View: 101|Reply: 0
|
Presiden! tolong jelaskan
[Copy link]
|
|
Bekas Bendahari mahu AJK SENIMAN beri penerangan kedudukan kewangan persatuan\rPRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Harun Salim Bachik diminta supaya memberikan penjelasan berhubungan dengan pengurusan dan kedudukan kewangan persatuan itu kerana menimbulkan banyak keraguan di kalangan ahlinya.\r\n\n\n\n\rAntara perkara yang menimbulkan persoalan besar ialah mengenai perjanjian jual beli bangunan SENIMAN di Taman Setiawangsa dan pengeluaran wang daripada Tabung Yayasan Seniman yang dianggarkan berjumlah lebih RM60,000.\r\r\n\n\n\n\nDalam satu pertemuan dengan Hip baru-baru ini, bekas Bendahari SENIMAN, Abu Bakar Omar mendakwa pada hari terakhir memegang jawatan itu, dua akuan persatuan ini mempunyai simpanan tunai berjumlah RM48,001.52. Ketika itu akuan satu mempunyai baki tunai RM23,756, manakala akuan dua pula ada baki tunai sebanyak RM18,127.\rAbu Bakar yang menjadi Bendahari ketika SENIMAN di bawah dipimpin Datuk Mustapha Maarof iaitu antara tahun 2007 dan 2009. \rKatanya, apabila dia menyemak semula kedudukan kedua-dua akaun dalam Mesyuarat Agung persatuan itu pada Mac lalu, didapati akaun satu yang hasilnya dikumpul daripada yuran keahlian hanya berbaki RM925.52. Manakala akuan dua yang menempatkan wang hasil kegiatan SENIMAN pula berbaki RM3,693.82. \rSehubungan itu, Abu Bakar mempersoalkan bagaimana Ahli Jawatankuasa (AJK) SENIMAN sekarang mentadbir persatuan berkenaan dengan kedudukan kewangan yang kian meruncing. \r\n\n\n\nKatanya, baki yang tinggal sekarang tidak mampu menampung sewa bangunan dan gaji kerani yang berjumlah RM5,000 sebulan.\rKetika mesyuarat agung SENIMAN yang lalu, dia meminta AJK mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan ia dipersetujui pucuk pimpinan persatuan yang berjanji untuk mengadakannya dua bulan selepas kali terakhir diadakan pada Mac lalu. Bagaimanapun genap tiga bulan, EGM itu masih belum diadakan lagi.\r“Apabila presiden menyatakan dia ingin mempertahankan jawatannya, kita anggap EGM yang diputuskan tidak berlaku. Saya beranggapan AJK tiada mengadakan EGM. \r“Banyak lagi kekeliruan timbul. Tanda tanya yang paling jelas berhubung pembelian sebuah bangunan yang sebenarnya sudah dijual pada orang lain. Modus operandi yang digunakan mereka sama dengan yang berlaku pada 2000. Pucuk pimpinan pada ketika itu mengeluarkan wang persatuan untuk membeli bangunan SENIMAN, tetapi wang itu lesap.\r“Kebanyakan majlis dianjurkan SENIMAN dari tahun 2009 hingga sekarang lebih banyak rugi. Pelancaran kad Senicare, SENIMAN rugi RM3,000. Majlis pelancaran SENIMAN All Star pula persatuan rugi RM 850. Malam Lagenda Perdana, SENIMAN rugi RM25,015.90. \r“Paling misteri, adalah tapak Ramadan. SENIMAN bayar RM7,413.00 untuk sewa tapak. Tapak itu disewakan kepada lebih 20 artis pada harga RM700 satu tapak. Bagaimanapun wang yang masuk dalam akaun hanyal RM700 saja. Di mana hilangnya wang lain?\rAbu Bakar membuat penjelasan ini sebagai susulan daripada kenyataan Presiden SENIMAN, Harun Salim Bachik yang kecewa dengan tindakan segelintir ahli-ahlinya kerana mempersoalkan kepimpinannya yang diluahkan kepada Hip pada 10 Jun lalu.\rWalaupun Harun tidak menyebut individu yang mempertikaikan kepimpinannya pada mesyuarat agung SENIMAN pada 26 Mac lalu, namun Abu Bakar tahu pihak yang itu ditujukan padanya. Ini kerana, dia paling lantang bersuara pada mesyuarat agung itu. \rEmpat pemegang amanah digugurkan\rABU Bakar menegaskan apa yang didedahkan ini bukanlah berniat mencampuri urusan SENIMAN selepas tidak menyandang sebarang jawatan dalam persatuan itu. \rBagaimanapun penemuan surat perjanjian jual beli bangunan yang diberikan seseorang kepadanya membuatkan dia terpanggil untuk menyiasat apabila menyedari ada kekeliruan pada proses jual beli itu.\rKatanya, apabila dia membangkitkan kepincangan persatuan pada mesyuarat agung tempoh hari, jawatankuasa persatuan dilihat cuba mengelak daripada memberikan jawapan malah menghalangnya daripada meneruskan hujahnya.\r“Sebagai ahli SENIMAN, saya tidak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku. Ahli perlu tahu apa yang berlaku kepada persatuan.\rSaya buat begini bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Mereka tidak perlu takut sekiranya berada di kedudukan yang betul. Keraguan saya terhadap pemimpin SENIMAN sekarang timbul sebaik saja mereka mengambil alih tampuk pimpinan,” katanya.\rMenurutnya, antara keraguan itu ialah tindakan AJK SENIMAN sekarang menggugurkan empat pemegang amanah Dana Yayasan Kebajikan SENIMAN iaitu bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Jins Shamsuddin dan Datuk Mustapha Maarof. \r“Kita melantik mereka sebagai pemegang amanah untuk mengelak berlakunya pecah amanah yang lazimnya berpunca dari dalam. Bagaimanapun, AJK SENIMAN sekarang sudah menggantikan pemegang amanah kepada nama Presiden, Setiausaha, Bendahari dan AJK. “Dengan cara itu, wang dalam akaun Amanah Raya yang menguruskan tabung itu yang jumlahnya RM900,000 boleh dikeluarkan dengan mudah. Saya tidak tahu berapa banyak baki dalam akaun itu tetapi difahamkan sebanyak RM68,000 sudah dikeluarkan tahun lalu.\r“Jadi saya berharap pucuk pimpinan Seniman dapat mengadakan segera EGM bagi menjelaskan kekeliruan ini. Saya tidak mahu perkara ini nanti akan menjejaskan nama baik persatuan Seniman yang disanjung masyarakat,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|