CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10661|Reply: 26

Seni untuk seni, seni untuk masarakat, seni untuk aku !

[Copy link]
Post time 17-7-2003 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Seni untuk seni, seni untuk masarakat, seni untuk aku !!


akuu..aku akuuuu..aaaaaaaaaaku!

aku peduli haper!

aku dunia dan pencipta!


Dia sukelah..mampus die lah

Dia kagum..pedulik haper aku.

Dia meluat..mampus dia tu dia punye pasal.

Dia benci dia nak belasah ....haaaaa mai la...mampus die!

akuu akuuuu akuuuuuuuu! dia orang..? dia oang punye pasal laaaa...!

mampusss dia orang? yer laaaaa...

dia oang mampus aku hidup..aku aku akuuuuuu!

pencipta aku wahdatul wujud..aku kene hidup dia oang kene mati laaaa !

mampus dia orang ..cepat2 bunuh dia orang...! bunuh laaaa....!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2003 01:09 PM | Show all posts

the art of art in life

ART  belongs to a living soul not to that stupid concrete or canvas.

what is this stupid pc screen? hit it up and u feel painnnnn, stupid machine!

ur so called art is dead man..it sucks..deadddd dude ! if u wanna go about

art make em alive dude..yeah aaaaa life..become an artist not a cold slab of

concrete! make anything alive dude..yeaaa aaa life and u r an artist..those

around u r deadddd dude yeaaaa deadddd..they are moving but they really

r deadddd dude yeeaaaaaaa deeeeadddddd..they alive but they r deadddd

dudee...yeaaaaa damned deadddd...poke em kick em slur em yell to em, it

wont do dude..they r DEADDDD !! still wannabe an artist?

kill urself dude! re born and rejoice the ultimate art..ALIVE n KICKING!
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 17-7-2003 01:54 PM | Show all posts
terspeechless aku.bawak bertenang abg aji.gi solat tenang kan fikiran yeK? heheh..
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 17-7-2003 04:20 PM | Show all posts
if u can vent ur frustration creatively....tht's an art too ;)
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2003 04:21 PM | Show all posts

Perghhhh...

the art of provoking n purposely-misinterpreting the arts of life... hehehehe

stupid n dead as u may claim..
yet those r the ones that gives u shelter n sanctuary for your so called alive n kicking living soul..
provide u the ability to wander throughout the universe without really being there physically..ability to chat, ym, pm or reply posts or pick up 'virtual vibes'[oopssss...hehehehe]
n so on.. so on...

see things beyond the 3rd dimension  n u'll understand that every single things living or non living have it own soul as god wont create a thing without serving any purpose...the art of god's creation

[ Last edited by ninoZ on 18-7-2003 at 01:52 AM ]
Reply

Use magic Report

fatin This user has been deleted
Post time 17-7-2003 10:38 PM | Show all posts
salam, bang ajinomototakdegula...

kalau orang berseni, marah dia lembut je, tapi kiasan nya..pedas...

....ni kenapa, kena sampuk ke..... bahasa entah ke mana... ...tak berseni langsung...

maap...ye, bang ajinomototakdegula..
Reply

Use magic Report

Follow Us
BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 17-7-2003 10:59 PM | Show all posts
pms kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2003 12:45 AM | Show all posts
Boleh pakai ke lagi seni untuk masyarakat? Bolehkah seni sekrang ni ubah masyarakat? Atau sekarang dah jadi komoditi macam emas perak je...

M-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2003 01:06 AM | Show all posts
Aku rasa mamat ni cuma salah satu teriakan daripada telapak kaki gergasi pasca-moden. Ramai lagi yang macam ni, menolak segala-galanya sebab segala-galanya relatif... But that's life man. It's no walk in the park... you're just a speck of dust... you're not a beautiful snowflake loved by God...deal with it...

M-
Reply

Use magic Report

Waikiki This user has been deleted
Post time 18-7-2003 01:42 AM | Show all posts
whatever lah.. :re:

to marquez: seni that you mention is too general.. kalau nak ikut, everything yang kita buat ada kaitan dengan seni.. cuma kalau nak bincang yang macam ko cakap tu, kene narrowkan la... seni dari segi apa?? seni suara? seni lukis??
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2003 01:43 AM | Show all posts
harghhhhhh!!!!! camni beshhh!!!!!!!!!! brabo bang ajiiiiiii!!!!!!! saya kasik sokongan moral dan jasmani dari blakang!!!! yeahhh!!!!!!!!! lapan.... lapan lagiiii!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2003 01:57 AM | Show all posts

muahhahahahhaa....

bawak bersabar...manyak baran la pak aji ni...heheheheh
Reply

Use magic Report

Waikiki This user has been deleted
Post time 18-7-2003 02:01 AM | Show all posts
contribution is needed.. not anger.. ho ho ho opss jangan marah..
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 18-7-2003 02:08 AM | Show all posts
tkper....thru anger & frustrations..creativity flows....
Reply

Use magic Report

Waikiki This user has been deleted
Post time 18-7-2003 02:32 AM | Show all posts
Originally posted by BHAI-SUCI at 2003-7-18 02:08 AM:
tkper....thru anger & frustrations..creativity flows....


i agree with you.. ho ho ho eh pesal cakap omputeh ni??
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2003 03:07 AM | Show all posts
Oklah kita narrowkan pada seni lukis + sastera, kerana setakat ni seni bina masih boleh mengubah manusia. Apa pendapat ko?

M-

[ Last edited by marquez on 18-7-2003 at 03:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2004 11:10 PM | Show all posts

Seni Untuk Seni vs Seni Untuk Masyarakat

1.        Seni untuk Seni

‘Seni untuk Seni’ ini berasal daripada seni zaman Renaissance.  Seniman memerlukan penciptaan keindahan yang sungguh2, sejenis hakikat yang abadi (essence) dan tidak berubah2 (serupa).  Keselarasan (harmoni) kadar banding yang tepat dan simetri adalah membentuk keindahan.  

Teori imitasi atau mimesis sangat digemari oleh seniman2 ketika ini.  Peniruan alam seperti watak2 figura dilukis atau diukir dengan teliti dan tepat sekali.  Oleh itu seniman sewajarnya mempunyai ilmu dalam menghasilkan karya.

2.        Seni untuk Masyarakat

Sejak tahun 1956 Majlis Kesenian Melayu (MKM) yang diketuai oleh M. Hossein Anas, sering membincangkan persoalan mengenai ‘Maruah dan Identiti Bangsa’ sebagaimana yang sering dilakukan oleh para sasterawan.  Pelukis2 APS berpendapat mereka juga mampu untuk menyalurkan rasa simpati terhadap isu2 tersebut melalui catan.  

Pada dasarnya terjalin perhubungan rapat di antara Angkatan Pelukis Semalaysia (APS)  dengan ASAS 50 yang ditubuhkan di Singapura 6 tahun terdahulu.  ASAS 50 menegakkan cogan kata ‘Seni Untuk Masyarakat’.  Cogan kata ini juga digunakan oleh APS.  Untuk menegakkan cogankata itu memerlukan sejumlah karya yang dapat menyokong kebenarannya.  

Peranan ini benar2 dipegang oleh M Hossein Enas (Datuk) yang percaya kepada ‘aliran realism’.  Salah satu hal yang ditegaskan oleh realism ialah bahawa ‘dunia nyata dicipta kembali senyata yang mungkin; di dalam karya.   Tegasnya pergolakan masyarakat adalah merupakan cita2 yang mudah dinyatakan tanpa kompromi.

3.        Seni Sebagai Wadah Ekspresi Diri

The Wednesday Art Group ditubuhkan dalam tahun 1952 di Kuala Lumpur.  Pengasas pertubuhan ialah Peter Harris yang bertugas sebagai pengawas seni lukis Jabatan Pelajaran.  Tema kumpulan ialah ‘Seni Sebagai Wadah Ekspresi Diri’.   

Tujuan Kumpulan ialah memperkenalkan estetika dan cara seni lukis kepada golongan muda dan yang berminat terutamanya guru2 seni lukis. Asas falsafah yang disemai oleh kumpulan ini telah menjadi tenaga pembinbing yang utama dalam bidang seni lukis di Malaysia sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2004 11:18 PM | Show all posts
MENINJAU KEMBALI SETENGAH ABAD POLEMIK SENI

Oleh
Sulaiman Jeem
Penulis Sambilan

SEHINGGA kini polemik setengah abad lalu, Seni Untuk Seni dan Seni Untuk Masyarakat, masih diperkatakan terutama dalam mengungkapkan haluan sastera Melayu.

Umumnya masyarakat Melayu lebih mengenali Angkatan Sasterawan '50 atau Asas '50.

Pertubuhan inilah yang telah berjuang mengembang dan memartabatkan bahasa dan sastera ibunda lama sebelum ia ditubuhkan secara rasmi pada 6 Ogos 1950 di rumah Cikgu Muhd Ariff Ahmad di 24-H Henderson Road.

Dengan bercogankan Sastera Bina Manusia kini, pelbagai usaha dan kegiatan sastera telah diusahakan oleh Asas '50 sama ada di dalam atau di luar negeri.
Perjuangannya belum selesai. Tiada titik hentinya, terutama apabila lebih ramai masyarakat bukan Melayu terus berusaha hendak memahami dan mendalami bahasa dan sastera Melayu.

Para pengasas dan pimpinannya gigih dan aktif berkarya demi memenuhi cita-cita dan cogan katanya.

Demikian juga dengan jawatankuasa dan para anggotanya. Pelbagai karya telah diterbitkan. Pelbagai pertemuan di dalam dan di luar negeri telah disertai dan dianjurkan.

Ramai sasterawan dan penulis mapan ketika itu 'menjadi tulang belakang' dan menyokong penubuhannya termasuk Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Usman Awang (Tongkat Waran), Asraf Haji Abdul Wahab dan Abdullah Majid. Antara 19 orang anggota pendirinya yang tinggal kini di Singapura ialah Muhd Ariff Ahmad dan Masuri SN.

Ketika Asas '50 mula dikenali, timbul polemik di kalangan para anggotanya sehingga berlaku perpecahan. Asraf di akhbar Utusan Melayu dan Hamzah Hussein di akhbar Melayu Raya saling bertikam lidah mengenai dua konsep ini.
Akhirnya Hamzah mengajak kawan-kawan yang sehati menubuhkan semacam kumpulan serpihan daripada Asas '50 yang dipanggil Angkatan Persuratan Melayu Baru (APM) sekitar tahun 1952.

Menurut bekas salah seorang pengasas APM, Cik Halizah Mohd Som, antara faktor pendorong penubuhan APM ialah untuk memperjuangkan konsep Seni Untuk Seni, sementara konsep seni yang diperjuangkan Asas '50 ialah Seni Untuk Masyarakat.

Antara para sasterawan dan penulis yang mengasaskan dan menyokong APM ialah Hamzah Hussein, Rosmera, Abdul Jalil Haji Noor, Abu Zaki Fadzil, Abdullah Salihi, Nongchik Ghani dan Syed Omar Abdul Rahman.

Umumnya, kebanyakan pemimpin APM terdiri dari para penulis dan para wartawan daripada beberapa majalah mingguan dan bulanan, sementara teraju Asas '50 pula ramai yang terdiri daripada wartawan akhbar harian Utusan Melayu dan mingguan Utusan Zaman.

Dua konsep seni yang berbeza itu kerap dipolemikkan dalam media tempatan. Sasterawan-sasterawan Hamzah Hussein dan Rosmera, umpamanya, adalah antara jaguh APM yang lantang menyuarakan dan mempertahankan konsep seni APM.

Asraf dan Usman Awang pula adalah di antara para pemimpin Asas '50 yang menyuarakan pentingnya konsep Seni Untuk Masyarakat yang diperjuangkan persatuannya.

Polemik yang berlarutan itu sedikit demi sedikit menghilang tanpa suatu kesimpulan yang dipersetujui bersama.

Menurut Cik Halizah lagi, usia APM tidak lama - kira-kira empat tahun sahaja.
'Apabila ramai pemimpinnya pindah bertugas di Malaysia, majalah-majalah pimpinan mereka juga ikut berpindah tangan. Akhirnya ditutup. Hal ini menjejas kelancaran lalu mengakibatkan pembubaran APM.

'Yang tinggal kini ialah nostalgia dan kenangan manisnya,' ujar Cik Halizah yang kini bergelar Hajah dan Nyai.

Menurut catatan, APM tidak pernah didaftarkan. Begitu juga dengan kumpulan penulis dekad akhir 1960-an dan awal 1970-an seperti Grup Gelorasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2004 11:23 PM | Show all posts
Hamzah: Antara filem dan sastera

Kalau istilah anak tiri indah digunakan, Hamzah Hussin adalah antara anak tiri dunia kesusasteraan yang terpinggir dan tidak pernah diletakkan di tengah pentas.

Kalau diukur, Hamzah sekarang lebih jauh membawa diri dari dunia kesusasteraan berbanding sekian banyak sasterawan lain yang lebih muda, baru dan nipis perjuangan sastera mereka.

Tidak salah kalau ada bertanya, siapa Hamzah Hussin dalam kesusasteraan negara ini? Mana tesisnya? Mana teori-teori baru dan mana kelompok sasteranya?
Ini membuatkan beliau kelihatan kecil, tanpa ditonjolkan sekalipun beliau adalah pengasas gerakan kesusasteraan yang paling berpengaruh dekad 50-an, Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50).

Hamzah barangkali antara sasterawan yang bernasib malang. Perjuangan sastera tidak membawa beliau ke barisan depan sekalipun fahaman ''Seni untuk seni'' pegangan Hamzah mencetuskan debat yang berpanjangan.

Prinsip serta percaya pada fahaman sastera ''Seni untuk seni'' juga membawa Hamzah keluar meninggalkan Asas 50 yang berfahaman ''Seni untuk masyarakat.'' Hingga ke saat ini, setelah 40 tahun berlalu Hamzah tetap percaya kepada ''Seni untuk seni''.

Zaman ternyata tidak pernah mengubah prinsip dan keyakinan Hamzah kepada laras perjuangan seni dan sastera. Dalam konteks semasa, fahaman sastera Hamzah memang ada relevannya.

''Seni untuk seni'' sekurang-kurang menbawa sastera dilihat secara jujur, tanpa prejudis, propaganda atau dieksploitasikan. Kerana jauh di pentas sastera, tidak hairanlah kalau Hamzah sering kelihatan di pentas filem. Bersama-sama generasi baru filem tempatan, Hamzah masih mampu ketawa, celoteh dan hujah bersama.

Hamzah boleh berkongsi cerita paling lucu Hishamudin Rais atau U-Wei Haji Saari. Pada masa yang sama beliau memahami bahasa dan rasa rakan segenerasi seperti Jamil Sulong, M. Amin atau Jins Shamsuddin.

Pada usianya memasuki 72 tahun, kemampuan dan komitmen Hamzah dalam perfileman tempatan tidak pernah berkurangan. Kemampuan melontarkan idea, pemikiran serta menjadi ''perpustakaan bergerak'' bagi filem Melayu adalah cukup luar biasa.

Di pentas filem, antara jasa Hamzah yang cukup besar ialah memulakan tradisi kritikan, keilmuan dan mengadun nilai-nilai kesusasteraan dalam perfileman. Tradisi kritikan yang dimulakan oleh Hamzah setidak-tidaknya turut melahirkan kolum kritikan yang lebih khusus di media tempatan hari ini.

Hamzah tentunya boleh berbangga apabila tradisi kritikan dan wacana filem yang dimulakannya mengajak khalayak melihat filem sebagai karya seni yang lain daripada produk biasa. Dengan berbekalkan penguasaan dan pengalaman dan kesusasteraan, Hamzah membawa impian itu dalam filem; sebagai penulis skrip dan pengkritik filem. Ketika penulisan tentang perfileman lebih menjurus pada bentuk promosi atau mengajak masyarakat menonton filem, Hamzah memilih pendekatan jauh berbeza.

Penulisannya berbau kritis dan menyusur lebih jauh ke dalam filem. Tentunya Hamzah, penggerak sastera itu melihat filem daripada kaca mata yang berbeza daripada banyak wartawan hiburan lain waktu zaman emas di Singapura itu.

Antologi Pagar Bukan Penjara yang diselenggarakan oleh Dr. Othman Puteh telah diterbitkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penerbitan antologi 116 cerpen Hamzah itu mudah-mudahan boleh mengembalikan Hamzah ke pentas sastera.

Barangkali selepas penerbitan antologi ini, ada usaha-usaha lain yang mengemukakan Hamzah secara sistematik dan akademik. Biarpun usaha itu mencetuskan debat dan polemik, asalkan bertujuan murni ia wajar diteruskan. Tambahan pula Hamzah telah lali dengan polemik.

Lihatlah bagaimana hangatnya polemik antara penggerak fahaman ''Seni untuk seni'' yang dikepalai oleh Hamzah bertembungan dengan Asraf dengan fahaman ''Seni untuk masyarakat''.

Pada Anugerah Skrin TV3 yang lalu, Hamzah telah diberi anugerah khas sebagai mengenang sumbangannya dalam bidang perfileman dan kesusasteraan sejak tahun 50-an dulu. Biarpun anugerah itu bukan membayar sumbangan besar Hamzah dalam perfileman, sekurang-kurangnya ini memperlihatkan generasi hari ini sentiasa mengingati generasi terdahulu.

Ini satu pengiktirafan kepada seseorang yang telah memperlihatkan kesungguhan yang berpanjangan dalam perfileman. Hamzah adalah generasi terakhir yang banyak merakamkan gejolak sastera 50-an dan gemerlapan para bintang, pentas dan dunia filem Melayu di Jalan Ampas
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2004 11:30 PM | Show all posts
Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussein, Karyawan Tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya pernah melalui zaman sebelum dan selepas merdeka. Karya beliau yang pertama menembusi media cetak ialah pada tahun 1931.

Beliau tidak menerima apa-apa bayaran, malah akhbar yang menyiarkan karya tersebut terpaksa dibelinya dengan wang sendiri. Berbeza dengan kini. Kalau sebelum merdeka, patriotik menjadi tema penulisan untuk menaikkan semangat kebangsaan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan, tapi penulisan kini bertemakan pemupukan jati diri bangsa.

Ikutilah temubual eksklusif CikguNet dengan Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussein melihat perbezaan penulisan dahulu dan sekarang.

CikguNet: Kami bagi pihak CikguNet merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Dato' ditemubual.

Sebenarnya, kami sebagai generasi yang lahir selepas merdeka ingin sekali mengetahui bidang sastera khususnya penulisan yang amat berperanan terhadap masyarakat khususnya zaman sebelum merdeka. Boleh Dato' kenangkan kembali perjuangan penulis zaman sebelum dan awal kemerdekaan.

SN Dato' Abdullah Hussein: Terdapat perbezaan di antara tema penulisan dahulu dan sekarang. Penulisan pada masa dahulu, bertemakan perbezaan darjat dan perkahwinan paksa. Ada beberapa penulis cuba untuk mampelbagaikan tema penulisan mereka, tetapi tema dalam karya tersebut adalah secara tersurat.

Ada menonjolkan semangat kemerdekaan. Misalnya Ishak Haji Muhamad dalam keryanya Putera Gunung Tahan, beliau bercerita tentang orang Barat yang mendaki Gunung Tahan, bertemu dengan orang Melayu di sana sehingga menyebabkan mereka terkejut.

Semangat Nusantara dapat dilihat dalam cerpen Bukan Orang Dagang, yang mengisahkan seorang yang terdampar di sebuah pulau selepas sampan yang dinaikinya karam, diterima baik oleh penduduk pulau tersebut sebagai orang 'pulau', bukan orang dagang.

Selepas Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945. Orang Melayu di Tanah Melayu mulai bersemangat untuk menuntut kemerdekaan dan secara tidak langsung menpengaruhi orang sastera. Pada waktu itu, lahir Angkatan Pujangga Baru yang diketuai oleh Sutan Takdir Ali Syah Bana.

Kemudiannya, muncul Angkatan 45 yang dipelopori Chairil Anwar yang banyak menulis sajak-sajak yang terlepas dari konsep syair dan pantun lama. Chairil Anwar memperkenalkan satu konsep baru dalam sajaknya yang terkenal bertajuk 'Aku'.

Pengaruh mulai meresap di Singapura yang kebetulan pada masa itu sewaktu zaman Jepun, Sumatera dan Tanah Melayu bergabung di bawah satu pemerintahan tentera darat Jepun berpusat di Singapura manakala seluruh Indonesia terletak di bawah pemerintahan panglima tentera laut Jepun. Ramai orang Sumatera datang bekerja di Singapura, mereka terdiri daripada orang surat khabar, wartawan dan sebagainya yang sebahagian besar merupakan orang perjuangan.

Selepas perang, dalam Angkatan ASAS 50, penulis mencari satu konsep perjuangan, macam mana mahu mencapai kemerdekaan? Di sinilah timbulnya konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan 'Seni Untuk Seni'. Tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada orang surat khabar, mempunyai akhbar Utusan Melayu, Berita Harian dan majalah.

Perjuangan mereka lebih hebat dan lebih menonjol sebab segala cerpen, sajak dan kerja seni lain dipaparkan di dalam media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. Penulis pada ketika itu berjuang menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera. Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan.

Manakala penulis angkatan sekarang lebih kepada jati diri dan bersifat komesial. Pembangunan yang pesat selepas negara kita mencapai kemerdekaan melahirkan perkembangan kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab itu, masyarakat kini mencari jati diri kerana pengaruh materialistik. Semakin lama semakin hilang jati diri. Penulis-penulis muda mula mencari tema tertentu dan menulis untuk mencari wang atau material.

Namun begitu, bukan semua penulis bersikap sedemikian kerana ramai penulis menulis kerana minat, ada semangat kebangsaan untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat, bangsa dan negara. Penulisan kini lebih halus, terselit seruan dan semangat untuk pembangunan bangsa dan negara.

Bidang penulisan merupakan satu bidang kesukaan seseorang penulis dengan mempunyai minat yang mendalam. Kebanyakan penulis tidak pernah memikir soal wang kerana mereka suka menulis.

Semasa saya mula-mula menulis dahulu, tidak ada bayaran apa-apa malah surat khabar yang menyiarkan karya saya terpaksa dibeli sendiri. Kalau dahulu, kebanyakan novel diterbitkan oleh percetakan, bukan penerbit seperti sekarang ini. Cetakan tidaklah banyak seperti sekarang ini, hanya dicetak 200-500 naskhah sahaja.

Dahulu, diberi 20-30 naskhah sebagai bayaran kepada penulis dan penulis akan mendapat wang dengan menjual buku yang diberi dengan harga 15-20 sen sebuah. Tetapi pada tahun 1950an, Utusan Melayu sudah mula membayar karya yang disiarkan seperti cerpen dibayar 5 ringgit manakala sajak dibayar 3 ringgit.

Kini, penulis mendapat royalti daripada penerbitan sesebuah kerya. Namun, dalam sesebuah penerbitan, pengedar mendapat lebih banyak daripada penulis iaitu 40% diberi kapada pengedar untuk diskaun sebuah buku sedangkan penulis hanya mendapat royalti 10% sahaja. Walau bagaimanapun, sebahagian besar penulis menulis bukan mencari wang semata-mata tetapi atas dasar minat dan bahagia sekiranya karya disiarkan atau diterbitkan.

CikguNet: Penulisan mampu menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Kini, peranan sastera lebih luas daripada itu. Apakah harapan dan saranan Dato' Abdullah kepada masyarakat Malaysia umumnya.

SN Dato' Abdullah Hussein: Masalah yang negara kita hadapi sekarang ini ialah masalah pembaca, rakyat negara kita kurang membaca. Kalau minat membaca dipupuk di kalangan masyarakat, ramai yang membaca dalam erti kata membaca bahan bacaan yang berat seperti novel, bukan sekadar bahan bacaan ringan seperti majalah, banyak bahan penerbitan akan dibeli dan seterusnya produksi karya menjadi semakin banyak dan rancak, penulis pula dapat manfaat daripada itu.

Semuanya bergantung kepada pembeli. Tetapi promosi bahan terbitan pula perlu dipergiatkan supaya khalayak pembaca tahu buku yang berada di pasaran.

Pelajar di sekolah pula perlu ditanam minat membaca. Pelajar perlu membaca sebagai aktiviti lain selain untuk menghadapi peperiksaan. Payah untuk kita mencapai kemajuan dalam bidang sastera sekiranya sikap dan amalah membaca tidak diamalkan di kalangan masyarakat negara ini. Saya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana telah memasukkan sastera dalam sukatan pelajaran di sekolah.

Harapan saya yang lebih besar ialah supaya pihak yang berwajib mencari jalan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia supaya bidang sastera dan pengaruh serta peranan yang penting di dalam masyarakat dapat berkembang maju.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.110979 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list