Kamariah. Tidak ada riak hendak marah, cuma macam terkejut.

“Kejamkah Abang kalau hendak anak-anak bahagia ?” tanyanya perlahan.
“Bukan cara begini Abang, bukan dengan memaksa mereka.”
“Si Harith tu memang degil dari kecil lagi. Dia yang ada masalah, bukan aku. Awak tu yang manjakan sangat dia tu. Tu la jadinya, buat perkara ikut hati. Tak mahu duduk berbincang.” Leter Megat Nasir macam tidak mahu sudah-sudah.
“Dia turut cakap Abang, dia ikut hajat Abang, tapi apa jadi sekarang. Kita hancurkan hati dua budak tu, kasihan Lili. Kasihan dia Bang…” Kamariah sudah mula mengalirkan air mata.
“Sekarang awak nak salahkan saya pula ?” dengus Megat Nasir, dia menggeleng kepala. Rasa tidak percaya pada apa yang baru diluahkan Kamariah.
“Tidak lah, tapi….”

Megat Nasir tidak berhenti dari menggeleng kepala dan terus meninggalkan Kamariah. Air mata seorang ibu mengalir tidak henti-henti. Dan apabila panggilannya pada Lili tidak bersambut, hatinya makin rawan. Lili, menantunya yang manis, yang sentiasa ceria, yang sentiasa buat dia ketawa kini dilukai anak bongsunya. Kamariah mengenang kembali 3 tahun lepas. Masih jelas diruang matanya senyuman manis Lili saat menjadi menantunya.

Dia sedar Lili senyap-senyap mencintai Harith dari remaja lagi. Itu sebab bila mereka bersepakat mengahwinkan Lili dengan Harith, Lili tidak membantah pun. Tapi yang dia tidak nampak adalah perasaan Harith, kasihan Harith, dia pendam perasaannya hanya kerana mahu taat pada orang tua. Harith anak yang baik, tapi kenapa buat keputusan tidak mahu merujuk pada dia dahulu. Mungkin pandangannya sudah tidak ikut zaman lagi. Budak sudah besar, konon sudah banyak tahu, pandangan orang tua macam dia tak mahu langsung diminta. Kamariah tarik nafas lebih dalam. Dia menelefon Lili lagi kali ini panggilan di sambut suara lemah. Hati Kamariah makin walang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2011 01:43 PM | Show all posts
Reply 30# hotmum


hi hotmum ! selamat datang..ahlan wah sahlan   ... kat sini banyak cerita yang dikongsi bersama2. kalau nak baca cerita detox yang dahulu (yang masih open accessnya) sila lihat tajuk
a) Terasing
b) Karina
c) One More Time
d) Chocolatl + Fwower = Love (Ini belum tamat2 lagi hehehehe)


link  untuk Bercinta Lagi - di tutup sbb sudah keluar buku a.k.a 3 Jantung Hati

selamat membaca pada hotmum, recommended authors kat sini - sang_arjuna (i love all her stories)
dan cfm_blingblings (cerita2 bling smua mantops !), dan banyak lagi, stories by adilla, nazurah, bintang (banyaklah !)

Love
Detox.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 01:55 PM | Show all posts
Bab 4       

LORONG belakang Pasar Seni agak lengang hari itu. Lili duduk dan memerhati sahaja gelagat beberapa pemuzik jalanan yang tidak jemu-jemu memetik gitar. Mengalunkan lagu-lagu mereka. Lili termenung, mengenangkan gelaran ‘Mak Jan’ yang di hadiahkan oleh Harith padanya. Dia mencebik. Sedih. Dia memang suka pada Harith sejak mereka kecil lagi. Rasa suka itu mula berubah menjadi ‘cinta’ sewaktu umur dia masih muda, masih tergedik-gedik main teng-teng lagi. Entah macam mana dia boleh tukar mood dari suka ke cinta, dia pun tidak tahu. Tapi rasanya masa Harith cuba pukul keling botol yang menyakatnya. Ya masa tulah Lili rasa Harith boleh jadi pelindungnya. Namun rasa itu dipendam sahaja. Malulah kalau nak diheboh-hebohkan, nanti kena sakat dengan abang-abang dan kakak Harith. Kalau rahsia dia ‘cinta’ pada Harith terbongkar, dia tidak sanggup lagi hendak menyertai acara-acara yang diaturkan dan paling dia takut, kalau kena gelak dek Harith. Sebab itu dia pendam sahaja.

Ketika di sekolah menengah, Lili ingat lagi dia tidak sabar-sabar untuk pulang bercuti. Dia mahu bertemu Harith. Zaman dahulu manalah ada email, mana ada handphone yang membolehkan sms menjadi penghubung, jauh sekali facebook, yahoo, skype dan macam-macam lagi. Komputer yang ada dalam makmal komputer hanyalah untuk belajar pengaturcaraan Basic, skrin pun hitam dengan tulisan hijau sahaja. Perkataan internet dan network belum lagi wujud dalam kosa kata orang-orang di Malaysia.

Masa mereka sudah melangkah ke universiti pula, tali persahabatan tetap terjalin. Surat dan telefon menjadi penghubung. Perbualan mereka juga lebih dewasa, tetapi tidak sedikit pun menjurus pada hati dan perasaan. Lili sahaja yang menanti kalau-kalau ada rasa yang sama di pihak Harith. Lili pendam sahaja perasaan rindu dan cinta yang semakin hari semakin hidup bila tiada tanda-tanda Harith mahu menapak ke satu aras lagi dalam persahabatan mereka.  Dan apabila Harith mula bercerita tentang Suraya, Lili sorokkan lagi perasaaannya.

“Ili, esok birthday Suraya, apa patut I buat buat eh ?”
“Hmm, tengah-tengah malam call orang, just nak tanya tu je ke ? Buat BODOH je lah !” Lili mengulum senyum. Tapi dadanya rasa sedih juga. Lima hari lepas harijadinya tapi ianya berlalu tanpa ucapan pun dari Harith, hadiah lagilah tak ada ! Kalau dulu, jam berdetik ke angka 12 sahaja tentu dia akan terima panggilan dari Harith. Tapi sejak sudah ada Suraya, Lili semakin rasa terpinggir.
“Ala, nak tanya siapa lagi kat sini.” Harith ketawa.
Lili mencebik, tapi tentulah Harith yang jauh beribu-ribu batu itu tidak nampak.
“Cepatlah jawab, ingat murah ke call dari Kanada ni ?”
“Kalau dah rasa mahal, buat apa minta nasihat Ili lagi !” getus Lili.
Harith ketawa.
“Hmm pergi piknik kat tepi sungai, sebelum tu kutip bunga-bunga liar kat situ. The most important thing is, you must cook. Buatlah sandwiches ke, apa-apa la as long as you do it yourself. Perempuan suka kalau lelaki buat something simple yet special camtu.”
“Picnic ? Hmm sounds romantic, tambah sekarang it’s spring. So wild flowers memang cantik-cantik. Thanks sis. I owe you again !”
“Ya, the ‘you owe me’ list has grown longer and longer tau ! Balik nanti I demand hadiah ! Dah la birthday I tak wish apa pun..” akhirnya dia berani juga meluahkan apa yang terbuku.
“Oh my ! I am so useless ! Happy Birthday my darling Lili. Semoga sentiasa sweet …”
Lili tersengih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 01:57 PM | Show all posts
Jauh dia mengelamun, hinggalah alunan harmonika menjengah gegendang telinga. Lili terus mengangkat muka. Lili ralit mendengar bait lirik lagu Ghazal Asmara. Suara penyanyi jalanan itu juga tidak kurang bagusnya. Dan tiupan harmonikanya juga sangat mengasyikkan, nak-nak kalau dia bawak lagu-lagu rakyat dan blues. Memang layan habis ! Tapi petang itu lelaki itu memilih untuk membawa lagu puisi yang mengungkapkan kata cinta, kerinduan yang tidak tertanggung dan kesakitan akibat kehilangan cinta. Tepat betul untuk mengambarkan dirinya ketika itu.

Lili terbuai dalam lirik indah yang mengalunkan qasidah. Dia juga asyik melihat aksi lelaki itu. Tiupan harmonikanya begitu harmoni bergabung dengan paluan geduk anak seorang lagi temannya. Lelaki yang sering ada di lorong belakang itu tidak pernah jemu menghiburkan orang yang lalu lalang mahupun yang duduk menonton. Lelaki yang selalu memainkan lagu menghiburkan hati Lili yang sepi.

Tepukan gemuruh memercik dan lelaki itu tertunduk-tunduk hormat. Lucu sahaja gayanya. Lili menanti kalau lelaki itu akan memainkan lagu lain, selalunya kalau belum cukup lima buah, dia tidak akan berhenti menarikan bibirnya pada harmonika biru tua itu atau mengusik tali-tali gitar akustiknya.

Dari jarak yang tidak berapa jauh, dia mengintai lelaki itu. Lelaki itu sedang berbual dengan gadis yang menjual air-air kotak yang terletak dalam beg besar, senyuman dan anggukan kepala tidak henti-henti. Di lorong itulah selalunya dia kemari, menanti lagu-lagu dari pemuzik jalanan itu. Mengurangkan rasa sepi tidak diendah Harith. Hatinya akan tersenyum melihat cara hidup mereka yang simple. Senang dalam pengertian mereka sendiri. Oh dan tentulah dia juga senang melihat dan mendengar pemuzik jalanan itu beraksi.

Lili menghela nafas. Perlahan dia bangun, mula melangkah. Nak pergi mana ni ? Pertanyaanya dari tadi masih belum punya jawapan. Terasa kosong pula. Walaupun selama ini dia dan Harith tidak punya hubungan seperti suami-isteri lain, sekurang-kurangnya dia tahu, dia akan balik ke rumah yang dikongsi bersama Harith. Walaupun sepi saja tapi dia tahu Harith akan balik juga, lewat malam, bila dia sudah pun lena. Sungguhpun mereka kurang bercakap-cakap, dia rasa selesa saja berselisih dengan Harith di ruang makan atau ruang tv atau di dapur. Masanya juga terisi dengan tanggungjawabnya sebagai ‘isteri ghaib’. Dia tetap melakukan perkara yang rasanya perlu dilakukan, memastikan Harith keluar ke pejabat dengan segak; kemeja dan seluarnya di gosok rapi, memastikan bilik Harith yang bertentangan dengan biliknya sentiasa bersih dan terjaga. Ada juga hari-harinya Harith akan menjerit kerana dia ‘tersalah’ letak barang-barang dan dia akan meluru menyelamatkan keadaan. Sekurang-kurangnya perkara-perkara kecil itulah yang membuatkan hidupnya tidak sekosong hari itu.

Hmmm, nak pergi mana ye ? tanyanya lagi.

“Cik…” suara Gibran menegur.

Langkah kaki longlai terus berhenti. Lili memaling. Lelaki itu !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 01:59 PM | Show all posts
“Awak tertinggal ni…” dia menyerahkan satchel coklat tua.

Ya Allah ! Betul-betul Lili lalai. Memang tepat gelaran “minah cicir” di beri padanya waktu zaman sekolah, dan nampaknya gelaran itu sudah kembali lagi.

“Terima kasih…..” Lili menawarkan segaris senyuman dan terus mengambil beg yang terisi segala khazanah penting dalam hidupnya.
“Hati-hati, kat sini tunggu je nak sambar beg mahal macam ni….” Kata Gibran, matanya tunduk, tidak memandang tepat.
“Bukannya ada apa pun…”
“Mereka tak tahu apa kat dalam, tapi jenama tu dah cukup buat orang mengagak isinya juga mahal..” Kali ini mata mereka tertembung  namun cepat-cepat mata dilarikan mencari titik tumpuan lain.

Lili hanya senyum tawar. Nak perli pun sikit-sikit dah la, beg tu bukan ori pun. Berlambak di jual di sekitar Jalan Masjid India atau tempat famous barang ciplak, Petaling Street.

“Selalu nampak awak kat sini…reporter ke ?” Gibran merujuk pada bag kamera yang tersangkut di bahu.

Dia sering nampak wanita itu merakamkan aksi mereka dengan mengacu kamera, lagaknya nampak profesional saja. Pernah juga dia google mana tahu terjumpa gambarnya di ruang alam maya, tapi tak pernah pula terserempak di mana-mana.
Lili mengangguk dan menggeleng cepat-cepat. Angguk untuk mengiakan dia selalu ke situ untuk dapat hiburan percuma dan geleng kerana dia bukan reporter, dia merakamkan gambar bukan untuk dilaporkan tapi untuk menjadikan ianya kenangan dan koleksi peribadi.

“Saya suka dengar live show, dan kat sini FREE… petang ini awak bawa lagu Ghazal kesukaan saya.” katanya seiring dengan mata yang dibulatkan.

Gibran ketawa sedikit. Memang tipikal orang Malaysia, kalau bagi free semua berduyun-duyun !

“Oh, Ghazal, puisi menceritakan kesedihan. Asmara yang lenyap menggantikan derita.
Hmm, itu semua lagu-lagu nak meruntun perasaan, entah kenapa hari ni saya rasa nak bawa lagu tu.” Gibran menggeleng sedikit, macam dia menyesal pula bawa lagu mendayu sedih itu. Macam mematahkan semangat pun ada. Kenangan pahit tiba-tiba mengetuk hatinya petang itu, lantas Ghazal Asmara di pilih untuk sengaja menyemarakkan rasa sakit dalam hatinya.

Lili hanya tersenyum. Ya lagu tu macam kena saja dengan kesedihan aku petang ni.

“Gibran…” dia memperkenalkan diri.
“Lili Alias.”

Mata mereka sekali lagi bertaut menggantikan tangan yang selalu di hulurkan tanda perkenalan. Dua saat saja, dan cepat-cepat dialih lagi.

“Tapi lagu rakyat yang awak alunkan lebih segar. Saya suka.”
Gibran senyum, “Lagu macam tu tak laku. Orang sekarang lebih suka pada lagu menjurus pada cinta, pantun nasihat kurang sikit. Radio pun mana nak putar lagu-lagu tu….” Ada kesal dalam nadanya.

Lili mengangguk setuju. Benar. Lagu yang sering dipinggirkan. Lagu yang hanya dimainkan ketika ada majlis kebudayaan, meraikan tetamu dari negara luar.

“Nak balik dah ?” tanya Gibran bila lihat Lili mengundur sedikit.
"Yupe, konsert pun dah habis…” selorohnya mengundang tawa dari Gibran.
“Kalau nak tunggu, saya mainkan satu lagu lagi.”
“Terima kasih, tapi dah lewat, saya ada hal lain.” Hal apa Lili ? Hatinya mencebik.

Gibran membalas dengan mengangguk. Sepi, walau di lorong itu sedang rancak dengan street dance sekumpulan pemuda, hip hop la sangat.

“Ok, terima kasih untuk ini.” Dia mengangkat sedikit satchel coklat tua dan berundur setapak lagi.
“No hal.” Jawabnya. Senyum segaris dan terus berpusing bergerak ke tempat kawan-kawannya berkumpul.

Lili juga bergerak perlahan menuju ke stesen LRT Pasar Seni.

Tak berapa saat lepas itu, Gibran berpaling. Lili juga. Ops ! Senyum dipaksa kerana dua-dua sudah termalu. Lili tarik nafas, Gibran juga. Macam mana la boleh sama timing pula !

Langkahnya terhenti sekejap apabila terdengar sayup-sayup irama zapin. Zapin Berpesan mengiringi langkahnya di remang-remang petang yang makin tua.

Bukanlah madah, sebarang madah,
Madah pusaka, tinggalan yang dulu.
Bukanlah megah sebarang megah,
Megah berdendang irama dahulu.
Pesanlah ibu, kalaulah berkata, kalaulah berkata
Rendah suara, rendah suara jangan meninggi
Hati orang perlu dijaga,
Jangan sampai tersinggung rasa,
Tersinggung rasa sampai ke mati…..

Adat lama jangan dilupa
Itu sendi tegaknya budi
Pesanlah bonda
Janganlah canggung rentak rebana
Biar serasi hai dengan tarinya
Bila dijunjung adatlah lama
Baru Melayu rasalah di jiwa
Walau di mana letaknya diri
Adat pusaka janganlah dilupa
Warisan bangsa jangan ke tepi
Itulah pesan pusakalah bonda
Pusaka bonda
Pusakalah bonda

Langkah kakinya kini beriringan dengan nyanyian kecilnya. Lirik lagu Zapin Berpesan menemaninya hingga ke stesen LRT. Dia senyum. Untuk seketika hatinya yang pilu dan layu rasa mengembang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 02:06 PM | Show all posts
Reply 49# detox


tq tq detox ... cerita u best lah ... mana nak cari novel 3 bintang hati tu .... ? ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 02:17 PM | Show all posts
Reply 53# hotmum


    novel 3 jantung hati ada kat mph/ popular , kalau tak de boleh order online kat Jemari Seni (www.jemariseni.com)

     thanks dear !
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 02:26 PM | Show all posts
walaupung baru baca tapi dah rasa nyampah kat harith...  simpati kat lili...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 02:26 PM | Show all posts
best.....best.....best.....best.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2011 03:01 PM | Show all posts
Reply 55# asyriqa


janganlah menyampah kat Harith. Kesian kat dia juga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 03:45 PM | Show all posts
Akak..
tau akak sibuk..
tp nk jugak tulis....
NEXT PLEASE!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 03:57 PM | Show all posts
wahhh bestnya detox utk buku yang ke2 .... macam nak kena beli tisu byk2 je ... tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 04:51 PM | Show all posts
Seronok membaca...terkhayal diriku seketika......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082312 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list