CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 0

Perlawanan gila: Rajagobal

[Copy link]
Post time 24-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Marah tapi jurulatih Harimau Malaya puji kebangkitan\"INI adalah perlawanan gila,\" kata Datuk K Rajagobal selepas Ha?rimau Malaya tewas kepada Singapura 5-3 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.\n\n\n\n“Kami memberi banyak gol kepada lawan dan kemudian berjaya merapatkan jurang dan hampir menyamakan kedudukan sebelum tewas. Sememangnya bola sepak gila,” katanya ketua jurulatih skuad kebangsaan itu.\n\n\n\n\n\n Tanpa berselindung Rajagobal menyifatkan persembahan barisan pertahanan adalah paling buruk apabila melepaskan empat gol selepas bermula baik dengan mendahului 1-0.“Saya pun tidak tahu puncanya apabila semua jari璶gan lawan diperoleh dengan mudah. Kami harus memberi tumpuan mengatasi masalah ini (benteng) jika mahu menang perlawanan kedua Khamis ini,” katanya.Begitupun, Rajagobal memuji persembahan anak buahnya pada babak kedua apabila bangkit merapatkan jurang 5-3 selepas ketinggalan 4-1 pada separuh masa.Sementara itu, jurulatih Si璶gapura dari Serbia, Radojko Avramovic menyifatkan tindakan pengadil memerintah pertahanannya, Ismail Yunos yang menerima kad kuning kedua pada minit ke-53 me璶gubah rentak perlawanan.\n\n\n\n“Kami kehilangan pertahanan berpengaruh dan Malaysia jelas mengambil peluang itu dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit. Jika tidak, saya yakin kami mampu menang selesa,” katanya.“Saingan masih terbuka. Jika kami menang di sini, Malaysia juga boleh menang di halaman sendiri,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list