CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

Code Name: ADAM

[Copy link]
Post time 14-7-2012 11:36 PM | Show all posts
Sebaik sahaja Adam memandu keluar dari perkarangan apartment itu dia terus memandu menghala ke pingg ...
kambeng_masam Post at 14-7-2012 05:36



    well...would u want Adam to address his superior by his  first name ? sir situ sini sana macam colonial mentality jer

anyway interesting indeed...the plots...keep it up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2012 01:53 AM | Show all posts
action - espionage - romantic ??? u sounded more of Jason Bourne lah kambeng .... hahahaha
mbhcsf Post at 14-7-2012 23:17



    actually...inspired more to 007...without special hi-tech gadget .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2012 02:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 15-7-2012 02:14
salvatore ferragamo... hmm nice perfume.
mbhcsf Post at 14-7-2012 23:30



    They also selling shirts as well. Sebenarnya nak bagi Adam pakai jenama Sunspel...tapi kat mesia org tak baper tau sangat brand tu kot...hehe. Dipadankan pula dengan jam omega seamaster ocean planet...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2012 02:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 15-7-2012 02:28
well...would u want Adam to address his superior by his  first name ? sir situ sini sana m ...
mbhcsf Post at 14-7-2012 23:36



    Yeah...that'll be better. Ya know..for this alone...I've been thinking like 2-3hours what's his superior name...and what shud adam call him...lastly...it ended up just 'sir'   so that i can give way for other things to be thought about. Tq..

Anyways...becoz he's serving royal (M) navy..and his superior also a high ranked British Royal Navy (both serving armed force)...so in real life..this respect calling must be adhered.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2012 02:15 AM | Show all posts
Reply  kambeng_masam


    erkkkkkkkkkkkk....adam said : hmm interesting ....gosh adam ciplak i  ...
mbhcsf Post at 14-7-2012 23:34



    err..nope....I got it from HOUSE M.D...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2012 09:09 AM | Show all posts
Adam terjenguk-jenguk memerhatikan paraglider itu melalui cermin hadapan keretanya. Sambil itu dia juga terpaksa sesekali memandang ke cermin pandang belakang. Lalu setelah berusaha, akhirnya salah sebuah kereta BMW M3 yang dipandu ahli mafia Russia itu mula berjaya mengekori rapat mencucuk angin dibelakang Civic EK9 yang dipandu Adam. Secara kebetulan pula kereta berjenama Perodua Kancil di hadapannya dipandu oleh seorang wanita tua. Wanita tua itu hanya memandu perlahan perlahan sekitar 60km/j seperti bersiar-siar di tepian pantai. Mahu Adam memintas kereta makcik itu namun kenderaan dari arah bertentangan pula saling berselisihan tidak putus-putus.

Dari arah belakang pula BMW M3 tersebut mula melanggar-langgar bumper belakang Civic EK9nya menyebabkan kereta itu sesekali terdesak ke hadapan sehinggalah melanggar pula bumper belakang Kancil di hadapannya. Dalam pada itu paraglider yang masih berterbangan tadi sudah mulai meluncur rendah ke sebuah anak bukit di hadapan dalam jarak lima kilometer lagi.

Seketika kemudian Adam ternampak ada peluang baginya untuk memintas kereta Kancil di hadapan. Peluang itu cuma cukup-cukup untuknya memintas dengan pantas, jika tidak dia akan bertembung pula dengan lori tangki minyak di hadapan yang semakin menghampiri. Sebaik sahaja peluangnya tiba, direndahkan gear dari gear tiga ke gear dua seraya terus kakinya menekan pedal minyak rapat ke lantai kereta dan dipintasnya kereta Kancil yang kini sudah berada di sebelah kirinya. Sementara itu BMW M3 tadi juga turut berbuat demikian dengan memecut dan masih mengekalkan jarak rapat dari bumper ke bumper dengan Adam.
Bunyi nyaring enjin VTEC dari Civic EK9 itu mengaum nyaring ketika memintas kereta kancil tersebut. Sementara BMW M3 tadi juga tidak ketinggalan mengejar dengan bunyi dengungan kuat terhasil apabila sistem “Double VANOS” nya teraktif. Tatkala Adam berjaya memintas Kancil itu, BMW tadi yang masih berada di haluan bertentangan tidak punyai cukup ruang untuk memintas Kancil tersebut. Sementara makcik tua yangmemandu kancil tadi pula kelihatan tidak mahu mengalah melepaskan tekanan pedalnya malah ditekan rapat lagi pedal minyak itu.

Siapa sangka kereta Kancil itu rupa-rupanya telah diubahsuai dengan enjin turbo L500 dari model Daihatsu Mira. Kebetulan pula makcik itu meminjam kereta milik anak lelakinya pada hari itu.

Lori tangki minyak yang datang dari hadapan semakin rapat dan terus menghentam BMW tersebut lalu menghasilkan bunyi dentuman yang kuat. Mujurnya kereta Kancil itu sudah awal-awal lagi melepasi hujung tangki lori tersebut.

Adam melihat ke cermin pandang belakangnya. Diperhatikan letupan tersebut yang menghasilkan api besar dan kepulan asap hitam sehingga menjulang tinggi ke udara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2012 10:35 AM | Show all posts
Reply 46# kambeng_masam

Wah Beng...finally....

Dekat setahun baru hang nak update citer ni....

More please.....


p/s: Jangan lupakan Zulaikha
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 02:27 PM | Show all posts
adoi...makcik tua pun tekan minyak gak...tak nak kalah sungoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 12:50 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 4-8-2011 06:56 AM
Post Last Edit by kambeng_masam at 4-8-2011 14:57

“30-A….30-A” Adam berkata sendirian sambil m ...

Adam<<<<<<< nama watak utama novel @Ipo yang bertajuk rahsia diari merah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:12 PM | Show all posts
wah.. rupanya abam beng ada bakat terendam
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah citer br ke lame ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 02:50 PM | Show all posts
Sorry la semua....memang betul-betul tengah takde idea untuk derita Adam ni. Merapu jelah la yang banyaknya. tengah-tengah bosan ni.


Adam terus menekan pedal minyak rapat ke lantai. Honda Civic EK9nya terus menderam laju. Namun baru sahaja beberapa minit dia terus mengerutkan dahi apabila kenderaan-kenderaan di hadapannya mulai bergerak perlahan dan akhirnya semua kenderaan terus berhenti lantaran lampu trafik merah. Dia mulai gelisah. Kelibat Reiko yang sedang meluncur di udara semakin rendah latitudnya. Adam merasakan wanita itu sudah hampir untuk mendarat di kawasan berdekatan. Jikalau dia terlepas pandang, peluangnya merebut kembali beg itu akan menjadi tipis.

Adam mula menganggar jumlah kenderaan di hadapan. Kurang lebih sepuluh buah berdasarkan jarak. Tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana pandangannya sedikit terhalang oleh belakang lori kecil. Di kawasan sekeliling pula adalah deretan rumah kedai. Dia membuka tingkap dan menjenguk keluar cuba mencari idea.

"Arghhhhhh!" Adam membentak sambil menghentak stereng dengan geram. Tiada jalan.

Sekali sekala matanya memerhatikan cermin pandang belakang dan sisi. Tiada orang yang mengekori. Di belakangnya hanya makcik berkereta kancil yang kelihatan seperti sedang berleter sendirian.
Adam menjadi semakin khuatir. Berada di dalam situasi genting berlawan dengan musuh tiada masalah baginya untuk bersikap tenang. Tetapi ini, situasi yang berbeza. Keberkesanan sesebuah misi adalah bergantung atas maklumat yang diperolehi. Kalau hal ini menjadi masalah, maka dia akan gagal. Beg tangan itu akan terlepas ke tangan pihak lain.

Lori kecil yang berbaris selang enam buah kereta di hadapannya mulai bergerak. Lampu hijau! Sebaik sahaja giliran keretanya bergerak, dengan pantas dia cuba memintas kereta di hadapan. Tidak berjaya. Jalan terlalu sempit; ianya laluan selorong. Adam terpaksa bersabar. Matanya mulai mencari kelibat Reiko di langit. Hilang! Tiada kelihatan di mana-mana. Dia menggertap gigi, geram. Kenderaan mulai bergerak semakin laju dan tanpa berlengah dia mengambil peluang untuk memintas kenderaan-kenderaan di hadapannya. Kali ini dia berjaya.

Bebola matanya melilau melihat-lihat ke langit. Nun di sebelah kanannya berjarak hampir dua-tiga kilometer, Reiko meluncur rendah berdekatan dengan sebuah bukit. Tiada masa untuk Adam bersorak gembira. Haluannya ditukar ke laluan yang menghala ke bukit itu. Tiada kenderaan di hadapan memudahkan Adam mengerahkan segala keupayaan kereta kesayangannya yang kini sudah memasuki sebuah kawasan perindustrian.

Bukit yang berketinggian cuma sekitar sepuluh meter itu kelihatan semakin dekat. Kehadiran sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang baru tiba kaki bukit itu menarik perhatiannya. Setelah diamati ianya sebuah Toyota Land Cruiser GX-R model terbaru. Di dalam Malaysia ini sememangnya tidak ramai yang mampu dan bersungguh untuk memiliki kenderaan pacuan empat roda semahal itu. Nampaknya Reiko bukan berseorangan. Tentu orang yang berada di dalam Land Cruiser itu adalah orang hubungan gadis itu, telahannya.

Kelihatan Reiko dengan paraglidernya sudah hampir hendak mendarat di atas puncak bukit yang  kelihatan rata. Adam terus menekan pedal minyak sehinggalah dia sampai di sebuah simpang empat jalan yang besar. Tumpuan matanya tidak lepas-lepas memerhatikan Land Cruser tadi. Malah dia tidak sedikit pun cuba untuk mengurangkan kelajuan. Tatkala ekor matanya sempat melihat bayangan suatu kepala treler semakin hampir di sisi kiri kereta, kedua-dua belah tangannya pantas mengejapkan genggaman pada stereng dengan lebih kemas; bersedia!

"DUMMP!!!! PISHHHH! STREEEEEEECTH!!! DADUMP!"

Adam mengejapkan sedikit matanya, cukup-cukup untuk memandang tepat dan lurus hanya kepada stereng. Teorinya, mata dikecilkan untuk mengelakkan serpihan kaca, namun tidak sampai ditutup untuk mengelakkan pengsan. Pandangan tepat dan lurus kepada stereng supaya kepala kekal dalam posisi tegak agar leher tidak mudah terkehel akibat impak hentaman. Civic EK9 itu berpusing sebanyak dua kali lalu terbalik akibat hentaman dari sebuah kepala treler. Suasana senyap seketika.

Adam masih dalam keadaan separuh sedar walaupun dentuman tadi sekuat hentaman daripada sebuah lokomotif. Matanya dikelip-kelipkan untuk mengurangkan rasa berpinar. Selepas beberapa saat barulah dia sedar sepenuhnya dan menyedari dirinya dalam keadaan terbalik. Masih duduk di atas kerusi kereta, dengan kaki ke atas, kepalanya di bawah. Mujurlah dia tidak lupa untuk mengenakan tali pinggang keledar. Jika tidak sudah tentu badannya tercampak keluar dari kereta dan mungkin tanpa dengan kepalanya.
Keadaan di dalam kabin kereta itu telah jauh berubah. Ruangan penumpang kirinya remuk teruk. Adam merasakan badannya sakit-sakit. Dengan keadaan yang masih lemah, dia cuba meraba-raba bahagian muka dan kepala untuk memastikan jika ada kecederaan di bahagian penting itu. Oleh kerana tidak merasakan sebarang kesakitan lain, lantas tali pinggang keledarnya dilepas. Kepalanya terhantuk apabila badannya jatuh ke bawah. Tiada masa untuk mengaduh. Dia cuba gagahi membuka pintu kereta dan pada masa itulah deria hidungnya tertangkap dengan suatu bau yang kuat. Petrol! Berderau darahnya. Kelenjar adrenalin yang mengalir dengan pantas membuatkan Adam terus cergas. Menyedari bahaya yang mengundang, dia terus cuba mengulangi beberapa kali membuka pintu secara normal. Pintu tersekat! Menyedari tiada gunanya dia terus menghentak pintu, dengan pantas dia menyiku cermin sekuat yang mungkin sehingga pecah.

Adam merangkak keluar sepantas yang  boleh. Sebaik sahaja dia mampu berdiri, matanya terus melilau mencari arah bukit tadi dan kedudukan Reiko yang berada di arah barat dari tempatnya berdiri. Dia dapat melihat paraglider Reiko baru sahaja berhenti mendarat. Adam pantas memulakan larian namun baru sahaja beberapa langkah dia berlari satu letupan yang kuat di belakangnya membuatkan dia tersentap lantas berhenti dan berpaling kembali ke belakang melihat keretanya yang meletup.

“Huuuuuukalohhhh! Keto aku tok abeh bayar lagi wehhhhhhh! Beruk!” jerit Adam kepada treler yang hanya remuk di bahagian bumper dan jaring hadapan.

Riak wajahnya jelas terpancar perasaan kesal bercampur geram. Dengan hatinya masih menyumpah seranah dia pun berpaling kembali dan meneruskan larian sehinggalah dia sampai dalam jarak kurang lebih lima meter di sisi belakang Land Cruiser hitam.



bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 02:54 PM | Show all posts
Ya Allah Beng... (nanges terharu )

Selepas dua tahun Beng...

Rasa nak buat sujud syukur bila dah ada sambungan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 02:56 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 31-10-2014 09:54 AM
Ya Allah Beng... (nanges terharu )

Selepas dua tahun Beng...

pehh....melampau betul kan?

wat comeback bekkkk bekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:02 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 31-10-2014 02:56 PM
pehh....melampau betul kan?

wat comeback bekkkk bekkk...

Over the top gitu. Menjiwai watak sesangat....

Yes, plis kam beekkk olwais....

Menjangkakan sambungnya....pada minggu depan?

Tapi harapnya, bukanlah tahun depan. Atau bertahun-tahun depannya....    



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:10 PM | Show all posts
Selepas 2 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 09:18 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 31-10-2014 02:50 PM
Sorry la semua....memang betul-betul tengah takde idea untuk derita Adam ni. Merapu jelah la yang ba ...

wah dah update!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2014 03:43 AM | Show all posts
mawibotak posted on 31-10-2014 07:34 AM
Wah citer br ke lame ni

citer lama.....lepas 2 tahun baru bersemangat nak update...kononnya.. tq sudi membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kgb hehehe ala2 citer indiana joans mula2 lps tu dah jd citer lawak bila dialek kelantan kuar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2014 12:10 PM | Show all posts
poyohabis posted on 1-11-2014 04:29 AM
Kgb hehehe ala2 citer indiana joans mula2 lps tu dah jd citer lawak bila dialek kelantan kuar

tulah....maybe sebab awal2 tu ada pengaruh Jason Bourne....then dah campur ala2 siri Chuck .. pasneh tatau la ada unsur gapodio pulok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.389813 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list