CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missdirector

Nak tau status terkini ASB... ( syariah compliance atau x ) ???

[Copy link]
Post time 31-7-2011 12:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by aLieNzDaToR at 31-7-2011 13:05

Sumber: http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html



Perbincangan Hukum Pelaburan ASB



Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.


Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1)  Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :


"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".


Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :


1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.


a-      Ihya Ulumiddin

b-      Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab  As-Syafie


2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1.        Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.[/quote]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 01:00 PM | Show all posts
Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b-  Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram


Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1-   Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2-   Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3-   Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4-   Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.


Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.


PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Sekian, Wassalam



[1] http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf

[2] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952

[3] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/ ... sult.asp?keyID=1155
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by aarie at 31-7-2011 16:05

Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang
bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan
Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional
(ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.


cuba lihat tarikh tu.... 2008...

cuba baca dan lihat balik tarikh2 lapuran dan statistik kat atas tu dibuat.... 1995, 1996... 2005...
niat yg baik hendaklah kita sertakan dengan perbuatan yg baik.... semoga tidak mengelirukan orang lain

cari lah lapuran baru dan pandangan baru yg majlis fatwa mungkin terlepas pandang...
pandangan dan lapuran lama tu sumer dah dibincangkan....

kat internet berlambak pandangan.... tapi perhatikan tarikh nyer dulu dan dari siapa...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 07:40 PM | Show all posts
nak tau juga status terkini.....

dlm utusan bleh percaya ker???

ni yg latest kot
aminkdt Post at 30-7-2011 21:54


ni aku ade search ikut tajuk dan sertakan link sekali... senang org nak rujuk

http://ohcikgu.com/2011/06/17/isu-asb-dan-asn-fatwa-jabatan-mufti-negeri-selangor-tidak-tepat-mengelirukan/

bila dah bace artikel ni.  ni yang aku faham

1. Pengerusi PNB kata - Harus ikut perbincangan mufti 2005
2. Mufti Selangor kata - Haram ikut surat yang baru kuar april 2011
3. Lepas tu boleh kata.. surat tu dikeluarkan untuk simpanan peribadi dan akan suruh pemilik laman sesawang remove surat tu untuk org lain tengok.

Kalau ASB ni benar - benar haram kenapa nak suruh org tu remove dan sorok surat tu ?? apa yg mufti takut ?? jelaskan je lah kenapa.... kenapa nak tunduk dengan apa presiden kata... apa salahnya org lain tau ?? ni bukan hal main - main tau.

Ps : ASB aku dah zero.. hehe. tak kira la betul atau salah. kalau ragu2 baik tak payah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 09:53 PM | Show all posts
Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangs ...
aarie Post at 31-7-2011 16:03


yg terkini 2011 brader    2011 mufti selangor ckp haram..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:19 PM | Show all posts
dah banyak kali pastekan link nie...

tunggu laa jap lagi...
ada orang yg 'perasan' lebih pa ...
aarie Post at 30-7-2011 21:41


aku tau sapa yg ko maksud kan tue..ada letak hujah dia pun kat sini hujah yg low credentials dan cut & paste..aku malas nak layan si putri tue..kang dia sentap..belum sempat aku balas, mod dah katup..maleh aaaaaa  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2011 11:38 PM | Show all posts
x yah layan la ASB ni...tabung hj suda la...zakat pun da keluarkan siap2...x yah nak pening2 kepala...Tabung Haji yg terbaik setakat ini yg ada di malaysia walaupun masih ada yg pertikai kesuciannya 100%...insya-Allah mendapat keberkatan....ape sgt la nak di kejar kekayaan...nanti mati jugak akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:14 AM | Show all posts
aku tau sapa yg ko maksud kan tue..ada letak hujah dia pun kat sini  hujah yg low creden ...
amirul_nazri Post at 31-7-2011 22:19



   
takpelaaa....
thread ni dibenarkan....
yg thread asb maybank islamic tu tak seswai bebenor nak dibincang ttg hukum asb tu menepati syariah ataupun idak....

as long takde personal attacking... aku allow jer.....
seronok sebenornya tgk perlawanan wrestling nie tau.... kata diriku sambil memamam popcorn di bulan puase...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 12:57 AM | Show all posts
kata diriku sambil memamam popcorn di bulan puase..
system_failure Post at 1-8-2011 00:14

ko sahur popcorn kah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 01:15 PM | Show all posts
ish xkanla ASB haram..emmm..rasanya ramai je org melayu n muslim yg invest di sini...kiranya mcm pelaburan..ianya satu usaha juga kan?? em....maaf jika sy salah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 02:36 PM | Show all posts
bila next majlis fatwa kebangsaan akan bersidang?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 03:57 PM | Show all posts
Salam lg skali,

Dlm byk2 post kt atas ni, semua bercerita pasal halal investment. Bila cerita apa sje investment yg melibatkan bank, it is 99.9% haram. Sbb nya...BANK kata, "Financing is a business" - u can make profits by lending money on interest (riba). Die kate lg, "Aiya, kalo talak riba...mcm mana bank mau untung loo??!! Sapa mau byr gji staf suma~??!!" Hehehe...

Respon saya:
Typical Malay word of wisdom - "Balik kampung tanam jagung". Investment yg sgt berbaloi and 100% halal. Bidang pertanian, penternakan, kraftangan, tekstil, etc. yg menggunakan kaedah tradisional dgn pekerja tempatan, tanah/tapak persendirian yg menggunakan kaedah yg hampir2 primitif.

Dgn syarat:
1. Tiada perantara/dana dari bank (yg bergantung kpd local currency, central bank n world bank.) - kestabilan harga bergantung kpd supply/demand dan bkn George Soros.
2. Tiada dana/bantuan bekalan kerajaan tmpatan - mengelakkan mereka mengawal harga pasaran.
3. Membuka pasaran barter atau setara tnpa ada sebarang kebergantungan kpd (RM) currency.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 11:33 PM | Show all posts
Salam lg skali,

Dlm byk2 post kt atas ni, semua bercerita pasal halal investment. Bila cerita apa ...
Dzulqarnain Post at 1-8-2011 15:57


so anda pun keje bercucuk tanam lah ye? tak gune bank langsung? gune sistem barter? pastu tuka dgn emas dan perak?

camtu ke... aduhai...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 12:45 AM | Show all posts
so anda pun keje bercucuk tanam lah ye? tak gune bank langsung? gune sistem barter? pastu tuka d ...
putrisakura Post at 1-8-2011 23:33



    Plan nye cmtu la. Tp masih lg berperingkat². Yg pnting, stakat ni kna stop brgntung dgn bank. Kna blk pd zaman ubi kayu. Kais pg, mkn pg...dpt gji tros blnjakn. 40% byr hutang² terlanjur, 30% blanje bulanan, 15% utk fmly & 15% savings dlm bntuk komoditi/aset/emas/etc.

p/s: Back to the primitive...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:26 AM | Show all posts
ko sahur popcorn kah?
ruffleen Post at 1-8-2011 00:57



ish... jgn cakap / taip kuat2...  malu ai tau...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:03 AM | Show all posts
Reply 25# putrisakura


   
yg terkini 2011 brader 2011 mufti selangor ckp haram..


ini yang saya dengar jugak. siap nampak surat lagi... dated 14th June if tak silap. tapi yangconfuse, ada kata Mufti Perak & Kedah kata tak haram, yang selangor kata haram...so, which is which?

baru dapat statement dari ASb, bagitahu how much dividen etc... i was approached by  a UT agent..bagitahu pasal ASB ni.. selama ni if tak tau, tak per la...ni dah tau... kena buat apa yg patut la...

so apa status ASB ni? ikut pemahaman masing2 ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 12:27 PM | Show all posts
Reply 36# cn7


    i went online & jumpa ni... betul ke tak, wallahuallam...maybe kena make some phone calls to check whether its true ke tak...

Further we discussed and showed proof that ASB is not endorsed as Syariah compliant.
1. Bank Muamalat, Bank Islam –  why are they NOT agents to ASB ?
2. Features of ASB – Securities Commission does not endorse complying to Syariah Guideline on Islamic Unit Trust Funds via a circular letter (will post here soonest I get the copy).
3. Review and ask why is Maybank Stocks where ASB Funds invest above threshold.
4. The feature of capital guaranteed in itself doesn’t fit into the Syariah investment features.
5. Ask any Pusat Zakat, that you wish to pay zakat from your ASB investment and you will be surprised that the investment is not zakat-able
I’m not going to deliberate further on the halalness (some state Fatwa declare “harus” based on issues of “maslahat” or darurat) but I prefer to deliberate ASB vs UT on grounds of financial planning and the numbers resulting from such investment plan. View the following.

credit to : http://justunittrust.com/767/myth-asb-loan-busted-part-1

but then again she's a unit trust consultant, mungkin sebab tu pro-UT. But the main point is, if betul... then?  I cuma tertarik kat item no 5 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrsakit at 2-8-2011 13:23

Reply 37# cn7

Org yg pro UT atleast dia leh nampak and leh tau mana duit dilaburkan..each fund leh nampak semua company2 yg tersenarai..mcm ASB bagaikan duit diatas awang-awangan di dlm bangunan PNB Coz ramai kroni2 buat invest dan tak tertulis apa yg diowang invest...janji untung pastu pulang balik lepas invest...
asalkan gerenti dpt untung...coz ASB adalah zero risk...itu objektif utama kerajaan utk PNB sekrg ...sikit ke byk ke janji untung...
Org yg mempersoalkan sekrg..kenapa PNB tak mahu senaraikan semua syarikat apa yg diowang laburkan seperti UT...
ASB ni hanya untuk bumiputra...bukan untuk islam...coz ada juga bumiputra yg bukan islam...sudah pastinya dibolehkan labur benda2 yg haram ...kalau owner tu bukak kilang arak bangsa org iban tetapi kristian still bumiputra and diowang boleh reinvest...dgn menyuntik dana asb...wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 01:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by missdirector at 2-8-2011 13:43
Reply  cn7


    i went online & jumpa ni... betul ke tak, wallahuallam...maybe kena make some p ...
cn7 Post at 2-8-2011 12:27


salam cn7. saya pun UT consultant gak. ekceli mmg betul itu yang kami dengar. ASB n KWSP not syariah compliance. so dari meeting ke meeting kadang2 isu pro and cons ASB tu pun dibincangkan di dalam di antara group kami.. tapi pada saya semua bergantung kepada kefahaman dan kesanggupan diri sendiri. sebab tu la saya bukak thread perbincangan pasal ni.

sebab kes saya, clients yang agak pentingkan hal hala/haram ni datang tanya, betul ke sekian - sekian.. saya hamba allah yang kecik ni agak takut nak menghukumkan sesuatu jadi saya mintak fakta dan pendapat dr kawan2 forum kat sini.

ape pun. thanks sebab reply korang. banyak jugak ilmu n pendapat baru yang sy dpt. tapi akhirnya keputusan sebulat suara para mufti ni belum jugak dpt kan ?? dah confirm ke belum sebenarnye ni ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 01:41 PM | Show all posts
Salam lg skali,

Dlm byk2 post kt atas ni, semua bercerita pasal halal investment. Bila cerita apa ...
Dzulqarnain Post at 1-8-2011 15:57


pertanian adalah perniagaan . saya sokong. andaila semua org boleh dan nak buat mcm ni.. bagus jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.298244 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list