CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Kedah juara Bola Sepak Liga Remaja B-17

[Copy link]
Post time 25-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEDAH muncul juara kejohanan Bola Sepak Liga Remaja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)-Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Bawah 17 tahun selepas menewaskan Perlis 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium LADA di Langkawi, malam kelmarin.\rKedah yang diwakili SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman turut meraih kejuaraan berganda apabila penyerangnya, Muhammad Syafiq Ahmad dipilih sebagai Pemain Terbaik Final.\r\n\n\n\n\r    Bermain di depan lebih 1,000 penonton, penyerang berbakat itu dan rakannya, Mohammad Fareez Fitri Mohd Iskandar menjaringkan satu gol menerusi tandukan pada permainan masa tambahan untuk memastikan kejuaraan.\r\r\n\n\n\n\n    SMK Tunku Anum yang dibimbing Mohd Rizal Johari bagaimanapun dipaksa bekerja keras selepas pertahanannya, Muhamad Fahmi Zakaria dilayangkan kad merah kerana mengasari lawan.\rGol Perlis yang diwakili SMK Syed Hassan dijaringkan Muhammad Amirul Husin, juga menerusi tandukan pada awal permainan masa tambahan.\rMohd Rizal ketika ditemui selepas perlawanan tamat mengakui anak buahnya menghadapi masalah mendapatkan gol namun berpuas hati dengan kecekalan dan kesungguhan pemain.\r“Kami memperoleh beberapa peluang untuk mengatasi lawan sejak separuh masa pertama termasuk menerusi Muhammad Syafiq, Mohammad Fareez Fitri dan Anwar Hafizi Kholid tetapi tidak menjadi tetapi atas faktor bergerak dalam satu pasukan dan mengatur serangan berterusan, ia membuahkan hasil,” katanya.\r\n\n\n\n\rTerdahulu, SMK Bukit Nenas yang mewakili Terengganu muncul juara Bawah 14 Tahun selepas mengetepikan SMK Seri Kota dari Melaka 2-1 pada Pertandingan Liga Bola Sepak Piala Menteri Pelajaran.\rHadiah disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha KPM (Pembangunan), Nazirruddin Abd Rahman. Turut hadir Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, Datuk Misrah Ibrahim dan Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056199 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list