View: 2430|Reply: 0
|
puisi- pada Mu ku Bersujud
[Copy link]
|
|
ni percubaan saya yang pertama dalam menulis puisi. harap-harap korang semua boleh bagi komen yang membina lah.
tika waktu iniku sesat tanpa berteman kan cahaya
kegelapan menyelubungi hidupku
aku bagaikan kumbang
yang bebas hinggap di bunga-bunga yang disukai
saban hari menjadi hilaian syaitan laknatullah
namun,
bagiku segala-galanya bagaikan satu kebiasaan
arak,judi tidak pernah jijik ku sentuh
pemenang hati bagi insan sesat seperti ku
kebahagiaan,
tidak pernah terlintas dalam kotak fikiranku
untukku, ia hanya secebis lumrah hidup
aku mampu lagi hidup hari ini walaupun tanpanya
ku tega,
membiarkan ibubapa ku berteduh di sebalik pondok buruk
sedangkan aku bagaikan raja di dalam istana
kehidupan ku bagaikan bidadari di taman syurga
keindahan istanaku laksana Mahligai Ratu Balqis
duhai penciptaku,
mungkin kah lagi aku mampu berpijak ke an-nur Mu
ku lelah dan getir untuk melepaskan diriku daripada ular-ular
yang membelit diriku yang ku sangkakan bunga-bunga yang menghiasi taman hidupku
ku sangka panas sampai ke petang
rupa-rupanya mendung di tengah jalan
virus pembunuh
sudah mendiami urat-urat sarafku
hingga ku jijik menyebut namanya
pada hamparan sejadahmu
aku sujud memohon taubat dariMU
biarlah air mata ini menjadi saksi
keinsafan seorang hambaMU yang hina ini
tapi,
layakkah aku sebagai seorang manusia merasai nikmat cinta MU walaupun
untuk sesaat
sebelum tinta namaku berguguran di arasy-MU
dan malaikat maut meragut nyawaku
hentikan ejekanMu
biar ku pecahkan kaca ini
melihat keluar lalu mengenal rumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuan mu, tuhanku
yang menjernihkan mataku.
terima kasih kerana membaca.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|