CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

Tempurung Pecah: Angkat karya tempatan bertaraf antarabangsa ya Mat?

[Copy link]
Post time 26-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tempurung Pecah: Angkat karya tempatan bertaraf antarabangsa ya Mat?Oleh Mamat Khalid2011/07/26\n\n\n\n\n\n\n\nAKU dipanggil oleh kenalan lama yang sangat disayangi iaitu seorang rakan lama - produser - pelakon - adik berjiwa besar aku - Datin Seri Tiara Jacquelina untuk bersama-sama menyiapkan satu teater muzikal bertajuk Secret Life Of Nora, yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada September ini. \rAjengan riso (risau) teman nenguk (tengok) kengkawan (kawan-kawan) yang terbabit! Hebat-hebat belaka.\r\n\n\n\n\rKesemua mereka terdiri daripada manusia teater yang berbakat besar dan berhidung rendah walaupun hasil karya mereka tinggi ukurannya. Steven Dexter, mat saleh jenis British yang mengarah teater terbitan West End seperti Peter Pan dan Pirates of the Penzane - muzik dan lakon pentas milik Gilbert dan Sullivan yang aku sampai sekarang menganga tidak faham jenaka yang terlalu pekat referencenya, Roslan Aziz sebagai Pengarah Muzik; Raja Malik yang bertanggungjawab mereka set; Pat Ibrahim, koreografer yang sememangnya berkali-kali menghasilkan tarian fussion yang mencetuskan keindahan alun tari moden dalam teater tempatan, dan gubahan muzik oleh Weng Onn San yang tersangat muda usianya namun hasil gubahan lagu yang dibikinnya terlalu indah dan teaterical melebihi kemampuan akal budak semuda dirinya!\r\r\n\n\n\n\nAku suka teater.  Apatah lagi yang akan dipersembahkan di Istana Budaya. Segala-galanya perlu padat dan penuh warna-warni. Hiruk pikuk di belakang pentasnya bagai kapal bawang karam. Dari primadonanya hinggalah kepada pembantu skrip, semuanya ligat berlari mengejar babak. Dan, segala-galanya dilakukan penuh kasih pada seni itu sendiri. \rInsan teater bermati-matian kerja mereka dan selalunya mendapat habuan apresiasi segera oleh penonton. Aku suka itu. Berkarya terus menerus menembusi penonton, tiada masa atau objek untuk menghalangnya. Semuanya diberi secara tunai dan jurusan lurus puas terus ke hati penerima. \rKali pertama hasil naskhah aku yang dipentaskan adalah Puteri Gunung Ledang - The Musical yang aku sangat kagum dengan skala produksinya. Besar dan berani. Skrip aku diangkat menjadi sebuah teater yang penuh gemerlapan. \rWalaupun demikian aku tiada dipanggil membabitkan diri kerana mereka yang berkarya memiliki hidung tinggi dan hidung aku sangat lepek di mata mereka agaknya. Aku lihat dari jauh saja. Ibarat kanak-kanak yang melihat anak-anak kaya bermain kasut roda di gelanggang milik peribadi. Sepatu aku selipar jepun yang dibubuh roda yang diperbuat daripada buku benang nilainya. \r\n\n\n\n\rDan berita terbaru aku dengar pula mereka memasang peguam untuk mengatakan Puteri Gunung Ledang tidak boleh dipentaskan lagi jika tiada bayaran kepada mereka kerana naskhah itu sesungguhnya milik mereka! Tak faham teman. Lain menor (sangat) niat orang kurang kasih sayang ini. Tak reti tolak ansur deme (mereka).\rHidup mesti move on. Itu adalah slogan aku sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Kita harus terus berjuang untuk menghidupkan kerja seni kita tanpa perlu memikirkan terlalu panjang apa sahaja halangan atau petaka yang terjadi dalam proses menyiapkan karya kita. Kita berkerja seni. Seribu tahun akan masih hidup bernyawa lagi kerja kita, kalau niat dan seninya jujur. \rItulah caranya Chairil Anwar dapat hidup seribu tahun, fikir aku. Dan kepada mereka yang tidak mengenali Chairil Anwar, silalah layari internet dan bacalah. Anda tidak perlu punyai otak lagi untuk bercerita seni jika anda tidak mengenalinya, Melayu puitis.\rSeterusnya aku ingin membabitkan diri dengan lebih mendalam kerja-kerja teater ini. Kerana aku minat. Kerana aku sangat iri hati melihat pementasan yang berjaya. Indah sungguh kerja mereka. Berat sungguh mengabadikannya. Setiap penonton tempatan mahupun antarabangsa, jurang kepuasan mereka sama jalur nikmatnya.\rApabila dijemput untuk bersama-sama menjayakan teater terbaru dari Tiara dan kumpulan Enfiniti Vision Media miliknya itu, aku ragut. Aku selam sedalam-dalamnya isi cerita dan perwatakan yang digubah oleh Dexter dan penulisnya Raymond Miranda, membawa mereka ke satu arah yang kuat warna tempatannya. Yang lebih mesra dengan persekitaran tempatan yang kita lebih impikan dari menelan bulat apa itu diimport adalah enak.\rCerita yang penuh aksi dan jenaka ini sememangnya menduga kewarasan aku berkarya. Tidak pernah lagi aku berhadapan dengan satu set penceritaan yang begitu mudah tetapi sangat mencabar perjalanan rentaknya. Dari watak, dailog, set hinggalah ke gubahan lagu yang diperdengarkan segala-galanya amat segar dan bijak. Saksikanlah watak Encik J yang dibawa oleh Aznil Nawawi nanti. Dijamin akan mengangkat beliau sebagai pelakon teater pilihan 2011!\rMampukah aku mengikut rentak berkarya di dalam semua ini? Di manakah aku dapat berkongsi sumbangan di dalam pembikinan sebuah teater bertaraf antarabangsa milik tempatan ini? Segala-galanya pasti akan aku hadapi dengan penuh cabaran dan yang jelas aku tidak lagi kanak-kanak yang melihat keramaian di luar pagar.\rSekarang aku berdiri di kalangan mereka yang sama-sama menjayakan satu persembahan seni teater terbaik tahun ini. Satu teater kebangsaan yang berjiwa antarabangsa...

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037057 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list