CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34324|Reply: 170

Nak tau status terkini ASB... ( syariah compliance atau x ) ???

[Copy link]
Post time 28-7-2011 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by missdirector at 28-7-2011 13:20

Just nak tanya sebab last sekali dengar hari tu di announce ASB & KWSP tak syariah compliance..

http://www.islamituindah.my/asbasn-haram-jabatan-mufti-negeri-selangor   ----> 8 June 2011

tapi tiba2 beberapa hari lepas ada seorang hamba allah ni bg info kat saya kata yang statement dr mufti tu dah dibetulkan..dalam skhabar utusan minggu lepas... ade sape2 yang lebih arif tau tak ?? atau ade mana2 artikel minta share kan...

bukan tak percaya dia tapi hamba allah ni jenis seorang yang sangat conservative dan agak marah bila dengar saudara mara yang lebih muda ckp ASB tu dikatakan haram sedangkan kenyataan tu dibuat oleh mufti ....

dan.. sebab my clients ramai yang nak beli UT ni sebab nak lari dr ASB n KWSP bila diorang dapat tau yg ASB/KWSP tak syariah compliance so ...tapi saya tak nak lah meng'iya'kan info tu kalau info tu yang salah...

sape2 ade update lain pls share kat sini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 11:43 PM | Show all posts
masih tidak syariah compliance..sila call atau rujuk suruhanjaya sekuriti utk kepastian..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 09:44 AM | Show all posts
UT tu syariah sgt kah..kah..kah..kah..?????
Ingat satu menda jerkkk....

Panel syariah UT tu org yg diBAYAR ELAUN oleh sykt UT tu...
lu pikir la seniri.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:03 AM | Show all posts
Mufti kata tak haram kan.. so tak haramlaa.. senang je kan pikiran aku..

kalau bercanggah2 pon, ikut laa kewarasan pikiran msg2.. kalau ko rsa haram, haramle dia.. kalau ko rasa harus..harus ler.. sbb dh ada percggahan kt situ... yakin je laa pilihan ko

tp kalo ko rsa haram, tp org lain kata harus.. ikut suka hati dorg laa.. tak perlu laa nk menegakkan urat tengkuk ko nk mempertahankn pndangan ko..  ikut suka ati depa la..depa punya pilihan..

aku masih berusaha keras memenuhkan tabung asb aku.. huhuu. bila laa nk penuh ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 03:26 PM | Show all posts
ok ajerk..
jgn dgr lebai2 unit trust ngan insuran..
diorg nieh barang cek ciner, bos cek ciner boleh tolerate kata halal...
baik cari pemegang dana beragama islam , sekurang2 nyer takderlah kata KFC kat CHINA dikatakan halal utk dimakan
yg penting jgn lupa zakatkan duit simpanan yg ada setelah cukup hisab...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 05:56 PM | Show all posts
masalahnye.... mufti yang kata haram ( cube check link yang saya letak kat atas tu ). Dan rasanya ade keluar kat surat khabar juge... cuma saya tak pernah nampak.

Ramai client yang approach, kata nak lari dr ASB n KWSP sebab tak syariah compliance punya hal ni... lepas tu tanye saya...betul ke ..?

saya ckp no komen... mmg ade dengar pasal ni... tapi tu bergantung pada pendirian masing - masing. Tapi kalau benar lah ada kenyataan yang mufti tarik balik kenyataan haram ni. saya nak tau... supaya saya boleh bagitau diorang..

saya pun sokong kalau cash disimpan dalam ASB. sebab ASB tolong bumiputera..

KWSP on the other hand... rugi kalau tak keluarkan sikit n invest tempat lain ( UT esp ).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2011 06:09 PM | Show all posts
emmm....
korang buat aku serba salah tau....
bukan setakat asb / kwsp tu halal atau haram..
tapi,
persoalannye, perlu ke aku biarkan atau tutup aje thread nie..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 06:11 PM | Show all posts
Mufti kata tak haram kan..  so tak haramlaa.. senang je kan pikiran aku..

kalau bercanggah2 pon ...
Potpouri Post at 29-7-2011 11:03


mufti mana yg kata tak haram ni ya?  cer citer..kasi le link ke, nak tengok dan baca sendiri...tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 06:15 PM | Show all posts
PNB invest duit kat tempat yang haremmmm
kalau shariah compliace mesti PNB dah tukar semua pada islamic...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 07:25 PM | Show all posts
Reply 8# Swift

Takde link apa.. Tp aku ada terbaca.. Nk cari blk mcm tak brapa rajin.. Tp seigt aku, samada mufti or maj fatwa kbgsaan.. Bg aku yg tak terer sgt ni aku terima kata2 org yg ahli dlm bdg2 nya.. Byk prcggahan.. Dlm islam pn byk prcggahan so up to u laa.. Msg2 ada akal pikiran kan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 08:24 PM | Show all posts
letak kat tabung haji jer lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:31 PM | Show all posts
Kalau ASB baru nk start syariah compliance psti belum 100%. Sbb dr dlu smpi skrg, investment dia terlmpau byk n conventional.

p/s: Syariah Compliance ni approach baru utk menarik lbh ramai lg umat Islam utk melabur di ASB. Bkn terhad utk bumiputera shj.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 07:49 PM | Show all posts
Kalau ASB baru nk start syariah compliance psti belum 100%. Sbb dr dlu smpi skrg, investment dia ter ...
Dzulqarnain Post at 29-7-2011 22:31


stuju...sampai sekarang xde ape2 usaha utk tukar ke dana islamic..bukan tak mampu, tp tak mahu.. setakat nak wujudkan dana baru " Amanah Saham Islamic 1 Malaysia " dah lebih mampu kalau benar2 PNB mahu...

darurat tu ada masa, tempat, dan had, bukan dari dulu kini dan selamanye darurat..

p/s : Mod leh tutup untuk elakkan ramai yg sentap
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:20 PM | Show all posts
eh mod....................... jgn tutup lagi...

aku pun nak tau juga...

setakat yg aku baca kat e-fatwa

yang mengharuskan ialah, fatwa kebangsaan (telah diwartakan), mufti kelantan, terengganu, perak...(tidak diwartakan)

yg kata haram mufti Selangor sahaja (tidak diwartakan)

..... jap nak cari link
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:22 PM | Show all posts
pada aku mudah saja....

ada yang 'perasan' mereka lebih pandai dari majlis fatwa kebangsaan...
mereka ingat mufti2 dan ahli2 majlis fatwa kebangsaan tu bodoh dan tak tahu yg pulangan dari maybank dalam PNB belum syariah compliance...

dorang ni ingat dorang jer tahu dan pandai, orang lain nie sumer bodoh....

dah banyak penerangan berkenaan perkara nie....

kalau setakat tak syariah compliance... tak perlu laa kuar fatwa bagai...
budak sekolah rendah pun tahu..... haram...

itu laa sebab nyer majlis fatwa kebangsaan bersidang.. untuk membuat keputusan...

setelah mendapat penerangan dari PNB...
dan setelah mengkaji sedalam2 nyer...

keputusan persidangan mufti2 itu mengeluarkan fatwa mengatakan... ASB itu harus...

kalau aku jadi mufti yg hadhir dalam majlis fatwa macam tu...
aku takkan mudah2 boleh menghalalkan yg haram tanpa alasan yg betul2 kuat dan pasti..
sanggup ke nak tanggung dosa satu malaya nie...
aku yakin mereka telah puashati dan ada alasan yg kuat sehingga sanggup mengeluarkan fatwa tersebut....
itu kalau mufti tu macam aku laaaaa....

jadi aku terima fatwa tu.... ASB tu harus.

tapi kalau kamu rasa..... kalau kamu jadi mufti dalam majlis fatwa tu...
kamu sanggup haruskan yg haram sebab kamu dibayar gaji....
jangan laa percaya........ sebab mungkin ada mufti tu macam kamu...

so jangan laa simpan dalam ASB...

ukur baju dibadan sendiri...
jangan cepat menghakimi orang lain...
tanya diri sendiri dulu...


kat forum macam nie... tak sesuai tanya pasal hukum...
yg rajin buat hukum sendiri nie... takde credibility pun...

fatwa dah ada... kalau nak tahu lebih pergi pejabat agama negeri...
mintak penerangan...

kat forum nie macam2 org ada...
yang baik.. yang dengki..
yang islam... yang bukan islam...

sebaiknya pergi sendiri pejabat agama tanya mufti..
jangan percaya sangat citer kat forum nie...
ramai yang berlagak suchi...  
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:23 PM | Show all posts
ni link nya...
http://www.e-fatwa.gov.my/

korang taip ASB kluar la fatwa yg aku maksudkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2011 09:41 PM | Show all posts
ni link nya...


korang taip ASB kluar la fatwa yg aku maksudkan
aminkdt Post at 30-7-2011 21:23


dah banyak kali pastekan link nie...

tunggu laa jap lagi...
ada orang yg 'perasan' lebih pandai dari mufti seluruh malaysia pertikaikan fatwa tu...


ASB jer dia tak setuju.... KWSP OK...
sebab dia kerja swasta... KWSP dibolehkan...( 5% punya pasal  rasa aku )
aku rasa kalau dia kerja dengan ASB...  ASB pun boleh OK jugak kot...... terpaksa maaaaaaahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:54 PM | Show all posts
nak tau juga status terkini.....

dlm utusan bleh percaya ker???

ni yg latest kot

Isu ASB dan ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan


KUALA LUMPUR 13 Jun – Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

“Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

“Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut,” katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

“Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

“Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus,” jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

“Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu,” kata jurucakap jabatan tersebut.

Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:57 PM | Show all posts
aku dah tinggal rm50 jer dlm ASB tu....

malas nak tutup kot2 ia masih harus....

cuma skrg dlm behati2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 09:05 AM | Show all posts
igt..keharusan yg majlis fatwa bagi adalah bersyarat syaratnya PNB perlu wujudkan penasihat syariah... perlu ada usaha mengurangkan pelaburan konvensional, darurah dan maslahat ummah pada masa berikut sahaja.. namum begitu, yg diumumkan pada rakyat cuma tang harus sahaja, tang syarat2 majlis fatwa tidak pernah di umumkan..

namun macam biasa, org yg tamak duit ASB cuma pegang tang harus, tang syarat2 lain di abaikan.. darurat dari dulu, kini, dan selamanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.134348 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list