CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Kerelaan sendiri

[Copy link]
Post time 25-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Jangan kaitkan dengan diaBUKAN mahu menafikan kehebatan kakaknya, Haliza Misbun tetapi Amanda mahu berada dalam dunia seni ini seumpama berdiri di kaki sendiri, tidak terlalu bergantung dengan populariti saudaranya itu.\rSebab itulah, berkali-kali Amanda menegaskan antara dengan dan kakaknya langsung tidak ada persamaan ketara, sebaliknya masing-masing membawa imej dan gaya berbeza.\r\n\n\n\n\r“Kami sering dikaitkan kerana berkongsi ayah yang sama. Itu betul. Tapi selain itu, kami tidak mempunyai banyak persamaan dari apa segi sekalipun, saya membawa personaliti saya yang tersendiri. Kerjaya saya sebagai pelakon pun tiada kena mengena dengan kakak.\r\r\n\n\n\n\n“Tapi kakak memanglah banyak memberikan nasihat dan memberi jalan kepada saya untuk bekerja sendiri. Tidak dinafikan kak Haliza ada memberi sokongan dan tunjuk ajar.\r“Saya sedar saya tidak boleh mengangkat diri setarafnya, kerana dia jauh lebih berpengalaman. Tidak mahu juga dibandingkan dengan dirinya mahu pun menumpang populariti, kerana saya menceburi bidang ini kerana minat serta di atas keinginan sendiri,” kata pelajar tahun kedua Fakulti Psikologi, di sebuah pusat pengajian tinggi swasta di ibu negara.\rDisebabkan minat yang mendalam terhadap dunia lakonan dan ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya yang semakin memberi rezeki mencurah-curah, Amanda menangguhkan pelajarannya 12 bulan, dan akan kembali menghabiskan pengajian berbaki setahun lebih itu pada 2012.\rBaginya, walaupun dia mempunyai karier sebagai pelakon, pelajaran juga penting kerana tidak mahu selama-lamanya bergantung hidup sebagai insan seni.\r\n\n\n\n\rMenyingkap kemunculannya sebagai pelakon, Amanda memulakan karier lakonannya pada umur 14 tahun menerusi telefilem Rohaya Roy yang diterajui oleh kakaknya.\r“Kak Haliza menawarkan wataknya pada usia muda kepada saya, dan saya menerimanya. Sejak dari itu minat berlakon semakin berkembang dalam diri saya. Namun disebabkan masih muda dan sedang bersekolah, saya berhenti sekejap dan kembali berlakon selepas tamat sekolah.\r“Kemudian, seperti pucuk dicita ulam mendatang, Kabir Bhatia menawarkan saya watak untuk drama bersiri, Front Page, dan ia mendapat sambutan menggalakkan dari penonton. Selepas itu pula, saya membintangi telefilem bersama Sheila Rusly, Berdosakah Aku.\r“Disebabkan watak yang saya bawa dalam cerita itu agak berat, saya terharu kerana orang ramai mula nampak bakat saya, malah sejak dari itu, syukur kepada Tuhan, rezeki datang mencurah-curah, di mana banyak tawaran lakonan yang diberikan kepada saya selepas itu,” katanya ketika menceritakan pembabitannya dalam lakonan.\rTambahnya lagi, dia sering diberi watak antagonis disebabkan mukanya yang dikatakan tampak bengis. Namun diakuinya sifat itu amat berbeza dengan dirinya kerana dia seorang yang kelakar dan ceria.\rSebagai pelakon yang masih baru, gadis berusia 22 tahun ini tidak pernah memilih watak dan menerima apa saja tawaran yang diberikan asalkan ia berpatutan, secara tidak langsung membuka lebih peluang pada dirinya untuk mencuba pelbagai watak.\rKetepikan dulu cerita peribadi\rWalaupun masih baru, gadis ini bertuah kerana diberi kepercayaan menjayakan pelbagai watak serta berlakon di sisi barisan nama besar seperti Eman Manan, Fauziah Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan.\rMungkin masih ramai kurang mengenali namanya, namun Amanda sudah menjayakan pelbagai drama dan telefilem, tidak mengira dari watak kecil sehinggalah peranan utama. \rAntaranya ialah Suzana, Angin Rindu Sarajevo, Jidin, Bahang Ravina, Jelma, Kekasihku Seru, Cerita Sebuah Impian, Tragedi Malam Raya, Cinta Buta, Ayu Suraya, Mistik Alam Hitam, Kem Pink, Kemboja Putih, dan Wan Tempe Ke London.\rMasih ada beberapa drama yang turut mengetengahkan lakonannya sedang dan akan disiarkan seperti Stanza Cinta, Gulai Tempoyak Chicken Chop, Dewa Cinta, Pekan dan Rafael.\rAmanda baru saja selesai membintangi telefilem Tunggu Sekejap arahan Along Kamaruddin dan kini sedang dalam penggambaran Sujudku di Sejadah dan Syurga Bagiku.\rSelepas filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami terbitan kakaknya sendiri dan Hijab, filem ketiganya iaitu Klip 3GP akan dibawa masuk ke panggung wayang pada Oktober nanti.\rMelihat kepada senarai drama dan filem yang dibintangi itu, memang Amanda kini sedang memantapkan kerjaya lakonannya. \rMengenai kisah peribadinya, gadis ini mengakui sudah memiliki teman istimewa tetapi tidak mahu memperbesar-besarkan perkara itu kerana dia mahu lebih dikenali atau menonjol kerana kerjayanya sebagai pelakon.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036942 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list