CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Janji Ismail jika diberi peluang aksi di Singapura

[Copy link]
Post time 22-7-2011 09:05 PM | Show all posts |Read mode
PELUANG beraksi pada babak kedua bertemu Liverpool pada perlawanan persahabatan Sabtu lalu  digunakan Ismail Faruqi Ash’ari untuk memikat hati pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal dan ia ternyata berkesan.\rIsmail yang pertama kali diberi peluang menyarung jersi kebangsaan pada perlawanan itu, mengakui gugup pada mulanya ketika berdepan lawan yang jauh lebih besar tetapi perasaan itu diketepikan sebaik menggantikan Safiq Rahim.\r\n\n\n\n\r   “Keinginan untuk mewakili negara sudah lama terpendam dan apabila peluang membuktikan kemampuan terhidang, saya memanfaatkannya sebaik mungkin,” kata Ismail yang kini bersama skuad kebangsaan untuk perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Singapura.\r\r\n\n\n\n\n   “Sebelum ini saya dibawa ke Hong Kong tetapi tidak berpeluang beraksi, begitu juga ketika menentang Arsenal, saya hanya memanaskan bangku simpanan. Jadi peluang beraksi di babak kedua Sabtu lalu, saya gunakan sepenuhnya untuk menarik perhatian jurulatih.”\rBakat Ismail sudah lama diperhatikan Rajagobal tetapi disebabkan tidak banyak perlawanan persahabatan antarabangsa sepanjang tahun ini, ketua jurulatih kebangsaan itu terpaksa menunggu hingga perlawanan Liverpool untuk menurunkan pemain tengah bertubuh kecil itu.\rIsmail, 25, yang menjadi antara tonggak Terengganu ketika menjuarai Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini, berharap dapat meningkatkan persembahannya andai diturunkan ketika menentang Singapura esok, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam skuad kebangsaan.\r“Keyakinan dan semangat saya untuk menentang Singapura semakin memuncak selepas perlawanan dengan Liverpool. Jika skuad negara mengekalkan corak permainan sama dan mengurangkan kesilapan, saya pasti kemenangan tidak sukar dicapai.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.135373 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list