CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TommyHilfiger

Cyber Cafe -- Mari bincang di sini

[Copy link]
linda This user has been deleted
Post time 21-4-2005 12:15 PM | Show all posts
skrg nak tanya pulak ... sapa ada info tentang supplier for PCs + installation + set-up of cc + maintenance di area Bkt Mertajam / Penang. esp yg Bumi lah .. nak bagi biznes sikit kat Bumi ni. i need a reliable supplier & yg boleh provide technical know-how on cc.

thank u.

linda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


linda This user has been deleted
Post time 21-4-2005 12:22 PM | Show all posts
hii ...

ni nak confirm sikit .... betul ke software microsoft is rm1500 per PC? sapa ada details for other wordprocessing etc softwares?

linda
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 11:20 AM | Show all posts
sori..tersend 2 kali..just baca yg bawah..ok

[ Last edited by imdudic on 23-4-2005 at 11:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 11:37 AM | Show all posts
linda...aku pun boleh...aku pun baru dlm bidang ni...tmpt yg paling besar aku supply komputer n wat networking...salah sebuah sykt dari kumpulan Bernas...yg lain tu company kecik2 je...kalau minat...leh pm aku...x pun....borak dlm ni pun xpe...at least ade member lain yg leh argue apa yg aku bgtau...
ok....

then..spec komputer tu ko nk tahap mcm mana...sapa ko punya customer sasaran...ko nk wat game ke just nk wat cc biasa...
Reply

Use magic Report

linda This user has been deleted
Post time 23-4-2005 04:55 PM | Show all posts
i nak provide internet & int games sekali. what do i need? technical knowledge apa yg i need to know? games apa yg popular & kena install/download?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 07:06 PM | Show all posts
bab game aku mmg surender...coz aku x minat cc ade game...
kalau ko rasa sanggup spend masa byk utk cc ko...xpe ko buat game...coz game ni akan buat komputer kita terpaksa diteliti tiap2 hari...kena servis sll beb...benda dh game..bebudak bukan reti main slow2...
tp..income mmg cantik....coz game ni buat org jd gila...main bukan reti nk berenti...ikut ko la....
aku mmg xtau menda pasal game ni...pasal komputer, networking aku tau la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
gabanzack This user has been deleted
Post time 24-4-2005 01:21 PM | Show all posts
aku ada pengalaman run bisness CC... sejak tahun 1999 hingga 2003.

masa tu ada dlm 5 org member rapat yg turut bukak CC di seluruh negara. Aku sempat memerhatikan satu persatu member aku tutup CC.... antara puncanya:

1. Lokasi tak strategik
2. Perang harga di satu2 tempat sehingga cecah 80 sen sejam
3. Masalah pengurusan
4. CC makin uzur dan gagal bersaing dgn kewujudan CC baru yg lebih power (dlm dunia perniagaan CC yg berorientasikan teknologi komputer, new comer sentiasa punyai advantage dari segi prestasi komputer - satu faktor yg sgt penting kpd pelanggan)
5. Kejatuhan kadar harga CC secara natural - org ramai makin mudah akses internet di rumah, di IPT banyak lab2 komputer berinternet disediakan secara percuma dan sebagainya

Tahun 2000 adalah tahun kemuncak  kepada CC aku. Masa itu pendapatan paling lebat membolehkan aku menikmati income lebih RM10,000 sebulan.

Selepas dari itu peniagaan CC aku dan majoriti CC lain mula mengalami penurunan prestasi sedikit demi sedikit atas pelbagai faktor termasuk yg dinyatakan di atas.

Keadaan bertambah parah apabila ancaman baru timbul.... iaitu masalah penguatkuasaan perisian cetak rompak yg semakin tegas. Surat demi surat daripada KPDN dan Microsoft memberi amaran tentang perisian haram menyebabkan pengusaha CC yg kebanyakannya tak mampu membeli software original hidup tak tenteram. Sesekali kedengaran ada CC yg kena serbu. Bayangkan betapa besar kerugian kalau dikenakan tindakan undang2? Satu salinan perisian haram boleh dikenakan denda RM10,000. Bayangkan kita ada 20 PC yg setiap satunya menggunakan berbelas perisan haram. Itu tak masuk barang2 disita dan turun naik mahkamah yg memening lagi memalukan.

Sesekali ketegangan drpd ancaman KPDN dan BSA (Business Software Alliance yg dianggotai oleh syarikat perisian besar spt Microsoft, Sun dan sbgnya) reda seketika. Tapi perasaan tenang ini cuma bertahan sekejap sahaja. Timbul pulak satu ancaman drpd syarikat samseng bernama Sendi Mutiara yg menangguk di air keroh.

Sendi Mutiara ini mengaku memegang hak ke atas perisian2 games popular seperti CounterStrike, Red Alert, WarCraft... sebut saja apa2 nama games terkenal, semua mereka punya.

Maka mulalah satu persatu CC dikunjungi oleh agen2 Sendi Mutiara yg berpakaian kemas spt pegawai. Cara mereka memang profesional dgn menyerahkan surat2 rasmi dan dokumen2 peguam mereka, firma Lee Hishamuddin yg katanya satu firma yg terkenal. Dalam pada menunjukkan prihatin mereka terhadap kemajuan CC kita, terselit ugutan pedih jika kita tak menyerah kepada sistem yg hendak mereka kuatkuasakan terhadap semua kafe siber yg menawarkan permainan kepada pelanggan.

Bayangkan.... untuk setiap komputer yg ada games dikenakan yuran beratus2 RM. Itu untuk satu game. Sudah tentu setiap CC memerlukan banyak games untuk memenuhi kehendak pelanggan. Kalau CC ada 20 komputer? 40 komputer?...... BERIBU2 RM sebulan perlu dibayar kepada mereka supaya tidak dikenakan tindakan undang2.

Walaupun 'serangan' Sendi Mutiara ini tidak betul2 terlaksana secara menyeluruh seperti ugutan mereka kerana ada bantahan drpd pengusaha2 CC dan persatuan kafe siber, tapi cukup untuk menambahkan satu lagi kerungsingan peniaga CC. Kali ini drpd satu syarikat yg ada kaitan dgn geng kongsi gelap.

Untuk anda yg bercita2 nak buat CC, anda perlu betul2 faham serba serbi dunia perniagaan CC. Baik dari aspek yg seronok, begitu juga dari aspek pening kepalanya. Ramai yg fikir buat CC ni best sebab kerja mudah... kutip duit sambil boleh surf internet sepanjang hari. Boleh dapat ramai kawan. Dan ada perasaan 'berkuasa' terhadap sistem komputer dan rangkaian di situ. Memang seronok... sbb boleh shutdown pc pelanggan yg kurang ajar, boleh set macam2 rules kat PC... even boleh monitor apa yg pelanggan tengah surf... boleh hantar mesej2 amaran kat pelanggan kalau didapati melanggar peraturan (cthnya surf website porno) dan sebagainya.

Business-wise, perniagaan CC pada hari ni ini tidak begitu berbaloi jika dilihat kepada modal besar yg terpaksa dikeluarkan. Infact CC adalah perniagaan yg bersifat capital intensive. Cuba bayangkan....

20 PC x RM1500 = RM30,000
- kat sini anda akan rasa dilemma... PC yg terlalu murah = spec rendah. Games yg terbaru very hardware demanding. VGA card mesti power. Skrin atleast nak kena 17". Ini baru CRT monitor, bagaimana kalau nak kena pakai LCD monitor sebagaimana pesaing2 Cina (modal mrk besar) yg lain?Silap2 RM2500 baru dapat komputer yg boleh tahan! Masa aku mula buat CC punyalah nak berjimat dgn kos PC, akhirnya aku end-up asyik upgrade RAM, tukar VGA card, tukar monitor lebih besar dan lain2. Kena pulak masa tu barang2 komputer masih mahal tak seperti hari ni.

Aircond 2HP x 2 unit = RM5000
- CC yg takde aircond = bunuh diri!

Networking = RM1000
- Nasib baik barang network skang dah murah. Aku tahun 99 dulu spend RM5000 kat barang network, itu pun cabling sendiri bikin!

Meja & kerusi 20 unit x RM100 = RM2000
- Nak jimat? Pakai kerusi jenis typist. Kat Makro jual RM28 sebijik. Tapi nanti customer pun berjimat cermat datang ke CC anda... hahahaha.... so atleast nak kena pakai kerusi medium back. Yg high-back sampai customer tertidor lagi bagus

Baru komputer, ventilation (aircond), network, kerusi meja saja dah senang2 cecah RM40,000. Belum masuk renovation kedai, interior design serba sedikit, kaunter pelanggan yg selesa, peralatan2 tambah nilai seperti scanner, laserjet printer, inkjet printer, cd-writer, fax, peti ais, mesin laminate, mesin binding dan sebagainya.

Dan jangan lupa.... kalau nak CC kita selamat kena lah juga install alarm system, paling baik ada CCTV. Sebabnya CC antara tempat paling selalu berlaku rompakan, atau sekurang2nya kehilangan barang oleh penyamun2 kecil-kecilan. Setakat hilang mouse, headphone... perkara biasa.

Kita lupa satu perbelanjaan yg paling menyakitkan hati.... PERISAN ORIGINAL.....hehehe.... Cuba bayangkan lagi:

20 PC x WinXP Home @ Win98 =  20 x RM 340 = RM6800

takkan ada windows aje kan? hehehe....

MS office... Basic Edition = RM 580 x 20 = RM11,600

Takkan ada Windows ngan MS Office aje kan? Games macamana?

Memang bab software ni kita kena kreatif sikit untuk jimatkan kos. Maybe tak perlu install MS Office kat semua PC. Tapi Windows mmg tak leh elak drpd diinstall kat semua komputer la kan. Dan kena peka dgn software2 open source seperti Open Office, GIMP dan sebagainya supaya dapat dipakai di komputer2 tersebut.

Sorang forumner tanya... takde ke CC yg penah cuba pakai Linux, Open Office dan semua2 yg open source.

Aku sendiri penah cuba. Tapi seminggu aku cuba, pelanggan hampir 0. Sebab pelanggan semua tak biasa dan tak suka pakai selain drpd Windows based software. Nak educate pelanggan mmg boleh, tapi ambik masa. Apatah lagi kalau berdekatan CC kita ada banyak CC lain yg pelanggan boleh pergi membawa diri :lol. Lagi satu, open source banyak yg tak support games2 terbaru.... CC tanpa games terbaru alamatnya habislah..... Ini realiti beb...


Kos lain seperti sewa kedai + deposit, lesen2 PBT yg berkenaan, papan iklan (kalau takde satu kecacatan besar la) range antara RM500 (kecik) hingga RM2000 (yg besar & ada lampu kat dlm). Opss.. jgn lupa... pintu kaca juga perlu untu kedai2 yg berasaskan walkin-customer ni. Grill lagi. Electrical wiring lagik (yg ni jgn main2.... kedekut kat wiring alamatnya kedai anda selalulah trip = customer feedup atau marah2) .. ... hahaha... mmg banyak la perbelanjaannya.

Satu lagi realiti yg menyedihkan dlm perniagaan CC.... semua aset anda terutama komputer susut nilai pada kadar yg begitu teruk sekali. Kalau masa kita beli harga dia RM2000, setahun kemudian berapalah sgt harga second hand valuenya. Itu tak kira kalau komputer tu dah comot sana sini dikerjakan oleh pelanggan.

Masa aku bukak CC dulu, modal aku dalam RM70,000. Pinjam duit sana sini. Mostly drpd emak dan adik beradik. Masa aku jual CC aku tu, dapat jual semua barang pada harga RM20,000 sahaja..... bijak..bijak :lol. Terkejut mak aku bila aku cerita nasib duit dia yg aku pinjam 4,5 tahun yg lalu tu.

Pendek kata... sebelum terjun ke dunia CC, sila kaji dgn mendalam. Apakah modal yg besar itu bagus dilaburkan dlm bisness CC, atau lebih berbaloi dilaburkan dlm bentuk perniagaan lain yg lebih berdaya maju. Business horizon kena jauh. Maksudnya tengok masa depan CC ni bukan setakat yg ada pada masa sekarang atau 1,2 tahun akan datang, tapi tengok lebih jauh ke depan. 3,4 tahun akan datang apa akan jadi dgn trend internet? Adakah org masih perlu dtg CC untuk check email & surfing? Atau masa itu telco dah offer 3G technology yg membolehkan org akses internet kat telefon di mana2 jua. Adakah 5 tahun akan datang student2 IPT masih nak dtg CC sedangkan masa tu mereka sorang satu dah ada laptop dan wireless internet yg sampai ke bilik2 asrama mereka? Semua isu2 ni kita dah dengar gegak gempitanya dalm media massa baru2 ni (3G, 1 student 1 laptop dan sebagainya).


Soalan: Adakah aku betul2 rugi bisness CC?

Jawapan aku... hmmm... tak rugi. Kalau takde CC tu, takdelah aku jumpa peluang yg membuatkan aku berjaya dlm perniagaan aku sekarang. Kerana adanya CC itulah maka aku dapat kenal dgn seorang pelanggan yg rupa2nya membuka peluang kepada aku menceburkan diri dlm peniagaan berasaskan teknologi photonic.

Aku sifatkan CC aku tu sbg tempat menunggu peluang. Bila ia tiba, maka peranan CC itu sudah pun selesai.

Kesimpulan:

Kalau anda nak buat CC untuk jadi sumber pendapatan jangka panjang... LUPAKAN.... adik aku pun aku akan nasihatkan macam ni.

Tapi kalau anda rasa nak cuba buat CC untuk belajar meniaga dan timba pengalaman, nasihat aku.... LUPAKAN jugak.... hehehehe... Ada banyak cara meniaga yg lain yg lebih berbaloi nak belajar meniaga pada kos yg jauh lebih rendah drpd buat CC.

Kalau anda nak cuba juga buat CC, aku doakan semoga berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2005 12:54 AM | Show all posts

Reply #13 bErtEnEt's post

sory tumpang la......
aku sokong jgak kata bErtEnent,s, alasan dia ada jugak relevan......
aku jgak cadangan nak buka kdai cam tu, tapi lani tgh tunggu jawapan kerja 12/9 ni, kalau tak dapat jgak aku mungkin busines la......arap kau leh bagi skit tips dia atau contont.k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2005 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by gabanzack at 24-4-2005 01:21 PM
aku ada pengalaman run bisness CC... sejak tahun 1999 hingga 2003.

masa tu ada dlm 5 org member rapat yg turut bukak CC di seluruh negara. Aku sempat memerhatikan satu persatu member aku tutup C ...

one of the best articles ever!!...2 thumbs up to gabanzack!!:tq:
Reply

Use magic Report

mrzahz This user has been deleted
Post time 22-9-2005 09:57 AM | Show all posts

Untuk pengusaha KAFE SIBER dan Pusat Pendidikan

Masa sudah tiba untuk semua pengusaha kafe siber yang amat kurang menyediakan perkhidmatan mencetak kerana kos katrij yang mahal  dan tidak menguntungkan. Kini dengan sistem GEMA eTank oleh Kedai CherasNET.com  yang di bina khusus untuk pencetak EPSON. Pencetak EPSON dipilih kerana kejituan cetakan serta mudah di ubahsuai  berbanding  dengan jenama lain. Sistem ini tidak menyebabkan pembatalan jaminan oleh EPSON kerana ianya mudah di tanggalkan  apa bila diperlukan.

GEMA eTANK memberikan penjimatan sehingga RM600.00 berbanding dengan penggunaan katrij biasa.  Kos mencetak hanya 10 sen setiap muka surat . 1 eTANK dengan kapasiti dakwat 60ml setiap satu mampu mencetak sehingga 800 helai. Bayangkan betapa penjimatan masih boleh di capai  dengan menggunakan eTANK.

GEMA eTANK i amat sesuai  memandangkan persekitaran perniagaan kafesiber yang mencabar masa kini an menjamin pulangan keuntungan kepada pengusaha KAFE SIBER. Maklumat terperinci terdapat di http://www.cheranet.com atau SMS/CALL 012-9234450
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 22-9-2005 07:39 PM | Show all posts

Reply #70 mrzahz's post

yes!!!....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 06:35 PM | Show all posts
:: aku sengaja nak naik kan thread ni coz
aku nak kaji bisnes cc ni lagi n lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 12:08 AM | Show all posts
bagi aku cc yang laku cc yang ader games.ni berdasarkan cc kat rumah aku yang 1 ader internet jer dan 1 lagi ader games dan internet.kebetulan budak budak ramai kat situ,jadi diorang prefer cc yg ader games coz diorang tujuan utama nak main games,sampaikan toke tu kater,penggunaan internet dalam satu bulan hanya 30% jer.
Reply

Use magic Report

ofexx This user has been deleted
Post time 22-12-2005 12:31 AM | Show all posts
Hehe..Dah cukup ilmu ke nak terjun ke bidang CC ni..Kalau modal stakat cukup2 makan je, baik lupakan hasrat murni anda itu...
Aku pun ada pengalaman running CC...memang betullah apa yng gabanzack tu cakap..realiti bisnes CC..Kebanyakkan CC yang bangsa lain bukak skrang ni lebih kepada lumba kuda jek..:mll:
Bhgn software tu yg tak tahan...Sendi Mutiara memang pegang copyright utk games yg gaban sebut tuh...Pikirlah dlm2 dulu sblum bukak bisnes CC..

Kalau rasa nak meniaga juga, pilihlah yg lain. Nasihat aku..Meniaga apa yang kita minat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 01:29 PM | Show all posts
:: aku dan kawan karib aku ada merancang utk membuka cc
pada masa akan datang di kampung aku, bandar bintulu kat sarawak...
aku bertambah semangat kerana ada satu cc yg baru dan berjaya di sana...
dan kebetulan cc tu dijaga oleh seorang kawan aku...
kawan aku jaga cc dan aku sempat bertanyakan dengan dia, berapa income sehari
utk cc ni.... dia cakap masa sekarang budak2 cuti sekolah dan almaklum mmg income
lebih dari seribu dan hanya 20 pc sahaja... tetapi banyak perkhidmatan yg lain disediakan
di cc ni dan aku tak menyangkal apa yg kawan aku cakap coz costumer di kalangan budak2 sekolah
mmg sgt menggalakkan dengan kadar harga rm2.80 sejam..

bila aku tengok cc tu, seolah olah apa yg aku dan kawan aku bentang kan dalam kertas kerja tapi
kami senaraikan lebih banyak dari perkhidmatan cc tu... aku sedar bahawa cc tak akan hidup semata mata
kerana perkhidmatan internet dan game sahaja... mmg tak membawa pulangan yg bagus...

seperti artikel si gabanzack sikit sebanyak menggoyahkan semangat aku utk membukak cc di masa
akan datang dan setiap apa yg dikatanya aku harus akui dan berfikir 2,3,4 kali...
thanks kat gabanzack atas artikel yg jujur...
n sekarang aku nak tumpukan perniagaan makan makan... sebab aku minat memasak... dan pastri...

[ Last edited by adik_nazgul at 22-12-2005 01:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 10:06 PM | Show all posts
saja up topik ni..
sape tokey cc kat sini...senang ker mohon lesen cc ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2006 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by kakn at 2-9-2004 08:58 AM
CC? Nak kena carik tempat best.. selalu budak2 yg g CC. Skg kan ke kerajaan tak bagi bebudak sek g CC? kena ditemani ibu bapa.. pastu ada daerah yg kena amik 2 lesen. 1 lesen perniagaan (CC) satu l ...



a'kum, nak tanya sikit ni. senang ke nak amik lesen yg macam kak n sebutkan tuh?terutamanya lesen hiburan.ader
orang kata sekarang ni lesen untuk bukak cc dah dibekukan,betul ke.

kepada hiven,tenet dan lain2 yang dah buka cc ni, boleh tak korang citerkan sikit camner/apa persediaan/modal yg
diperlukan nak buka cc ni.aritu aku tanya orang tmnet katanya satu line streamyx tu kita boleh je nak sambung berapa
pc yg kita nak...dia siap ckp satu pc dia charge rm80...aku angguk2 geleng2 ia2 saya2 kan je sebab aku rasa mahal
laks mamat ni charge.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 11:51 PM | Show all posts
hiven tokey cc gak ker..banyak nya bisnes dia
Reply

Use magic Report

Dome^ This user has been deleted
Post time 10-4-2006 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by puakumbu at 9-4-2006 10:23 PM



a'kum, nak tanya sikit ni. senang ke nak amik lesen yg macam kak n sebutkan tuh?terutamanya lesen hiburan.ader
orang kata sekarang ni lesen untuk bukak cc dah dibekukan,betul ke.

kepada  ...


pasal lesen tue dengan SSM tak jadi hal... tapi permit dengan PBT tue yg payah sket, banyak syarat2... seelok2 nyer ko pi tanyer sendri kat PBT tempat ko... lain PBT lain syarat2 die...

ade care lain yg mudah ko register sebagai kedai komputer sales & repair.... tapi kalau PBT datang check mmg kompem kena saman laa sbb lain bidang...


pasal modal tue.... modal utk pc bergantung pada spek komputer dan utk ape pc tue digunakan just internet atau gaming... kalau gaming dah tentu spek tinggi sket so tinggi aa modalnyer... kalau internet takyah pc power2 pon takpe... tapi payah sket nak dapat kastemer kalau takdek gaming.... sbb yg biasa datang cc nie bebudak... dah tentu die nak game....

pastu pasal stemik tue... pesal plak ejen tue nak charge ikut pc....?? nak mudah ko pi kat telekom pi register sendri takyah pakai egen.... pastue ko kena reti configure networking.... dan satu lagi lebih baik ko reti pasang reti troubleshoot pc sendri... kalau tak ko kena upah orang.... so charge die pepaham sendri la....  cc nie troubleshoot tue mmg slalu sbb dah tentu komputer tue guna utk public.... so banyak ler yg gatal tangan....
Reply

Use magic Report

ofexx This user has been deleted
Post time 13-4-2006 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by puakumbu at 9-4-2006 10:23 PM



a'kum, nak tanya sikit ni. senang ke nak amik lesen yg macam kak n sebutkan tuh?terutamanya lesen hiburan.ader
orang kata sekarang ni lesen untuk bukak cc dah dibekukan,betul ke.

kepada  ...


Kalau RM80 tu mungkin dia charge utk networking dan configure..Kira murahlah tuh..Company selalunya kena charge RM250-RM300 per point/ per pc...Kalau kau pandai buat sendiri, buatlah sendiri..tak payah bayar charge networking..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.133349 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list