|
GADIS bermata galak ini lebih banyak ditawarkan watak anak dara ayu bertudung dan ia sememangnya tidak langsung menepati ciri-ciri yang ada pada dirinya di dunia realiti.\rNamun tawaran berlakon tetap diterima atas dasar percaya ia adalah rezeki yang membantu menggerakkan kerjaya seninya.\r\n\n\n\n\rSemua itu turut diakui oleh pemilik nama berusia 24 tahun, Nur Fathia yang menempa nama dalam bidang seni layar dan sesungguhnya gadis punya senyuman manis ini pernah tersungkur seketika dalam perjalanan seni yang baru setahun jagung dilaluinya.\r\r\n\n\n\n\nMana tidaknya, pelakon drama Stanza Cinta ini pernah melemparkan telefon bimbit ke arah seorang pengarah di lokasi penggambaran, namun semua itu sudah dianggap satu pengajaran dan kutipan pengalaman yang harus diinsafi sebagai anak seni yang baru bertatih dalam dunia hiburan.\rBertemu empunya diri di satu majlis fesyen, The Blue Kebaya, baru-baru ini ternyata gadis berkenaan cukup bijak berkata-kata sesuai dengan dirinya sebagai pelajar jurusan undang-undang membuatkan sesi temuramah lancar.\rNur Fathia yang yang menampilkan dirinya sebagai gadis baik dan bertudung dalam Stanza Cinta, ternyata resah jika peminat terus-terusan menganggap dirinya seratus peratus sama dengan watak yang dibawakan itu.\rBermula daripada iklan syampu hinggalah kepada drama Dea Sofea, Laila Asyikin, Hani dan Hotel Hasanah, semuanya menuntut wanita bernama Nur Fathia Abd Latiff ini mengenakan tudung. \r\n\n\n\n\r“Secara jujurnya, saya di luar adalah berbeza dengan watak yang dibawakan. Kadang kala saya risau jika peminat tidak dapat menerima diri saya di luar kerana menganggap saya baik seperti watak yang dibawakan.\r“Saya harap peminat tidak terkejut dengan penampilan saya di luar lakonan kerana saya berbeza ,” katanya berterus terang dan mengakui dia berperibadi kasar dan suka bercakap.\rDia mengakui kini tidak lagi berada dalam keadaan tertekan selepas isu yang membabitkan dirinya timbul dan menganggap ia sebagai pengajaran dalam melalui fasa kehidupan baru.\r“Membawa watak Amni bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan penghayatan dan perlu banyak bermain emosi. Saya masih dalam proses belajar dan saya rasa lakonan saya lebih baik dari sebelum ini.\r“Saya harap penonton dapat menilai lakonan saya setelah menonton keseluruhan episod dan barulah bakat saya dinilai ,” kata anak sulung daripada empat beradik ini ketika ditanya pandangan sesetengah pihak yang mengatakan lakonannya kurang menjadi, namun menganggap teguran itu membantu melengkapkan kekurangan diri.\rTerbang ke Melbourne selepas Syawal\rTidak lekang dengan tawaran filem dan drama, gadis yang akan membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dari produksi China, berkata filem itu akan menjalani penggambaran di Melbourne selepas Syawal.\r“Selepas raya, saya akan menjalani penggambaran di Melbourne dan berlakon di samping Afdlin dan Reshmonu,” katanya yang kelihatan teruja berlakon di luar negara kerana menganggap ia akan membantu dirinya mengutip pengalaman sebagai pelakon baru. \rKata gadis yang mempunyai kalangan keluarga berlatar belakangkan bidang undang-undang ini, dia juga bakal berlakon telefilem di bawah arahan Wan Hasliza .\r“Saya baru dapat skrip dan dalam belum ada judulnya lagi. Kali ini saya membawa watak yang tidak memerlukan saya memakai tudung,” katanya.\rDi sebalik kontroversi yang melanda dirinya, gadis yang menganggap bidang lakonan hanya kerja sambilan pada mulanya ini tidak menafikan rezekinya semakin melimpah ruah dan dia mensyukuri segala nikmatnyang diberikan-Nya.\rBiarpun masih terlalu awal, tetapi apabila ditanya apa kebiasaan yang dilakukan ketika menyambut puasa danAidilfitri, Nurfathia berkata, sudah menjadi tradisi dalam keluarganya untuk pulang beraya di kampung halaman sama ada di Perak di sebelah ayahnya, mahupun Pulau Pinang di sebelah ibunya.\r“Keluarga saya amalkan pulang ke kampung berhari raya dan ia satu pengalaman berhari raya yang cukup menyeronokkan,” katanya yang memberitahu hidangan masakan Arab adalah hidangan wajib pada setiap Syawal.\r“Nasi Bukhari dan masakan Arab pastinya hidangan wajib yang melengkapkan keindahan Hari Raya kami,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|