CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: din_hbl

Weight Loss Challenge November - Disember 2011 (start Page 80)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 30-7-2011 11:49 PM | Show all posts
senarai akhir peserta:

atau check result terkini kat post #1

saya pun tak sangka sambutan amat2 baik. sesiapa yg nak join, mintak maaf sgt2, saya takut ramai2 nnt tak sempat saya nak update berat & buat ranking.

sesiapa yg tak dpt join tu, saya nasihatkan buat rekod sendiri & compare dgn result yg lain2 kat sini. sebenarnya buat rekod berat sendiri boleh membantu anda dlm proses mendapatkan berat ideal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2011 11:56 PM | Show all posts
Reply 140# lady_nF

AKAN ADA ORG DROP OUT.. pengalaman saya buat WLC ni selalunya separuh je yg aktif.

so lady klu u betul2 serius, simpan result u berat hari ni, berat 2hb dan berat 9hb.. sesiapa yg tak update berat dua kali berturut2 (2hb & 9hb) saya akan omit nama mereka dan ganti dgn nama awak, mcmn setuju?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 12:01 AM | Show all posts
Reply 142# din_hbl

Worait, deal!

Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 12:17 AM | Show all posts
tQ TT!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2011 01:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by din_hbl at 31-7-2011 01:20

Kelas WLC Ogos #3: Pemakanan sihat untuk Ramadan
Sesiapa yg nak diet, berpuasa memang boleh menolong kita utk turun berat. Apabila kita puasa, badan kita akan menggunakan lemak dalam badan sebagai sumber tenaga. Namun begitu, puasa zaman moden ni byk sgt dugaannya seperti pasar ramadan, majlis buka puasa, buffet hotel & etc. Bulan puasa dah jadi macam pesta makanan, tak mustahil kalau ada orang naik berat bila time puasa. Jadi dinasihatkan amalkan pemakanan sihat semasa berpuasa bukan sahaja utk turun berat tapi turun secara sihat.

Sahur
JANGAN tak bersahur. Jika tak bersahur, kita tak ada sumber tenaga dan air untuk badan. Bila badan tak ada tenaga, metabolisma akan menurun, bukan lemak yg akan dibakar utk tenaga, tapi otot yg akan dibakar. Walaupun berat akan turun, tapi ianya tidak sihat kerana otot badan menyusut. Keburukannya lemak badan tidak dibakar dan kebiasaannya berat akan naik semula selepas habis bulan Ramadan.

Untuk sahur, ambil makanan sihat yang mempunyai sumber protein, karbohidrat kompleks dan lemak sihat. Makanan tersebut bukan sahaja memberikan kesan kenyang lebih lama malah akan membekalkan tenaga dlm jangka masa lebih panjang berbanding makanan karbohidrat ringkas seperti nasi, mee dan mihun. Contoh-contoh makanan protein ialah ayam, telur, tauhu, tempe, shake protein. Karbohidrat kompleks ialah nasi basmati, roti wheat, sayuran, buahan, oatmeal. Lemak sihat ialah ikan, minyak zaitun, mentega kacang, avocado. Jangan lupa air masak, banyakkan minum air untuk bekalan seharian, 0.5-1 liter air. Kurangkan atau elakkan air manis atau air berperisa bercampur gula kerana gula akan membekalkan kalori ekstra yg tidak diperlukan kepada badan.

Berbuka
Kurma dan air masak 0.5-1 liter sudah mencukupi untuk memberikan tenaga segera kepada badan. Kurma tinggi kalori dan kaya karbohidrat, memberikan energy booster bila berbuka. Ia juga mengandungi zat pottasium, magnesium, selenium & calcium. Ia juga mengandungi unsur antioksidan & serat yg baik utk tubuh. Kemudian pergi tunaikan solat Maghrib. Selesai Maghrib, boleh makan juadah berbuka dengan menggunakan prinsip sama seperti bersahur; makanan sihat yang mempunyai sumber protein, karbohidrat kompleks dan lemak sihat. Kenapa tak terus makan berat semasa berbuka? Makan sedikit demi sedikit akan meningkatkan metabolisma badan. Ia juga boleh mengelakkan anda makan terlalu banyak akibat terlalu lapar.

Moreh
Sembahyang tarawih adalah aktiviti fizikal yg menyamai senaman mini. Oleh itu disyorkan makan snek sihat seperti buahan, biskut wheat, oat utk menggantikan tenaga. Pada masa sama elok juga minum air masak 0.5-1 liter untuk menggantikan air yg hilang dari seharian berpuasa. Kurangkan makan kuih-muih atau manisan kerana ia tinggi kandungan gula dan karbohidrat ringkas.

Note: Untuk kelas2 WLC sebelum ni, sila rujuk post #1
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 02:32 PM | Show all posts
baru nak tanye abg din tips2 nak jaga diet waktu ramadhan..dah ade rupanya..

thanks abg din. selamat berpuasa !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2011 02:50 PM | Show all posts
senarai akhir peserta:

atau check result terkini kat post #1

saya pun tak sangka sambutan amat ...
din_hbl Post at 30-7-2011 23:49


2 Ogos dah nak kena update beratkah? huhu takutnyaaaaaaaaaaa____________ serius nak jaga makan ni ___
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:02 PM | Show all posts
saya follow dibelakang tabir jerr....dh penuh...huhuhuuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 04:55 PM | Show all posts
Cabaran sebenarnya lebih berat di sepanjang 30 hari beraya. Jadi perlu dilanjutkan challenge ittew sampai ke hujung syawal.. *acah jeee..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 05:09 PM | Show all posts
okehhh...selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak pd semua...

semoga ramadhan ini yg terbaik buat kita semua...ameen..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 05:19 PM | Show all posts
Kelas WLC Ogos #3: Pemakanan sihat untuk Ramadan
Sesiapa yg nak diet, berpuasa memang boleh menolon ...
din_hbl Post at 31/7/2011 01:11


thanks tips ni.ana SR kat thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2011 07:24 PM | Show all posts
Reply 149# hanalisa

mmg akan buat sesi WLC lain lepas raya nnt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2011 07:26 PM | Show all posts
Reply 151# chit_ana


  sama2 ana.. ada tips apa2 post la kat sini ye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 08:36 PM | Show all posts
huhu terlepas sudaaaa..silap la smlm x bg details.. klo x dah leh book tmpt...huhu...sy overweight ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2011 06:09 AM | Show all posts
Reply 154# rose_liz

yeke, sory ek.. tapi takpe simpan je bacaan berat rose utk 2hb & 9hb.. kalau ada peserta tak update berat 2 minggu berturut2, saya kuarkan nama diorg n masukkan nama rose, amacam?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 06:12 AM | Show all posts
saya follow kt belakang tabir gak..dah penuh

tak payah updatekan..
tinggi 156
berat :48
target 44.
nak kasi kurang sikit tang perut tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 06:35 AM | Show all posts
tak perasan pon thread neh sebelom neh...
takpela..SR pon ok jugak laa...
byk tips berguna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2011 07:47 AM | Show all posts
Reply 156# mizsela


   dah kurus la miszela ni huhu.. jgn la underweight, tak elok utk kesihatan tau..
   bab perut tu, senam je & gain sikit otot. bila dah ada otot, badan tu akan automatik shaping sendiri.

   kalau nak tau, berat saya skrg ni sama je dgn berat sebelum diet & senam secara serius.. saya naik berat, tapi berat yg naik tu ialah otot, bukan lemak. tapi badan saya lagi kecik dari zaman tak bersenam, skrg pon seluar makin longgar ada la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 08:02 AM | Show all posts
Kelas WLC Ogos #3: Pemakanan sihat untuk Ramadan
Sesiapa yg nak diet, berpuasa memang boleh menolon ...
din_hbl Post at 31-7-2011 01:11



gud info...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 08:03 AM | Show all posts
Cabaran sebenarnya lebih berat di sepanjang 30 hari beraya. Jadi perlu dilanjutkan challenge ittew s ...
hanalisa Post at 31-7-2011 16:55



sokongggg....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071099 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list